Tuesday, March 10, 2009

Alpa

Assalamualaikum

Salam 10hb Mac 2009 bersamaan dengan 13 Rabiulawal 1430..

Entry aku kali ni mungkin ada persamaannya dgn entry aku yg lepas2.. Tp aku pun dah x igt tarikh entry lepas tuh.. Huhu..

Aku mrh dgn diri aku.. Kenapa aku selalu LUPA dan ALPA??

Aku selalu cpt rasa kecewa jika doaku tidak dimakbulkan.. Aku selalu rasa sedih bila doaku tidak dimakbulkan..

Tapi bila aku muhasabah diri, aku LUPA bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Dia yg Maha Pengasih dan Penyayang.. Allah tahu apa yg terbaik buat hambaNya.

Aku terigt entry aku (mungkin 2 tahun lepas), aku penah discussed topic yg sama.. Apabila Allah tidak atau lambat memakbulkan doa kita, itu mungkin kerana perkara itu bukan lah yang terbaik buat kita atau ada sesuatu yg lebih baik menanti kita..

Atau mungkin juga Allah mahu menguji sejauh mana kesabaran hambaNya dalam memohon, meminta dan merayu kepadaNya.. Sesungguhnya Allah suka apabila hambaNya kerap meminta, memohon kepadaNya..

Dan kali ini aku diuji lagi..

Doaku masih belum dimakbulkan Allah..

Mungkin kerana usaha dan tawakal ku masih belum ckup lagi..

Mungkin juga kerana amal ibadat yg belum ckup..

"Ya Allah, ampunkanlah hambaMu yg lemah ini.."

"Ampunkanlah kealpaan dan kelupaan hambaMu ini utk bersyukur di atas segala kurniaanMu"

Dan aku tidak mahu rasa kecewa lagi.. Kerana aku yakin, jalan yg Allah berikan kpd hambaNya adalah yg terbaik.. Aku akan terus berusaha, berdoa dan bermohon kpdNya..


P/S: Tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah..:)

2 comments:

Anonymous said...

mmg betul tu.
bila Allah tidak atau lambat memakbulkan doa kita, maybe perkara itu bukan lah yang terbaik buat kita or maybe mmg ada sesuatu yg lebih baik menanti kita...

i'm totally agree with u sbb sy tgh rasa benda tu skrang.
and alhamdulillah, yang dia bagi kini lebih baik dari yang sebelumnya ^-^

MomAuniAysar said...

--> Na
alhamdulillah.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...