Saturday, July 5, 2008

Nostalgia

Assalamualaikum


Hari terakhir cuti sem aku, aku habiskan di rumah tokwan aku.. Rasa rindu sgt kat arwah tok aku bila gi sana. Teringat kenangan bersama arwah. Sesama goreng kuih "loyang" masa bulan puasa, sesama buat bedak sejuk, tolong arwah kupas asam jawa utk dikeringkan dan mcm2 lagi la.. Sedih plak rsnya..

Masa aku kecik2 dulu, aku rasa rumah tokwan aku tuh besar sgt. Siap bleh naik basikal pusing2 umah. Hehe.. Actually 'tokwan' tu utk datuk, 'tok' tu utk nenek. Tokwan aku masih pjg umur lg, cuma arwah tok je dah lama pegi.. So tujuan utama aku pegi umah tokwan adalah nak melawat dia la.

Aku dpt lihat sinar keceriaan kat wajah tokwan masa aku pi tadi. Dia siap sesama cecah pelam dgn garam belacan yg aku tumbuk, sesama pi 'kait' buah rambutan dan dokong di dusun.. Sebak rasanya bila aku lihat tokwan terketar2 mengait buah utk kami adik beradik.

Aku sempat meninjau2 kwsn umah tokwan tadi, mcm terbayang2 di mata aku kelibat arwah tok aku. Arwah tok aku semasa hayatnya, dia ni jenis x reti duduk diam. Sume menda dia nak buat. Arwah dulu suka buat bedak sejuk byk2 dan simpan dlm balang. Sempat juga aku kutip pengalaman buat bedak sejuk tu. Sesape yg xtau, bedak sejuk tu masa memula nak buat, baunya busuk sgt. Hehe..

Kdg2 dia kupas asam jawa dan keringkan. Katanya, senang le bila nak guna, xperlu beli. Lagipun kiri kanan umah ada pokok asam yg sgt besar. Aku slalu tolong arwah dulu, sambil kupas sambil masuk mulut. Hehe, aku dulu suka sgt cicah asam jawa masak tu dgn garam dan gula. Yummy..

Ya Allah, rasa rindunyaa kat arwah. Maybe ni petanda sbb aku dah jarang bacakan Al-Quran utk arwah. Ermp..

Oklah, kita berbalik ke cite tokwan aku tadi. Masa dia balik dr solat asar di masjid, dia bwk balik sejenis buah yg aku xpenah tgk rupanya sebelum ni. Kata tokwan aku, buah tu namanya "larak". Rupanya seperti di bwh :

Buah ni masa putik kaler hijau, dah masak kaler kuning, ranum kaler merah. Sgt cantik. Tapi tokwan aku kata, rasanya kelat. Even yg masak pun rasanya masih kelat. Dia xdak isi, pas kita kupas kulit, terus ada biji. So nak mkn nye, kita kena kunyah biji la. Huhu..

Tokwan aku cicah dgn garam belacan buah tu. Aku x berani plak nak rasa. Tgk tokwan aku mkn mcm sedap je. Hehe.. Maybe ini la yg org panggil buah hutan kot kan.. Dah nak pupus dah kata mak aku. Sedangkan aku yg lahir tahun 80 an ni pun xtau tu buah apa, nikan pulak budak zaman IT nih.

Masa g dusun tadi pun, tokwan aku nampak hepy sgt sbb dia pertama kali naik keta aku. Muka dia berseri2. Walaupun jarak ke dusun dekat aje dan boleh berjalan kaki, tapi aku bwk dia pegi dgn keta.. Sebab aku nak tokwan rasa naik keta aku.. Dia x berhenti2 berckp menandakan dia hepy.

Erm, tapi kan, aku jadi sedih bila tokwan aku acapkali sebut ttg mati. Dia ada sebut yg entah bila lagi dia dpt jumpa cucu2 dia, takut tak sempat. Dgr ayat dia tuh, bergenang airmata aku. Sedih sgt.. Dah le aku cuma ada sorang tokwan aje.. Kalau dia dah tak ada nanti.... Aku cuma mampu berdoa moga dia panjang umur dan sempat tgk aku berjaya nanti, insyaAllah..

Oklah, kat sini aje, next time aku cite lagi.

P/S: Aku sayang tokwan..


3 comments:

13may said...

tak penag dgr pun nama buah tuh...

ada nama lain dak???

Na said...

haa aku penah mkn buah tu

comotgurl said...

--> 13May

Ish, xtau le plak nama lain utk buah tu. Tokwan cuma habaq nama dia 'larak'.Huhu..

--> na

cedap tak buah larak tuh??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...