Thursday, July 31, 2008

Tonton Wayang

Assalamualaikum

Last Tuesday aku pi tgk movie kat TGV Bukit Raja. Pas je abes kelas, dlm kul 945mlm rushing ke sana. Time tu hrp sgt dpt amek tiket kul 1030mlm, cite dark Knight. Kwn2 sume gtau yg cite ni best gile.. All da time klimaks. On da way gi sana, singgah buh myk dulu & jemput sorg kwn. Kitorg pi bertiga..

Ngam2 je smp sana dlm kul 1015mlm, amek je tiket n terus masuk. Bcoz of ari tu adalah tuesday, for two of us yg pompuan ni dpt le special price for da tickets. Hehe.. Women day. Tiket pun byk lg memandangkan bukan weekend.

Kitorg dpt seat F, not really comfortable, to ok lah.. Memula tuh best la, excited sgt nak tgk cite nih. Tetiba dtg sekumpulan lelaki (i guess), dok seat belakang kitorg. Nak tau apa yg jadik?? Kitorg jadik x selesa sebab bau stoking yg sgt kuat. Im not sure itu adalah bau stoking atau bau kaki busuk.. Uwaaaaa.. Aku siap nak muntah lg.

Bau tuh betul2 dtg dr belakang, sebelah kanan aku. Seksa gile kami bertiga nak menahannya. Kitorg plan nak tukar seat if ada yg kosong. Tp plan cancelled sbb seat sebelah kitorg penuh, so mls nak ganggu audience lain klu kitorg tetiba nak kuar dr line n tukar seat.

Tau apa yg kitorg terpaksa wat?? Watching movie smbil tgn tutup hidung. Huhu.. Smpai camtuh sekali. Stress tau coz xdpt nak relax while watching. Yelah, tgn aku smp kebas coz dok tutup hidung. Memang bau tuh sgt terrible. Kalau le aku x tutup hidung, sure pengsan..

Cite Dark Knight ni mmg best gila. Walaupun terpaksa menutup hidung dr mula cite smp sudah, aku tetap teruja tonton cite nih. Puas hati tau byr RM8 utk cite ni. Bg aku, yg menghidupkan cite ni adalah watak 'Joker' tuh. Best2.. Hehe

Tp cite ni mmg violent abes la. One of aku nye lect, ada sebut psl violent element in films. Mmg cite dr luar, especially cite action gini, sgt menarik sbb diorg nye film-maker sgt creative. Diorg buat ssuatu bersungguh2 n it looks real tau. Mcm slh satu adegan hospital terbakar dlm Dark Knight, nmpk real sgt. Tp satu aje, cite yg diorg hasilkan contained violent. Byk sgt part yg violent tuh. Coz for them, people like violent. Itu adalah reality.

People like watching violent. Kalau x caye, tgk la rating cite2 action such as Final destination, Rambo, The Mummy.. Siap ada sambungan2 lg tuh. (",)

Ermp, tp apapun, kita yg dah dewasa ni, yg sepatutnya tau apa yg betul n slh, dah cukup bijak utk menilai ssuatu. Cuma for children development, x ssuai la diorg dipertontonkan cite2 mcm ni. :) Dats juz my opinion.

Oklah, shall stop here for now.

P/S: Violent might be my research title??

Monday, July 21, 2008

Zoo Negara

Assalamualaikum

Salam 18 Rejab..
Semlm ari Ahad, aku pi Zoo Negara. Dah berpuluh tahun x pi sana. Aku penah pi sekali ja masa kecik2 dulu. Rasanya time tuh x sekolah lagi. So pg2 semlm aku bertolak (bertiga), dlm kul 930pg. Perjalanan lancar kat Federal Highway coz keta x byk. Smp kat Zoo Negara pun dalam kul 10 lebih. Tak smp sejam amek masa ke sana dr S.Alam.

Sekarang tiket entry, dah jadik RM15. Mhl kan.. Huhu. So lucky, masa kitorg smpai, baru start show. Sempat la kitorg melangut tgk show. Menarik.. Hehe

Pas abes show, baru kitorg start tawaf zoo. Warghh, penat sgt. Luas sgt zoo tuh. Bila dah 'tua' camni, baru realize yg zoo itu tidak seindah semasa zmn kanak2 dulu. Hehehehe.. Tgk binatang2 semua rasa biasa je. X mcm dulu2, best gile dpt tgk binatang2 kat zoo.

Dah le aku terlupa nak pakai kasut yg bersesuaian. Akibatnya, tapak kaki aku sakit bangat. Pedih coz nak melecet. Uwaaaaa.. Jalan pun terencot2.. Muka aku jadik comot gile. Peluh sana sini. Almaklumlah berjalan.

Lagi satu, kecik2 dulu aku slalu impikan nak pi Zoo Negara hanya utk ONE REASON. Apa ek???? Sebab....................................... KFC Idaman ku selalu. Hehehehe.. Kan dulu2 selalu ada iklan KFC dlm Zoo Negara. Rupanya skng dah xde KFC dlm Zoo tu. Aku baru tau semlm. Juz tggl tapak restoran KFC aja.

Aku terpikir2 juga, kenapa ya KFC dlm Zoo dah ditutup? Xdpt survive ke? Tapi pengunjung Zoo Negara bila cuti sekolah atau weekend, bukan ke rmai? Heran juga kan... Keciwa juga aku.Huhu. Bukan nak mkn sgt pun KFC tu, tapi dr kecik lagi mmg Zoo Negara terkenal coz ada KFC dlmnye, skng dah xde.

Takpelah, walau apapun, Zoo ni adalah tempat utk preserve spesis2 binatang yg hampir pupus. So its a good thing kan. Duit tiket masuk yg kita byr tu akan digunakan utk membeli mknn, ubat2 utk sume binatang tu. Secara tidak langsung kita dpt pahala. Ye tak?? Sedekah bukan hanya utk manusia.. (",)

Ok, nak siap2 pi kelas Dr. M nih.. Tata.


P/S: Apapun yg kita nak buat, pastikan kita ikhlas, mudah-mudahan dpt pahala.

Saturday, July 19, 2008

Seafood

Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu. :)
As usual, hari Sabtu aku mulakan dengan pi ke pasar. Pi beli ikan siakap nak masak stim. Aku beli sekor, sedang2 je size dia. Kena RM8.90. Okay la, padan le dgn size. Apa yg membuatkan aku rasa nak msk stim ikan siakap ni, coz smlm aku & bebudak umah gi le Klang, nak mkn ikar bkr le konon2 nya. Ada restoran ni buat promotion, siakap bkr depa charge RM20 aje. Diorg kata size ikan tu bleh dimkn antara 3-5 org.

So, pas jejalan kat JJ Bukit Tinggi, kitorg gi le ke restoran tuh. Perut pun dah berkeroncong.. Smp2 je, time nak pilih lauk2, pihak restoran sendiri yg pilih ikan siakap utk dibakar tuh. Kecik aje sbnrnya. Lebih kurg size aku beli kat pasar pg td. Bkr pun dgn kunyit aje. Mknanya diorg jual agak mhl la. Sebab, diorg mesti dpt lagi murah ikan tu kalau direct kat nelayan or pemborong.

Selain tu, kami amek udang, ada la 5,6 ekor je. Size sedang je.. Kena charge dekat RM20. Sotong pun amek 4,5 ekor je. Belas2 RM gak kena. Agak mhl la. Rasa mskn diorg pun x sesedap mana. Tomyam ayam diorg pun manis gile. Pendek kata kami x berpuas hati. Kalau rasanya sedap & mhl, mungkin kami akan fikir itu berbaloi. Tapi, sebaliknya..

Aku nih dlm tahun ni la paling kerap gi mkn seafood. Dr Perlis smp le Melaka, aku penah snggah n mkn ikan bkr. So far yg aku rasa paling sedap & berbaloi dgn hrganya (Murah gak), adalah di Perlis. Bygkan lah, kami mkn satu family (5 org), 1 ekor ikan Jenahak bakar, 1 ekor ikan siakap stim, sayur campur utk 3 org mkn, sup ayam utk 3 org mkn, udang goreng tepung 300gm, sotong goreng tepung 300gm, nasi putih 5 org mkn, air minum utk 5 org, jumlah semuanya x sampai RM80. Murah gile kan.. Hehehehe..

Masa kitorg pi Langkawi aritu pun x mahal mane mkn ikan bakar kuala. Cuma rasanya xleh tandingi kat Perlis lagi.. Tu yg bestnya, ikan naik direct dr Kuala & terus msk. Tapi persamaan kedua2nya adalah restoran diorg juz restoran papan je, cam kat kampung2. Memang best..

Last weekend aku pi Melaka, aku pi mkn dgn ayah & makcik, kat restoran ikan bakar dekat sekolah Henry Gurney. Last 4 years, aku dah penah pi mkn situ. Dulu2 sedap & murah. Sekarang maybe sebab semua hrga brg naik, so jadik mhl dan kurang sedap. Maybe diorg kurgkan rencah utk mskn diorg kot sbb nak cut cost. Hehehehe..

Pendek kata tahun ni pecah rekod aku sebab dah hampir 10 kali aku pi mkn seafood. Huhu.. Thats y aku dpt buat comparison among semua restoran aku pi. :)

Oklah, aku nak pi tlg housemate aku msk nasi ayam. Nasi ayam dia msk sedap gile. Terer betul. Kalah sesetengah restoran yg jual nasi ayam, tp x rasa mcm nasi ayam. Huhu..



P/S: Ptg nanti aku nak pi dating..Hahahahaha..

Wednesday, July 16, 2008

No specific title

Assalamualaikum

Salam 13 Rejab
Mesti ada diantara kita yg giat melipatgandakan pahala dgn berpuasa sunat bulan Rejab. Alhamdulillah.. Aku aje belum berkesempatan nak sesama kutip pahala. Huhu..

Seminggu lebih kembali ke S.Alam ni, byk hal yg terjadi. Kiranya hari-hari aku terisi dgn mcm2 aktiviti. Pi kelas la, pi shoping la, pi wat bisnes la.. bla, bla, bla..

Sem ni mcm biasa, kelas aku start jam 6 petang smpai mlm. Siangnya aku penuhkan hari aku dgn kuar berjln2 perabes duit. Ish2.. Jenuh arr gini. Lagipun aku dah jumpa kwn baru yg memang suka bejalan2. Tu lagi best. Kitorg sesama pi interview Tutor aritu. Tak sangka nak jadi close cam gini. Hehe..

Result Tutor pun dah dpt. Alhamdulillah aku berjaya.. So dis comin' Friday, aku kena g jumpa coordinator utk sesi briefing. Hopefully evrythin' goin' smooth.

Last Friday, aku pi Melaka. Pi atas urusan bisnes.. Aku tak stay umah ayah pun coz aku pegi pagi & blk mlm.. Penat weh.. Tp berbaloi. Sempat juga aku jumpa X-Ofismate aku masa kat UPM. Dia praktikal DPLI di Melaka. Bakal cikgu le.. Bukan setakat jumpa, aku bwk dia blk S.Alam. Hehehehe..

Kiranya seminggu lepas aku sgt2 bz arr.. Smpkan minyak keta tu dah bape kali isi penuh. Huhu.. Myk mahal laaaa..

So far aku sgt hepy dgn life aku. Cuma r/ship with sum1 tu je kurang menyenangkan.. Agak sedih. Huhu. Kdg2 apa yg kita hrpkan, x mungkin kita dpt. So bersedia utk segala kemungkinan..



P/S: 1st entry aku guna celcom broadband. hehe..

Saturday, July 5, 2008

Nostalgia

Assalamualaikum


Hari terakhir cuti sem aku, aku habiskan di rumah tokwan aku.. Rasa rindu sgt kat arwah tok aku bila gi sana. Teringat kenangan bersama arwah. Sesama goreng kuih "loyang" masa bulan puasa, sesama buat bedak sejuk, tolong arwah kupas asam jawa utk dikeringkan dan mcm2 lagi la.. Sedih plak rsnya..

Masa aku kecik2 dulu, aku rasa rumah tokwan aku tuh besar sgt. Siap bleh naik basikal pusing2 umah. Hehe.. Actually 'tokwan' tu utk datuk, 'tok' tu utk nenek. Tokwan aku masih pjg umur lg, cuma arwah tok je dah lama pegi.. So tujuan utama aku pegi umah tokwan adalah nak melawat dia la.

Aku dpt lihat sinar keceriaan kat wajah tokwan masa aku pi tadi. Dia siap sesama cecah pelam dgn garam belacan yg aku tumbuk, sesama pi 'kait' buah rambutan dan dokong di dusun.. Sebak rasanya bila aku lihat tokwan terketar2 mengait buah utk kami adik beradik.

Aku sempat meninjau2 kwsn umah tokwan tadi, mcm terbayang2 di mata aku kelibat arwah tok aku. Arwah tok aku semasa hayatnya, dia ni jenis x reti duduk diam. Sume menda dia nak buat. Arwah dulu suka buat bedak sejuk byk2 dan simpan dlm balang. Sempat juga aku kutip pengalaman buat bedak sejuk tu. Sesape yg xtau, bedak sejuk tu masa memula nak buat, baunya busuk sgt. Hehe..

Kdg2 dia kupas asam jawa dan keringkan. Katanya, senang le bila nak guna, xperlu beli. Lagipun kiri kanan umah ada pokok asam yg sgt besar. Aku slalu tolong arwah dulu, sambil kupas sambil masuk mulut. Hehe, aku dulu suka sgt cicah asam jawa masak tu dgn garam dan gula. Yummy..

Ya Allah, rasa rindunyaa kat arwah. Maybe ni petanda sbb aku dah jarang bacakan Al-Quran utk arwah. Ermp..

Oklah, kita berbalik ke cite tokwan aku tadi. Masa dia balik dr solat asar di masjid, dia bwk balik sejenis buah yg aku xpenah tgk rupanya sebelum ni. Kata tokwan aku, buah tu namanya "larak". Rupanya seperti di bwh :

Buah ni masa putik kaler hijau, dah masak kaler kuning, ranum kaler merah. Sgt cantik. Tapi tokwan aku kata, rasanya kelat. Even yg masak pun rasanya masih kelat. Dia xdak isi, pas kita kupas kulit, terus ada biji. So nak mkn nye, kita kena kunyah biji la. Huhu..

Tokwan aku cicah dgn garam belacan buah tu. Aku x berani plak nak rasa. Tgk tokwan aku mkn mcm sedap je. Hehe.. Maybe ini la yg org panggil buah hutan kot kan.. Dah nak pupus dah kata mak aku. Sedangkan aku yg lahir tahun 80 an ni pun xtau tu buah apa, nikan pulak budak zaman IT nih.

Masa g dusun tadi pun, tokwan aku nampak hepy sgt sbb dia pertama kali naik keta aku. Muka dia berseri2. Walaupun jarak ke dusun dekat aje dan boleh berjalan kaki, tapi aku bwk dia pegi dgn keta.. Sebab aku nak tokwan rasa naik keta aku.. Dia x berhenti2 berckp menandakan dia hepy.

Erm, tapi kan, aku jadi sedih bila tokwan aku acapkali sebut ttg mati. Dia ada sebut yg entah bila lagi dia dpt jumpa cucu2 dia, takut tak sempat. Dgr ayat dia tuh, bergenang airmata aku. Sedih sgt.. Dah le aku cuma ada sorang tokwan aje.. Kalau dia dah tak ada nanti.... Aku cuma mampu berdoa moga dia panjang umur dan sempat tgk aku berjaya nanti, insyaAllah..

Oklah, kat sini aje, next time aku cite lagi.

P/S: Aku sayang tokwan..


Permata hatiku

Assalamualaikum

Kali ni aku juz nak share photos kucing kesygan family aku, namanya Boboy..Sooo cute..

"wanginyaaa bunga.."


"nak tido lah"
"warghhh"

"tarian ballet"

"gelap laa.."

"bulatnyaaaa.."

"minum air kolah je"
P/S: Sayaaaang bangat sama dia..







Tuesday, July 1, 2008

Why it must turn to this??

Assalamualaikum

Hari ni dah pun 1hb Julai. Cepatnya masa berlalu..Tup tup dah lebih separuh tahun. Erm, so many things happened in dis year.

Dis comin' Saturday, aku akan blk S.Alam. Berat je rasa hati ni nak tgglkan mak & adik. Tapi, apakan daya, perjuangan aku belum tamat lg. Selagi mata belum tertutup, selagi tu perjalanan mesti diteruskan. Hopefully soon, aku dpt besama mak & take care of her, insyaAllah..

Setiap kali sebelum tido, aku mesti berfikir panjang.. Fikirkan ke mana tuju hidup aku di masa depan? We'll never know.. Kita hnya mampu merancang, Allah yg menentukan. Apa yg kita perlu buat, kita siapkan diri kita dgn ilmu, pengalaman, ibadah secukupnya. Untuk persediaan menghadapi masa depan.

Kdg2 aku rasa mcm taknak beralih status, "single" --> "married". Aku seolah2 tak bersedia utk tanggung satu lagi responsibility, yakni sebagai seorang "isteri". Sekarang ni pun, status sebagai seorang anak perempuan pun aku masih belum berjaya laksanakan. Byk dosa aku kat mak ayah. Huhu.. Mcm mana la gamaknye kalau jadik isteri pulak. Adus, im not ready yet. Maybe sbb tu lah Allah belum smpkan jodoh aku kot. Wallahualam..

Aku pun x lama lg dah 25 tahun. Maknanya selama tu jugak la aku hidup di dunia ni. Byk mana la pahala dan dosa aku sepanjang hampir 25 tahun ni ek.. Huhu, takutnya.. Bak lirik lagu nasyid. "aku tak layak ke syurgaMu, namun xpula aku sanggup ke nerakaMu..."

Sebenarnya kita diharuskan bermuhasabah diri setiap kali sebelum tido. Dat's what i'm trying to do.. Kehidupan ni byk liku dan cabarannya. Its depend on us how to go through.. Hopefully, im on da rite path.

Patut la org ckp zaman kanak2 adalah yg paling indah coz time tu kita xpenah nak pikir psl hidup yg complicated ni kan. Hehe.. Skrng baru aku fhm apa yg org cuba smpkan. Seiring dgn peningkatan umur, makin byk menda & hal yg kita kena fikir dan titikberatkan.

Sooo bored entry aku kali ni kan..Almaklumlah, emosi bercampur baur mlm ni, tu yg wujud entry tah hape2 tah. Hik hik hik..

Maybe pasni tiap kali aku nak release entry baru, aku kena pastikan emosi aku baik2 aje. :)

Oklah, aku nak cpt2 settlekan apa yg patut dan tidoooooo..Gdnite sume.

P/S: Dun make urself confuse!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...