Saturday, August 25, 2007

Rakyat Malaysia Tak Prihatin?

Assalamualaikum

Weekend ni aku blk Shah Alam. Disebabkan tersgt le rindu.. S.Alam ni dah jadi macam kampung kedua aku pulak. Xpelah, nak blk Kedah, xsempat la, dua hari je.

So, petang semalam, lepas keje, aku blk umah dulu. Salin baju, solat Asar, & pack baju-baju yg nak dibasuh (umah baru aku xde mesin basuh,huhu) & baru bergerak ke bus stop. Jalan kaki je. Boleh thn jauh jugak arr.. Sejak berpindah tmpt keje, & umah ni, aku rasa life aku dah berubah. Yelah, aku byk berjln je. Pergi keje pun berjln je, pegi mkn pun jln.. Takpelah, boleh jugak aku kuruskan bdn aku yg meng'chubby' ni. Hehe..

Actually, bukannya nak cerita psl kisah aku berjln kaki, ada menda lain, yg pastinya related dgn title aku kali ni. Aku tunggu bas dari UPM utk ke KTM Serdang lama jugak. 30 minit. Berdiri pulak tu. Lenguh gile kaki aku. Then masa bas smpai, lagi sekali aku terkejut. Ramai sgt2. Mcm tin sardin. Padat,mampat. Hehe.. Tapi disebabkan keinginan aku nak blk meluap-luap, aku selit2kan juga diri aku ni di celahan org ramai. Dan aku berjaya menempekkan diri aku dkt2 dgn driver.

Padahal time tu kul 6ptg lebih dah. Supposed pekerja2 dah kurang. Maybe students la kot semua tu. Dgn susah payahnya aku cuba mem'balance'kan diri sendiri semasa bas bergerak. Berkat kesbrn aku, aku boleh je bertahan tanpa menganggu kestabilan org lain. Hehe, merepek pula aku ni.

Nak dijadikan cerita, belakang aku ada sorang mamat foreigner. Dari raut wajah dia, persis orang putih, tapi bahasa yg dipertuturkan x pulak penah aku dgr. Bukan Bhsa Inggeris la. Si mamat omputih tu mencuit bahu driver & berkata :

"I want to go to Pasar Malam."

Driver tu sengih2 dan mengangkat tgn menunjukkan maksud nanti. Lepas tu driver merungut dalam Bahasa Melayu, dan berkata :

"Apa pasar2 mlm pulak. Ada ke pasar malam hari ni? Susah2 aku bwk je dia smpai KTM, dah tu ckp, ni la psr malam nye."

Aku pun berfikir dalam hati, tak patut betul la si driver ni. Niat nak menipu dan mempermainkan si mamat omputih ni pulak. Tapi, oleh sebab aku x berkaitan dgn depa dua org, aku senyap je la. Bas tu pulak stuck dlm jammed kat tgh2 kwsn Serdang. Bila nak smpai dkt South City Plaza, si mamat omputih tu lagi sekali mencuit driver dan berkata :

"Pasar malam is not around here, that is South City Plaza!"

Driver pun buat tak tau je. Maybe malas nak layan agaknya. Aku agak bersimpati la dgn si mamat omputih ni. Cuba bygkan kalau kita berada di negara mereka, dan kita mengharapkan ada di kalangan rakyat mereka membantu kita, tapi apa yang jadi adalah seperti situasi driver tu, mcm mana ye? Apa perasaan kita? Tapi cerita ni belum abes lagi...

Tiba2 si mamat omputih tu mencuit aku dan bertanya:

"Is that South City Plaza?"

Aku pun mengangguk dan berkata :

"Yup, are you sure there is a pasar mlm today?"

Si mamat tu menjawab:

"I'm sure,usually I go to pasar mlm by walk from UPM, but its not around here. Here is too busy."

Aku pun berkata lagi :

"Nope, I think Pasar Mlm is on Monday & Thursday. My friends told me that."

Si mamat omputih tu menggeleng2 kan kepala dia dan berkata:

"No,no, I'm sure, pasar mlm is on Monday & Friday. I'm living in Malaysia about 2 years. I'm living Mines, South City Plaza.."

"Can you tell the driver in Malay that he made a mistake?"

Ayak, aku terkulat2. Mampus aku x bagitau, sebab aku tau driver tu saja berpura2 dan malas nak layan si mamat omputih tu. Aku hanya tersengih. Dan aku pun amat yakin bahawa pasar malam xde semalam. Ari khamis yg ada pasar mlm tu. Tapi dah si mamat omputih tu beriya sgt, malas nak bertekak. Dan ada sorang lelaki berbangsa India mungkin yang berada di depan aku menyampuk :

"He doesnt know where is the pasar mlm,he's new driver here."

Lelaki India tu pun saja nak back up driver tu, sebab dia pun tau driver tu saje buat tak tahu. Aku pun berkata :

"He understand what are you talking about, but maybe he doesnt know where is the pasar mlm."

Si mamat omputih tu mengerutkan dahi dia tanda tak puas hati dgn penjelasan kami. Dan dia merungut dalam bahasanya. Aku menggagak yg dia mungkin sumpah seranah driver tu. Hehehe.. Sampai je dkt dgn South City Plaza, dia tekan loceng dan nak turun. Dia ajak kwn dia turun. Aku rasa dia nak bwk kwn dia tu jln2 psr malam. Coz kwn dia nmpak cam terpinga2 dan baru kat situ. Masa bas stop & pintu dibuka, sebelum si mamat omputih tu turun, dia sempat menegur driver tu :

"Excuse me Sir, if you dont know where is the pasar mlm, dont be a driver!"

Serentak dgn itu, driver tu gelak kuat. Ermp... Aku pun terkejut. So, apa yg korang fikirkan? Nampak sgt rakyat kita kurang prihatin kan? Kita sepatutnya membantu org yg memerlukan, tambahan pula pelancong asing. Bukankah tahun ni adalah Tahun Melawat Malaysia. Mcm mana kita nak menjayakan program Melawat Malaysia kalau sikap kita seperti driver tu? Driver tu telah menunjukkan sikap yang tidak baik kepada pelancong. Nanti disebabkan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Mana lah kita tahu, mungkin si mamat omputih ni akan berceritakan kisah ini kepada saudara2nya yg berada di kampung halamannya dan mereka pun tidak akan berkunjung ke Malaysia lagi. Tahun Melawat Malaysia 2007 tidak akan berjaya lah. Kan???



Harap perkara seperti ini tidak terjadi lagi...

P/S: Welcome to Malaysia..

5 comments:

kakLuna said...

mujur kat mesia ni ada orang macam Sara, at least ada keberanian untuk menyuarakan sesuatu yang tak kena.walaupun omputih tu bawak citer -ve ttg driver tu ke negara dia, akak pasti dia akan teringat juga ada rakyat malaysia yang prihatin macam sara.

tak macam akak pagi tadi, akak diam je bila tengok kes maid indonesia lari dari majikan. uhu...

Mommy Lyna said...

semoga byk lg cite best yg bole overcome bende -ve ttg negara kita :)

MomAuniAysar said...

kakluna -->

Hehe, tupun puas pikir sama ada nak cakap kat dia ke tak..

sitilina -->

insyaAllah

Sunan_Jati said...

wah apa nak jadi,...

:P
salam ziarah

MomAuniAysar said...

sunan jati -->

Terima kasih kerana menziarah teratak sunyi nih. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...