Sunday, May 9, 2010

Bila Izrael Datang Memanggil

Assalamualaikum

Salam 9 Mei, 24 Jamadilawal.


How's you all punya weekend? Mungkin ada yang amek kesmptn cuti hujung minggu utk bwk anak berjalan2, dan mungkin ada yang hanya berehat di rumah. Apapun semoga kalian semua dlm rahmat-Nya.

:)


Lately kerap betul aku dgr berita kematian.. Artis-artis tempatan lah, sedara mara lah, jiran tetangga lah, rakan-rakan dan ada juga antaranya yg aku tak kenali, tapi dpt tahu psl berita kematian mereka daripada blog-blog dan sebagainya.

Rasa mcm umur nih makin tua pulak, sebab asyik dgr berita-berita camtu.

Yelah, ajal tuh x tunggu kita tua baru nak datang, kalau dah termaktub ajal kita ketika muda, ia takkan cepat atau lewat sesaat pun. Huhuhu, insaf!

Baru-baru nih, Mr Berry ada cerita ttg kematian junior sekolahnya. Umurnya mungkin 25 atau 26. Seorang perempuan, baru berkahwin awal tahun lepas, dan yang paling menyayat hati, dia meninggal ketika hendak bersalin anak sulung. Ya Allah, sedihnyaa..


Puncanya tak plak aku tau. Tapi apapun cukup membuatkan kita yg masih hidup ni berfikir.. Sesungguhnya ajal itu tak kira tua atau muda. Rasa sayu dan sebak bila dpt tahu berita-berita seperti tu, walaupun aku xkenal pun arwah.. Dia boleh dikira mati syahid kan (if xsilap) sbb meninggal ketika hendak bersalin.

Aku akui, aku adalah hamba Allah yg slalu alpa. So, bila dgr berita-berita kematian, rasa gerun sgt sbb tau amal ibadat belum cukup utk bersedia menemuiNya di akhirat. Haihhh.. Ada baiknya kdg2 dapat berita-berita camnih, supaya diri selalu mengingati akan kematian yg entah bila akan dtg. Supaya diri dapat bersedia dgn amal ibadat secukupnya.


Ia juga utk membuatkan aku sedar bahawa kita perlu menghargai insan-insan tersayang di sekeliling kita. Sementara masih ada masa.. **tears**

Ucapkan dan luahkan lah rasa sayang kita kepada keluarga, rakan-rakan. Berbuat baiklah selagi terdaya.. Sebab mungkin esok kita sudah tak punya masa utk mengatakannya kan.. ;(


P/S: Semoga Allah memanjangkan usia kita semua supaya kita dapat menambah amal ibadat kita kepada-Nya

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...