Saturday, May 15, 2010

Kenapa saya dapat, tapi dia tak dapat? Layakkah saya, tidak layakkah dia?

Assalamualaikum

Salam 15 Mei, 1 Jamadil Akhir..

Title entry aku kali nih agak panjang kan, dan ia kelihatan sedikit emo. Haihhh..

Sebenarnya bukanlah aku yg merungut, mengeluh atau sebagainya. Ceritanya, pagi tadi, aku pegi kampus, uruskan urusan amek jubah konvo. Yelah, khamis depan adalah hari konvokesyen, dan aku bakal menerima skrol master secara rasmi, alhamdulillah ya Allah.

:D

Owh, masih, itu bukanlah cerita yg ingin aku sampaikan.

Biasa lah kan, hari-hari seperti ni mestilah berjumpa dgn rakan-rakan sekelas yg juga akan diraikan nanti. Masing-masing dgn urusan yg sama. Banyak cerita yg dikongsikan. Semuanya cerita manis2 je, dalam pada tu, ada satu cerita tak berapa nak enak didgr. Huhuhu..

Aku dpt tau, ada seorang dari classmate aku (aku xtau sape), ada berjumpa salah seorg pensyarah yg penah mengajar aku during master arituh. Dan pensyarah tu sebenarnya, agak rpt dgn aku dulu, sbb aku pernah bekerja dgn dia dulu.

Utk tidak mengelirukan cerita, aku kodkan classmate aku ni sebagai B. Senang nak cerita kan.

Si B nih berjumpa pensyarah tu atas tujuan apa, xtau lah aku. Tapi, dia mempersoalkan kenapa aku dpt jwtn sebagai pensyarah di provos, sedangkan salah seorang lagi kwn aku (yg juga apply utk jwtn yg sama, tp di induk) x dapat.

Huhuhu..

Dia membandingkan aku dgn sorg lagi kwn aku tu di hadapan pensyarah tersebut. Mcm2 alasan yg dia berikan kat pensyarah tuh ttg kenapa aku x layak, dan kwn seorg lagi tu layak. Ya Allah, sedih betul!

Aku taktau apa slh aku dgn si B ni (since aku xtau sape dia kan)..

Tapi, satu je aku nak tekan kan di sini.. TOLONGLAH, tolong yakin dan percaya dgn rezeki Allah. Dah Allah maktubkan itu rezeki aku, so dapatlah aku jwtn tersebut. Kan.. Aku dah cuba sedaya upaya ketika interview session, berdoa dan bertawakal kepadaNya. Bukanlah aku nak ckp aku nih baik, tapi, aku dah berusaha, dan Allah berikan rezeki itu kat aku. Sob sob.

Tak perlulah kita, manusia, dok mempertikaikan bab2 rezeki ni kan.

Kalau lah aku tak layak, takkan lah semua panel utk kedua2 interview session sanggup menaruh risiko utk menerima aku kan. Haihhhh.. Mesti ada sedikit, kalaupun tak banyak, ciri-ciri dlm diri aku yg boleh membuatkan diorang yakin utk menerima aku.

Dan yang paling penting, sekali lagi aku ckp, itu adalah rezeki aku.. Nanti akan ada rezeki buat seorg lagi kwn aku tu. InsyaAllah..

Teringin juga nak tau sape si B tu, sbb pensyarah aku tuh xnak reveal siapakah dia. Huhuhu.. Memandangkan classmate aku tak ramai, dan semuanya nampak baik di depan mata aku, so xdpt nak agak. Bukanlah niat aku nak marah kat dia kalaupun aku tau siapa dia, tp cukuplah aku minta sedikit pengertian dari si B, bahawa rezeki itu Allah yg bagi. Mungkin rezeki utk baby yg aku kandung. Sbb takde sape tau, susahnya hidup aku kalau aku x bekerja.

Mungkin si B tidak berniat kan, tapi apapun entry ini boleh menjadi peringatan buat diri aku.. :)



P/S: Kalau ini jalan yang Engkau berikan padaku, aku yakin ia adalah yang terbaik. Terima kasih Allah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...