Friday, May 28, 2010

Mode Bosan Akan Tamat

Assalamualaikum

Salam 28 Mei, 14 Jamadilakhir.

Hanya tnggal lagi 3 hari je utk aku bersenang lenang, bangun tghari, mengadap tenet dari pagi-mlm, tido siang dgn jayanya, tgk tv smp muntah..

:P

Syukur sbb dah dpt keje, tp rasa syg plak nak tggl masa bersenang2 nih. Hohoho. Uish, 5 bln gak aku jadi penganggur. Pecah rekod diri sndiri. Pas degree dlu pun tak lama menganggur, sudah keje.

Mcm aku ckp dlm entry2 lepas, mungkin Allah nak bagi masa utk aku berehat. Almaklum le aku start menganggur awal bln 1, so time tu gak aku dah pregnant.

5 bulan: Menganggur, 5 bulan: Pregnant.

Ye lah, masa awal pregnancy lah yg crucial sket. Dgn dizziness, nausea lah kan.. So boleh kata aku start keje at the right time, syukurr, alhamdulillah!

Dan hari selasa aritu aku berjaya ganti puasa, sehari je la, sejak pregnant nih. ;)

Sebelum2 ni penah cuba, tapi separuh hari je pastu kecundang di tgh jln. Heeee.. Nak slhkan bby, bby oke je kt dlm. Pagi2 hari aku siap pesan kat bby suh bertahan, mommy nak posa. Last2, mommy yg tak tahan lapar. :P

Huhuhu..

Oleh sbb selasa baru ni dah bjaya ganti sehari, nnt dah mula keje, boleh teruskan ganti smp habis. Risau gak, bulan Ramadhan dlm 2 bln ++ je lagi, gantinya belum. Haihhh.. Tu x campur puasa nazar lg. ***Gugugugu***

Takpe2, kena yakin boleh!


P/S: Tak sbr tggu Ramadhan. :D

Sunday, May 23, 2010

4 Months To Go.. :)

Assalamualaikum


Salam 23 Mei, 9 Jamadilakhir..

Cepat sungguh masa berlalu. Tup, tup dah pun 5 bulan ++ usia kandungan aku. :) Alhamdulillah!

Ada lagi 4 bulan utk smpai masanya, insyaAllah. Tupun mesti rasa kejap je, pejam celik je kan.. Tambahan plak, starting 1 Jun nih, aku dah start keje, so lagi le rasa cepat je.

So far, satu apa pun aku tak beli lagi sebagai preparation utk smbut bby nih. Sebab rasa mcm masih terlalu awal lg. Tgk lah, maybe dah masuk 7 bulan nnt baru nak start membeli. Heeee.. Tapi tghari td Mr Berry sms. Dia ada di ofis. Dia bgtau yg ofismate dia ada bg hadiah botol susu 8 biji. Sbb si ofismate nih ada pegi cover function apa ntah dan dpt botol susu tuh.

;)

Kira rezeki kitorg la kot kan. Heeee..

So mcm dah tak perlu je nak beli botol susu lg kan. :P Tgk lah camne. Mak Mr Berry pun ada call pagi tadi, dan dia pun ada tanya sama ada aku dah start membeli brg2 baby. Mcm bantal kecik ke, tilam ke.. Erk, aku rasa mcm awal lagi je nak beli. **Again**


Tapi, yelah, ada pros & cons je nak membeli awal2 nih. Kdg2 org2 tua tak nasihatkan beli awal2 sbb in case bad thing happens, so xdelah rasa ralat sgt. Tapi, membeli sikit2 dari awal ni bagus juga, kita ni xdelah rasa terbeban sgt kan utk keluarkan duit segedebuk!

Apapun tepuk dada tanya selera masing2 ye. It's depend on ourselves! Kalau rasa baik beli awal, beli lah. Kalau nak beli lambat pun, suka hati le.. ;D


Yg penting hujung bulan ni adalah bajet utk mommy dlu. Heeee.. Yelah, nak start keje 1 Jun nih, takde baju nak pakai dah. Baju kurung pun tinggal 2 helai je lagi yang masih muat kainnya. Huhuhu, sadisnya rasa. So igt nak le maternity blous ke, long sleeve ke, & matchkan dgn maternity long skirt. Oke la kot, coz ibu pregnant ni, itu le baju uniformnya. Hihihi..

Bby plak dah makin membesar kt dlm.. Asyik bergerak je. Indah sungguh perasaan ni. Dia slalu aktif bermula lewat ptg smp tgh malam. :) Kdg2 geli, kdg2 sakit.. Semoga Allah melindunginya selalu!

Sebab apapun boleh jadi kan, so hanya berdoa semoga semuanya selamat. Sebab lately selalu dgr psl mereka yg kehilangan bby sama ada meninggal dalam perut ataupun ketika dah besar. Semoga diorg semua tabah dan kuat menghadapi dugaan Allah..

Owh, sebelum aku stop, aku selitkan new pict aku masa konvo khamis lepas. Konvo bersama bby.. :P



Oke, daaaa.. ;)



P/S: Asik lapar, asik lapar = gemok!

Saturday, May 15, 2010

Kenapa saya dapat, tapi dia tak dapat? Layakkah saya, tidak layakkah dia?

Assalamualaikum

Salam 15 Mei, 1 Jamadil Akhir..

Title entry aku kali nih agak panjang kan, dan ia kelihatan sedikit emo. Haihhh..

Sebenarnya bukanlah aku yg merungut, mengeluh atau sebagainya. Ceritanya, pagi tadi, aku pegi kampus, uruskan urusan amek jubah konvo. Yelah, khamis depan adalah hari konvokesyen, dan aku bakal menerima skrol master secara rasmi, alhamdulillah ya Allah.

:D

Owh, masih, itu bukanlah cerita yg ingin aku sampaikan.

Biasa lah kan, hari-hari seperti ni mestilah berjumpa dgn rakan-rakan sekelas yg juga akan diraikan nanti. Masing-masing dgn urusan yg sama. Banyak cerita yg dikongsikan. Semuanya cerita manis2 je, dalam pada tu, ada satu cerita tak berapa nak enak didgr. Huhuhu..

Aku dpt tau, ada seorang dari classmate aku (aku xtau sape), ada berjumpa salah seorg pensyarah yg penah mengajar aku during master arituh. Dan pensyarah tu sebenarnya, agak rpt dgn aku dulu, sbb aku pernah bekerja dgn dia dulu.

Utk tidak mengelirukan cerita, aku kodkan classmate aku ni sebagai B. Senang nak cerita kan.

Si B nih berjumpa pensyarah tu atas tujuan apa, xtau lah aku. Tapi, dia mempersoalkan kenapa aku dpt jwtn sebagai pensyarah di provos, sedangkan salah seorang lagi kwn aku (yg juga apply utk jwtn yg sama, tp di induk) x dapat.

Huhuhu..

Dia membandingkan aku dgn sorg lagi kwn aku tu di hadapan pensyarah tersebut. Mcm2 alasan yg dia berikan kat pensyarah tuh ttg kenapa aku x layak, dan kwn seorg lagi tu layak. Ya Allah, sedih betul!

Aku taktau apa slh aku dgn si B ni (since aku xtau sape dia kan)..

Tapi, satu je aku nak tekan kan di sini.. TOLONGLAH, tolong yakin dan percaya dgn rezeki Allah. Dah Allah maktubkan itu rezeki aku, so dapatlah aku jwtn tersebut. Kan.. Aku dah cuba sedaya upaya ketika interview session, berdoa dan bertawakal kepadaNya. Bukanlah aku nak ckp aku nih baik, tapi, aku dah berusaha, dan Allah berikan rezeki itu kat aku. Sob sob.

Tak perlulah kita, manusia, dok mempertikaikan bab2 rezeki ni kan.

Kalau lah aku tak layak, takkan lah semua panel utk kedua2 interview session sanggup menaruh risiko utk menerima aku kan. Haihhhh.. Mesti ada sedikit, kalaupun tak banyak, ciri-ciri dlm diri aku yg boleh membuatkan diorang yakin utk menerima aku.

Dan yang paling penting, sekali lagi aku ckp, itu adalah rezeki aku.. Nanti akan ada rezeki buat seorg lagi kwn aku tu. InsyaAllah..

Teringin juga nak tau sape si B tu, sbb pensyarah aku tuh xnak reveal siapakah dia. Huhuhu.. Memandangkan classmate aku tak ramai, dan semuanya nampak baik di depan mata aku, so xdpt nak agak. Bukanlah niat aku nak marah kat dia kalaupun aku tau siapa dia, tp cukuplah aku minta sedikit pengertian dari si B, bahawa rezeki itu Allah yg bagi. Mungkin rezeki utk baby yg aku kandung. Sbb takde sape tau, susahnya hidup aku kalau aku x bekerja.

Mungkin si B tidak berniat kan, tapi apapun entry ini boleh menjadi peringatan buat diri aku.. :)



P/S: Kalau ini jalan yang Engkau berikan padaku, aku yakin ia adalah yang terbaik. Terima kasih Allah!

Sunday, May 9, 2010

Bila Izrael Datang Memanggil

Assalamualaikum

Salam 9 Mei, 24 Jamadilawal.


How's you all punya weekend? Mungkin ada yang amek kesmptn cuti hujung minggu utk bwk anak berjalan2, dan mungkin ada yang hanya berehat di rumah. Apapun semoga kalian semua dlm rahmat-Nya.

:)


Lately kerap betul aku dgr berita kematian.. Artis-artis tempatan lah, sedara mara lah, jiran tetangga lah, rakan-rakan dan ada juga antaranya yg aku tak kenali, tapi dpt tahu psl berita kematian mereka daripada blog-blog dan sebagainya.

Rasa mcm umur nih makin tua pulak, sebab asyik dgr berita-berita camtu.

Yelah, ajal tuh x tunggu kita tua baru nak datang, kalau dah termaktub ajal kita ketika muda, ia takkan cepat atau lewat sesaat pun. Huhuhu, insaf!

Baru-baru nih, Mr Berry ada cerita ttg kematian junior sekolahnya. Umurnya mungkin 25 atau 26. Seorang perempuan, baru berkahwin awal tahun lepas, dan yang paling menyayat hati, dia meninggal ketika hendak bersalin anak sulung. Ya Allah, sedihnyaa..


Puncanya tak plak aku tau. Tapi apapun cukup membuatkan kita yg masih hidup ni berfikir.. Sesungguhnya ajal itu tak kira tua atau muda. Rasa sayu dan sebak bila dpt tahu berita-berita seperti tu, walaupun aku xkenal pun arwah.. Dia boleh dikira mati syahid kan (if xsilap) sbb meninggal ketika hendak bersalin.

Aku akui, aku adalah hamba Allah yg slalu alpa. So, bila dgr berita-berita kematian, rasa gerun sgt sbb tau amal ibadat belum cukup utk bersedia menemuiNya di akhirat. Haihhh.. Ada baiknya kdg2 dapat berita-berita camnih, supaya diri selalu mengingati akan kematian yg entah bila akan dtg. Supaya diri dapat bersedia dgn amal ibadat secukupnya.


Ia juga utk membuatkan aku sedar bahawa kita perlu menghargai insan-insan tersayang di sekeliling kita. Sementara masih ada masa.. **tears**

Ucapkan dan luahkan lah rasa sayang kita kepada keluarga, rakan-rakan. Berbuat baiklah selagi terdaya.. Sebab mungkin esok kita sudah tak punya masa utk mengatakannya kan.. ;(


P/S: Semoga Allah memanjangkan usia kita semua supaya kita dapat menambah amal ibadat kita kepada-Nya

Monday, May 3, 2010

Kasih seorang lelaki bergelar suami

Assalamualaikum

Salam 3 Mei, 18 Jamadilawal.

Malam semalam, aku terjaga dari tidur sbb rasa sakit yg amat sgt kat bahu sebelah kanan hingga ke belakang, tp semuanya sebelah kanan.. Maybe sbb salah urat kot, tapi yg pasti lenguh2 dan mencucuk2.. :-(

So di sini lah ceritanya bermula..

Mr Berry tanpa diminta, tanpa disuruh, dgn sendiri memicit bahu dan belakang badan aku. Sob sob, terharu weh!! Dah le dia baru balik keja kan, tup2 dengar rintihan si isteri yg sakit2 badan plak kan.. Sambil baring pun (time tidur dah), tgn dia dok memicit2 bahu aku. **so touching**

Betul org ckp, kasih sejati seorang lelaki dpt dirasai selepas kawin.

Kita dpt lihat bagaimana mereka melayan kita terutamanya ketika kita sakit, ketika kita menghadapi masalah, ketika mengandung 9 bulan ni, dan selama-lamanya lah selagi kita menjadi isteri. Huhu.. Mungkin ada yg beranggapan, baru kena picit2 bahu, dah canang2 kan.. Errrk, tak kisah lah! Sebab bagi aku, ini pengalaman aku setelah menjadi isteri kepada lelaki yg aku kasihi, cintai sejak 6 tahun yg lalu.

Dan aku sgt bahagia dan bangga utk menceritakannya. ;)

Bukan kali ni je Mr Berry buat aku terharu. Dah byk kali, setiap kali aku sakit (time nih je baru nak realize dan hargai kasih syg dan perhatian dia :p) Mr Berry akan cuba membantu sedaya upayanya utk mengurangkan kesakitan yg aku alami. Mmg sgt terharu!

Camne lah ye aku nanti bila tinggal berjauhan dgn Mr Berry. Sedih nya lah hai!


P/S: Inilah nikmatnya kasih syg dalam ikatan suci perkahwinan. Moga Allah memberkati perhubungan ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...