Thursday, July 28, 2011

~ Perbezaan ~

Assalamualaikum.

Entri hari ni saje nak cerita satu perbezaan yg aku alami ketika belum mengandung dan selepas bersalin ni..

Dulu2, aku kurang gemar makan makanan2 manis mcm kek, agar2.. Minuman manis pun x berapa suka. Kdg2 boleh la kan. Tapi skrng ni selepas bersalin, asik craving makanan2 manis je. Especially cakes.

Kalau kek coklat aku bleh makan a few slices skali makan. Rasa sedap sungguh kat tekak. Yum yum. Minuman manis pun suka, especially milo ais bancuh sendiri (pekat2). Dulu2 lagi aku suka minum milo sbnrnya. Cuma dlu rsnya takde lah sepekat skng. Huhuhuhu..

Kdg2 dok sesaje, bleh plak terliur teringin nak makan something sweet.

Biskut2 pun sgt suka oke!

Uwawawa, apa dah jadi dgn aku ni. Petanda bdn mau gemuk ke?

Haritu berat bdn aku tetiba naik mendadak pun mungkin sbb aku kerap makan kek coklat dan minum teh ais. Susu pekat kan bleh contribute jumlah kenaikan berat bdn dgn sgt cpt.

Pdhal selepas pantang aritu berat aku dah turun ke 53kg je. Tup2 aritu naik smp 60kg. :(

Cuma dlm 2 bln kebelakangan ni dok diet sket, kurgkan sume yg manis2, so dah turun ke 55kg. Tp kdg2 naik jg ke 56kg.

Alahai..

Nih masih dok diet lg. Konon nak buat diet atkins yg skrng ni menjadi ikutan ramai.. Dlm masa 2 minggu penurunan bleh cecah 4kg kan. Aritu cuba la amalkan diet ni, tapi baru sehari dah lembik. Asik terbaring lemah je.. Keje rumah langsung tak buat. Sbb takde tenaga.

Huhuhu..

Mungkin sesetgh org boleh follow diet nih, tp for me, mmg x boleh. Nanti jadi sgt x produktif!

So back to diet asal. Kurgkan pengambilan nasi, tp sumber karbo lain amek jg dlm jmlah yg sedikit. Itu lebih sesuai utk aku. Mungkin akan takes times juga la nak reduce weight kan, tp takpela, biar lambat asal selamat..

Hmm, ramai perempuan yg dah bersalin mengalami masalah yg sama mcm aku ni kan.. Biasa la kan, lumrah..

:)


P/S: Always think positive!

Tuesday, July 26, 2011

~ Moist Chocolate Cake ~

Assalamualaikum.

Pagi ni tak sempat taip entri. Juz nak letak gambar nih je. :P


P/S: I love chocolate cake so much!! ;)

Tuesday, July 19, 2011

~ *__* ~

Assalamualaikum.

Entry suka2. Auni bergaya dgn tudung mama.

:P



P/S: Style baru, suka jelir plak.


~ Pra-Ramadhan ~

Assalamualaikum.

Buat pertama kalinya dlm sejarah, smpai je ofis tadi, takde sorg pn.

Uwawawawa!

Pintu berkunci, nasib le ada kunci kan..

:)

For time being aku mmg stay kt sharing room. Ada lebih kurang 25 org kat bilik aku dok skrng ni. Nanti building baru siap bulan Sept, baru la pakat2 pindah. Dok berdua satu bilik. Tapi aku x kisah. Seronok je dok reramai. Sharing dgn lect lain2 fak. Baru la dpt kenai2 dgn org lain kan, takde la kenai lect sama fak je. Ye tak..

Tp dlm ramai2 tu, arini aku masuk ofis, takde sorg pun tau!

Huhuhu..

Sebab apa?

Sebab skrng ni students tgh cuti pertghan sem. So rmai le lect amek kesempatan utk bercuti.. Yela, kitorg keje sini hanya boleh apply cuti if student cuti saje. Kalau idak, sape la nak mengajar students sume kan.. That's y sunyi je ofis arini. Hehehe..

Kelazimannya, aku pun akan cuti if students cuti. Tp this time, tak cuti ye. Even though students cuti seminggu tau. Lama juga tu!

Mr Berry tak apply cuti, so takkan la aku je nak cuti dan blk kg kan.. Hmm nanti lah balik time posa. Rindu nih toksah ckp le, sgt2 oke!

Semalam, aku tgk rancangan Tanyalah Ustaz kat channel 9. Rancangan tu sbnrnya pagi, tp mmg ada ulangannya malam. Sebelum2 ni ulangannya tgh malam, tp semalam pukul 10malam depa dah tayang.

Kalau nak hrp aku tgk pagi, mmg tak sempat la. Tu yg kdg2 kalau tingat, teruih tgk. Malam pun malam le kan..

Topiknya semalam adalah "Pra Ramadhan".

Ustaznya aku x bape familiar, apa tah namanya. Tapi syok dan lawak juga ustaz tu.

Topik ni discuss ttg persediaan kita nak hadapi bulan Ramadhan, dan amalan2 yg patut kita buat spjg Ramadhan. Mmg best lah, sbb rasa excited sgt nak menyambut Ramadhan skali lagi. Doa2 moga sempat le nak menikmati keberkatan Ramadhan ni kan.

Lebih kurang 2 minggu je lagi kan, tak lama dah..

Antara isi pati semalam adalah ttg keberkatan bersahur. Ada audience yg tanya, adakah dikira bersahur kalau makan tgh malam sebelum tido? Dan jawapannya tidak lah ye. Hehehe. Tu kita namakan "supper", bukannya bersahur. Mmg bersahur kena lakukan sebelum Subuh. Kena jamah sikit makanan.

Ustaz tu sebut juga yg amalan bersahur ni la antara amalan yg mudah dan senang utk dapat Pahala. Ye la, kita perlu bangun sekejap sebelum Subuh dan jamah sedikit makanan. Susah ke?

Oleh sebab amalan ni senang utk dapat Pahala, jom le kita pakat2 grab peluang ni kan.

Ada certain org, alasan takmoh bersahur adalah sbb takde selera nak makan.

Ye, mmg le, tak dinafikan ada juga jenis org yg tak bleh makan time2 camtu kan. Tapi, bersahur tu tidak semestinya makan dgn kadar jumlah yg byk. Kalau dah takde selera, cukup la sekadar mnum air dan jamah sedikit buah kurma. Itu sudah memadai. Kita cuma cuba utk mendapatkan keberkatan bersahur tu kan..

Perbezaan antara puasa org Islam dan bukan Islam adalah "bersahur". So mari lah kita ramai2 bangun bersahur dalam bulan Ramadhan nanti.

Sebut pasal sahur ni, aku nak share pengalaman sendiri. Bulan Ramadhan tahun lepas, aku berpuasa ketika tgh sarat mengandung. Time tu tgh mengandung 8bulan. Dan alhamdulillah aku berjaya utk puasa penuh. Eh cuma ada tertinggal sehari disebabkan masalah kesihatan.

Dan alhamdulillah aku diberikan tenaga spjg hari utk menahan diri dari makan dan minum, berjalan kaki ke kelas, naik tangga 3 tingkat dan mengajar berterusan selama 2,3 jam (walaupun sdg sarat mengandung).

Antara amalan aku ketika tu adalah bersahur.. Mmg setiap pagi aku takkan tinggal sahur. Yelah, time sarat mengandung ni, takleh la nak pentingkan diri kan. Ada bby dlm rahim yg memerlukan nutrien dari ibunya.

Kalau dah puasa, takleh nak makan dan minum di siang hari kan. So aku mesti bersahur. Dan mesti cari makanan yg boleh bekalkan tenaga spjg hari sampai le waktu berbuka.

Apa yg aku makan ketika sahur?

Ha, aku amalkan makan buah kurma 3 atau 5 biji dan mnum susu segelas. Kdg2 tu, lepas minum susu dan makan buah kurma, aku makan juga nasi utk bekalan tenaga tambahan.

:P

Tapi sebenarnya buah kurma dan susu tu dah cukup utk membekalkan tenaga sepanjang hari tau.

Pernah juga aku tak makan nasi time sahur, just makan buah kurma dan susu, tp alhamdulillah sepanjang hari rasa bertenaga je. Sungguh ni!

Sebab ni antara sunnah Nabi Muhammad S.A.W. ketika Ramadhan. Sgt bagus kan..

So kepada kwn2 yg sedang mengandung tu, tak perlu laa risau sgt bila tibanya Ramadhan ni. Puasa tu kan wajib, cuba la utk tunaikannya. Jgn simply taknak berpuasa just kerana mengandung. Unless kalau mmg dinasihatkan doctor supaya tidak berpuasa disebabkan masalah kesihatan. Tu takpela, memudaratkan kesihatan kan.

Ubat yg doctor kasi mcm acid folic, obimin tu, boleh makan time sahur, sebelum makan apa2. :)

Sama juga mcm ibu yg sedang menyusu. Aku penah terbaca satu kes, seorg doktor mengeluarkan kenyataan bahawa ibu yg sedang menyusu baby, tak boleh berpuasa langsung. Sbb bila puasa, akan terjadinya perubahan hormon (xtau la hormon apa kan) dan susu tidak akan dapat dihasilkan smpai bila2.

Huhuhu..

Allah itu Maha Mengetahui, Maha Pengasih..

Kita tunaikan tanggungjawab dan kewajipan kita terhadapNya, iaitu berpuasa, insyaAllah Dia akan memberi ganjaranNya.

Ada je kwn2 aku yg sedang mengandung, tp masih menyusukan anak sulung dia, tp dia berpuasa. Alhamdulillah dia masih mampu utk fully breastfeed kan anak dia. Ha, see! Mengandung + menyusukan anak lagi.

Cuma kalau ada masalah kesihatan, takpela kan.. Mmg la sbnrnya ibu yg sedang menyusukan anak diberi kelonggaran utk tidak berpuasa (kena ganti la), tapi seboleh2nya cuba dulu. So takde la kena ganti di kemudian hari. Takkan nak ganti smp sebulan kot kan. Heee.

Kalau risau, time sahur cuba minum susu, makan buah kurma, minum horlicks ke.. Tu sume bleh membanyakkan susu badan. InsyaAllah.

Hee pjg berjela plak entry kali ni. Niat aku bukannya nak memandai2 ye, cuma nak share ilmu yg aku dpt semalam.

:)

Sharing is caring kan! *_*


P/S: Share ilmu tu kan menda yg baik!



Friday, July 15, 2011

~ Need you by my side ~

Assalamualaikum.

Tgk tajuk entry mcm geli geleman plak kan.. Hehe, entry jiwang sket2 kali ni.

;)

Ptg semalam Mr Berry pi outstation. Smpai hari Ahad plak tu.. Huhuhu. Sejak lepas pantang, ni la 1st time aku ditinggalkan. Kalau time pregnant dulu, Mr Berry pi outstation juga. Tapi time tu Auni dok dlm rahim lagi. Kali ni aku bersama Auni le kan.. Heee..

1st time tau!

Kalau aku tinggalkan Mr Berry penah le. Ada sekali aritu, aku kena pi kursus kat S.Alam. Tapi 2 malam ja. Time tu pun Mr Berry amek cabaran jaga Auni sorg2 la. Terer kan!

This time, aku plak kena jaga Auni sorg2.

So last jumpa Mr Berry, pagi semalam. Auni pun sama, last jumpa papa dia pagi semalam. Sebelum aku pi ofis dan antaq ke nursery.

Kelas aku plak habis pukul 730malam tau semalam.. So kalut la drive balik, sbb janji dgn teacher nursery, nak jemput Auni pukul 8malam. Nasib ngam2 smpai pukul 8malam. Auni plak dgn tak mandi lagi, tak minum susu lagi (sbb baru bgn tidoq). Lagi le kalut aku ni. Ye la, tak elok kan mandikan baby lewat2..

Tapi silap aku juga la. Mmg aku x bagi teacher nursery mandikan Auni.. Tiap pagi sebelum antaq Auni ke nursery, aku or Mr Berry akan mandikan Auni siap2. Pastu ptg amek Auni kat nursery, blk umah br mandikan dia. Sume ni sejak kes Auni nangis kuat2 masa teacher mandikan dia. Since daripada kejadian tu, aku decide utk mandikan dia sendiri. Puas hati.. Huhu..

So berbalik kpd cite tadi, that's y nape teacher tak mandikan dia semalam. Tapi kan agak2 la kot kan.. Aku dah bekalkan baju salin sehelai. Kot teacher nak salinkan baju Auni, pun tak! Mungkin tak sempat kot kan. (Positif!)

On the way balik rumah dari nursery (dkt je, sama kwsan perumahan), singgah kedai sat. Nak belikan prepaid utk adik. Asik menangguh ja kan..

Walaupun sekadar nak belikan prepaid (amek masa xsmpai 2min), tp takkan la nak tinggal Auni sorg2 dalam keta kan. So nak kena dokong plak bwk turun pi kedai sekali. Huhuhu..

Renyah kan..

Smpai je rumah, kalut2 la mandikan Auni (dgn berbaju kurung lagi tau). Takdan nak salin baju bagai.. Sebab dah lewat kan. Mandi pun tak lama sgt, since dh malam takut selsema plak Auni nanti. Dah siap2 dia semua, bagi susu plak.

Dalam 840malam, semua settle!

Cpt kan!

Lepas tu baru la boleh uruskan diri sendiri. Aku tgh 'cuti' so takde la kalut nak solat magrib sume dlu kan..

:)

Lps tu cabaran utk menidurkan Auni plak. Sbelum2 ni papa dia yg tidokan dia malam2.. Mr Berry kan lebih penyabar orgnya berbnding aku nih. Hihihihi..

Slalunya mudah je dia tido, tp malam td, asik merap je dia. Rindu papa dia la kot.

Bila nak kena mengalami semuanya sendiri, dan2 tingat kat Mr Berry. Yela, aku realize yg aku sgt memerlukan dia dlm hidup aku. Biasa la kan, bila berjauhan baru nak terasa rindu. Hehehe.. Masa dok dkt2 bknnya takmau rindu2, tp tak sempat nak rindu2.

:P

Salute lah kat ibu2 yg PJJ dgn husband masing2. Tambah2 ibu2 yg beranak lebih dari sorg. Sume nak kena urus sendiri kan. Kagum2!

Mmg le aku penah PJJ dgn Mr Berry, tp kejap je. Dalam 6bulan je, time tu tgh pregnant, so just perlu uruskan diri sendiri je. Takde la renyah mana kan.. Huhuhu..

Hmm, tp betul kan.. Kdg2 bila dah bejauhan dgn org yg kita syg ni, baru kita sedar betapa sygnya kita kat dia, betapa perlunya dia dlm hidup kita. Tak kisah la sama ada org yg kita syg tu adalah mak ayah kita, suami kta or adik2 kita..

:)

Kalau sekadar berjauhan atau berpisah hidup ni, perasaan rindu tu indah je rasa sbb kita menunggu kepulangan org yg disygi tu. Tapi cuba bygkan kalau berjauhan atau berpisah mati?? Sakitnya menanggung rindu yg tidak akan berkesudahan.. Kan?

Huhuhu..

Smpkan kdg2 aku terfikir, andainya sudah tiba ajal salah seorg di antara kami (aku or Mr Berry), biarlah aku yg pergi dlu.. Sbb apa? Sbbnya aku takut aku x kuat utk menanggung rasa rindu terhadapnya jikalau dia pergi dlu.. Dan aku yakin yg Mr Berry boleh menjaga dan membesarkan Auni dgn kasih syg yg tidak berbelah bagi.

:)

Sekadar luahan perasaan.



P/S: ~ Ya Allah, Engkau panjangkan lah umurku, umur suamiku, umur anakku, umur mak ayahku, umur adik2ku, umur sedara2ku, umur kawan2ku, dan sekaligus umur semua hambaMu, supaya kami semua sempat bertaubat dan terus beribadat kepadaMu ~.



Tuesday, July 12, 2011

~ Kebahagiaan ~

Assalamualaikum.

2,3 previous entries adalah psl makanan je kan. Hee, nak buat mcm mana, dah mood memasak skrng menjadi2.

:P

Ptg semalam balik je keje, terus menggodek2 brg2 kt dapur, try buat ayam goreng tepung ala2 KFC. Hee tp takde gambar la, since kamera kesygn masuk 'hospital'. Huhu nasib baik masih under warranty. Tah berapa lama baru nak siap baiki. Haihh..

Pagi tadi plak merajinkan diri buat breakfast. Goreng nasi lebih semalam sket. Utk Mr Berry. Then panaskan ayam goreng tepung smlm. Ada balance lagi 3 ketul. Then bertambah rajin, buat la pizza versi mudah, cepat & sedap.

:)

Aku guna roti pita je utk base nye. Sbb tak smpai seru lagi nak belajar buat base pizza sendiri. Pastu just sapu sos spagethi basil & garlic. Letak bawang besar yg dihiris, sosej daging yg dipotong nipis dan beberapa keping cheddar. Seterusnya bakar je dlm oven sehingga masak. Aku just tgk bila keju dah melting, roti pita dah garing, terus off oven dan keluarkan pizza.

Sedap oke!

;)

Rasa mcm sama standard je dgn pizza instant yg aku beli kt shopping mall. Tp takde le sesedap pizza kat Pizza Hut or Papa Johns ye. Heee..

Eh, apa la yg aku merepek2 ni. Sbnrnya nak cerita pasal hal lain. Huhuhu.

Tadi sempat bersembang dgn kwn seperjuangan, dari fakulti lain, tp sama2 lapor diri setahun yg lalu. Masing2 dok bercerita pasal masalah sendiri. Masalah itu dan ini la kan.. Hmm hidup manusia ni takkan pernah surut dari masalah.

Taktau la plak aku, if ada juga orang kt dunia ni yg mmg tak pernah ada masalah kan. Huhuhu.

Bila sebut pasal masalah, dah tentu la berkait juga dgn emosi stress kan. Bila ada masalah je, rasa susah hati, rasa tak best, rasa tertekan, rasa tak bahagia.. Kan..

Hmm kdg2 kita fikir hidup kita tak bahagia sebab kita ada byk mslh.. Seolah2 masalah tu yg menyebabkan kita tak bahagia. Tapi, sebenarnya kan, kita sendiri yg menentukan kebahagiaan kita. Kita nak bahagia atau tak, itu terpulang kat diri sendiri.

Kebahagiaan takkan dtg sendiri, kita yg kena create the happiness.

Ye, mcm aku pun, mmg byk dugaan, ujian dan masalah. Kalau nak layan sume tu, mmg rasa stress sgt. Tapi, sampai bila nak rasa nak stress kan.. Smpai bila nak melayan perasaan tak best, tak bahagia tu kan..

Hidup kita ni taktau bila akan berakhir. Mungkin esok, mungkin minggu depan, dan mungkin juga habis je update entry ni, ajal aku dh sampai.. Wallahualam.

So, kita kena lalui masa skrng ni dgn sehabis baik, dgn berkualiti.

Jgn terlalu memikirkan masa depan yg belum pasti, masa silam yg dah berlalu.. Sebaliknya nikmatilah masa skrng yg kita ada. Sbb belum tentu kita sempat utk menikmati masa depan.

:)

Kdg2 bila masalah hampir menguasai emosi aku, aku akan cpt2 muhasabah diri. Kdg2 kita rasa masalah kita tu berat sgt, padahal ada org lain yg diuji dgn dugaan yg lebih berat. Sebab tu kita kena selalu muhasabah diri. Bila kita berjaya muhasabah diri, kebahagiaan tu akan dtg sendiri.

Tak perlu dipaksa.

Sebab apa? Sebab kita belajar bersyukur. Kita bersyukur dgn apa yg kita ada, bersyukur dgn sesiapa yg ada di sekeliling kita, bersyukur dgn kehidupan yg diberikan Allah.

Bukanlah aku bermaksud nak kata, kita kena lari dari masalah tu, tp bila kita berjaya menguasai emosi, dan kita rasa bahagia, insyaAllah kita akan dpt manage masalah tersebut.

So kwn2 semua, jom la pakat2 create kebahagiaan tu, bukannya mencari kebahagiaan. :)


P/S: Yep, aku bersyukur dgn nikmat yg diberiNya.

Monday, July 11, 2011

~ Kek Pisang ~

Assalamualaikum.

Hari ni entry makanan lg.

Semalam saje syok2 buat kek pisang. Sbb pisang emas yg beli aritu masih berbaki 7 biji. Nak buat cekodok pun dah bosan, baru je lagi makan cekodok.


So tetiba rasa nak makan kek pisang. Terpaksa la men'google' resepi. Masa form 2 dulu, rajin buat kek pisang. Tp oleh sbb lama dah tak buat, dah tak igt resepinya.

Hehe.

Godek2, dpt le resepinya, tp aku buat half adunan je since pisang nya x byk. Aku share ye resepi:

Bahan2:

1. Satu setengah cawan tepung gandum (Ayak).
2. Telur 3 biji.
3. 1 sudu teh soda bikarbonat.
4. Setengah cawan minyak masak.
5. Satu cawan pisang yang sudah dilenyek.
6. 1 cawan gula pasir (Kalau takmau manis, kurgkan gula, aku letak 3/4 cawan saje).
7. Satu sudu kecik esen pisang (Aku takde esen pisang, so aku guna esen vanilla).

Cara2nya:

1. Pukul telur dan gula sehingga betul2 kembang.
2. Kemudian masukkan tepung yg sudah diayak bersama soda bikarbonat tadi, sedikit demi sedikit. Selang seli dgn pisang yg dilenyek. Lakukan sehingga habis. Kacau sebati.
3. Kemudian masukkan minyak masak dan esen pisang. Kacau sebati.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang yg sudah disapu sedikit marjerin dan tepung.
5. Bakar dalam oven dengan suhu 170 sehingga masak (Lebih kurang 30min-40min).

Important message: Kalau nak doublekan adunan, tempoh masak pun akan lebih panjang.

Aku mmg suka kuih2 muih berasaskan pisang, so rasa sedap je la kek tu. Taktau la tekak org lain. Apapun kalau nak cuba, sila lah.

:)

P/S: Collecting recipes for Ramadhan & Aidilfitri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...