Wednesday, March 30, 2011

~ Special Thanks ~

Assalamualaikum.

Tengah2 dok marking paper Quiz students, tiba2 teringat nak buat entry nih. So curi masa keje sat.

:P

Hmm, semalam sebelum tido, aku terfikir.

Since selepas confinement period aritu, life baru aku sejak ada si tecit Auni ni, tak pernah lagi la aku stay berhari2 hanya berdua dgn dia tau.

Time pantang pun of course le ada peneman. Time pantang, mak ada bersama2 utk jaga Auni.

Abes pantang smpai la skrng ni, Mr Berry ada bersama2 aku utk jaga Auni.

Kiranya, tak penah lagi la aku duduk di rumah berdua2an dgn Auni berhari2. Setakat berjam2 tu ada la kan. Hee.

Mmg le time pantang dulu, aku tdo berdua dgn Auni dlm bilik, tp tetap mak ada kt bilik sebelah. Dan if Auni nangis kuat, mak akan jenguk2 juga.

So semalam sebelum tido, aku terfikir, camne agaknya keadaan aku kalau aku terpaksa stay dgn Auni je berhari2. Mampukah aku utk handle semuanya berseorangan?

Aku admit, skrng ni mmg Mr Berry lebih byk tlg aku dlm part jaga Auni ni. In fact, dia yg lebih spend masa dgn Auni. Mandikan Auni pun dia yg buat. Aku kadang2 je time weekend aku mandikan. Pastu malam2, Mr Berry lebih expert utk dodoi Auni. Aku slalu fail dalam bab2 mendodoikan Auni.

Huhuhu..

Pendek kata, Auni ni anak manja papa dia le.

Maybe sbb sikap Mr Berry yg lebih penyabar, lembut dgn Auni kot. Takde la nak kata aku nih garang dgn Auni kan. Cuma kalau dari segi perbandingan diri aku & Mr Berry, mmg dia lebih penyabar dlm segala hal.

So, agak2 la kan, kalau Mr Berry kena pi kursus selama 5 hari, camne la keadaan aku & Auni kan.

Sob Sob!

Sure hari pertama ditinggalkan tu, kelam kabut aku menguruskan Auni. Bukannya tak reti (dlm pantang, kebykannya aku uruskan sendiri), cuma agak kalut dgn urusan keja lagi, umah lg, Auni lagi.

Uwaaaaaaaa!! **Pengsan**

Silap2 Auni kena mandi sekali je sehari.

:P

Haihhh.

Risau plak bila aku fikir camtu. Hmmm.

Lagipun, sape nak tlg pasangkan baby car seat Auni, stroller Auni (kalau aku nak bwk dia pi jalan2) kan..

Sape nak tlg sterilize kan bottles Auni, sape nak pujuk2 Auni kalau Auni merengek2 tgh2 malam, sape nak dodoikan Auni bila Auni meragam nak tido.

:(

Aku boleh buat, cumaaaaa Auni mesti rindukan papa dia.

Yg paling sedih, bila aku kelas mlm, sape nak jemput Auni kat nursery? Sian Auni, kena tunggu mama blk keje malam, baru jemput dia. Selalunya Mr Berry yg jemput Auni bila kelas aku abes lambat atau bila aku ada kelas mlm.

Mesti Auni sedih tunggu2 tapi papa x pi jemput ptg2.

**Tears**

Sedihnyaaa..

~ Thanks a lot B for being a such wonderful husband to me, and a great papa for Auni ~




P/S: Actually Mr Berry kena pi kursus 5 hari nextweek. :(

Monday, March 28, 2011

~ Bersih ke tak bersih? ~

Assalamualaikum.

Minggu lepas langsung tak berupdate blog aku nih. Sungguh2 ikut mood. Huhuhu.

Nak kata bz sgt, dak juga. Dok kalut dgn keja umah ja la sket2. Setakat berFB tu boleh la. Nak mengarang tu yg malas sket.

;)

Lately aku asik terbaca mcm2 cita pasai status keHALALan makanan. Konon ada restoran yg takdak cop halal la, ditarik balik sijil halal la, ada kandungan yg xsepatutnya la.. Huhu..

Bukan setakat isu halal ke tak je, isu bersih ke tak pun menjadi kerisauan skrng ni kan.

Dan2 rasa risau dan takut plak nak makan or beli makanan luar.

Kdg2 bila kita nak pi beli kuih kat gerai tepi jalan contohnya, kita tgk dari segi zahirnya, nampak mcm bersih je. Sbb kuih tu dibungkus rapi dan diletakkan dlm bekas yg bersih. Tapi, kita xtau, sama ada pembuat kuih tu pembersih ke tak kan..

Mana la tau, tah2 ada yg tak basuh tgn lepas keluaq toilet, terus dia pi gaul tepung. Huhuhu, can't imagine it!

Kita taktau, sbb kita tak nampak.

Tapi, aku takde la claim yg semua pembuat dan penjual kuih BUKAN pembersih. Ada juga yg cermat, teliti dan sgt pembersih kan. Cuma kita ni sebagai pembeli, kita taktau sbb kita tak nampak. Apa yg kita boleh buat hanya la YAKIN yg kuih tu bersih.

:D

Kan?

Jangan pulak bila entry aku ni mencetuskan kemarahan para penjual kuih. Aku cuma ckp ada sebilangannya saje yg dok buat camtu. Dan hakikatnya, aku pun masih juga membeli kuih or makanan di luaq. Mcm aku kata tadi, aku hanya YAKIN dan mengikut kata hati. Mudah-mudahan makanan yg dibeli dan dimakan tu suci dan halal la kan.

Takut juga bila pk bab2 camni. Ye la, makanan tu akan jadi darah daging kita kan.. Kena jaga2 juga la.

So, skrng ni konon2nya nak berazam la kan, nak cuba sedaya upaya utk masak je kat umah. Sebab kita sendiri yg masak, so lebih yakin la dgn cara penyediaannya tu kan.

Tp nak masak sendiri pun, still kita kena tgk dulu betui2 bahan mentah yg kita beli tu bersih dak, halal dak..

:)


P/S: Sebab tu skng ni rajin buat kek sendiri. Aci tak? :P

Sunday, March 20, 2011

~ Updating about my lovely daughter ~

http://aunigrowingup.blogspot.com/2011/03/like-father-like-daughter.html

~ Tea Time ~

Assalamualaikum.

Hee saje gatai2 nak letak menu minum petang tadi.

Buat cucoq udang instant je pun. :P

Cuma alter bubuh udang besaq2. Tp bila dah goreng xnampak lak mana udangnya. Heee.

Aku guna tepung instant Adabi. Sedap! Cuma taste aku, aku x ikut sukatan air kat tertulis kat peket tu. Aku pun air lebih sket. Baru lembut di dalam, rangup di luaq.

:P


Padan dgn air teh. Yumm yumm!


P/S: ~ Hujan2 plak ptg2 ni, sedap betoi dok mamam. ;) ~

Friday, March 18, 2011

~ Buku Pertama Auni

Assalamualaikum.


Last weekend masa pi jalan2 Alamanda, singgah Toy"R"Us nak cari apa2 yg best utk Auni. Since dah ada member card kan, singgah je la.

Last 2 months dah beli toys utk Auni. So kali ni plan nak beli buku.

So dapat le satu. Colorful.. Lebih attractive.

:)

Auni sgt suka siap mamam skali. Hihihi.



P/S: Spend satu item utk Auni setiap bulan.

Thursday, March 17, 2011

~ Resepi ~

Assalamualaikum.

Hari ni mood nak bercerita pasal masak2, makan2..

:D

Salah satu hobi aku adalah suka tgk2 resepi, tgk2 foods pictures nih dari dulu2 lagi. Dari zaman muda remaja dulu. Heee.

Mungkin penyebab utamanya adalah aku suka makan, so secara x langsung suka lah dok tgk resepi2 best dan gambar makanan yg menarik kan.. Masak pun suka juga, cuma biasa la, kdg2 takde mood juga nak masak.

:)

Tu juga antara penyebab nape aku susah nak reduce weight. Hohoho!

Skrng ni kalau kat FB, page yg wajib aku buka adalah page KONGSI RESEPI. Syok sungguh tgk gambar2 makanan yg org upload. Nampak yummy sungguh! Kdg2 kalau rajin ada juga aku try resepi yg dorang kasi tu.

Kalau kat blog ni, ada juga la 2,3 blog masak2 yg aku rajin view. Ada link dorang kat sebelah ni kalau sesapa yg rasa nak tgk2 juga.

Best kan jadi org yg terer masak. Terer buat cookies, cakes, lauk pauk, deserts, sume2 lah. Heee.. Aku ni bab lauk pauk, insyaAllah boleh lagi la kan nak masak. Tapi bab2 baking ni lemah sket. Especially cookies la. Tak penahnya jadi.

Cakes tu oke juga la, sejak dua menjak ni menjadi juga la buat. Yg slalu dok buat pun, chocolate cake je. Hihihi. Yg len, try yg instant je.

:P Ooops, kantoi sudaa!

Roti & pastri adalah antara dalam senarai yg aku nak cuba buat.

Tapi tu la, kalau dah buat, takkan tak makan, ye tak. Huhuhu. Susah la camni.

Haihhh..

Hmm oke la, sebut pasal makan, tetiba rasa lapar plak. Aku tutup entry dgn gambar sambosah beef. One of arab cuisine. Sedap gak. Mcm popia. Cuma takde sauce atau kuah.

Monday, March 14, 2011

~ Cerita tentang Blog ~

Assalamualaikum

Hari ni masa BW, tetiba tingat masa memula blogging dlu.

Aku start berblog ni tahun 2007. Uish, lama dah kan. Tapi still xrmai follower. :P Mungkin antara sebabnya adalah, aku jarang tgglkan jejak kat blog org. Dgn kata lain, jd silent reader aje.

;)

Low profile kata kan.

Hohohoho!

Asalnya aku bleh terjoin blogging ni sebab bosan yg melampau. Time 2007 tu aku keje kat salah satu publishing company (private) di Shah Alam. As an editor. Nama je Editor, tp workload kurang. So aku ada byk free time.

Dah taktau nak buat apa bosan2, so aku join la blogging ni.

Kalau nak cite bermulanya aku kenal blog, lagi le awai. Awal tahun 2006 kalau x silap la. Time tu x ramai lagi tau ttg kewujudan blog ni. Dgn kata lain tak jadi trend lagi la. Aku time tu cuma suka baca blog sorg kakak ni. Kalau x silap nama dia Hani. Dia dok Jepun. Dia slalu cita pasai family dia, pasai life dia kat Jepun. Husband dia pun org Jepun.

So mmg aku x miss la follow blog dia.

Aku dah lost dah address blog dia. Dah lama sgt x baca blog dia, rindu plak.

Tapi join buat blog sendiri awal tahun 2007.

:)

Sebenaqnya, tujuan asal buat blog ni dulu, hanya sbb nak isi masa terluang tu ja la. Hobi2. Tapi skrng ni dah mcm penting plak utk diri sendiri. Mcm2 hal aku cita kat sini. Kdg2 godek2 blk entries lama2. Dari masa bercinta, prepare nak bertunang, nak kawin, dah kawin, smpai la dah dpt si tecit Auni.

Haishh, so memorable.

Aku plan satu hari nanti, aku nak save suma entries yg aku penah post dlu dan print. Sbb suma tu kenangan weh. Kalau stkt simpan dalam kepala otak je, mesti2 la lupa kan. Bukannya mesin. Hee..

Byk juga blog2 yg aku suka jenguk dulu2, tapi skrng ada yg dah remove blog dorang, ada yg dah tak aktif lg, ada yg privatekan blog dorang. So tak dapat la nak follow. Dah namanya aku silent reader kan, mana dorang kenai.

:P

Tapi apapun, I LOVE THIS BLOG SO MUCH!


P/S: Kalau satu hari nanti, blog aku tak ber'update' langsung utk tempoh jangka masa yg lama, kawan2 suma anggap ja la aku mungkin dah takde kat dunia ni.



Friday, March 11, 2011

~ Cencaru goreng ~

Assalamualaikum.

Malam ni goreng ikan cencaru je.


Tak suka sgt mkn ikan cencaru ni sebenarnya. Heee.. Tapi, dah xtau nak makan menu apa. Mr Berry dah selamat mkn nasi ayam beli kat pasar malam tadi.

So utk diri sendiri, itu je la menu yg sesuai.

:)

Makan je la kan, janji kenyang!



P/S: Amek protein saje, konon2 nak diet. :P

Thursday, March 10, 2011

~ Mau kurus ~

Assalamualaikum.
Mood hari ni kurang baik. Mula pagi ni dgn baju kurung yg kedut2.
:(
Tah apa kena dgn baju ni tah. Dah iron, tp still kedut.
Kang student igt aku x iron baju plak.
:P
Owh, then perasaan ingin kurus membuak2. Tapi, again, susah nak control makan.
**Pengsan**
Huhuhu, rasa mcm debab yg amat je. Haish.. Ptg smlm pi gym. A good start! Workout about 45minutes. Which is good for the 1st time kan.. Hee. Since pregnant smp la dh dpt si Auni (Jan 2010-Mac2011), ptg semalam tu la kali pertama exercise. Secara rasmi la. Yg dok turun naik tangga pi kelas tu x kira.
:P
Haritu dah mula diet, konon2 nya la kan.
Pastu sat je dietnya. Bila stress je, makan. Bila penat je, makan. Ha, camne tu..
So hari ni start diet blk. Harap2 berjaya la kali ni. The next session for gym adalah on Friday. \
Hoyyyyyehhh!
P/S: Bila keja byk, penat sgt, asik nak reward dgn makanan je. ;(

Tuesday, March 8, 2011

~ Roti Canai ~

Assalamualaikum

Owh..

Sooo craving to eat this......................

~ Ihsan wikipedia ~


Kat area umah skng, sgt susah nak jmp roti canai yg sedap. Huhu.

:(

Kalau ada pun, sume jauh2.

Tapi apapun, tak bleh lawan Restoran Pelita dan Hakim kat Shah Alam.

Yum yum yum.

**Drooling**


P/S: Takkan kena blaja buat roti canai sendiri kot?!

Sunday, March 6, 2011

~ Penampilan ~

Assalamualaikum.

Hari ni entry panas sket.

Semalam, masa otw nak ke bandar, kitorang (Mr Berry, me + Auni) singgah sat kat bank. Masa nak reverse keta kuar dari kotak parking, tetiba bunyi hon bebyk kali dan sepantas kilat DUMMM.

:(

Rupanya Mr Berry terlanggar keta kancil yg tgh nak lalu kt blkng keta kitorang.

Mr Berry tak perasan keta tu lalu, dan actually keta kitorg tak keluar kotak parking pun lg. Belum sempat Mr Berry nak keluar keta, owner keta kancil tu dh muncul kat tepi pintu sblh Mr Berry.

Dengan bengisnya, dia tunjuk2 kat biji mata dia. Yelah, faham la. Dia nak ckp "mata tu letak kat mana??!"

Oke, fine la, Mr Berry sedar la tu salah dia & he will responsible to it la kan. Cepat2 dia turun keta dan minta maaf berkali2 kat owner kancil tu. Minta maaf tu bkn la bermaksud taknak byr ganti rugi pun, cuma tu kan adab..

Tapi si owner ni terus je membebel dgn muka bengis.

Yg kitorg terkilan sgt ni, si owner tu sesama bangsa dan agama tau. Siap berkopiah dan ada 'tanda' kat dahi, seolah2 mcm org yg kuat solat smp berbekas dahi. Wallahualam la kan. Tu apa yg org2 kita dok labelkan la.

Mmg normal la kan, bila ada org terlanggar keta kita, secara spontannya kita akan mrh. Tapi, agak2 la kot kan, org dah apologize dah.

Dah tu, keta dia calar sket je, tak kemek apa pun.

Ha, satu lg nak habaq, keta dia tu keta lama (refer kat plat no), dan condition pun mmg x bape oke. Ada calar di sana sini, dan bumper sblh kanan pun terkoyak. Tapi, ni baru calar sket, dah melenting macam singa jantan kelaparan. Huhuhu.

Oke, takpe la lg tau. Dia terus ajak kitorg ikut dia pi workshop, konon2 nak pi tgk la kerosakan keta dia tu nak kena perbaik bape rm kan.

So spt aku kata td, since itu salah kitorg, so kitorg follow je dia.

Dan terjumpa la satu kedai aksesori ni. Dia singgah situ & tnya tokey kat situ, bape anggaran nak perbaik keta dia. Si tokey tu smbil gelak2 bgtau yg kerosakan tu kecik je. Takde apa sgt la. Paling kuat pun anggaran rm100 je.

Si tokey tu siap advice lg, suh settle dgn cara baik la. Sbb kerosakan tu x byk mana pun.

Tapi, si owner ni masih tak berpuas hati, dgn muka yg sgt mencuka dia mnta rm150 dari Mr Berry.

Hey, tadi kan tokey tu bgtau cuma rm100. Nape dia insist nak juga rm150?? Mr Berry ni jenis mls nak layan sgt, dia bg je la rm150 kat owner kancil tuh. Still dgn muka mencuka, dia amek duit tu & blah.

Erk!

Nampak x perangai buruk dia?

Mr Berry sedar tu salah dia, dan dia mnta maaf dan sanggup byr ganti rugi. Tapi mana budi bahasa si owner tu? Dan la penampilan dia tu obviously kot tunjuk dia tu Muslim. Tapi, kenapa perilaku dia tak mencerminkan dia tu spt seorg muslim? Dgn bahasa yg kasar dan memek muka yg amat NGERI.

Dah tu part yg paling penting, apa ko nak buat dgn extra lg rm50 tu? Dah obvious keta ko tu hanya perlukan rm100 utk baiki, yg nak lebih2 nak buat apa? Duit tu nak jamu anak bini kat rumah ke? Sanggup ke? Jadi darah daging tau.

Huhuhu..

Dah tu bila org dah byr ganti rugi, kot nak bersalam ke apa ke, takde! Blah camtu je. Ish2, sesama Muslim tu..

Tu la, penampilan ni kdg2 tak mencerminkan perilaku sebenar. Kdg2 ia adalah sekadar tradisi. Mcm perempuan Arab memakai hijab berpurdah la. Itu adalah tradisi dorang, dan dorang kena teruskan.

Sama juga kesnya dgn kes owner kancil tu.

Mcm satu kes aku nampak baru2 ni. Ada sorg pakcik ni (Muslim) lupa nak tarik hand brake keta dia, so keta dia ter reverse dan terlanggar keta honda city (baru lg, kaler putih berkilat lak tu). Bercalar juga sket. Dan owner City tu juga adalah Muslim.

Tpi, dgn berhemah dan beradabnya dia cuba settle dgn pakcik tu. Lastly, dia xmnta ganti rugi pun, dan bersalam sambil senyum lg tau.

See!

Takdelah aku nak suh owner kancil tu halalkan dan tak mnta ganti rugi kan, cuma please, beradab la sket. Mana budi bahasa tu kan.. Haishhh.

Tu la kan, manusia di akhir zaman.


P/S: Terigt kisah Rasululullah, walau apapun dugaan, cemuhan, cacian yg diterima, Rasulullah tetap sabar..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...