Selamat berhujung minggu! Aku mcm biasa, berada di s.alam. Asal weekend je mesti smpai s.alam. Tmpt yg paling best. hehehe...
Kali ni aku nak share dgn kwn2 satu cerita yg aku rasa tidak sepatutnya terjadi. Ok, aku mulakan dgn memperkenalkan watak2 dalam cerita tersebut. Watak utamanya mestilah aku, huhuhu, dan ada dua watak lagi iaitu ofismate aku yg dah berumur lingkungan 40an. Sorang tu cukuplah dikenali sebagai makcik N dan sorang lagi tu makcik Z. Tapi, of course la aku x panggil diorang dgn gelaran makcik. To show my respect, aku panggil diorang 'kak' je. Nampak muda sikit. Ye tak?
Cerita ni terjadi pada hari Rabu bersamaan dgn 5hb Sept di ofis. Time tu aku tgh ralit menyiapkan kerja yg bertimbun2 dan menanti utk di submit. Tetiba makcik N memanggil nama aku.
"Sara,sara, umur sara berapa?"
Aku pun tanpa mengesyaki apa2 aku pun membalas.
"Umur sara 24 tahun, nape kak N?"
Makcik N sengih2 dan menjawab.
"Laaa, kak N igt umur sara 44 tahun. Ada seseorg bagitau akak yg sara ni dah 44 tahun. Dan dah ada anak. "
Aku tergamam dan terkesima. Dalam hati aku berkata xkan le makcik N rabun sgt sampai x dpt beza umur aku. Tgk le fizikal dan rupa aku camne. Huhu. Dan tetiba makcik Z yang berada berhampiran kami menyampuk.
"Ish, kak N ni, takkan la x dpt tgk sara ni muda lagi. Saya tgk pun dah tau sara ni belum kawin lagi, apatah lagi dah berusia 44 tahun. Ish!"
Makcik N tersengih dan berkata.
"Mana la akak tau. Dah ada org yang bagitau akak camtu. Akak pun igt betul la. Tu yg akak kata, awet muda betul si sara ni. Umur dah 44 tahun tapi muka muda lagi."
Aku pun hanya memandang makcik Z dengan senyuman yang dibuat-buat. Aku terkejut sebenarnya. Nilah pengalaman pertama aku, ada org igt aku ni berumur 44 tahun. Huhu, biar betul. Sedangkan ramai org tak percaya aku dah berusia 24 tahun dan igt aku masih bersekolah menengah. Ni kan pula ada sorang makcik kata aku dah umur 44 tahun. Adusss... Biar betul?
Aku pun nak meyakinkan diri sendiri, aku tanya kat beberapa orang kwn aku, muka aku ni nampak tua sgt ke? Badan pula sederhana je. Takdelah gempal ke.. Kwn2 aku semua terkejut dgn cerita aku. Dan ramai yg mengatakan makcik tu rabun atau jenis yg terlalu lurus. Juz dpt sesuatu information and terima tanpa mengkaji kebenarannya.
Even budak sekolah rendah pun akan tau yg aku ni bukannya berusia 44 tahun. Entah la apa yg x kena dgn makcik tu. Hairan juga ya.. Kalau juz makcik tu anggap aku ni dah kawin, aku boleh consider lagi. Sebab baya2 aku ni memang ramai dah kahwin. So, normal la tuh. Yang x tahan nya umur tu! Tolong laaa...
Yang buat aku kaget tu, makcik N ni bukannya calang-calang orang. Dia wanita berkerjaya. Bukannya Tea Lady ke... Tapi pen. pegawai juga. Dia dah lama keje situ. Berpuluh-puluh tahun dah. Bermula hanya sebagai kerani dan naik pangkat. Walaupun hanya lepasan SPM. Sepatutnya bagi seseorang yang dah lama bekerja, mesti dia ada capabilty utk identify sesuatu kan.. Tambahan pula, takkan la dia x dpt buat agakan ttg umur seseorang. Bukanlah nak precise angka, tapi at least x jauh bezanya. 24 ke 44 tu 20 tahun beza tuh. Waaaaa!!!
Ada juga kwn2 aku beri opinion yg maybe makcik N tu bergurau. Aku pun x pasti. Yang aku dpt lihat, dia serius je masa berckp tuh. Xtau la kot dia melawak serius. Tapi, apapun dia tak patut ckp camtuh. Huhu..
Apa pendapat kwn2 semua? Aku balik keje pada hari tersebut, aku dok membelek muka sendiri kat cermin, nak tgk tua sgt ke muka aku??? Ermp, biasa je aku tgk. Hehehe.. Aku cerita le hal ni kat mak aku & mak aku boleh buat lawak. Mak aku tulis dalam SMS camni -->
Alaa long, awat x hbq kat makcik tu kata, mmg betoi long dah 44 tahun dan long ada anak sebaya makcik tu. Mak la anak long.
Aku gelak gile baca SMS mak aku tuh. Hahahahahaha. Kelakar la mak aku ni. Biar lah makcik N tu. Asalkan dia bahagia sudah. Lantak la dia nak ckp apa pun. Mungkin dia memang seorang yg lurus bendul atau pun sekadar gurauan.
Setakat ni je la dulu. Jumpa lagi!
P/S: Kiranya aku sebaya makcik N tu la kan?
4 comments:
Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....
== Mohon Maaf Lahir dan Bathin ==
MARHABAN YAA RAMADHAN
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA
SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA
DENGAN OPTIMAL,
AAMIN.
Sunan Jati -->
Sama2 la kite ek.. Menyambut Ramadhan Almubarak dgn hati yg terbuka dan ikhlas..
pelik nya..awat tak tau beza ka orang lum kawin dengan dah kawin...
ish,ish sian cik sara kita nih..jangan risau la sara..memang sara nampak muda dan memang masih muda :)
kakluna-->
Tu ar kakLuna.Sian Sara kan..Nasib baik thp kesabaran tinggi lagi.Huhu
Post a Comment