Sunday, January 30, 2011

~ Balik Kampung ~

Salam 30 Januari!

Bulan Januari dah sampai ke penghujungnya. Tapi, azam baru utk tahun ni masih peringkat 10% perlaksanaannya. Huhuhu, kena lebih fokus nih.

:)

Hari ni 1st day aku bercuti utk tahun 2011. Cuti seminggu oOoOoO.. Heee suka sungguh!

Amek cuti sempena midterm break student. Yelah, time student cuti la baru nak bleh apply cuti. So apa lagi kan.. Lgpun mak dok rindu sgt dah kat Auni. Heee..

Blk kali ni, kitorang pilih pengangkutan udara. :P 1st time Auni nek airplane nih. Ceritanya boleh baca diSINI..

Susah gak jadi co-author utk blog husband tu. Heee kena update juga slalu. ;)

Balik kampung kali ni, dah mcm2 agenda disusun.. Antaranya:

1. Nak pi Tanjung Dawai. Sape yg taktau, Tanjung Dawai ni adalah satu kwsn tepi pantai nelayan, ada jual belacan, ikan2 kering, sotong2 kering.. Best!

2. Nak celebrate besday Mummy! Belated besday. 8 Januari lepas. :)

3. Nak pi amek gambaq family kat studio. (Tupun kalau kedai tak tutup, CNY kan..)

4. Nak pi makan ikan bakaq & seafood kat Kuala Perlis.. Pun best sgttt.

5. Nak tunjuk skill memasak kat mak & adik2. Menunya mungkin homemade burger or pizza. Yummy!

6. Nak pi photoshoot Auni kat tasik dkt rumah ni. (Petang ni juga pi, gigih kan!)


Hee oke, sudah la setakat tu list. Byk2 kang tak terbuat. Hrp2 mission accomplish. Hoyyeh!


P/S: Erk, soalan quiz belum buat. Harini deadline. Jom segera buat!!!

Sunday, January 23, 2011

~ Homemade Beef Burger ~

Assalamualaikum

:)

Last week tetiba terlintas nak try buat homemade burger. Tu pun sbb dok belek blog 1001 Resepi ni. Tima kasih tuan empunya blog sbb share resepi.

1st try yg agak boleh tahan la. Heee.. Siap boleh wat stok tu, sbb kalau ikut resepi tu bleh buat byk keping.


~ Atas yg belum masak ~


~ Nih yg dah siap hidang, cuma takde sayur2 nak letak. Heee, comot! ~


Sebenarnya kan, sgt best tgk blog 1001 Resepi nih. Byk sgt resepi best2. Nanti nak try lah buat cheese cake ke kan.

;)

Yg paling tak sbr nak cuba adalah homemade bread. Hoyyehh!

Tu next entry lah plak, kalau berjaya buat.

:P



P/S: Org yg suka masak, selalunya dia suka makan!

Monday, January 17, 2011

~ Rumah Oh Rumah ~

Salam

Dah kembali ke hari Isnin dah ye.. Cepat je rasa weekend berlalu. Tak sah kalau takde 'Monday Blues' kan. Haihhh..

Owh, semalam (Ahad), aku ada pi tengok show house kt kwsn dkt dgn perumahan aku stay skrng ni. Ayah la yg sms bgtau ada kwsn perumahan baru akan dibina. Sbb skrng ni aku tgh ligat surveying rumah, yela nak juga beli rumah sendiri kan. Takkan nak menyewa je smp tua.

Huhuhu..

Org kata, sementara masih muda ni la kita beli rumah. Murah sket monthly payment nye. Tapi nak kata muda tu, dah tak muda dah la. Dah masuk 28tahun dah tahun ni.

So masa pi tgk semalam, aku mmg sgt2 la berkenan. Ya Allah cantiknya lah hai.. Mmg kena sgt la dgn taste aku. Ada 1 storey, 1 1/2 storey, double storey dan 2 1/2 storey. Tp bukan terrace. Keliling rumah masih ada tanah. Boleh le kalau nak menanam ke, or kemudian hari nak renovate dan tambah bilik ke kan..

The price pun masih affordable la. Kategori murah lg la kot. Nanti2 rumah dah siap, mesti hrga naik mencanak2.

Utk non-bumi dah almost booked dah. Kwsn utk bumiputera masih byk lagi available. Kalau ikut hati ni, nak la sgt2 book rumah tu.

Apa yg membuatkan aku berfikir lagi ni, adalah aku masih belum boleh dpt benefit loan kerajaan. Mmg le aku lantikan tetap, tapi masih under probation period. Dalam 3 tahun baru nak sah jawatan. Tupun ada juga yg lebih dari 3 tahun.

Kalau dpt buat govt loan utk rumah tu, syok la weh. Nih kalau bank loan, interest saje dah boleh buat sesak nafas. :(

Ataupun inisiatif lain adalah proceed je dgn bank loan, then bila dah cukup 5 tahun baru convert to govt loan.

Yela, bak kata senior lecturer sini, kalau nak tunggu sah jwtn baru nak beli rumah, lambat lg la. Time tu rumah pun makin naik harga. Silap2 rumah yg aku berkenan tu naik double dari harga skrng. Tak mampu dah la aku time tu.

:P

Erm, tapi apapun aku masih dlm proses pertimbangan. Dok cari pros & cons nye. Heee.. Yelah nak beli rumah ni bukan menda main2 kan, ni melibatkan ratusan ribu.

Haihhh..

Harap sgt sebelum umur aku 30 tahun ni, aku dpt beli sebiji rumah dan dpt sah jawatan. InsyaAllah..

:)


P/S: Teringat2 rumah tu.



Wednesday, January 12, 2011

~ Second Home ~

Salam

Hi semua!

:)

Dah hari ke 12 pun utk 2011. Sob sob..

Owh, time flies so fast!

Tahun baru ni bermula dgn kehidupan yg agak busy. Terkejar sana sini. Pi ofis, pi mengajaq, balik rumah tgk Auni.

Apapun life is wonderful!

Syukur ya Allah, for giving me such a wonderful daughter, husband & families. ALHAMDULILLAH. Sume tu melengkapkan hidup aku sbgai insan kat bumi Allah yg sementara ni. Semoga aku tidak terlalu lalai dan leka dgn duniawi sehingga mengabaikan tanggungjawab aku terhadapNya.

Owh, back to the title.

Mr Berry ada buat satu blog khas utk kami bertiga (mama, papa & Auni). Sesape yg rasa nak jenguk2 tu, bleh klik di SINI.

:)

Nanti apa saje cite terbaru psl Auni, aku akan publish di sana. Blog ni plak blog ROJAK. Hohohoh. Semua ada.

Owh let's talking about work. Sejak semester baru buka ni, biasala, dah mula bz dgn class kan. Sem ni class aku mostly di waktu ptg dan malam. So dah tak merasa la mengajaq di pagi hari. Heee. Bagus gak! Tak perlu la aku dgr alasan student masuk kelas lambat sbb susah bgn pagi. Haishh.. Alasan yg tak boleh diterima langsung oke!

Dah namanya student kan, kalau dah jenis susah bgn pagi sekalipun, MESTI juga la bangun kan. Who cares kan.

Huhuhu..

Bila dah namanya mengajaq budak2 separa dewasa ni, faham2 je la ye.. Aduihh, susah sungguh nak control. Kalau yg nicely behave, oke la. Average umur students yg aku ajaq, antara 19-20 tahun. Tapi dalam ramai2 tu, ada juga la yg 22 ke atas.

Dorang2 yang terlebih umur ni kebiasaannya attitude oke je. Mungkin sbb dah matang kot.

:P

Paling tak syoknya bila dalam satu2 kelas ada student yg sombong. Kita tanya soalan pun, acuh tak acuh je dia jwb. Nak je aku tanya, sape lecturer ni, dia ke aku? Tapi, ye la, kita ni sebagai seorg yg lebih dewasa dan matang, juz ignore je la. Anggapla ni sebagai dugaan, cabaran dan ujian utk aku kan. Setiap jenis pekerjaan mesti ada je cabaran yg kita kena lalui kan.

Sama jg mcm kes aku. Keje sbg lecturer menuntut kita deal dgn pelbagai ragam kan, sudah semestinya wujud juga sorang dua students yg akan downgrade kita. Itu normal, tambahan pulak lecturer muda2 kan.

Alah, usah pedulikan, yg penting, aku laksanakan amanah yg diberikan. Smpaikan je ilmu tu kat dorang kan.

Kdg2 bila rasa demotivated, aku akan muhasabah diri, dan try utk boost up blk self motivation tu. So far I made it!

Lagipun tu cuma kes terpencil. Kebanyakan students oke je, they respect me. So respecting each other tu sgt penting. "They respect you, so you also need to respect them". That is the KEY in how to sustain a good relationship between lecturer & students.


:)

Hee tp tu just my personal point of view je. Lain org, lain pendapatnya kan.

Oke, nak start study utk class malam nanti.


P/S: My passion is there!


Sunday, January 2, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum

Salam 2011 semua!

Ini adalah entry pertama aku di tahun 2011.

Hari ke 2 dalam 2011 baru dpt post entry baru. Huhuhu.. Biasa la, ada anak kecik ni x sempat lak rasa..

:)

As usual, bila masuk je tahun baru, sume pakat2 list down azam baru kan. Tak sah kalau takde. Heee.. Aku pun sama la, ada 2, 3 dlm senarai. Hope berjaya achieve la kan. Azam tahun lepas, alhamdulillah la, kira accomplished la kan.

Tahun 2010 adalah tahun rezeki utk aku. Alhamdulillah. Yg pertama aku pregnant, kedua grad master on time, ketiga dpt keje tetap, lastly dpt bby.. :) Sgt bersyukur dgn kurniaanNya.

Tapi 2010 juga byk mengajar aku erti kesabaran menghadapi ujianNya. Yelah, dpt rasa sakit nak bersalin, infection la, dok ward lelama.. Huhu.. Apapun sume tu dah berlalu. Pengalaman yg tak dpt dilupakan..

So utk tahun baru ni, aku nak improve diri sendiri supaya jd seorang yg lebih baik. Dari segala segi la, agama, perilaku, kerjaya, rumahtangga.

;)

Tanggungjawab pun dah bertambah. Aku nak bg sepenuh kasih syg kat Auni, didik dia dgn baik. Mudah-mudahan dipermudahkanNya.

Okelah, tu saje utk 1st entry 2011. Takleh panjang2, nak kena p tgk anak. Yela, kata nak jd mama yg terbaik kan.. :P


P/S: Nak lalui hidup dgn gembira, sebab taktau bila hidup ni akan berakhir. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...