Salam
Dah kembali ke hari Isnin dah ye.. Cepat je rasa weekend berlalu. Tak sah kalau takde 'Monday Blues' kan. Haihhh..
Owh, semalam (Ahad), aku ada pi tengok show house kt kwsn dkt dgn perumahan aku stay skrng ni. Ayah la yg sms bgtau ada kwsn perumahan baru akan dibina. Sbb skrng ni aku tgh ligat surveying rumah, yela nak juga beli rumah sendiri kan. Takkan nak menyewa je smp tua.
Huhuhu..
Org kata, sementara masih muda ni la kita beli rumah. Murah sket monthly payment nye. Tapi nak kata muda tu, dah tak muda dah la. Dah masuk 28tahun dah tahun ni.
So masa pi tgk semalam, aku mmg sgt2 la berkenan. Ya Allah cantiknya lah hai.. Mmg kena sgt la dgn taste aku. Ada 1 storey, 1 1/2 storey, double storey dan 2 1/2 storey. Tp bukan terrace. Keliling rumah masih ada tanah. Boleh le kalau nak menanam ke, or kemudian hari nak renovate dan tambah bilik ke kan..
The price pun masih affordable la. Kategori murah lg la kot. Nanti2 rumah dah siap, mesti hrga naik mencanak2.
Utk non-bumi dah almost booked dah. Kwsn utk bumiputera masih byk lagi available. Kalau ikut hati ni, nak la sgt2 book rumah tu.
Apa yg membuatkan aku berfikir lagi ni, adalah aku masih belum boleh dpt benefit loan kerajaan. Mmg le aku lantikan tetap, tapi masih under probation period. Dalam 3 tahun baru nak sah jawatan. Tupun ada juga yg lebih dari 3 tahun.
Kalau dpt buat govt loan utk rumah tu, syok la weh. Nih kalau bank loan, interest saje dah boleh buat sesak nafas. :(
Ataupun inisiatif lain adalah proceed je dgn bank loan, then bila dah cukup 5 tahun baru convert to govt loan.
Yela, bak kata senior lecturer sini, kalau nak tunggu sah jwtn baru nak beli rumah, lambat lg la. Time tu rumah pun makin naik harga. Silap2 rumah yg aku berkenan tu naik double dari harga skrng. Tak mampu dah la aku time tu.
:P
Erm, tapi apapun aku masih dlm proses pertimbangan. Dok cari pros & cons nye. Heee.. Yelah nak beli rumah ni bukan menda main2 kan, ni melibatkan ratusan ribu.
Haihhh..
Harap sgt sebelum umur aku 30 tahun ni, aku dpt beli sebiji rumah dan dpt sah jawatan. InsyaAllah..
:)
P/S: Teringat2 rumah tu.
No comments:
Post a Comment