Friday, November 26, 2010

Yeay!

Assalamualaikum..

Hari ni dah hari ke 46.

Yeay!

Maksudnya aku dah slmt berpantang RASMI. Hohoho.. Sbb wpun dah abes 44 hari, byk lg makanan yg aku kena pantang.

Sob sob!

Semalam tmpt pertama aku pi setelah sebulan lebih tak jejak tanah (except to clinic/hosp), adalah SALOON.

;)

Rimas weh dgn rambut panjang ni. Dah smp paras belakang dah rambut aku. Last potong adalah seminggu sblm kawin. Means, setahun lepas. Huhuhu..

Dan pulak, 2 bulan lebih kot aku tak drive. Masa sarat aritu Mr Berry je dok drive bwk aku ke sana sini. So memula pegang stereng pagi semalam, nervous juga skit!

Nak reverse keta pun cam siput lembapnya. Huhu!

Setelah beberapa minit, aku back to normal. Dah bleh start memecut. Hoyyeh!!

:D

Lepas pi saloon, konon nak pi shopping la kan.. Almaklum le barang2 mekap sume dah takde, since during pregnancy aritu langsung tak mekap. :P

Tapi lama sgt plak spent masa kat saloon, so tak jadi. Cancel lah plan tu.. Si tecit Auni tu ada di rumah, mak jaga. Kena la cepat balik kan..

Rasa tak sbr nak bwk Auni p jejalan Mall ke.. Memandangkan stroller dia takde kat sini, so tak dpt la nak bwk. Tak terdaya aih nak dukung. Heee, berat oke!

Owh, dah le dulu entry kali ni.

:) Daaa!


P/S: Sejak ada si tecit Auni ni, rasa masa cpt betul berlalu..

Monday, November 22, 2010

2 days to go, yeahh!

Assalamualaikum

Salam 22hb November..

Lagi 2 hari je aku akan abes pantang, yeay! Walaupun hakikatnya mcm2 menda lg aku kena teruskan pantang, tapi takpela. Janji, pantang RASMI akan berakhir.

:P

Yg bestnya, leh keluar jalan2. Tu je..

;)

Tempat pertama aku nak p lepas abes pantang ni adalah SALOON. Heee.. Nak p wat hair treatment dan potong pendek. Dah mls nak urus rmbut yg panjang.

Alasannya, masa aku pasni, byk diabeskan utk auni. Hohoho!

Dan mungkin awal bln dpn aku akan bertolak blk KL. Utk uruskan urusan pindah randah plak. Haihh, dh dpt rasa betapa pack nye hari2 aku lps ni. Tapi takpe, it's exciting.

Oke, tu je nak update. Sila la jamu mata dgn gambar latest auni.


**wink**

P/S: Stroller, baby car seat dah takyah beli, alhamdulillah.. :D

Saturday, November 13, 2010

33 Days

Assalamualaikum

Salam 13 November..

Hari ni dah 33 hari berpantang. Alhamdulillah kesihatan aku pun semakin baik..

:)

Dan baby (Auni Irdina) pun bertambah tembam. Hee..


Jahitan utk secondary surgery pun dah dibuka mggu lepas. Semuanya nampak baik, syukur ya Allah.

Skrng pun aku dah boleh mandikan Auni, jaga dia memalam (sesorg oke, bangga kan!), dan kurang stress.

:D

Alhamdulillah. (",)

Tapi ye la, nak jaga baby ni agak mencabar dan menguji kesabaran gak. :P So jauh lagi perjalanan aku utk blaja memahaminya.

Hee..

Owh, aku skrng sgt tak sbr nak abes pantang, sbb nak bwk auni jejalan. Hoho.. Pastu nak manjakan diri (pi spa ke, saloon ke).. Almaklum le lepas besalin aritu, keadaan diri adalah tidak terurus, tambahan plak, 2 kali masuk wad kan.

Tapi satu je merisaukan aku, berat aku susah turun la. Masa sarat aritu berat aku 69.8kg, so smggu slps bersalin berat aku turun ke 57kg. Mmg le best kan, almost 13kg gak tuh. Cumanya, smp saat ni, hari ke 33, berat aku masih remain 57kg..

:(

Apakah petandanya??

Huhu, maknanya 57kg tu mmg berat aku sndiri la. Aritu lagi 13kg tu mmg berat Auni, uri dia, air ketuban, darah lg..

So kena pulun la utk kurgkan lagi 7kg ni. Mampu ke aku?

Mampu ke tak ke, aku MEMANG, WAJIB kena kuruskan bdn. Konon nak jadi ibu anggun kan.

;)

Oleh sbb aku bersalin secara ceasar, maybe take times sket la nak reduce weight kan. Ye la, nak wat a'bic cam sblm pregnant dlu xleh lagi. Kita taktau kan, luka kat dalam dah betul2 elok belum. Sekadar exercise ringan2 dan diet je la yang mampu aku buat pun.

**Sigh**

Di kesempatan ni juga, aku nak wish SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA. Aku kan jarang update entry dah kan, so wish siap2. :P


P/S: Auni dapat present best2 tau. Hee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...