Assalamualaikum
Salam 20 Julai, 8 Syaaban.
Dah masuk Syaaban, tak lama lagi Ramadhan menjelma. Bahang Ramadhan pun dah mula terasa.
:)
Yelah, di shopping mall pun dah siap letak brg2 utk raya. Cthnya, baru ni aku p Mydin Putrajaya, diorg dah start jual lampu lip lap, pelita buluh plastik tu.. Best plak rasa. Aku dah siap plan nak beli pelita buluh plastik tu & decorate dkt balcony rumah. Heee.
Tahun ni tahun pertama lah aku akan celebrate puasa dan raya bersama suami. InsyaAllah, mudah-mudahan umur panjang utk menikmatinya.
Iklan-iklan psl puasa atau raya pun dah nak mula tayang. Awal kan. Hee, cthnya iklan nestle cornflakes. Biasa la, time puasa2 dan raya ni la, akan ada program masakan atau resipi kuih raya kan. Dlm newspaper pun ada iklan seumpamanya.
:)
Syok plak rasa.
Eh melalut plak. Nak cite psl menda lain sbnrnya. Huhuhu.
Weekend lps, as usual aku blk Klang le kan. Tapi rasa mcm xpuas plak, dan bila smp ari Isnin, tetiba berjurai2 airmata ni turun. Huhu, sedihnya rasa.. Sbb weekend lps kitorg sgt bz, so rasa mcm x sempat nak spend masa berdua. Hopefully weekend ni aku takde apa2 aktiviti fakulti. So bleh la blk lg.
So mggu ni adalah mggu sedih utk aku. Mcm takde mood je, asik terigt kat Mr Berry je. Hmm, dugaan kan.
Pagi tadi masa driving to campus, aku dgr hot chat tau. Topik pagi tadi adalah psl 'status FB'. Apa pendapat pendengar ttg org yg suka dan selalu update status di FB kan. So ada la yg call bgtau x suka bila kwn dlm list slalu update status la, luah perasaan la dan mcm2 la kan..
Tak kisah le sume tu kan. Tu hak individu.
Tapi ada satu cite yg berjaya buatkan aku menitiskan airmata pagi tadi.
:(
Sedih weh!!
Ada sorg caller ni, call & bercerita ttg seorg kwn dia (bukan kwn rapat), yg selalu sgt update status di FB. Setiap hari dia akan update. Walaupun diorg x rapat, tp oleh sbb kwn ni slalu sgt post status dia, so secara x langsung si caller ni pun jadi berminat dan follow dia nye status setiap hari kan. Tp dalam pada following tu, kdg2 timbul juga rasa rimas sbb even benda remeh pun si kwn ni nak update kan.
Dan utk pengetahuan sume, si kwn ni mmg slalu bercerita dlm FB sejak dia bercinta, kawin smp le mempunyai seorg anak tau. Kiranya dia suka sharing la..
Then baru2 ni si kwn ni telah meninggal dunia. Si caller ni rasa sedih sgt sebab rupanya ada reason kenapa si kwn ni slalu sharing life dia dlm FB sbb dia dpt rasa hidup dia di dunia ni tak lama.
Dan ada satu status si kwn ni yg membuatkan si caller ni asik teringat2 adalah dia tulis seolah2 mcm ni la:
"Mcm mana la nak tinggalkan anak dan suami lama-lama.."
Seolah2 camtu le bunyi statusnya, sbb aku pun dgr caller ni je cite. Tak tgk dan baca sendiri status tu kan. Status tu seolah2 menunjukkan kesedihan si kwn ni utk meninggalkan anak dan suami dia. Huhuhu. Then dkt FB si kwn ni dia letak gambar anak dia & tertulis 'mama miss u'.
Hmm, sedih kan..
Even dia dah takde di dunia, tapi, rmai kwn2 yg tulis kat wall FB dia. So FB dia masih lagi aktif.. Walaupun owner nya dah takde.
Haishh, bila dgr cite camtu pagi2 tadi, menitis airmata aku. Sedih kan, sbb aku penah terdetik dan memohon pada Allah, semoga Allah terus berikan aku kesempatan utk hidup lebih lama bersama org yg aku cintai dan sygi di dunia ni.. Sbb masih byk yg aku belum buat dan tunjukkan kat diorg.
Tambah2 tgh kerinduan ni kan.
**sigh**
P/S: Mr Berry, mak, ayah, adik2 dan baby: I Love all of u sooo much!