Assalamualaikum
Salam 3 Disember 2009, 15 Zulhijjah 1430..
Lama2 sekali baru mood nak update blog ni dtg.. Hee..
Dah sebulan lebih aku bergelar isteri.. :) Kdg2 rasa x percaya pun masih ada..
Ohh, btw, aku nak update sket2 cite ttg diri sndiri.. :p Saje nak share2 kan.. Previous entries ada aku cite psl Master's thesis aku yg belum siap, tmbhan pulak dgn wedding preparation kan.. Nampak serabut je semua hal. Dah tu kira mcm berani gak la aku amek risiko, belum abes master, dah gedik nak kwin kan.. :p Hihihi..
Tp, alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.. Wedding aku berjalan lancar, dan 2 mggu selepas itu, aku berjaya dptkan tarikh utk VIVA. Kira mcm rezeki slps kawin mungkin..
Dan sekali lagi syukur pada Allah, setelah settle VIVA dan buat sedikit pembetulan tesis, finally pada ari KHAMIS 26 November 2009, aku berjaya submitted hard bind tesis aku. Yeayyyy!!!
Secara tidak rasminya aku dah berjaya COMPLETE kan master aku on time. ALHAMDULILLAH ya ALLAH.
But still hae to wait for the final result lah kan, yg dijangka akan release mid of dec ni lah.. So skrng ni aku telah bertukar MODE aku.. From fulltime STUDENT kepada fulltime JOBSEEKER.. :)) Aku sedang bertungkus lumus mencari kerja.
Yelah, dah abes blaja nih tetiba rasa bosan lak kan.. Haishh, tetiba terdetik nak sambung ke PhD level pulak.. Hehehehe, gedik lagi! Nak abeskan master pun seksa. :p
Ohh, okelah, abes cite psl study.
Life after married lak, camne ek.. ;) Byk juga yg berubah, ye lah, sblm ni kita cuma jaga diri sndiri, skrng kena igt utk kepentingan berdua. **Berdua itu lebih baik**.. :D
Walaupun aku + Mr Berry dah bercinta selama hampir 6 tahun, tp kan bila dah kawin ni, rasa mcm seolah2 kami baru berkenalan. Yelah, masa bercinta lain, tak semua perkara kita tau. Bila dah kawin, dah hidup sebumbung, tidur sekatil, mkn semeja, of course la byk menda baru yg kita akan facing. Kan..
Cuma bezanya kan, mungkin disebabkan kitorg dah lama kenal dan bercinta (kononnya kan), so kitorg ni boleh diconsideredkan pasangan suami isteri merangkap teman karib. :)
Kadangkalanya kitorg boleh act as a bestfriend to our partner.. Contohnya sgt jelas ketika kitorg spend time together utk apa2 outdoors activities.. ;) Sgt best tau! Mungkin faktor tempoh masa yg lama membuatkan kitorg "rapat" not only in love r/ship tp juga friendship. Lagipun kitorg bercinta masa masing2 tgh nak belajar bina hidup masing2, dlm erti kata lain, masa zaman berhingus dlu lah.. ;)
Tp kan sebenarnya masa bercinta dlu, x realize sgt yg kitorg bleh jadi bestfriend selain daripada bercinta.. Sbb time tu dipengaruhi rasa cemburu tak bertempat, emosional, kurg matang dan sebagainya lah kan..
Sekarang ni, selepas kawin, baru tau kenapa org pesan utk sustain a marriage, kita tak hanya treat psgn kita as a husband or wife, tapi kita juga harus treat psgn kita as our bestfriend, so kita akan lebih selesa utk berkongsi cerita, mslh, kegembiraan dan sbgainya..
Itu bukan bermaksud kita x respect psgn kita.. TAK.. Malah kita mungkin akan lebih menghormati mereka.
Wahh, terpjg pulak entry aku ek.. :p
Aku juz nak share lah kan sedikit cerita aku slps kahwin ni, sbb itu apa yg aku alami dan rasa kan.. Org lain wallahualam lah. :D
But seriously, i felt more comfortable with my Mr Berry after we married.. Sbb dia adalah teman karib aku. :) Antara perkara yg buat aku sgt respect dia adalah, dia boleh bergaul dgn semua teman2 aku, sbb setahu aku, x sume husband bleh join dan berkwn dgn kwn2 wife diorg.. Kan? Kan? :)
Itu adalah satu dripadanya lah kan.. Byk lagi sbnrnya.. Tp dah xlarat menaip. Hahaha, boleh x camtu?
Okelah till then, jumpa lg next entry (tah bile lak) :p
P/S: Perkahwinan itu adalah suatu ibadah, ikhlas lah melakukan ibadah itu kerana ALLAH.
6 comments:
setuju sgt.. jgn tinggalkan apa-apa aktiviti semasa kita bercinta dulu... kena spend masa berdua sentiasa...
Kak Ina -->
Yes, betul la kan kak Ina..
Itu slh satu cara utk menambahkan cinta diantara psgn..
:)
camne Mr berry2 strobery? kuat ngamuk x kat umah? hahah
jeles sudah entry ni...
bestnya kalau dapat husband mcm ni kan puan comot?
btw, thank you for the hospitality semalam. the pary was great and the ayam, mak oii, sedap okeh!
psstt: lantai dan dinding mmg terbaikkk!!
--> Emy
So far asham sgt oke je, xpenah plak ngamuk.. ;) hopefully camtuh la smp bebila.. :p
--> MissTumblerBiru
Tq for coming tau.. Alah, semua tu biasa2 saje.. Apapun jumpa nnti di next event.. :p
Post a Comment