Assalamualaikum
Belum terlambat utk aku ucapkan SELAMAT HARI IBU, SELAMAT HARI GURU, dan SELAMAT HARI JURURAWAT buat semua ibu, guru dan jururawat di seluruh Malaysia ni. Moga kalian terus berjuang dan terus berjuang utk nusa, bangsa dan agama.
Hampir masuk minggu ke-3 aku bercuti di kampung (sambil nyanyi riang lagu Balik Kampung nyanyian arwah Sudirman). Hehe.. Dah pelbagai aktiviti aku buat. Antaranya yg best adalah percutian ke Langkawi. 1st May aku bertolak dari Shah Alam ke Kedah pada jam 10pagi dan sampai rumah jam 5.30petang. Walaupun byk kali berenti di hentian rehat, tapi kira laju juga la kitorg drive. (Aku, Ngah, dan kwn Ngah bergilir2 drive).
So pada 2hb May kitorg satu family bertolak ke Jeti Kuala Perlis. Jam 8.30pagi kitorg bertolak dgn kereta mak. Wah, we were very excited to start the vacation. Sebab kali terakhir ke Langkawi semata-mata utk bercuti pun masa aku Form 1. Long2 time ago.. And the rest aku pi Langkawi atas urusan rasmi. Ceeewaaah!
Mak planned nak stay one nite je kat sana. Tu pun dah memadai la buat kitorg. :)
Masa kat jeti lagi mak dah uruskan semuanya pasal tempat penginapan, kereta sewa, dan tiket feri. Asalnya kitorg planned nak stay kat chalet di Pantai Chenang yg terletak betul-betul tepi pantai. Yg syoknya, pagi-pagi boleh dgr desiran ombak memukul pantai (puitisnya bahasa). Malangnya, oleh sebab kitorg pi Langkawi pada hujung minggu, semua chalet yg terletak betul2 di tepi pantai full. Uwaaaa, frust la kejap. Cari punya cari, (ada agen tolong call & cari bilik kosong) akhirnya kitorg dpt chalet di Pantai Chenang juga, tapi across the beach. Ok lah juga. At least kitorg hanya perlu melintas jln & smp lah ke pantai..
Dipendekkan cerita, setelah hampir sejam berada di dalam feri (mujur laut x gelora), sampai la kitorg di bumi Langkawi. Alhamdulillah. Lepas amek kereta sewa yg awal2 tadi dah booked,(mak sewa Waja, harganya RM90 sehari) kitorg terus pi Makam Mahsuri. Tmpt wajib tuh. Pi pekena laksa Langkawi dulu. Hehe. Yummy, tapi sedap lagi aku masak..(Perasan plak)
Puas bergambar kat situ. Mcm-macam gaya..(",)
Then, kitorg terus gi chalet dulu, check in. Not bad..Agak memuaskan condition bilik tu. Ada 2 king bed, meja solek, peti sejuk mini, cupboard besar, 4 helai towel....dan mcm2 lah. Kitorg solat dan rest kejap. Pastu mak ajak gi shopping kat Kuah. Mcm-mcm kitorg beli. Sotong keping2 yg byk perasa juga dijual. Sedap pulak..Yummy.. Adik-adik aku borong coklat le, x sah kalau x beli coklat kalau gi Langkawi. Padahal harganya xde la murah sgt berbanding tmpt lain. Maybe sebab dah jadi trademark Langkawi kot.
Mkn mlm kitorg, mak bwk kitorg pi mkn kat satu restoran kampung tepi muara. Ikan-ikan segar naik je terus masak. Apa yg perlu kita buat hanya lah pilih ikan-ikan, udang or apa-apa je lah makanan laut yg ada kat situ dan kita decide apa jenis masakan yg kita nak. Pastu tunggu je kat meja. Hoho.. Tempat mkn tu kecik aje, tapi ramai sgt org. Sampaikan x cukup meja.
Sebelah blk chalet, kitorg singgah di bazar berhampiran yg menjual pelbagai jenis cenderamata, baju-baju, minyak gamat.. Shopping lagi.Huhu.. Aku asik makan aje sepanjang berada di Langkawi. Masa pun rasa cepat je berlalu. Pagi2 esoknya baru lah kitrog lepak tepi pantai. Tapi x mandi pun.. Rugi kan.. Hehehehe..Saje lepak2 tepi pantai melihat keindahan ciptaan Allah. Pepasir yg putih bersih, air yg biru dan awan berkepul2 di udara.. Sgt mengkagumkan.
Sebab tu dlm Islam pun kita diseru supaya keluar melihat ciptaan Allah supaya kita sedar dan tau kebesaran dan keagungan Allah.
Kitorg bertolak balik tengahari. Sebab mak ada hal. Walaupun kejap je vacation kitorg, tapi sgt bermakna buat kami sekeluarga. Apa yg penting, kami dpt berkumpul dan spent time together. Sharing sweet moment together is very meaningful..
Gambar-gambar vacation aku akan update utk next entry..
P/S: We got to know each other better..
No comments:
Post a Comment