Tuesday, May 27, 2008

Panas Baran

Assalamualaikum

Entry kali ni agak 'panas', sesuai sgt dgn topik aku yg aku ingin ceritakan.

Ceritanya bermula begini.. Pada pagi hari Sabtu yang lalu, bersamaan dengan 24hb Mei 2008, bertempat di sebuah restoran kecil di Jitra, berlaku satu perkara, yg aku rasa agak tidak bermoral.. Suspen aje bunyi nya kan. Hehe..

Nak dijadikan cerita, aku dah lama sgt tak pi membeli makanan kat restoran tu. Last aku pi kalau tak slh aku masa aku sek menengah dulu aje. Dalam 7 tahun lepas kot. Roti canai kat restoran tu sgt le sedap. Yummy.. Pagi2 sure ramai kat restoran tu. Masa aku pi pun customer ramai sgt. Aku order roti kosong 7 keping, bungkus. Coz ada tetamu kat umah. Oleh sbb ramai customer lain, aku pun dok le kat meja menantikan turn aku.

Setelah lebih kurang 30minit menunggu, roti aku siap. Mcm biasa la kan, bila beli makanan mesti le kena byr. Aku pi la kat kaunter. Harga roti tu + teh ais RM5.70. Aku bagi le sekeping RM10. Yg jaga kaunter tu adalah seorg lelaki muda dlm umur 20-an, anak kepada owner restoran. Si owner pompuan tgh membungkus makanan, dan si owner lelaki tgh menebar roti canai. So anak depa le yg kalut serve makanan & jaga kaunter. Aku dpt lihat garis2 ketegangan kat muka lelaki muda tu. Maybe penat..

Berbalik ke cerita aku bagi sekeping RM10 tu, rupanya depa takde duit kecik nak bagi baki kat aku. Si lelaki muda tu pun minta aku tunggu kejap & dia arahkan sorang pekerja dia utk pi tukar kat somewhere. Lebih kurang 10minit tunggu, pekerja tu dtg balik dgn tgn kosong. Dia tak berjaya tukar duit tu. Dengan rungutan si lelaki muda ni pun keluar la jap utk pi tukar duit.

Belakang aku ada lagi sorang customer lelaki lingkungan umur 40-an tgh tunggu turn juga nak byr. Kiranya dia baru tunggu dlm 10minit le utk byr. Baru 10minit tunggu, dia dah mula berleter dan mundar mandir sana sini. Tanda tidak puas hati sebab terpaksa tunggu utk byr. Aku yg tunggu lagi lama ni pun masih boleh bersabar. Antara bebelan dan rungutan customer tu :

"Ish, kalau dah takdak duit kecik, tak payah la berniaga dan bukak kedai. Nyusahkan org ja! Nak kena tunggu lama plak!"

Yg sadisnya dia pi bebel kat owner pompuan merangkap mak kepada lelaki muda tersebut. Mengikut pandangan aku, customer tu tak tau yg pompuan tu owner. Muka pompuan tu dah berubah.. Kesian sgt aku tgk. Si customer tu dah makin 'hot'. Dia keluar masuk kedai dengan suara meninggi. Mata dia menjadi merah. Utk pengetahuan semua, customer tu bersama dgn anak keciknya dlm lingkungan umur 9tahun.

Klimaks nya adalah apabila lelaki muda tadi balik dari menukar duit. Customer tu terus menyerbu lelaki muda tu dan mula menengking. Dah le dlm restoran tu ramai lagi customer lain yg tgh mkn. Jatuh le air muka owner restoran. Customer tu bertindak makin jauh, dia menghempuk meja dgn duit RM5 nya. Antara ayat keluar dari mulut dia:

"Barua!Kalau hang takdak duit kecik takpayah berniaga!Ada ka biaq customer dok tunggu lama mcm ni.Aku tak mai dah aih kedai hangpa ni!"

Si lelaki muda tu pun dok bagi explanation kat customer tu.. Kesian sgt aku tgk lelaki muda tu. Kalau diikutkan aku lagi berhak marah coz aku yg tunggu lagi lama. Tapi aku masih berfikiran rasional dan sabar. Takkan la small matter mcm tu pun kita nak melenting.

Aku simpati dgn anak si customer tu. Kecik lagi dah dgr perkataan carut yg ayah dia tuturkan. Tak mustahil anak kecil tu akan imitate apa yg ayah dia lakukan dan tuturkan. Panas baran sgt. Bagi aku customer tu taktau nak hormat org lain. Walau sebesar mana pun kesalahan org lain, he does not have any right utk tengking lelaki muda tersebut depan semua org. Jatuh air muka lelaki muda tu.

Erm, taktau la nak ckp mcm mana kan. Semakin maju negara, semakin ramai org yg kurang sabar dan panas baran. Seiring panas seperti pemanasan global yg terjadi sekarang. Hehe.. Merepek pulak aku nih!

Berbalik ke cerita tadi, kalau pun si customer ni nak tegur, ckp elok2. Say it properly.. Memang negara kita ada 'freedom of speech' tapi use it properly and in the right way. Betul tak?? Aku pun manusia yg selalu buat kesilapan, so aku selalu igtkan diri sendiri, jgn jadi seperti customer tersebut.

P/S: Semua lelaki mcm tu ke??? (",)

2 comments:

13may said...

perghhh!!!

tapi kalau dah buku bertemu ruas...mau dah kena dah customer tuh...

comotgurl said...

--> 13May

Yela, muka si lelaki muda tu pun dah merah padam thn marah, tapi memandangkan 'customer is always right', dia sabar je la. Huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...