Monday, December 26, 2011

~ Roasted Chicken ~

Assalamualaikum.

Yeay, berjaya buat homemade roasted chicken for the 1st time.

Actually last 2 nights, tgk Jamie Oliver masak Roasted Turkey utk Christmas. Tp rasa mcm tingin plak nak buat jg tp ganti la dgn ayam kan.

So pagi2 pi Pasar Tani Alor Gajah, beli lah ayam seekor, takyah potong. Sbb nak roast segedebuk gitu. Baru la mcm roasted turkey kan. Hehehe.

Tapi aku x pakai resepi Jamie pun. Aku google je, cari resepi yg mana berkenan. Almaklum le, bila dah search gitu, byk betul resepinya kan. So try & error je la. Tgk mana yg sedap kan, kalau sedap, boleh buat lagi nanti.

:D

Last jumpa la satu resepi yg agak simple, bhn2 pun sikit dan mudah. Aku amek resepi tu di SINI. Tq ye owner sbb sharing resepi yang sedap nih. Skrng aku pun nak share dgn semua. Ada la sikit2 aku altered resepi.

:)

Bahan2:

1) Seekor ayam bersaiz sederhana (dibersihkan dan keluarkan organ dalamannya).
2) 2 sudu besar minyak zaitun (aku xmasukkan pun sbb takde. Huhu).
3) 2 inci halia.
4) 2 ulas bawang putih.
5) 1 biji bawang besar.
6) 1 sudu besar sos tiram.
7) 2 sudu besar madu.
8) 1 sudu besar gula.
9) 1/2 sudu kecil garam.
10) 1 sudu kecil serbuk lada hitam.
11) 1 sudu besar jus lemon.
12) 1 sudu kecil serbuk kunyit.
13) Sedikit marjerin atau mentega. (Aku guna mentega).
14) Sedikit lada sulah.

Cara2nya:

- Blend halia, bwg putih, bwg besar dgn sedikit air sehingga hancur. Kemudian tuangkan ke dalam bekas. Dan campurkan gula, lada hitam, garam, jus lemon, sos tiram, serbuk kunyit, madu dan lada sulah.

- Kemudian, cucuk2kan ayam tadi dgn garfu dan lumurkan semua bahan perapan tadi pada keseluruhan ayam. Perap ayam selama 3 jam atau lebih.

- Selepas diperap, panaskan oven 190 atau 200 darjah, dan bakar ayam selama sejam atau sehingga masak. (Aku bakar lebih kurg sejam setgh). Selepas 30minit dibakar, keluarkan ayam, dan sapukan mentega dan juga lebihan minyak yang tedapat dalam dulang pembakar di seluruh ayam. (Aku sapu mentega di bwh lapisan kulit ayam). Kemudian, teruskan pembakaran.

- Pastikan permukaan ayam keperang-perangan. Balik-balikkan ayam tersebutdan bakar sehingga garing dan masak.

- Kemudian, apabila siap dimasak, boleh dihidangkan bersama nasi, whipped potato, coselaw dan apa2 je la yg anda suka. :) Dgn pasta pun boleh, dgn mee pun boleh, nak ratah saje pun sedap!

Aku ratah je, then cicah dgn sos pencicah, beli yg readymade, from Kelantan.

Dan it's Yummy!

Cumanya next time if aku nak buat lagi, aku nak perap lama sikit supaya rasa perapan tu menyerap ke dalam setiap lapisan isi ayam. Keempukan ayam tu dah ada, cuma kurg rasa je. Silalah mencuba!



P/S: Mr Berry pun suka! ;)

Wednesday, December 21, 2011

~ Duhai Hati ~

Assalamualaikum.

Lately slalu je aku mengantuk awal, around 11-12mlm tu confirm dah tido. Kalau sebelum2 ni, smp pukul 1,2 pagi pun segar bugar je lagi.

Tapi mlm ni, rasa mcm tak mengantuk plak. Padahal jam dah pukul 12.30tgh malam. Alahai, kenapa la pulak kan..

Hmmm..

Mungkin sbb byk benda nak difikirkan. Ye la, kehidupan ni kalau takde masalah, bkn kehidupan la namanya kan. Aku penah buat entry psl hal ni.

:)

Kalau kita tak pujuk diri sendiri, sape lagi nak pujuk kan. Hehe.

Masalah hati ni kita boleh rawat, tp kena betul caranya. Kena selalu igt Allah, kerana Dia Pemilik semua yg wujud di alam semesta ni.. Then selalu2 lah baca Al-Quran (kena tau maknanya skali, seeloknya baca Al-Quran Tafsir), sbb baca ayat2 suci Al-Quran ni boleh menenangkan jiwa, mengubat hati yang kurang sihat. Berzikir pun salah satu caranya.

:)

If ada mslh ke, rasa serabut ke, kusut ke, cuba la amalkan perkara2 di atas (ingatan utk diri sendiri jg). InsyaAllah, Allah Maha Besar, Dia selalu bersama hambaNya.

Kadang2 bila manusia dilanda mslh, ujian dan dugaan, baru lah mereka akan bersegera mengingatiNya. Sbb tu lah kdg2 Allah turunkan ujian dan dugaan, supaya kita selalu igt padaNya. Wallahualam.


P/S: "Duhai hati, usahlah berduka utk perihal2 duniawi"

Thursday, December 15, 2011

~ 1 bulan ~

Assalamualaikum.


Dah sebulan rasanya aku x update blog nih. Last update aku pun masa 1st day induksi. Then sepanjang induksi langsung x sempat nak jengah blog. Mlm2 ada la jg masa senggang, tp bdn plak letih & mata x larat buka.


Rasa rindu juga la nak update sebenarnya. Tapi tu la, bila dah lama x mengarang, otak pun jadi lembab skit. Huhuhu.


Oke, aku nak cite sket ttg induksi aritu. Tempoh induksi aku kan 2 minggu. Masa 1st, 2nd, 3rd day tu asik nangis je rindukan auni. Kira kronik juga la. Asal tgk MMS gambar auni, Mr Berry sent, air mata ni terus je meleleh.


:P


Asal Mr Berry called je, dgr je suara auni, nangis lagi..


Mmg rasa suffered sungguh la berpisah dgn anak nih kan!


Last2 Mr Berry decided nak mai kat aku. Sbb auni pun nampak mcm sedih dan tak keruan sejak aku takde kat rumah. So aku pun cari2 la homestay utk sewa selama seminggu. Sbb Mr Berry & auni nak stay seminggu sampai aku abes kursus.


Last2 dpt la satu rumah ni, kira2 10min dari tmpt latihan. Asalnya owner homestay tu letak rm150 sehari. Kira mahai juga la, kalau dah 7 hari = RM1050. Tp masa aku called dia, dia kata dia bg murah sket, rm100 sehari.


So mengenangkan dah mls nak cari homestay lain dan rumah tu pun elok je luar dalam, aku pun setuju je. Dan masa berjumpa dgn owner homestay tu utk amek kunci, ttiba dia bgtau yg dia kira cincai, seminggu aku dok situ dia caj rm500 je.


Alhamdulillah!


Lega sket aku dgr. Ye la, klu ikutkan ramai je yg kata mahal la, x berbaloi la, sanggup plak perabes rm500 tu sesaje kan. Tapi nak buat mcm mana, dah tak terbendung rasa rindu kat auni & Mr Berry. Lgpun dorang berdua la 'semangat' aku. Kalau dorang ada, at least bleh la aku fokus kat kursus induksi ni. Kalau tak, asik teringat je. Apa penceramah ckp kat depan pun aku taktau!


So hari Jumaat, 18 Nov, Mr Berry & auni pun bertolak mai kat aku. 1st time Mr Berry travel jauh berdua dgn auni je. Kira pecah rekod la. Sepanjang perjalanan tu auni behave je. Bagus betui anak mama ni..


Then hari terakhir kursus cuma ada exam. Tghari dah settled. Lps tu aku bergegas blk homestay, packing brg, siapkan auni, byr duit homestay dan terus gerak menuju ke Lumut. Niat hati saje nak berjalan2 sblm blk melaka.


Mula2 kitorang pi Teluk Batik. Dah lama aku tak pi situ. Last pi masa sekolah rendah je. Lepak situ sat, then gerak ke Jeti Lumut. Konon2 nak p beli ikan kering, sotong2 je kat situ. Bila dah smpai Jeti Lumut tu, tetiba rasa excited semacam je. Time tu dah pukul 4ptg. Orang tak berapa ramai time tu sbb cuti sekolah baru nak bermula.


Tiba2 aku buat plan last minute. Rasa mcm nak pi ke Pulau Pangkor. Alang2 dah sampai kan.. So, terus amek tiket dan book hotel. Tiket feri kitorang pukul 7mlm.


Kitorang parking keta kat tmpt slmt, re-packing brg, amek yg penting2 je masuk dlm beg galas, dan terus naik feri.


Hehehehe.


Smp pulau pun dah gelap. Naik van pink ke resort dkt pasir bogak, 3km je dari jeti. Sampai je terus check-in, mandikan auni, dan pegi dinner. Jalan kaki je pun, sebelah resort je. Saje tak mkn kat kafe resort tu sbb xbyk pilihan.


Pagi2 esoknya breakfast di kafe resort, dan jalan2 tepi pantai.


Pastu introduced auni dgn swimming pool. 1st time nih. Siap beli pelampung dan swimming suit utk auni. Mula2 takut dia refuse nak masuk kolam, tup2 dia sgt sukaaaaa! Sampaikan takmau keluaq dari kolam walaupun mulut dah biru dan ketaq2.


Lepas mandi2 di swimming pool, aku & auni naik bilik, mandi2, siap2, then tido. Mr Berry je sambung mandi kat pantai plak. Yelah, rugi plak rasanya tak mandi pantai sbb air jernih sgt.


Dalam pukul 1230tghari kitorang check out dan naik van pink ke jeti. Dpt naik feri pukul 145ptg. Dalam pukul 3ptg gerak blk melaka dari jeti lumut. Sempat le beli2 sotong, dan kerepek2 sket.


Walaupun sat ja spent masa di Pulau Pangkor, tapi rasa happy sgt! Sbb konon2 dpt release tension lps 2minggu berkursus la kan.. Rasa mcm nak je pi lg situ nanti2. Next time nak p lama sket, 3hari 2 malam ke kan, baru puas main pantai.


:D


Pjgnya cerita aku kan.


Okelah shall stop here! Nanti cerita lain pula.



P/S: Mid-term break nih nak p mana plak??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...