Assalamualaikum.
Lama2 skali baru la berupdate. Hmm biasa la, mood kan ada pasang surutnya.
:)
Previous entry, aku ada sebut psl tarikh2 penting dlm bulan Oktober kan. Birthday si kecik Auni aritu dh ada entry utk dia. 23hb baru ni wedding anniversary aku+Mr Berry, 2nd year.
Alhamdulillah, berpeluang utk celebrate utk kali ke 2. Bila sebut psl celebrate nih, takde la smpai kami celebrate beriya2 kan.
So for special entry sempena anniversary ni, rasa nak godek2 cerita cinta plak.
:P
Sorry guys! Saje nak igt blk memori dulu2.
Actually, me & Mr Berry sekelas masa diploma dulu. Tapi, ye la, walaupun sekelas, masa part 1, part 2, aku mcm tak berapa nak perasan kewujudan dia. Sama jg la dgn Mr Berry. Dia pun tak perasan langsung aku nih. Maklum le time tu org kata berhingus lg kan, so masih x menyerlah la konon2nya kan.
Hehehe.
Bila masuk part 3, kami dah mula bermisscall2. During this time, mmg jd mcm trend la dok misscall2 nih. Yelah, waktu tu mana ada duit nak topup slalu kan. So misscall2 pun jadi lah. Tu pun dah rasa best dah kan.
Sbnrnya kan, aku la mula dlu. Hahahaha mcm gatai kan.. Sbb konon2 mcm minat tgk Mr Berry sbb dia ada lesung pipit. Mmg aku suka tgk org ada lesung pipit ni, even perempuan skali pn.. Rasa mcm comel sgt!
So sepanjang part 3 ni, asik misscall2 je la, jarang sgt la bersms.
Masuk part 4, masih lg mcm tu. Cuma ada sikit je improvement. Kami keluar p A.Star, tp bukan p dating tau. Konon2 time tu nak p cari bahan buat assignment. Time cuti midsem rasanya, kalau tak silap la. Dah tu p naik bas je. Malu2 kucing lg time tu..
Klimaksnya adalah masa part 5. Masa tu bln puasa, dkt2 nak raya dah. Ada satu tragedi was happened to me. Aku patah tgn sbb jatuh masa tgh berdiri posing baju raya atas kerusi dpn cermin meja solek. Oke, sila lah gelak ye. Mmg bunyi kelakar dan mcm tak logik kan. Jatuh kerusi pun boleh pth tgn. Huhuhu.
Aku membuat kesimpulan mungkin tulang aku tak cukup kalsium, so jatuh sket je boleh patah kan. Actually takdelah patah terus, retak sket, tp kena jg bersimen. Tp sejurus slps jatuh, mak cuma bwk aku p jumpa tok bomoh mana entah. Dia balutkan tgn aku dgn kain batik dan letak ubat2 tradisional je. Then pakai anduh balutan sendiri je.
Owh nanti aku buat full entry pasal patah tgn tu ye!
Oke, sambung cerita cinta nih. Hehehe. Oleh sbb aku patah tgn, aku pun sambung le bercuti. Jadi sblm balik ke S.Alam, Mr Berry pun for the 1st time, dtg le rumah aku. Dtg beraya sekaligus nak melawat aku yg pth tgn ni. Time ni toksah ckp la, berdebar2 sgt jantung nih.
Hehehehe.
Slps tu, Mr Berry blk le ke S.Alam, sbb cuti raya dah abes kan. Aku masih bercuti di kg. Dan kami pun masih continuing dok misscall2 je.
:)
Lps smggu dua, aku pun blk ke S.Alam. Time tu tgn masih berbalut. Kiranya tak sembuh lg la. Tak sembuh2 walaupun tok bomoh tu menjanjikan tempoh 2 minggu je utk tgn tu pulih. Jd sbb rasa ssh ht dgn keadaan yg tak sembuh2 ni, aku pun pi la klinik utk check tgn. Nih slps 2 minggu jatuh ye.
Check punya check (dipendekkan cerita), rupanya tgn aku retak kat pergelangan tgn, kiranya tok bomoh tu salah rawat la tau, dan kena refer hosp ampuan rahimah utk simen.
Aku pun masa mlm pertama di wad, sms la Mr Berry, mengadu la konon2, pasal aku kena admitted ward tu kan. Dan mlm tu juga dia mai kat aku. Touching tau time nih! Tapi masih takde apa2, hubungan masih kabur2.
Lepas siap bersimen esoknya tuh, aku bleh kuar hospital. Dan Mr Berry nampak mcm lebih concern ttg aku. Tgn aku time tu kena simen smpai atas siku. Masa 1st appointment, nak kena p potong separuh simen sampai ke lengan tau. Di situ lah bermula cerita cintanya. Lps Mr Berry dpt tau yg aku nak pegi hosp utk potong separuh simen tu, dia ckp dia nak temankan.
Aku pun oke je la kan (dlm hati berbunga2 keriangan). Walaupun aku bwk bestfriend aku temankan aku jg.
Mlm lps p hosp tu, tiba2 aku dpt sms dari Mr Berry. Aku igt lagi apa ayat dia. Dia tanya aku, apa pendapat aku kalau dia kata dia anggap aku lebih dari seorg kwn. Hehehehe..
Aku masa tu tgh lepak kat bilik bestfriend aku, ada lagi 2 org bff aku pn lepak situ. So kami ber4 kat situ masa tu. Lps baca sms tu, jantung aku berdegup kencang. Terkejut dan rasa mcm tak percaya pun ada. Yelah, mmg le aku mcm minat2 kat Mr Berry, tapi takde la expect yg hubungan kami akan jadi serius kan (bagi aku kalau dah declare as pakwe makwe ni, dah serius le).
Aku menjerit2 dlm bilik tu, dan bgtau ke3 bff aku tuh.
Ha, gatai kan!
Then aku replied sms Mr Berry, tp aku tak igt la aku ckp apa. Hehehe.
Pastu Mr Berry replied dan dia cakap, if setuju balas Y (stand for YES), and if sebaliknya balas N (stand for NO).
Aku pun dgn sokongan bff aku, terus je aku replied Y!!!
:))
Then started from that day, kami konon2 dah declared as pakwe makwe. Hihihihi kelakar plak teringat balik.
Tarikh declare tu pun aku igt lagi, 24/12/2002.
:D
Dan alhamdulillah, jodoh kami kuat, kami disatukan pada 23hb Oktober 2009. Setelah 6 tahun menyemai kasih, akhirnya disatukan menjadi suami isteri yg sah.
~ 2007 ~
~2008~
24/12/2002: Our love story begin.
23/12/2009: We tied the knot, alhamdulillah. :) Our solemnization day.
24/12/2009: The reception.
23/10/2010: Our 1st year wedding anniversary. Unfortunately we couldn't celebrate it since I was admitted at hospital.
Today,23/10/2011: Alhamdulillah, Allah gives us a chance to celebrate our 2nd year wedding anniversary. :)
~2011~
Dear Mr Berry, happy 2nd anniversary!
We're in love since 8 years ago, till now & insyaAllah to the end of our life. Tq for being my love, my another half, my bestfriend.. It is normal when sometimes, in spending times together as a husband&wife we have some arguments or misunderstood. It will never change my feeling towards you.
That's what we call "kemanisan berumahtangga".
So lets pray to Allah, may Him gives us a chance to continue live together as a husband&wife.
I love U so much! Owh I love Auni too! ;)
P/S: Bila teringat cerita lama, rasa rindu plak!
No comments:
Post a Comment