Monday, December 20, 2010

Ragam Auni

Assalamualaikum

Hari ni Auni dah 2 months 11 days. Sgt cepat masa berlalu kan. Dan hari ni juga ada appointment utk dptkan 2nd injection for her. Hepatitis B ke 2.

Dalam kul 1130pagi baru bertolak ke klinik sebab nak tunggu Auni bangun, nyusu, dan mandi2 dulu.. Then selesai sume tu, terpaksa tunggu dia beyak pulak. Hee, sebab itu adalah rutin Auni pagi2. Kalau tak, kang ada yg kena salin diaper kat klinik. Huhu, mencabar tu.

:P

Seperti rutin every time checkup, memula akan timbang berat la kan. Coz nak tgk perkembangan baby. Mana la tau, instead of increasing weight, ada plak yg makin decrease. Hee, tak cukup makan la tu! :D

So di usia 2bulan 11 hari, berat Auni dah cecah 5.2 kg!

Hoho, mcm 'semangat' je kan. Mungkin sebab lahir2 je pun dia dah sedia 'semangat' kan. Tak heran la sgt. Apapun syukur, alhamdulillah.

Mengikut kebiasaannya, setiap kali lepas mandi, Auni akan tido. Tapi dah nak pi klinik tadi, so dia tak sempat tido. Kejap je dia terlelap dlm keta, otw ke klinik td. Jadi, kesannya...

Apa lagi, asik merengek dan meraung je la. Huhuhu..

Auni ni masa dalam pantang dulu, susah sgt nak dengar dia nangis. Kalau lapar pun, dia hanya menjerit je, tapi tak menangis. Sekarang ni, makin besar, makin kuat menangis. Lambat salin diaper pun dia boleh nangis smpai bengkak mata. Huhuhu..

So tadi masa kat klinik, keje dia nangis je la. Sebab dia sgt menantuk la tu. Masa nak inject tu, nak menitis airmata aku tgk Auni nangis bagai nak rak. Sian sgt. Nasib baik Mr Berry yang pegang Auni. Aku awal2 lagi dah surrender, sbb aku tak smpai hati nak pegang dia kuat2.

Yelah, kang dia menggelupur, patah lak jarum kan.

Masa inject utk 1st month pun, aku tak pegang Auni. Mak yang buat. Aku hanya jadi pemerhati kat sebelah sambil menahan sebak. **sigh**

Misi ada pesan yg after 2nd injection ni, kemungkinan baby nak demam tu ada la. So klinik dah kasi ubat demam. Balik je rumah selepas nyusukan Auni, terus bagi ubat demam tu kat dia. Bdn dia alhamdulillah tak panas, cuma dia asik merap je arini. Mungkin dia rasa tak selesa kot.

Dan sekali lagi aku bersyukur sebab Mr Berry sgt membantu aku utk jaga Auni. Kiranya bab dodoi2 Auni ni, dia la yg akan buat.

"Thanx B sebab tlg sara.. Luv U!"

Memang nak jaga anak kecik ni sgt mencabar. Terkejar sana, terkejar sini. Mana nak masak lg, kemas rumah lagi, cuci baju lagi.. Aduyai..

Kadang2 timbul juga rasa cemburu dgn dorang yg tak keje. I meant, surirumah. Ada masa sepenuhnya utk jaga anak smpai besar. Boleh bagi sepenuh perhatian kat anak, kasih syg yg tak berbelah bagi. Huhuhu..

Anak pun boleh makan air tgn ibu tetiap hari.

Argghh!

Tapi, apakan daya. Aku mesti keje. Pendapatan dari satu punca je tak cukup buat family aku. Takpela, anggap je tu pun pengorbanan yg aku buat utk family, utk anak.

**MODE: Susah hati, cemburu**

Lusa mungkin aku dah kena hantar Auni ke nurseri. Aritu dah p tgk2 nurseri tu. Boleh la kot.. Aku ni jnis kurg yakin kat org. Walaupun aku ni cetek lagi ilmu nak jaga baby, tp aku tetap rasa kurg yakin nak bg org lain jaga Auni. Haishhhh..

Yelah, kita mama dia, mesti la kita tau apa yg terbaik utk anak kita kan.

Tapi.. Malangnya, sekali lagi dinyatakan disini, aku takde daya. Memang nak tak nak, kena juga hantar Auni utk org ngasuh.

;(

Lepas blk dari tgk nurseri tu, aku siap nangis2 lagi. Hanya kerana menda remeh.

Puncanya apabila owner nurseri tu cite betapa sygnya si pengasuh di situ smpaikan kdg2 tak bg baby blk..

Aku pun dan2 terasa seolah2 hak aku sebagai mama akan dirampas oleh si pengasuh tu. Hahaha, nonsense kan! Apa salahnya if pengasuh tu betul2 sygkan anak kita mcm anak dia sndiri.

Tapi aku pulak terlebih emosi. Huhu.. Aku taknak la nanti Auni lebih rapat dgn si pengasuh tu berbanding aku. Uwaaaa!!

So the solution is, aku akan cuba sedaya upaya utk jaga Auni sendiri. Maksudnya if aku hanya ada kelas pagi dan mlm, so tengahari aku akan blk dan jemput dia dari nurseri. Bila nak pi kelas mlm, baru aku g anta semula. Coz nurseri tu bleh berkhidmat 24 hours, upon request. Hee..

Sedih kan nak anta baby ke nurseri, tmbahan plak, dia kecik sgt lagi.

Baru le aku fhm perasaan other mommies.

Oh!!


P/S: Feel bless having such a wonderful husband, may our r/ship lasting forever.

Sunday, December 19, 2010

Contest Si Manjaku Comel

Salam 19 Disember..

Tgh2 berblogging, tetiba rasa nak join contest Si Manjaku Comel anjuran Masyimalo's Heart ni.


;)

Ni la contest pertama yg aku join since mula blogging tahun 2007.. Saje syok2, ada rezeki ada la kan..

Yela, parents mana yg kata anak dorang tak comel kan. Sume akan kata anak dorang la paling comel. Itu adalah normal.. Tak salah utk berperasaan camtu. Kan.. Heeee..

So syarat2 yg ditetapkan oleh organizer contest ni, boleh click kat link di atas. Kot2 ada kekwn yg lain berminat nak join kan. Coz 25hb br tutup utk penyertaan.

Setelah belek membelek, ni la gambar Auni yg paling aku suka. Not to say paling comel la kan, tp yg aku suka la, sbb dia senyum time nak snap.. :) Mcm reti plak ye..


Nama Penuh: Auni Irdina
Umur: 2 bulan 8 hari


Photo ni diambil masa Auni sebulan ++.. Time berenti jap kat Hentian Rehat Sg Perak. Mak yg pangku dia.. Mr Berry snap photo. Sume teruja sbb dia sengih lebar. Hohoho..
Okela, nak tag sape ek..
Mungkin dorang ni kot, tu pun kalau dorang baca entry ni la. Heee..
1) Mira @ Sweetcraving --> Pun baru je dpt baby, seusia dgn Auni.
2) UmmiBatrisyia --> Anak2 akak ni sgt comey! ;)
3) Maswani --> Anak akak ni sgt adorable..
Lagi 2 org taktau nak tag sape, since rmai yg masih belum ada bby. Hee.. Tapi ni bkn syarat wajib kan Juliana.
;) **wink2**
Oke, dah siap entry utk contest ni!
Hoyyyyeh!!
P/S: Nak p join Auni tdo.. Nite!!








Sunday, December 12, 2010

12 Disember 2010



I'm already 27yrs old!



:)



Friday, December 10, 2010

Salam Maal Hijrah 1432

Salam

Tak terlambat kot nak wish "Selamat Menyambut Awal Muharram" walaupun hari ni dah 4 Muharram.

:)

Life is getting busy since ada si tecit auni tu. Tapi sgt best! Challenging.. Huhu..

Dan hari ni adalah hari pertama aku masuk keje balik slps confinement period. Haihh, sgt mls rasanya, almaklum le dah cuti lama sblm ni. Dah tu nak kena tinggal si tecit tu kat rumah.

Pagi tadi time siap2 nak p keje, Auni dah bangun & nak susu. Nak tak nak, papa dia la kena bg susu kat dia. Huhuhu.. Yg rasa berat sgt hati nak tinggal dia tu, sbb pagi2 dia suka sembang2 dan sengih2 tau. So pagi tadi, sempat la sembang kejap dgn dia. Rindu plak.. **tears**

:)

Tapi aku agak itu ada la perasaan normal yg sume ibu2, mama2, mak2, ummi2, akan facing kan.. Sbb aku baca blog2 lain pun, sume ckp menda yg sama.

:P

Sempena masuk tahun baru hijrah ni jg la, kami sekeluarga pn berhijrah. Heee.. Aku dah slmt berpindah ke Melaka. Kalau sblm ni aku stay rumah ayah, skng tak lg (mcm iklan plak)..

Sume berlaku dgn cpt. Isnin cari rumah. Selasa cuci rumah. Rabu, pindah masuk rumah. Jumaat keje blk. So cuma ada Khamis je utk ngemas sket2. Sooooo tired oke!

Duit pun mcm air je kuar.. Uwaaaa, stress plak rasa.. Tapi takpelah, takleh pk sgt kan. :D

Okelah, next time la aku update panjang2.. Da!


P/S: Rindunya si tecit Auni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...