Sunday, October 31, 2010

Secondary Surgery

Assalamualaikum

Salam 31 Oktober, bersamaan 23 Zulkaedah..

Hari ni kalau diikutkan, dah hari ke21 aku berpantang. Tapi ada cerita di sebalik 21 hari ni. Sob sob!

:(

Pada hari ke11 aku berpantang, aku admitted ward once again. Huhuhu..

Nak tau kenapa???

Sebab luka jahitan ceasar was infected. Arghhhh!! Aku perasan ada bengkak2 dan merah2 kat area jahitan. Then, aku demam..

Kebetulan pula hari aku demam tu, Mr Berry otw balik sini. So esoknya tuh dia bwk aku p private clinic. Doc kat clinic tu bgtau luka aku infected, so dia xleh buat apa, aku kena refer blk kat hosp.

Huhu, aku siap nangis2 lagi, sbb tau dah akan ditahan kat wad kalau kes infection gini.

So, terus pegi hosp, dan seperti sangkaan aku, aku terus ditahan kat wad. Dorang siap buka balik jahitan aku (tanpa bius oke!), dan cuci luka, buang nanah sume. Ya Allah, seriussss pedih sgt3.

Dan dipendekkan cerita, aku ditahan di wad selama seminggu. Dan setiap hari aku terpaksa melalui keperitan dan kesakitan ketika dicuci luka kt area jahitan yg ditetas semula tu. Sehingga la dijahit semula pada hari ke5 aku di wad.

Proses jahitan semula ni lebih kurg sama ja mcm aku nak bersalin aritu. Kena bius separuh bdn. Huhuhu. Semua tu sgt menakutkan. :(

Tapi, apapun alhamdulillah semua tu dah berlalu, dan aku berdoa moga aku cpt sembuh dan xperlu melalui pengalaman spt tu lg.

:)


P/S: Semua ni dugaan dan ujian Allah utk aku..

Saturday, October 16, 2010

Saat Getir



Assalamualaikum

Salam 17 Oktober..

1st of all, alhamdulillah sebab aku sudah selamat melahirkan baby girl, seberat 3.76kg, pada 11hb, 920malam secara ceasar. Tu pun setelah overdue 8 hari.

:)

Tapi of course bukannya aku sengaja memilih utk ceasar. Huhu. Ada ceritanya..

Meh aku sharing pengalaman aku berada di ward ye selama 6 hari. Kronologinya:

9hb Okt:

Admitted to ward since overdue 6 hari.. Pegi hosp dlm jam 11pagi. Kena went trough checkup process, ada la dalam 4jam. Lama kan.. Siap kena seluk bagai oleh doc, dan kata doc, bukaan rahim hanya la 1cm. So doc try korek2 utk percepatkan bukaan kononnya..

Then dalam jam 3petang, aku dihantar masuk wad. Aku masuk wad yg satu bilik ada 4 katil. Then ada 2 toilet. So kira agak selesa la kan.. Time ni aku x sakit apapun, so bleh enjoy2 lagi la even dok wad.

Mr Berry pun over night kat hosp la, wpun xbleh teman aku kat wad. Sgt terharu dgn layanan Mr Berry kat aku. Luv U B!

10hb Okt:

Pagi2 jam 630, nurse suh aku bangun & kencing sbb doc nak masukkan ubat (induce). Nervous oke time ni.. So pas masuk ubat aku disuruh baring selama sejam. Tapi smp ke tghari aku x rasa sakit langsung. Nurse siap kata aku ni "kebal" sbb dah masuk ubat pn x sakit2 lg. Huhuhu..

Dalam kul 1ptg lebih, doc check bukaan rahim lagi. So means kena seluk lg la kan. Tgk2 baru buka 2cm. Uwaaaa. Lambatnyaaa, 1cm je. **sigh**

Even baru bertambah 1cm, tp aku dah start rasa contraction, wpn x teruk sgt, tp ckup membuatkan aku x senang duduk. Bila Mr Berry dtg waktu melawat, airmata ni mula la mudah mengalir. Huhuhu.. So malam tu aku tido lagi di wad.. :(

11hb Okt:

Pagi2 juga doc lagi skali nak check bukaan rahim aku dan dorang plan nak masukkan ubat kedua. Tapi elok je check doc kata dah terbuka 3cm, so xperlu induce lgi. Katanya aku dah bleh masuk labor room. Time ni aku mcm excited plak sbb xsbr nak tgk bby kan. Tak sakit sgt pun..

Aku masuk labor room jam 11pg. Time ni adegan seluk menyeluk mmg kerap la kan. Doc tlg pecahkan ketuban aku, konon nak percepatkan bukaan katanya. Aku pun dah dimasukkan ubat melalui drip air. Pastu time by time aku dh mula rs contraction. Betul ckp mak, sakit contraction tu, sakit sgt3. Rasa mcm haihhhh, xdpt nak cite.

Aku sedaya upaya bertahan dgn sakit tu. Rasa mcm nak putus nyawa. Doc dtg check bukaan jam 4ptg, tpi baru 4cm. Huhu, so dia korek2 lagi dgn hrpn akan membantu bukaan lebih cepat..

Pastu dia kata nanti jam 745mlm, dia akan dtg wat final check.. InsyaAllah katanya akan terbuka 9cm dah by the time. Aku mcm nak nangis time tu, sbb kena tunggu lagi smp mlm.

Dah la xbleh makan kan, minum je. Pastu dok baring je, menahan contraction.

Dalam jam 815malam, baru doc dtg utk buat final check. Tgk2 bukaan rahim stucked at 4cm ja. Huhu.. Pdhal time tu aku dah alami strong contraction, 5min sekali. So doc risau takut baby lemas since ketuban pn dah dipecahkan sejak pagi kan.

Doc buat keputusan aku dibedah, emergency ceasar.

Aku time tu dah separuh nyawa dah, penat menahan sakit, lapar yg amat. Sbb last aku makan adalah jam 9pagi, tu pun biskut cicah milo je.

Doc siap p panggil Mr Berry utk dtg jumpa aku sblm aku dihantar ke wad bedah. Aku dah mcm separa sedar dah time tu, tp bila contraction dtg, rasa mcm ya Allah, sakitnyaaaa lah.

Selepas diberi sedikit explanation oleh doc sume, aku slmt dibedah dan bby berjaya dikeluarkan dgn selamat. Alhamdulillah. Tapi, condition aku lepas operate tu je mcm menyedihkan. Dgn badan yg shaking, separa sedar, aku dihantar masuk wad. Baby nurse amek jaga.

Mr Berry ada bgtau aku, dia sedih sgt tgk keadaan aku time tu. Huhuhu..

Memang pengalaman bersalin anak sulung aku ni, memberi trauma kat aku. :P Sebab aku dpt rasa sakit dua2 jenis. Normal contraction dan sakit slps dibedah. Pedih tau. Pastu susah nak jaga. Hari ni baru hari ke 6. Long way to go nih. :(

Doc pn advise suh aku merancang. Seeloknya 2-3 tahun. Tapi Mr Berry awal2 lagi ckp kt aku, maybe plan utk 4,5 tahun kot. Sbb dia sgt kesian kan aku tgk penderitaan aku.

Thanx B!

So skrng bermula la new journey kitorg as parent. Huhu. Aku skrng tgh cuba menyabarkan diri utk berjaga malam, sbb baby aku nih asik jaga 2 jam skali. Utk nyusu.

:)

Takpe, pengalaman baru kan..



P/S: Selepas melalui penderitaan mcm ni, baru tau mcm mana besarnya pengorbanan seorang ibu.

Thursday, October 7, 2010

Belum Sampai Masanya Barangkali.. :)

Assalamualaikum

Salam 7 Oktober, 28 Syawal..

Hereby, officially announcing, I am 4 days overdue. Huhuhu.

4 hari sudahhh..

Masa jumpa doc Isnin lepas, doc kasi extend smp Jumaat ni je. So by Sabtu, if aku takde turun tanda, or any contraction, by hook or by crook, terpaksa la aku meng'admit'kan diri aku ke hosp.

:P

Takut + nervous sgt tau, since Sabtu ni maybe kena induce.

Mmg le aku xpenah rasa mcm mana kena induce since ini adalah cahayamata sulung kan. Tapi dok dgr org tu cite gini, org ni cite gitu, so jadi takut. Sbb mostly gtau kata induce pain lg horrible compared than normal pain. Aiyaaa!!

Utk menenangkan diri sendiri, aku asik motivate diri je.

Antaranya adalah, kan aku xpenah rasa sakit bersalin tu camne, so takpela yg 1st ni normal ke induce ke.. Jadikan ia as a memorable experience. Since xpenah rasa lg kan. Lain la kalau aku penah rasa camne sakitnya bersalin secara normal, then nak banding2kan dgn sakit kena induce kan.

Huhuhu.

Logik tak motivation aku tu??

Lagi satu, aku + Mr Berry kan super duper excited tggu si kecik ni kuar kan, jadi, redah sudahhh. As long as si kecik ni kuar normal dan sihat, alhamdulillah dah..

Asik tgk brg2 dia je, mana sabar kan.

:P

Apapun hrpn aku, semoga kami berdua selamat dan sihat sejahtera. Amin..


P/S: Please pray for us.. :)

Sunday, October 3, 2010

Not Yet!

Assalamualaikum

Salam 3 Oktober, 24 Syawal..

This entry juz to update the latest news.

:)

I'm not giving birth yet! Baby still inside my womb. Looks like she really enjoy being inside her mommy.

:P

Look at the daisy path ticker, I've already 40 weeks 2 days. Huhuhu.. But the real counting is, 40 weeks, coz today is the due date.

So by tmorow, I've to go for checkup everyday, until doctor decide when I've to admit myself to hosp.

Takpe la, janji anak mama ni sihat dan selamat ye sayang..

:)



P/S: "Baby keluar hari ni ye sayang" :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...