Sunday, December 20, 2009

Mr Berry Outstation

Assalamualaikum

Salam 20 Disember, 3 Muharam..

Selamat menyambut Maal-Hijrah semua! Semoga kita semua terus dilindungi, dirahmati Allah..

Hari ni aku sgt sedih sbb Mr Berry outstation.. Utk 4 hari. Ini la 1st time kitorg berpisah sejak pas kahwin. ;(

Dia kena pegi Bali, Indonesia.. Huhu

Rasa berat sgt ati masa pegi anta dia ke airport pagi2 td.. Adui, dugaan je ni. Dia pun mcm berat hati nak tinggalkan aku. Yelah, sejak kahwin, mana penah dia pegi kerja luar memana lagi kan..

Mlm semalam aku sedih2 juga, tp tahan nangis. Kiranya berjaya la x nangis dpn Mr Berry. Hehehe.. Dah le aku skrng ni mmg takde menda nak buat kan, study dah abes, keje xdpt lg, so bosan sgt2 la, tmbhn plak Mr Berry xde ni. Klu tak, ada la kwn juga..

Pastu pagi nih lepas solat subuh, terus drive pegi anta dia. Masa turunkan dia di airport, aku bejaya lg x nangis.

:)

Mcm hebat je kan.. Hehehe..

Tup2 smp je rumah, masuk je bilik, terus nangis atas katil.. :)) Hehehe, mcm kelakar la aku ni!

Dan2 rasa rindu sgtttt kat dia. Baru beberapa jam je dia pegi. Haishhh.. Mr Berry plak x roaming number phone dia, so that, bila dia smp sana, xdpt le kitorg bercontact.. Huhu, hrp2 kot ada wifi ke apa ke kt hotel, baru la bleh ym ke apa ke mlm ni. :(

Sblm berlepas, Mr Berry sms "miss u.. jaga diri bebaik".. Lagi la sedih kan. ;)

Takpelah, aku doakan keselamatan Mr Berry pegi dan pulang dari Bali, Indonesia.. Dia pergi dgn tujuan mencari rezeki yg halal kan.. So insyaAllah diberkati dan dilindungi Allah.. AMin..

:)



P/S: Alah, suami org lain pun outstation jauh2 juga kan, tp rilek je.. :p

Tuesday, December 15, 2009

Sementara Ada Masa

Assalamualaikum

Salam 15 Disember, 27 Zulhijjah..

Seminggu dua ni aku rasa bosan amat.. Yelah, study pn dah abes, alhamdulillah. I managed to complete my Master on time dan sem ni aku nye result adalah yg terbaik. Since Diploma, Bachelor degree, aku xpenah dpt result se "best" gini.. Hihi.

Skrng, tgh usaha bersungguh2 mencari kerja.. Baru je 3 mggu aku dok saje2 di rumah, tp dah mula nak rasa stress BOSAN. ;) Nak kemas rumah pn, rumah tak semak.. :p

Tapi, yelah kan, bila dah keja nnti2, mula la rasa rindu nak lepak saje2 di rumah plak kan.. Biasa la, manusa kan LUPA untuk bersyukur. Huhu, so insaf kejap.. Aku berserah pada Allah je. If ada rezeki aku, ada la..

Tgh2 dok sesaje ni kan, mula la terfikir, klu ada baby best kan! :p

Maybe sbb peningkatan umo dari sehari ke sehari, so rasa nak memiliki anak sndiri tu makin menjadi2.. Bestnyaaa ada baby. Bau baby dah la best!

:D

Again, if ada rezeki dpt baby cpt, alhamdulillah. Mana2 je la kan, keja ke baby ke, sume itu Allah yg decide sama ada nak kasi ke tak.. Kita hnya mampu berusaha dan berdoa kan..

Yg penting, kita sebagai muslim, kena yakin dan percaya dgn Allah. :)

Sementara ada masa senggang yg byk ni kan, aku menjadi surirumah sepenuh masa dgn gigihnya.. Hehe.. Pagi2 prepare breakfast utk Mr Berry, ptg msak utk Mr Berry.. Syok juga kan.. Tghari aku xperlu la masak sbb selalunya Mr Berry keja..

:)

Yelah, bukan semua org diberi peluang camni kan.:p



P/S: Tak sbr nak bercuti hjung bulan ni, yeay!

Monday, December 7, 2009

Tidak Sabar

Assalamualaikum


Salam 7 Disember 2009, bersamaan dgn 19 Zulhijjah 1430.


:)


Mula dgn senyuman sbb hari ni rasa sungguh bersemangat!


Hari ni sibuk dgn urusan mencari kerja, buka web itu dan web ini, isi online, print borang dan sebagainya.. ;)


Ye2 je kan, result belum pun keluar tp dah menyibukkan diri mencari kerja. :p Lagi 3 hari insyaAllah dah boleh check result, huhu, sgt takut.. **gugugu**


25 hb nanti aku blk Kedah lg. Yeay! Actually blk utk wedding abg Mr Berry. Tapi, selepas majlis tu, we're planning to go Langkawi for honeymoon. Hihihi, dah sebulan lebih kawin baru plan nak p honeymoon kan.. :p Dah alang2 blk Kedah, so Langkawi je lah the rite place utk berbulan madu la kan.. Dah nak sgt pegi pulau.


Mak pun ada bgtau yg Kedah dah x kerap ujan mcm bulan lepas, so harap2 pegi pulau ketika itu adalah sgt sesuai la kan.. Boleh bergambar sakan di tepi pantai. Hahahaha..


Maybe famili aku join utk vacation tu. :) Lagiiii best!

Oke lah, shall stop here, ada kerja rumah yg belum selesai.. ;p






P/S: Pantang update status FB, ada je yg tanya "dah berisi belum".. Hehehe, lawak!

Thursday, December 3, 2009

Updating

Assalamualaikum


Salam 3 Disember 2009, 15 Zulhijjah 1430..

Lama2 sekali baru mood nak update blog ni dtg.. Hee..

Dah sebulan lebih aku bergelar isteri.. :) Kdg2 rasa x percaya pun masih ada..


Ohh, btw, aku nak update sket2 cite ttg diri sndiri.. :p Saje nak share2 kan.. Previous entries ada aku cite psl Master's thesis aku yg belum siap, tmbhan pulak dgn wedding preparation kan.. Nampak serabut je semua hal. Dah tu kira mcm berani gak la aku amek risiko, belum abes master, dah gedik nak kwin kan.. :p Hihihi..

Tp, alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.. Wedding aku berjalan lancar, dan 2 mggu selepas itu, aku berjaya dptkan tarikh utk VIVA. Kira mcm rezeki slps kawin mungkin..



Dan sekali lagi syukur pada Allah, setelah settle VIVA dan buat sedikit pembetulan tesis, finally pada ari KHAMIS 26 November 2009, aku berjaya submitted hard bind tesis aku. Yeayyyy!!!

Secara tidak rasminya aku dah berjaya COMPLETE kan master aku on time. ALHAMDULILLAH ya ALLAH.

But still hae to wait for the final result lah kan, yg dijangka akan release mid of dec ni lah.. So skrng ni aku telah bertukar MODE aku.. From fulltime STUDENT kepada fulltime JOBSEEKER.. :)) Aku sedang bertungkus lumus mencari kerja.



Yelah, dah abes blaja nih tetiba rasa bosan lak kan.. Haishh, tetiba terdetik nak sambung ke PhD level pulak.. Hehehehe, gedik lagi! Nak abeskan master pun seksa. :p


Ohh, okelah, abes cite psl study.

Life after married lak, camne ek.. ;) Byk juga yg berubah, ye lah, sblm ni kita cuma jaga diri sndiri, skrng kena igt utk kepentingan berdua. **Berdua itu lebih baik**.. :D

Walaupun aku + Mr Berry dah bercinta selama hampir 6 tahun, tp kan bila dah kawin ni, rasa mcm seolah2 kami baru berkenalan. Yelah, masa bercinta lain, tak semua perkara kita tau. Bila dah kawin, dah hidup sebumbung, tidur sekatil, mkn semeja, of course la byk menda baru yg kita akan facing. Kan..



Cuma bezanya kan, mungkin disebabkan kitorg dah lama kenal dan bercinta (kononnya kan), so kitorg ni boleh diconsideredkan pasangan suami isteri merangkap teman karib. :)




Kadangkalanya kitorg boleh act as a bestfriend to our partner.. Contohnya sgt jelas ketika kitorg spend time together utk apa2 outdoors activities.. ;) Sgt best tau! Mungkin faktor tempoh masa yg lama membuatkan kitorg "rapat" not only in love r/ship tp juga friendship. Lagipun kitorg bercinta masa masing2 tgh nak belajar bina hidup masing2, dlm erti kata lain, masa zaman berhingus dlu lah.. ;)

Tp kan sebenarnya masa bercinta dlu, x realize sgt yg kitorg bleh jadi bestfriend selain daripada bercinta.. Sbb time tu dipengaruhi rasa cemburu tak bertempat, emosional, kurg matang dan sebagainya lah kan..

Sekarang ni, selepas kawin, baru tau kenapa org pesan utk sustain a marriage, kita tak hanya treat psgn kita as a husband or wife, tapi kita juga harus treat psgn kita as our bestfriend, so kita akan lebih selesa utk berkongsi cerita, mslh, kegembiraan dan sbgainya..



Itu bukan bermaksud kita x respect psgn kita.. TAK.. Malah kita mungkin akan lebih menghormati mereka.

Wahh, terpjg pulak entry aku ek.. :p

Aku juz nak share lah kan sedikit cerita aku slps kahwin ni, sbb itu apa yg aku alami dan rasa kan.. Org lain wallahualam lah. :D

But seriously, i felt more comfortable with my Mr Berry after we married.. Sbb dia adalah teman karib aku. :) Antara perkara yg buat aku sgt respect dia adalah, dia boleh bergaul dgn semua teman2 aku, sbb setahu aku, x sume husband bleh join dan berkwn dgn kwn2 wife diorg.. Kan? Kan? :)

Itu adalah satu dripadanya lah kan.. Byk lagi sbnrnya.. Tp dah xlarat menaip. Hahaha, boleh x camtu?





Okelah till then, jumpa lg next entry (tah bile lak) :p


P/S: Perkahwinan itu adalah suatu ibadah, ikhlas lah melakukan ibadah itu kerana ALLAH.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...