Thursday, October 4, 2007

Murah Rezeki

Assalamualaikum

Salam Ramadhan ke 21.
Jam dah hampir pukul 4.15petang. Sepanjang bulan puasa ni, ofis aku blk pukul 4.30petang. So, tak bape lama lagi dah aku akan punch out. Hehe. Oleh sebab dah hampir dgn cuti raya, mood keje pun makin kurang. Dok terbyg raya je kat ruang legar mata aku nih. Huish, camne ye gamaknye terbyg2 tu kan?!

Refer kat title hari ni, aku nak bercerita lah psl murah rezeki ni.. Betul kan bulan puasa ni bulan murah rezeki. Sepanjang bulan puasa dan bekerja kat sini, mcm2 dah aku dpt. Meh aku list down satu2 k.

1) Minggu pertama puasa, salah sorang boss sini bagi bubur lambuk utk setiap staff sorang setupperware (tul ke ejaan?). Sedap sgt tau. Sebelum ni aku xsuka bubur lambuk coz ada santan. Tapi yg boss ni bagi cedap oOoO.. (boss ni org Kelantan)

2) Minggu kedua puasa, aktiviti berbuka puasa selama 3 hari di hotel. Memang le aku ada bengkel kat hotel tu dari pagi sampai mlm, tapi xkisah le, janji mkn tu free.. Hehe,murah rezeki beb!

3) Minggu ketiga puasa, ada bekas boss kat sini sedekah buah kurma utk setiap sorang staff, sekotak. Aku x mkn lagipun, coz plan nak bwk blk kampung, bagi mak & adik2 rasa. Ofismate aku ckp kurma tuh sedap, yelah, kurma mahal. Huhuhu..

4) Masih lagi di minggu ketiga puasa, salah sorg Timbalan Pengarah kat sini bagi kordial 2liter utk setiap staff. Siap boleh pilih perisa sendiri tau. Sporting kan TP sini? Hehehe, alhamdulillah. Aku pilih Sarsi, & sama juga mcm buah kurma tu, aku nak bwk balik kg. Utk bancuh di hari raya. **sengih**

5) Dan pada hari ni, sekali lagi setiap staff diberi sekotak buah kurma dari Iran, oleh Timbalan pengarah yg lain pulak. Dan aku berniat nak bagi kat seseorg buah kurma tersebut. Daripada aku x mkn & membazir, baik aku sedekah kat org. Untung2 dapat pahala. Ye kan...

Sepanjang bulan puasa ni kalau kita perasan, makanan kat umah jadi byk walaupun kita tak membelinya. Contohnya, mcm aku, kdg2 x sempat aku nak gi membeli makanan, housemate aku dah sms gtau kata xpayah beli makanan coz dia dah msk byk. Alhamdulillah. Begitu byknya rezeki yg Allah beri di bulan mulia nih. Syukur kepada Allah S.W.T..

Sungguh nikmat rasanya berada di bulan puasa ni. Tapi hanya tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Sedih rasanya. Hopefully, amal ibadat yg kita lakukan sepanjang puasa ni akan berterusan dan bukanlah sekadar lakukannya mengikut musim.

Wallahualam.

P/S: Ucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas segala rezeki yang diberikan.



1 comment:

13may said...

selamat hari raya
maaf zahir batin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...