Assalamualaikum.
Tadi tgk Semanis Kurma. Topik malam ni adalah "Kasih Ibu".
Ye la, tak lama lagi Hari Ibu kan. Tiap2 kali tgk rancangan yg ada kena mengena dgn ibu ni, hati mesti mudah tersentuh. Tak sah kalau tak menitis air mata. Huhuhu..
Tambahan pulak slh sorg jemputan mlm ni adalah seorg ibu yg mempunyai seorang anak istimewa. Masa Semanis Kurma tunjuk slot anak istimewa tu, rasa tersentuh sgt hati ni, dan terus menitis air mata. Betapa kasih dan sygnya seorang ibu terhadap anak walaupun anak itu kurang sempurna.
Sedangkan si ayah terus lari dari tanggungjawab dan amanah yg wajib dilaksanakan. Apatah lagi kasih syg yg sepatutnya diberikan terhadap anak istimewa tu tak diberikan. **Sedih**
Dapat lihat kan perbezaan antara kasih ibu dan ayah. Bukan la nak kata semua ayah kat dunia ni mcm tu kan. Ada ramai lagi ayah2 kat dunia ni yg sgt penyayang dan bertanggungjawab. Mungkin hanya segelintir yg terLUPA akan tanggungjawab dan amanah yg perlu mereka laksanakan.
Ada satu cerita perumpamaan yg disampaikan oleh Perunding Keluarga dlm Semanis Kurma malam ni. Rasa nak sharing dgn kawan2. Mungkin ada yg tak berkesempatan nak tgk kan..
Oke, ceritanya...
Ada sebiji carrot, sebiji telur dan biji kopi. Semuanya dimasukkan ke dalam air panas. Dan kemudian lihat hasilnya.
Carrot sifatnya adalah keras. Tetapi apabila dimasukkan ke dalam air panas, ia akan menjadi lembut.
Telur pula apabila dipecahkan, isinya adalah cair. Tetapi apabila dimasukkan ke dalam air panas, ia akan menjadi keras dan boleh dikunyah.
Manakala biji kopi pula sifatnya juga adalah keras. Dan apabila dimasukkan ke dalam air panas, ia akan merubah warna dan rasa air. Jika ditambah sedikit gula, ia akan menjadi manis dan sedap. Sbb tu kopi menjadi kegilaan ramai.
So menurut Perunding Keluarga tersebut, manusia ni ada 3 jenis, diibaratkan seperti carrot, telur dan biji kopi. Air panas tu plak diibaratkan spt musibah.
Ada manusia yg dirinya keras dan kuat seperti carrot. Tetapi apabila dilanda musibah, mereka terus menjadi lemah dan tidak berdaya.
Dan ada juga yg seperti telur. Mereka lemah dan lembut spt telur pada asalnya, tetapi apabila dilanda musibah, mereka menjadi keras dan kuat.
Akhir sekali adalah manusia yg diibaratkan seperti biji kopi. Mereka juga asalnya keras spt biji kopi. Tetapi apabila dilanda musibah, mereka boleh merubah musibah itu utk menjadi sesuatu yg manis. Maksudnya sesuatu yg boleh memberi hikmah kepada mereka dan orang lain. Mereka mampu menerima musibah itu dgn tenang dan redha bahawa ini adalah ketentuan Illahi. Mereka tidak dgn mudahnya menjadi lemah dan tidak berdaya. Mereka juga tidak hanya menjadi keras hati akibat dilanda musibah itu.
:)
Kwn2 rasa kwn2 adalah dlm kategori mana? Pilihan aku mesti lah ingin menjadi spt biji kopi, insyaAllah.
P/S: Kasihnya ibu membawa ke syurga. :)
No comments:
Post a Comment