Tuesday, May 10, 2011

~ Orang jahat, orang baik? ~

Assalamualaikum.

Dah lama rasa nak tulis entry ni, tp slalu terlupa.

Ptg semalam masa bawak Auni pi klinik, ada sorg lelaki approached Mr Berry. Time tu Mr Berry tgh dukung Auni. Lelaki tu memakai kemeja lengan pendek (kalau tak silap la) dan berseluar jeans lusuh koyak2 di lutut. Keadaannya tak berapa kemas, tp tak la kusut sgt.

Lelaki tu memegang bekas minyak tau kaler kuning (shell kot).

Pastu dia menghulurkan tgnnya nak bersalaman dgn Mr Berry. Oleh sbb Mr Berry ragu2 ttg siapakah lelaki tu, dan jg sbb sedang mendukung Auni so Mr Berry tak menyambut huluran tgn si lelaki tersebut.

Ye la weh, zaman skrng ni rmai org jahat. Huhuhu.

Kemudiannya, lelaki tu pun bgtau la apa tujuannya approach Mr Berry. Aku kat sebelah tak pandang sgt time dia berckp sbb time tu tiba2 terfikir pasal isu pukau memukau ni kan. Dan time tu jg rasa syukur sbb Mr Berry x menyambut huluran tgn dia, mana la tau kan, kot2 dia pukau melalui sentuhan (dah byk kes pasai ni).

Lelaki tu pun dgn muka sedihnya bgtau la yg dia perlukan duit sikit. Sbb keta dia tetiba mati. Dan dia takdak duit nak isi minyak. (Sebab tu kot dia pgg bekas minyak tu kan).

Dia kata bg sikit pun takpa la sbb dia terdesak sgt.

Mr Berry pun dgn berhemahnya explained la kat lelaki tu yg kitorg nak pi klinik, nak check anak. So takde duit nak bagi dia. Lelaki tu masih merayu2, siap kata bg sikit je pun takpe. Mr Berry bertegas la, takmau bagi. Last2 dia beredar juga sambil merungut2 marah.

Huhuhu.

Kitorg takmau bagi, sebab kitorg rasa lelaki tu tak JUJUR. Dia nampak mcm penagih dadah (maaf la kalau tersilap). Huhuhu.

Dgn seluar koyak rabak kat kan.

Apa yg aku tau, penagih2 dadah ni, depa ada berbagai2 cara utk cuba dptkan duit nak beli dadah. Sbb tu smpai ada kes yg sanggup bunuh keluarga sendiri semata2 sbb nak duit beli menda haram tu kan.

Haihh, apa yg aku nak share kat sini adalah, zaman skrng ssh nak kenalpasti sama ada seseorg tu betul2 pertolongan atau sebaliknya. Ramai sgt org jahat kan skrng, so kita pun kena amek langkah berhati2 la kan.

Cthnya mcm kes pukau. Skrng kes pukau ni mcm2 kaedah dan tekniknya. Ada yg menggunakan teknik menyentuh bdn mangsa kan. Sbb tu aku rasa lega bila Mr Berry tak menyambut huluran tgn lelaki tadi tu. Ye la, kita tak kenal dia weh, dgn keadaan fizikal dan penampilannya, kita pun rasa was2 la juga kan.

Mmg le dlm agama kita, kita dilarang bersyak wasangka kat org lain kan. Tp dlm kes ni aku rasa tak slh. Sbb kita cuba utk melindungi keselamatan diri sendiri. Tambahan plak, Mr Berry sdg mendukung Auni.

Apapun berbalik kpd naluri kita kot kan. Kalau tiba2 ada org yg tak dikenali dtg minta tlg kita, dan time tu naluri kita mengatakan yg kita patut tlg dia, so kita tlg. InsyaAllah takde menda buruk kot. Tapi, kalau time tu naluri kecil kita mengatakan kita tidak sepatutnya menolong dia, so takyah tlg. Tambahan plak dgn bukti2 zahiriah yg kita nampak kt dia kan.

Huhu.

Lagipun kan, apa yg membuatkan kitorg bertambah ragu2 kan, dkt2 area klinik tu ada restoren, worshop.. Ramai plak tu org tgh makan kt restoren tu. So sblm kitorg smp dpn klinik, kenapa dia tak pi minta tlg pengunjung restoren tu? Kalau pun dia dah pegi minta tlg, kenapa org takmau tlg? Kebarangkaliannya, mungkin org2 kat situ dah kenai dia kot.

Dan lagi satu, keta dia tu konon2nya abes minyak kan. Dpn sikit je lg adalah stesen myk. Apa kata dia pi je stesen myk tu, dan mnta tlg kat situ. Org takdelah ragu2 nak tlg buh minyak dlm bekas myk yg dia pegang tu, instead of minta duit sewenang2nya. Sbb org akan yakin yg dia mmg memerlukan pertlgn kan.

Haih.. Wallahualam la kan.

Harap2 tindakan yg dilakukan kitorg tu betul la.


P/S: Allah Maha Mengetahui.

Thursday, May 5, 2011

~ Kasih Ibu ~

Assalamualaikum.

Tadi tgk Semanis Kurma. Topik malam ni adalah "Kasih Ibu".

Ye la, tak lama lagi Hari Ibu kan. Tiap2 kali tgk rancangan yg ada kena mengena dgn ibu ni, hati mesti mudah tersentuh. Tak sah kalau tak menitis air mata. Huhuhu..

Tambahan pulak slh sorg jemputan mlm ni adalah seorg ibu yg mempunyai seorang anak istimewa. Masa Semanis Kurma tunjuk slot anak istimewa tu, rasa tersentuh sgt hati ni, dan terus menitis air mata. Betapa kasih dan sygnya seorang ibu terhadap anak walaupun anak itu kurang sempurna.

Sedangkan si ayah terus lari dari tanggungjawab dan amanah yg wajib dilaksanakan. Apatah lagi kasih syg yg sepatutnya diberikan terhadap anak istimewa tu tak diberikan. **Sedih**

Dapat lihat kan perbezaan antara kasih ibu dan ayah. Bukan la nak kata semua ayah kat dunia ni mcm tu kan. Ada ramai lagi ayah2 kat dunia ni yg sgt penyayang dan bertanggungjawab. Mungkin hanya segelintir yg terLUPA akan tanggungjawab dan amanah yg perlu mereka laksanakan.

Ada satu cerita perumpamaan yg disampaikan oleh Perunding Keluarga dlm Semanis Kurma malam ni. Rasa nak sharing dgn kawan2. Mungkin ada yg tak berkesempatan nak tgk kan..

Oke, ceritanya...

Ada sebiji carrot, sebiji telur dan biji kopi. Semuanya dimasukkan ke dalam air panas. Dan kemudian lihat hasilnya.

Carrot sifatnya adalah keras. Tetapi apabila dimasukkan ke dalam air panas, ia akan menjadi lembut.

Telur pula apabila dipecahkan, isinya adalah cair. Tetapi apabila dimasukkan ke dalam air panas, ia akan menjadi keras dan boleh dikunyah.

Manakala biji kopi pula sifatnya juga adalah keras. Dan apabila dimasukkan ke dalam air panas, ia akan merubah warna dan rasa air. Jika ditambah sedikit gula, ia akan menjadi manis dan sedap. Sbb tu kopi menjadi kegilaan ramai.

So menurut Perunding Keluarga tersebut, manusia ni ada 3 jenis, diibaratkan seperti carrot, telur dan biji kopi. Air panas tu plak diibaratkan spt musibah.

Ada manusia yg dirinya keras dan kuat seperti carrot. Tetapi apabila dilanda musibah, mereka terus menjadi lemah dan tidak berdaya.

Dan ada juga yg seperti telur. Mereka lemah dan lembut spt telur pada asalnya, tetapi apabila dilanda musibah, mereka menjadi keras dan kuat.

Akhir sekali adalah manusia yg diibaratkan seperti biji kopi. Mereka juga asalnya keras spt biji kopi. Tetapi apabila dilanda musibah, mereka boleh merubah musibah itu utk menjadi sesuatu yg manis. Maksudnya sesuatu yg boleh memberi hikmah kepada mereka dan orang lain. Mereka mampu menerima musibah itu dgn tenang dan redha bahawa ini adalah ketentuan Illahi. Mereka tidak dgn mudahnya menjadi lemah dan tidak berdaya. Mereka juga tidak hanya menjadi keras hati akibat dilanda musibah itu.

:)

Kwn2 rasa kwn2 adalah dlm kategori mana? Pilihan aku mesti lah ingin menjadi spt biji kopi, insyaAllah.


P/S: Kasihnya ibu membawa ke syurga. :)

~ Cerita Rojak ~

Assalamualaikum.

Entry kali ni entry bercampur2. Dah jarang2 update, so rasa mcm nak bercerita ttg itu dan ini.

:)

Lega sgt sbb siang tadi dah berjaya upload markah students utk sem ni. Alhamdulillah tamat sudah sem ni. Punya la stress smp menyebai2 aku siang tadi. Heee. Ye la, serabut sgt. Kejenya mudah je, tp renyah. Tgh2 key in bleh plak error sana sini kan.

Biasa la tu kan..

Tunggu sem baru plak lah. Taktau la apa plak dugaan menanti utk sem dpn.

Cukup la itu saja pasai keja. Nak cita pasai Auni. Dia dah nak masuk 7 bulan tak lama lagi. Tp apa yg membuatkan aku agak risau, dia masih tak bleh berdiri tegak masa kita dirikan dia. Masa checkup aritu, misi kat KK marah2 juga la. Misi tu kata, even baby umo 3 bulan pun dah bleh berdiri masa kita dirikan dia.

Auni plak mcm gayat, dan takmau pijak lantai.

Misi tu suruh aku slalu dirikan dia. Train kaki dia. So misi bagi masa sebulan dan pi semula KK utk tgk perkembangan Auni. Huhuhu. Harap2 semuanya normal. Mungkin Auni sedikit lambat dari segi tu kan.

Dari segi lain, alhamdulillah nampak mcm oke. Auni sgt aktif, suka bersembang, main. Cuma kurang selera mkn (solid foods). Bab nyusu oke je. Dah cuba serba serbi tp semuanya dia tak mau mkn. Skng ni bergantung kat nestum ja la. Tu pun tak lebih 2 sudu besar pun dia makan.

Hmmmm..

Makin kuruih la anak mama ni.

:(

Tapi, tu la kan.. Selagi Auni aktif, cergas, alhamdulillah la. Mungkin belum smpai masanya kot.

Bab main, suka sungguh la dia. Kita sengih, dia sengih skali. Heee.. Teacher kat nursery pun slalu bercerita yg Auni sgt suka bersembang & main. Peramah sungguh anak mama ni.

:P

Pi shopping mall pun, ringan mulut ja dia dok tegur org. Especially babies lain. Heeee.. Turun dari mama dia kot!

:)

Oke la, mata dah nak terkatup dah. Nak tdoq dulu.



P/S: Reward diri sendiri setelah penat keja dgn bantai panas (ala2 tungku tu). :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...