Tuesday, March 25, 2008

Majlis Perkahwinan Mastika Mac 2008

Assalamualaikum


Amek berkat

Entry kali ni, kaler Oren spt kaler baju pengantin coursemate aku. Hehe.. Majlisnya berlangsung pada Sabtu lepas, 22hb Mac 2008. Sgt bezzz.. Pengantin sama cantik, sama lawa.. Tapi xde gambar pengantin lelaki. Huhuhu..




Lagi-lagi gambar kt pelamin..


Apa tu????


Bila attend majlis kahwin kwn2, mula la aku nak berangan2 juga. Hehehe.. Tah le bila majlis aku nak langsung ek.. Study pn lum abes nih. Susah hati plak. Agaknye aku antara yg lambat di antara kwn2 aku kot. Xpelah, kita x perlu mengejar masa depan, coz masa depan akan dtg juga. InsyaAllah.

P/S: Let it comes naturally..



Sunday, March 23, 2008

Kisah Sedih

Assalamualaikum

Semalam aku dikejutkan dengan kematian salah seorang bapa saudara aku yg aku panggil “paklong”. Mak aku called utk maklumkan hal tersebut. Tergamam aku utk seketika. Sebab apa yg aku tau, sepanjang hayatnya dia tak mengalami apa2 sakit kronik. Setiap kali raya, aku sefamily tak pernah lupa utk pergi rumah dia. Actually, bapa sedara aku tuh xde lah tua sgt. Umur arwah lebih kurang awal 50-an. Belum pun mencecah 55 tahun rasanya. Kalau dilihat dari luaran, dia nampak sihat, kuat dan seolah-olah baru menjangkau umur 40-an. Menurut apa yg dimaklumkan mak, pagi semalam arwah sempat hantar salah seorang anak dia ke sekolah.

Itu rutin harian arwah la. Selepas hantar anak dia, dia singgah kedai dan minum kopi bersama beberapa org rakan. Selesai je minum2 di kedai, dia terus je pulang ke rumah. Sebelum arwah kena serangan jantung, dia sempat menjamah sepotong kuih kacang. Masa kena serangan tu, arwah masih bernyawa dan dia dibawa ke wad kecemasan Hospital Jitra. Sampai je kat wad, arwah menghembuskan nafas. Memang dah sampai ajal arwah. Masa hayatnya, arwah ni mencari rezeki dgn mengambil upah buat rumah. Dan setiap kali ada kematian di kampung tu, arwah le antara org yg akan menyumbang tenaga membantu apa yg patut. Apa yg membuatkan aku terkilan dan patut dijadikan pengajaran adalah sikap anak2 arwah. Bukan lah tujuan aku utk memburukkan sesiapa, Cuma sekadar memperingatkan diri sendiri dan juga kwn2.

Selepas jenazah dimandikan dan dikafankan, sementara tunggu hujan reda sebelum boleh dikebumikan, jiran2, sedara2, kwn2 arwah amek kesempatan utk melihat wajah arwah buat kali terakhir. Masa ni lah, sepatutnya anak2 membaca yasin utk arwah sebelum menghantar arwah pergi buat selamanya. Tapi apa yg terjadi adalah sebaliknya. Apa yg mak ceritakan kat aku sgt menyentuh hati aku. Mak sedih melihat jenazah terkujur tanpa diperdengarkan ayat2 suci Al-Quran seperti kelazimannya bila ada sesiapa meninggal. Mak pulak uzur, so xdpt la nak baca yasin utk arwah. Mak pun menyuruh anak lelaki sulung arwah utk bacakan yasin buat arwah. Arwah mempunyai 6 orang anak. 3 lelaki dan 3 perempuan. Yang sulung adalah perempuan, kedua lelaki, ketiga perempuan, keempat lelaki, kelima lelaki dan yg bongsu perempuan. Anak sulung hingga keempat semua sudah berumah tangga.

Masing-masing berumah tangga dalam usia yg muda. Berbalik kepada cerita tadi, mak serahkan senaskah yasin kepada anak lelaki sulung arwah. Dia dengan teragak-agak menyambut huluran mak aku tu. Apa yg terjadi adalah, selepas membuka helaian pertama surah yasin tersebut, dia menutup kembali naskah tersebut. Kenapa? Sebabnya, dia x reti membaca ayat Al-Quran. Mak sgt terkejut. Sebagai seorg muslim yg dah berumah tangga, berusia lewat 20-an, dia x reti baca ayat Al-Quran. Mcm mana dia nak jadi ketua keluarga kalau basic agama pun dia xtau. Yg paling menyedihkan, dia x dpt membaca yasin buat arwah ayahnya. Apa yg diperlukan oleh mak dan ayah adalah anak yg soleh dan boleh berdoa utk mereka apabila mereka meninggal kelak. Begitu juga anak lelaki kedua arwah pun tak reti membaca ayat Al-Quran.

Mak rasa sedih dan sayu sgt sebab anak2 arwah x dpt bacakan yasin utk arwah. Anak perempuan ketiga arwah lain pulak ceritanya, bila mak suruh dia bacakan arwah yasin, dia dgn terang2 menjawab xnak. Ada je alasan yg diberikan. Antara alasan yg diberikan, dia segan nak baca dan anak dia kuat merengek. Mak marah sgt. Mak ckp, x boleh ke spend masa utk baca yasin kejap je kat arwah ayah yg xkan kembali smp bila2 dah. Kenapa nak sibuk2 dgn org yg masih hidup sedangkan kita dah nak hantar arwah ayah pergi buat selamanya. Mcm tu ke reaksi dan tindakan anak2 yg soleh dan solehah. Cuba bygkan betapa hancurnya hati ayah kalau dia masih hidup dan tau apa balasan anak2 kat dia. Masa anak2 masih kecik, dia la yg berhempas pulas mendidik dan membesarkan anak-anak. Aku dgr cite mak aku pun, air mata dah bergenang. Sebak sgt. Akhirnya, mak minta tokcik aku (mak mentua arwah) utk bacakan yasin utk arwah. Tak elok biarkan arwah mcm tu je tanpa diperdengarkan ayat2 suci Al-Quran. Selepas tu barulah menyusul 2,3 org jiran membacakan yasin utk arwah. Mak smp menitis air mata bila tgk anak2 arwah mcm tu. Aku faham, apa yg mak cuba smpkan adalah kerisauan diri dia jika dia mengalami situasi yg sama spt arwah. InsyaAllah mak, mak dah berikan didikan yg terbaik buat anak2 mak, kami sama sekali tidak akan sia-siakannya.

Tapi mak kata, ramai sgt jiran2, sedara dan rakan2 yg melawat arwah buat kali terakhir. Sampai tak muat rumah. Org ckp, klu rmai org yg melawat, maknanya penuh keberkatan. Alhamdulillah. Mungkin ramai yg senang semasa ada hayat arwah. Arwah selamat dikebumikan sejurus selepas hujan lebat reda di pusara berhampiran. Moga roh arwah dicucuri rahmat. Amin..

P/S: Pastikan anak-anak kita diberi didikan agama yg mencukupi..

Wednesday, March 5, 2008

Impian

Assalamualaikum,

Hari ni dah 5hb Mac 2008 dah. Lebih kurang sebulan aku x update cite psl aku. Al maklumlah sejak jadi fulltime student ni, aku jarang online. Yela, masa keje dulu xpelah, bleh kata everyday aku depan PC & ada tenet. Tapi, skng xde dah laa..Umah aku blum pasang tenet lagi. Huhuhu, will soon, insyaAllah. At that time, kwn2 semua maybe dah muak sbb setiap hari ada je cite psl aku. Hehe..

Previous post aku adalah berkenaan "Doa". So still related with the topic, aku nak share experience aku dgn kwn2 semua. Elok lepas aku update previous post, aku dpt satu call dari salesman wakil Proton, and he informed me yg loan keta aku approved. Alhamdulillah.. Syukur sgt. Lebih kurg 30minit lepas aku update post "Doa" tu.. Actually, post tersebut just for reminding me n kwn2 supaya selalu igt Tuhan dan bersangka baik dgnNya.

Sebenarnya ada cite di sebalik sume post aku. Psl "Doa" tu, actually dah berbulan2 aku cuba apply loan for car. Tapi, ada je mcm2 halangan yg aku terpaksa hadapi. Pendek cite, susah sgt aku nak dptkan sebiji keta. Bermula dgn keta second hand, loan aku approved, tp cut loan. Bank cuma offer 80% je dr harga keta second hand tu, coz alasan diorang aku belum cukup umur 24 tahun masa tu.. So aku xde duit nak cover baki harga keta tu. Then, aku tukar keta second hand lain, hrganya cuma rm17 000, tp bank mcm refuse nak approve loan aku, so belum smpt bank reject aku pnya loan, aku terus cancel..

Dan awal Januari lalu, aku cuba apply loan utk new car. Setelah hampir sebulan menunggu, aku dpt good news, loan aku approved walaupun hnya 90%. So, downpayment for the car hanyalah 10%. Aku dpt good news tu sejurus selepas aku buat post "Doa" tersebut. Alhamdulillah, syukur pada Allah. Apa yg aku ak share di sini, rajin2 lah memohon kepada Allah, through Solat Sunat Hajat ke, doa lepas solat Fardu ke, & lain2.. Dan yakinlah dgnNya, jika ada rezeki kita utk perkara tersebut, insyaAllah termakbullah doa kita. Tapi, jika doa kita belum termakbul, yakin lah bahawa mungkin belum smpai masanya utk kita memiliki perkara tersebut.. Allah tahu apa yg terbaik utk kita.

Aku sgt touching psl hal ni sbb aku rasa byk sgt halangan utk aku memiliki sebuah keta, even keta second hand pun. That's why aku sgt terharu dan bersyukur dgn rezeki yg diberikan Allah ni.. (",)

P/S: Allah tahu apa niat aku jika aku memiliki sebuah kereta..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...