Thursday, September 29, 2011

~ Kisah Hati ~

Assalamualaikum.

Bulan Syawal pun dah berlalu.. So lg sebulan kita dah nak raya haji pulak..

:)

Planning nak buat akikah Auni. Sbb tak buat2 lagi ni. 11 Okt nanti genap la setahun umur Auni. Akhir zaman ni cepat sungguh masa berlalu.

Dok menung saje2 pun masa cpt berlalu, tak payah nak tunggu bz baru nak rs cpt tu.. Huhuhu.

Umur kita pun makin tua, bknnya makin muda. Ujian dan dugaan hidup pun makin byk. Yela, kalau takde masalah, bkn 'kehidupan' namanya kan. Kan lebih indah hidup ni bila diselang seli dgn suka & duka. Kalau happy je selalu, tak rasa nikmatnya pulak ye..

Bila kita diduga atau diuji ni, nikmatnya akan sgt terasa bila kita berjaya melepasinya. Masa tgh bertarung dgn ujian atau dugaan tu mmg le perit sket.

Sama je mcm kita amek exam kan. Sblm exam, dok struggle study, hafal fakta la, hafal formula la.. Tgh exam pun stress sbb cuba recall blk apa yg kita dah study dan cuba sebaiknya menjwb dgn betul. Selepas exam pun masih berbaki rasa ssh hati nak menantikan result. Once dpt result, baru lah rasa lega. Nikmatnya terasa masa kita konvo setelah berjaya dpt ijazah.. Sekaligus dpt kerja, lagi la bertambah nikmat tu kan..

Org kata, hidup ni kena cukup rencahnya. Baru best! Kena kutip pengalaman. Untung2 tua2 bleh cerita kat anak cucu.

Hee..



P/S: Baru rasa dugaan kerja.

Tuesday, September 20, 2011

~ Do you ever think? ~

Assalamualaikum.

Skrng musim student final exam. So keje pun melambak2. Assignments students tersusun bwh meja tunggu utk marking.

Tapi, takpe, rest sat takkan tak bleh kan..

Owh, lately aku asik terfikir sesuatu. Tgh mandi pun bleh terfikir, tgh driving pun terfikir, tgh buat keje pn kdg2 bleh terlintas hal ni.

Pernah tak kwn2 semua terfikir, kalau la hari ni adalah hari terakhir kita kat dunia ni, what is going to be happened to ur child?

:(

Yep, we'll never know when..

Bila terfikir hal ni rasa sebak & sedih. Kalau la ajal aku dikala Auni masih memerlukan kasih syg dan belaian seorg ibu.. Adakah dia akan slalu merindui aku?

Sbb kita taktau bila masanya kan.

Hanya Allah Maha Mengetahui.

Tapi takpe, yakin lah bahawa percaturan hidup&mati yg Allah tentukan itu adalah yg terbaik. Dia Maha Mengetahui. Kita hanya perlu yakin padaNya.


P/S: Mood menginsafkan diri.

Wednesday, September 14, 2011

~ Masih Mood Syawal ~

Assalamualaikum.

Sejak balik sini blk lepas cuti raya aritu, asyik teringin nak mkn lemang & ketupat je. Sbb masa raya aritu dpt makan lemang yg sgt sedap. Mak tempah dari kwn dia, mmg kwn tu buat lemang setiap tahun. Lemang dia mmg sgt2 marvelous!

Lembut dan lemak tau.

*Meleleh air liuq**

2 hari lepas balik sini, pi la beli lemang yg dijual di tepi jalan. Kakak tu jual byk btg juga. Mcm besar-besaran juga la business lemang dia. Mcm2 saiz ada, tp aku pilih yg paling pendek dan kurus. Saje nak try dlu. Dia jual sekali dgn rendang daging kering.

Smpai je rumah, dgn gelojohnya cpt2 potong lemang tu. Tak sbr sungguh nak rasa.

Masuk je mulut, hmmmmm lembuttt, mcm nak sedap tapi oOoOoO masinnya!!

Uwawawawawa!

Kecewa oke.

Dah tu rendang daging tu pun ala2 masin. Bila dicicah dan digabungkan kedua2nya, lemang&rendang, bertambah2 masin la jadinya. Haihhh..

Syg sungguh, kelembutan pulut tu dah ada, cuma rasa plak masin kan.

Last2 pagi esoknya ke tong sampah la jg lemang tu. Aku mkn 2 potong je.. Huhuhuhu..

Kesannya, smpai skrng masih lagi craving for lemang yg sedap dan ketupat palas. Tak kisah la cicah dgn serunding daging pun sedap, gulai daging pun oke, rendang pun layan kan..

Aduyai!

Tu yg cdg2nya nak buat ketupat palas sendiri. Tapi x sure plak market sini ada jual daun palas dak. Almaklum le, belah2 selatan ni depa makan ketupat nasi kan. Aku org belah2 utaqha ni wajib makan ketupat pulut daun palas.

Bila pi open house belah2 sini pun takde sorg yg jamu ketupat palas. Hmm, so nak tak nak utk menghilangkan keinginan ni, terpaksa la aku buat sendiri kan. Cumanya nak pi tgk kat market weekend ni, nak tgk ada x org jual daun palas. Kalau ada, kira ON je la ni.

Yum yum!


P/S: Masa raya aritu, makan tak sampai sebiji pun ketupat palas. *_*

Wednesday, September 7, 2011

~ Aidilfitri 2011 ~

Assalamualaikum.

Salam 8 Syawal.

Selamat Hari Raya semua!

Mood nak update blog, mood nak keje, semua masih 'menghilang'. Mood raya masih menguasai diri. Dan sgt2 rindukan kg halaman, mak, adik2.

Sakitnya rindu hanya Allah yg tahu.

Sob sob!


Yelah, ptg raya ke 4 dah bertolak blk sini. Sbb Mr Berry keje. Kiranya cuti seminggu je la. Mmg dgr mcm lama je kan cuti, tp nak divide masa lg. Rumah sendiri dan rumah mertua. Itu la yg akan terjadi kalau kawin dgn org satu tmpt.

:P


Raya tahun ni pecah rekod diri sendiri sbb kuih raya aku buat sendiri oke!

Buat 2 jenis je pun, samperit dan chocolate oat cookies. Ada je resepinya aku post kat previous entries. Tu je kuih raya yg aku smpt belajar. Hehe.. Tp oke la kan, dari takde.

Then, buat 2 jenis kek, kek oren dan kek coklat. Kek oren sempat buat 3 biji, smpai raya ke 3. Kek coklat pun 3 biji, angah buat.

Mak beli tambah 2 jenis kuih raya. Dan yg lain2 cuma ada kerepek2 je. Ketupat palas mmg wajib la ada kan. Tak raya la if takde ketupat.

:)

Dan tahun ni adalah tahun pertama aku beraya sbg seorg mama. Tahun kedua sbgai seorg isteri. Cumanya tahun lepas Mr Berry keje pada hari raya pertama, kedua dan ketiga. So tahun ni alhamdulillah dpt la berasa beraya bersama suami kan.

Sambutan raya dgn status baru ni mmg sgt mencabar. Mencabar serba serbi lah. Dari segi duit ringgit pun ye jg. Sbb asik berabes utk si kecik Auni je. Utk mama & papanya last2 minute je baru nak shopping. Last2 papa nya ada sehelai je baju raya.

Sian papa kan.

*_^

Takpela, rezeki utk anak kan.

Raya tahun ni agak meriah sbb mak aku dah bergelar 'ummi' (panggilan utk nenek) kepada 2 org cucu. Selain si kecik Auni, angah pun dah slmt bersalin bln Jun lepas, baby Aleesya. So meriah la rumah dgn suara babies kan.

Hehe best2.

Walaupun agak kacau bilau dan kalut, tapi happy!

Tp dlm pada happy sambut raya, tak dinafikan terselit rasa sedih sbb Ramadhan dan berlalu. Skrng ni pun asik dok teringat2 kenikmatan bulan Ramadhan. Dok berdoa jg moga Allah memanjangkan umo supaya sempat mengharungi Ramadhan skali lg tahun depan, InsyaAllah.

Okelah, penghujung entry raya, aku selitkan gambar raya ye. Baru lengkap.

:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...