Tuesday, March 27, 2012

~Aktifkan Diri ~

Assalamualaikum.

Abaikan title entry aku kali ni. Tah hape2 punya title. Sbb slalu stucked bila smpai part creating title ni.

Hohohoh.

Skrng ni blk kerja je mmg spend masa betul2 dgn Auni je, then lps magrib terus pi aerobic class.
Baru 2minggu aku join. So far alhamdulillah seronok. Rasa puas hati sbb dah lama cari aerobic class sejak pindah melaka dan sejak lps bersalin ni. 2 tahun langsung tak exercise. Tu yg bdn kembang semacam je tu. Haritu masa mula2 lps pantang ada la sekali dua pi gym dkt dgn area rumah ni. Tp mcm x fun sbb kita cuma attached dgn alat2 gym je.

Aerobic ni lain, lebih enjoy.

;)

Ada beberapa perubahan ketara terhdp diri aku sejak aku mula aktif aerobic ni. Antaranya aku lebih cergas dan dah tak moody (memanjang moody sblm ni). Skrng ni rasa mcm segar je bdn, then jarang letih atau lemau. Sbb tu kena exercise minima 3 kali seminggu kan. Kadang2 blk aerobic pukul 10mlm (sesi mlm), lps self-refreshment, aku siap boleh continue dgn kerja2 rumah. Boleh basuh pinggan, kemas dapur.

:)

Tu dah cukup membuatkan aku rasa happy.

Then aku dah tak moody. Sejak lepas bersalin ni, aku perasan yg aku cpt marah. Silap sket je rasa pns je hati. Sikit2 stress. So aerobic ni dapat release tension. Skrng ni jaraaaaangggg sgt aku nak mrh. Sejak 2 minggu join aerobic ni, takde pun hari yg aku rasa mrh2 atau stress.
Masalah tu tetap ada, tp takde la smp nak stress2. Klau x, sebelum ni, ada mslh sket je pun dah rasa stress.

So nampak x?

Exercise ni byk kebaikannya. Aku of course nak reduce weight tp tu bonus la kan. Yg penting bdn sihat dan cergas. Stamina pun increase kan.

Hee entry hari ni khusus cerita psl aerobic je kan. Igt nak update perkembangan Auni, lama dah tinggal.

Jumpa lagi nanti!


P/S: Buat benda yg kita minat..

Sunday, February 26, 2012

~ Februari 2012 ~

Assalamualaikum.

Bulan Februari bakal melabuhkan tirai..

Tapi bila check blk azam 2012, rasanya 10% pun masih belum terlaksana. Haish, tak boleh jadi ni! Kena kembali ke pangkal jalan, sblm tersesat makin jauh..

:)

Semester ni pun dah nak abes. Lecture suma dah settled. Skrng ni dok kalut marking assignments students, nak siapkan carrymarks sblm bermula final test dan final exam.

Hopefully smpt la settle semuanya on time.

Final exam bermula March nanti. Habis mungkin early April. Lps tu sibuk pula marking paper final dan upload dlm sistem. Slps validation marks, boleh mula CUTI. Yeayy!!

Itu yg tak sbr tu.

Aku rasa aku betul2 perlukan cuti. Cuti yg berkualiti, bkn sekadar cuti tp lepak rumah je. Aku perlukan masa santai di sesuatu tmpt. Mungkin pulau.. Sbb lately asyik tension je, asyik stress je. Tah apa nak jadi dgn diri sendiri.

So dah smpai masanya utk manjakan diri sendiri kot. Pergi bercuti somewhere, berspa, massage. Owh sgt best!

Hehe. Walaupun sekadar membayangkan, tp dah rasa tak sbr dan excited.



P/S: Tu reward lps settle semua kerja utk semester ni, insyaAllah.

Friday, February 3, 2012

~ Janji ~

Assalamualaikum.


Uish, semlm dah update, hari ni update lg. Huhu sementara ada masa. Lgpun rs sgt tertarik nak share satu cerita dgn kwn2 semua.


Tadi ada baca satu email yg sent by one of the lecturer here. Berkaitan dgn ancaman iblis terhadap manusia. Ada 3 perkara yg apabila dilakukan oleh manusia, si iblis akan menguasainya. Aku nak share salah satunya, iaitu janji.


Ancamannya:


"Jangan kamu berani membuat satu janji kepada Allah, melainkan hendaklah engkau segera menepati janji itu, kerana sesungguhnya tiada seorang yang membuat janji kepada Allah melainkan aku menjadi teman ketiganya sehingga aku akan menghalangnya daripada melaksanakan janji tersebut."


Contohnya kan, kdg2 kita terlalu mudah bernazar (yakni berjanji kepada Allah), tetapi lambat atau terlupa menunaikannya. Huhu aku slalu mcm tu. Kdg2 bernazar nak puasa kalau dpt apa yg diinginkan, tp bab nak buat tu lambat sgt.


:(


Lps ni kena beringat lah, tak bleh dah buat mcm tu.


Ye lah, kdg2 Allah lambat makbulkan doa kita sbbnya kita sendiri pun slalu mungkir janji terhdpNya. So jgn la berhrp doa kita tu cpt dimakbulkan.


Contoh mudahnya, kita teringin sgt nak beli handphone baru. So kita minta la dr mak kita suruh mak beli handphone baru. Mak refuse nak beli, tapi sbb kita beriya2 berjanji yg kita akan rajin belajar, rajin tlg mak kalau mak beli handphone tu.


So mak kita pn setuju utk beli. Kita pun suka, smpaikan leka dgn handphone, lalu terlupalah janji2 manis kta tadi. Then, di kemudian hari, kita teringin plak nak beli baju baru. Sekali lagi kita minta dr mak kita. Tp kali ni mak bertegas takmau beli sbb janji kita yg dlu pun belum ditunaikan.


See?!


Huhuhu ya Allah berdosanya aku.


Rasa malu sgt kan, malu sbb tak penah tepati janji.


Kdg2 bila doa kita tak dimakbulkan Allah, jgn lah kita marah2, atau berburuk sangka terhadap Allah, sebaliknya kaji diri sendiri dlu. Apa yg Allah suruh kita buat, kita buat tak?? Even solat 5 waktu pun, cukup tak? If cukup, tgk plak dari segi ketepatan masanya.. Kita solat awal waktu or dah dkt2 nak abes waktu solat baru kalut nak bentang tikar sejadah.


Hmm.


Kalau dimakbulkan tu bonus. Tp kita ni sebagai hambaNya, jgn culas dlm melaksanakan amanah & tanggungjwab kita terhadapNya.




P/S: Kalau janji kita dgn Pencipta kita pun kita mungkir, apatah lagi janji sesama manusia atau dgn diri sendiri kan.. (Jom sama2 baiki!)

Thursday, February 2, 2012

~ Buntu ~

Assalamualaikum.


Dlm blog ni dah lama rasanya tak bercerita pasal Auni. Ye la, sbb dah ada special blog just for her.


:)


Cumanya nak share cerita pagi tadi. Pagi tadi sblm pi keja, aku yg mandikan Auni since Mr Berry awal2 dah keluar, ada assignment. So tugas mandikan Auni pagi2 tu diserah kat aku la kan.


Bab mandikan Auni ni takde mslh. Sbb skrng dia dah boleh duduk sendiri, bangun, berjalan, so kerja memandikan dia menjadi agak mudah. Cumanya sejak dua menjak ni, dia takmau digosok gigi.


Arghhh!!


Tension juga tau.


Di usia setahun 3 bulan ni, dia dah ada 8 gigi di bahagian depan, geraham pun dah keluar separuh di kedua2 belah gusi. So of course la kena gosok kalau dak kang rongak plak. Sebenarnya aku mula gosok gigi Auni seawal usianya 6,7 bulan kalau tak silap la. Sejak dia tumbuh gigi. Dia kan tumbuh gigi agak awal.


Sblm2 ni mmg takde mslh tau bila nak gosok gigi dia. Tp 2,3 hari ni ya Allah seksa betui. Dia akan tutup mulut rapat2. Kalau kita paksa dia, dia akan nangis beriya2, mcm kena pukul. Haihhhh..


Geram jg la kan, sbb kita takmau la gigi dia kuning dan rosak nanti.


Owh lagi satu, aku masih lg tak introduce ubat gigi kat Auni. Sbb takut dia telan. Huhu so gosok semata2 la..


Buntu la mcm mana caranya nak pujuk dia. Hmmm.



P/S: Kena byk bersbr..

Thursday, January 19, 2012

~ Entry ke-2 utk tahun 2012 ~

Assalamualaikum.

Ini baru entry ke-2 utk tahun ni. Dah pun 19hb Jan. Haihh sgt bz, mcm tak cukup je masa nak buat semua keja.

Perasan tak, makin lama, makin tak cukup je rasanya masa dlm sehari kan. Mana nak p ofis lagi, nak buat keja umah lagi, nak layan anak lagi.. Blk keja dah ptg, (kes mcm aku ni, kdg2 blk mlm sbb kelas mlm), kalut2 siapkan mkn mlm utk husband, utk anak, kemas2 dapur, tup2 dah pukul 11mlm kan. Then baru le nak mandi le, nak solat le, dan nak berileks2.

Tp kdg2 tak dpt nak rileks bila ada plak keja dr ofis yg dibawa blk. Haihh.

Dunia, dunia!

Aku perasan satu menda, kalau dulu masa study dulu, dan masa menganggur dulu, setiap hari mesti baca Al-Quran. Tp sejak dah keja ni, dah tak dpt buat mcm tu dah. Konon2 nya mcm tak sempat le, tak larat le. Sbnrnya tu semua alasan je kan!

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih..

Alahai..

Satu je tips utk membuatkan kita rasa masa dlm sehari tu sgt mencukupi. Iaitu bangun awal setiap hari. Bangun la sblm Subuh (paling afdal la kan). Mandi2, siap2 utk solat subuh dan sblm azan, boleh la baca Al-Quran kan (so takde alasan tak sempat baca kan). Then utk the whole day pada hari tu, kita akan rasa kita mempunyai masa yg cukup utk siapkan semua keja.

Tak percaya? Cuba lah! Hehehe..

Yg paling penting, jaga solat kita especially Subuh. Kalau kita terlepas atau tak solat Subuh pada hari tu, keseluruhan hari tersebut akan jadi kalut, mungkin rasa kurg happy, dan rasa masa x cukup.


:)

Aku pun tgh cuba nih, sbb setiap hari sblm tido, rasa mcm penat sgt dan tak cukup tido. Sume keja buat rushing2. Mcm mana nak tingkatkan kualiti amalan seharian klu setiap hari mcm tu kan. Hehehe..


P/S: Terkejar sana, terkejar sini..



Tuesday, January 3, 2012

~ Quick Update ~

Assalamualaikum.

Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi. :) Dah 2012 kan.

Kalau ikut kiraan tahun, masuknya tahun 2012 nih, umur aku pun meningkat la lg satu angka, jadi 29tahun.

Tapi kalau ikut kiraan bulan, bulan 12, 2011 yg baru je berlalu ni, umur aku baru je genap 28tahun. But what the difference kan. Sama je. Umur tu just angka je kan.

:D

Bila masuk tahun baru, semua pakat2 pasang azam itu dan ini. Hehe. Tu normal.. Sbnrnya kita ni nak berubah takpayah tungguh tahun baru, anytime pun boleh. Cumanya tahun baru ni menjadi punca, penyebab atau tanda aras utk kita mengubah diri kita menjadi lebih baik atau memasang apa2 target utk achieve tahun ni.

Aku pernah buat entry pasal azam tahun baru ni if tak silap, tapi mls nak cari dan paste link nya kat sini..

:P

Tapi tak kisah lah kan. Janji kita ada misi apa kita nak capai dlm tahun ni.. Dan kita ada azam yg baik2 je. Mungkin ingin berubah menjadi seorang muslim/muslimah yg lebih baik.

Apapun SELAMAT TAHUN BARU 2012!

;)

P/S: Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Monday, December 26, 2011

~ Roasted Chicken ~

Assalamualaikum.

Yeay, berjaya buat homemade roasted chicken for the 1st time.

Actually last 2 nights, tgk Jamie Oliver masak Roasted Turkey utk Christmas. Tp rasa mcm tingin plak nak buat jg tp ganti la dgn ayam kan.

So pagi2 pi Pasar Tani Alor Gajah, beli lah ayam seekor, takyah potong. Sbb nak roast segedebuk gitu. Baru la mcm roasted turkey kan. Hehehe.

Tapi aku x pakai resepi Jamie pun. Aku google je, cari resepi yg mana berkenan. Almaklum le, bila dah search gitu, byk betul resepinya kan. So try & error je la. Tgk mana yg sedap kan, kalau sedap, boleh buat lagi nanti.

:D

Last jumpa la satu resepi yg agak simple, bhn2 pun sikit dan mudah. Aku amek resepi tu di SINI. Tq ye owner sbb sharing resepi yang sedap nih. Skrng aku pun nak share dgn semua. Ada la sikit2 aku altered resepi.

:)

Bahan2:

1) Seekor ayam bersaiz sederhana (dibersihkan dan keluarkan organ dalamannya).
2) 2 sudu besar minyak zaitun (aku xmasukkan pun sbb takde. Huhu).
3) 2 inci halia.
4) 2 ulas bawang putih.
5) 1 biji bawang besar.
6) 1 sudu besar sos tiram.
7) 2 sudu besar madu.
8) 1 sudu besar gula.
9) 1/2 sudu kecil garam.
10) 1 sudu kecil serbuk lada hitam.
11) 1 sudu besar jus lemon.
12) 1 sudu kecil serbuk kunyit.
13) Sedikit marjerin atau mentega. (Aku guna mentega).
14) Sedikit lada sulah.

Cara2nya:

- Blend halia, bwg putih, bwg besar dgn sedikit air sehingga hancur. Kemudian tuangkan ke dalam bekas. Dan campurkan gula, lada hitam, garam, jus lemon, sos tiram, serbuk kunyit, madu dan lada sulah.

- Kemudian, cucuk2kan ayam tadi dgn garfu dan lumurkan semua bahan perapan tadi pada keseluruhan ayam. Perap ayam selama 3 jam atau lebih.

- Selepas diperap, panaskan oven 190 atau 200 darjah, dan bakar ayam selama sejam atau sehingga masak. (Aku bakar lebih kurg sejam setgh). Selepas 30minit dibakar, keluarkan ayam, dan sapukan mentega dan juga lebihan minyak yang tedapat dalam dulang pembakar di seluruh ayam. (Aku sapu mentega di bwh lapisan kulit ayam). Kemudian, teruskan pembakaran.

- Pastikan permukaan ayam keperang-perangan. Balik-balikkan ayam tersebutdan bakar sehingga garing dan masak.

- Kemudian, apabila siap dimasak, boleh dihidangkan bersama nasi, whipped potato, coselaw dan apa2 je la yg anda suka. :) Dgn pasta pun boleh, dgn mee pun boleh, nak ratah saje pun sedap!

Aku ratah je, then cicah dgn sos pencicah, beli yg readymade, from Kelantan.

Dan it's Yummy!

Cumanya next time if aku nak buat lagi, aku nak perap lama sikit supaya rasa perapan tu menyerap ke dalam setiap lapisan isi ayam. Keempukan ayam tu dah ada, cuma kurg rasa je. Silalah mencuba!



P/S: Mr Berry pun suka! ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...