Thursday, April 29, 2010

Saya sedang melayan perasaan!

Assalamualaikum

Salam 29 April, 14 Jamadilawal..

Title entry aku takde kena mengena sgt pun dgn content nya! Heeee, saje suka2.

;)

Dua hari lepas, Mr Berry ada dapat panggilan dari sebuah competitor company (in the same industry, media) tmpt Mr Berry bekerja skrng. Mmg ada suatu masa dulu (rasanya dalam 2 bulan lepas), Mr Berry ada attended satu interview session dgn company tersebut. Utk position yg sama spt skrng, cuma mungkin gaji yg lebih tinggi.

Selepas je interview tu, Mr Berry tak berharap yg dia akan dapat keja tersebut. So kami adalah tidak berharap!

:0

Tup2, dua hari lepas, company tuh called Mr Berry dan dia ditawarkan jawatan tersebut utk Mei nih. Which means, sehari dua lagi kan.. Tapi, oleh kerana aku pun kena berhijrah ke Melaka, dan terpaksa menjadi husband & wife di kala weekend, so Mr Berry agak berat hati utk terima tawaran tuh.

Sebab sudah dimaklumkan yg potensi utk ditransferkan ke mana-mana negeri, mungkin Sabah atau Sarawak adalah tinggi. So, kalau skrng jarak kami adalah 2 jam perjalanan, itu adalah lebih baik, daripada dia bekerja di Sabah atau Sarawak. Sob Sob!

Mungkin kami hanya berjumpa setahun sekali je. Hah! Taknak!! **Tears**

Pada mulanya mmg la kitorg rasa mcm oke je if Mr Berry perlu pindah ke mana-mana negeri sekalipun, sbb aku tak bekerja dan boleh je nak follow kan. But now, since aku pun dah dpt keje kan, so rasanya xpelah, xperlulah kot utk Mr Berry pegi ke mana-mana yg akan membuatkan kitorg makin berjauhan. Tak sanggup oke!

:'-(

Rasanya mungkin rezeki Mr Berry masih di company skrng. Kan.. kan..

Owh, tamat sudah cerita tersebut. :p Kita berpindah ke cerita lain pulak..

Petang semalam, perut aku sakitttt sgt, even bila bersin, terus bahagian bwh sebelah kanan, atas ari2, jadi cramp! Wahhh, nangis2 juga aku.. So malam semalam, terus pegi check di Poliklinik, yelah, nak pastikan takde perkara buruk berlaku kat bby. Nauzubillah!

Rupanya ada infection berlaku, dan juga dehydration. Ini boleh mengakibatkan pre-mature birth. Huhu.. Doc kata bahaya. So doc suh aku minum banyak2 plain water, sebab itu adalah salah satu cara nak selamatkan baby. :(

Doc ada juga bagi antibiotik, tapi doc tuh kata, it will take effects after 2, 3 days, so buat masa skrng, aku perlu perbanyakkan minum air kosong supaya boleh membantu menyahkumankan jangkitan tuh. Patut la perut asik mengeras je, padahal mengeras tu adalah tanda nak deliver. Haishh!

Aku slps dgr doc cakap camtu, terus insaf, dan bertekad utk jaga betul2 kandungan aku. Sayanggg sgt bby. ;-(



P/S: Semoga Allah melindungi kandungan ini, amin..

Sunday, April 25, 2010

Rezeki Di Situ.. :)

Assalamualaikum

Salam 25 April, 10 Jamadil Awal..

Dalam previous entry, aku ada sebut psl 2nd interview aku kan. So interview itu adalah pada Jumaat lepas.

Aku siap xleh tdo mlm sebelum interview tuh, sbb bila letak je kepala atas bantal, mesti terbayang2 soalan2 yg bakal ditanya panel dlm interview esoknya tuh. Heeee.. Kronik betul!

Jantung plak mcm nak tercabut keluar sbb degupan yg sgt kuat. Hihihi.. :p

Pagi nak p interview tuh, ayah antar, since aku p sana naik bas je. Yelah, sorg2 je kan, coz Mr Berry kena outstation selama 10 hari. Sob Sob!! Sedih dan rinduuuu sgt.. Hingga saat aku taip entry nih, aku masih x jumpa dia tau, sejak 10 hari yg lalu. InsyaAllah mlm ni kot dia blk.. Tak sbrnya lah!

:D

Okeh, back to main story.

Sblm masuk kwsan uitm tuh, aku n ayah smpt bfast roti canai kt salah satu kedai kampung yg ada. Tekak plak xbleh nak terima makanan dah, dek kerana rasa nervous menguasai diri. Huhuhu..

So 15 min sebelum jam 9pagi, aku dh masuk ke kampus, dan dah register. Turn aku supposed jam 9pagi lah, tp oleh sebab panel utk sesi 830pagi masih belum smpai time tuh, so mula lewat sket.. Smbil menunggu tuh, aku smpt berkenalan dgn dua org candidates, dan salah seorgnya tuh aku dah kenal masa mock teaching lg.

Dalam jam 10pagi, aku dan sorang candidate (utk fakulti yg sama) dipanggil masuk ke bilik interview. Warghhhh, ketaq aihhh.

Ada 6 panel tau. Lagi la bertambah nervous. Salah seorgnya adalah pengarah kampus situ. Tapi dia sgt friendly.. :) Kurang le skit nervous aku bila tgk semua panel mcm oke je kan. Salah seorgnya adalah dekan fakulti kampus shah alam, yg penah mengajar aku semasa sem 3 master ari tuh.

Soalan-soalan yg ditanya berkisarkan current issue. So alhamdulillah, aku boleh menjwb semua soalan tuh. ;)

Dan inilah dinamakan rezeki, aku ditawarkan jawtan tersebut dan dikehendaki melapor diri pada 1 Jun nih. Syukur ya Allah.

Tapi, akan bermulalah episod sedih aku bersama Mr Berry. Huhu.. Dapat ke aku dok berjauhan dgn dia, sob sob. Demi mencari rezeki kan. Haihh..



P/S : Tapi, again... Allah tahu apa yg terbaik buat hambaNya. Kan..

Wednesday, April 14, 2010

Update, update!

Assalamualaikum

Salam 14 April, 29 Rabiulakhir..

Entry kali ni pun hanya utk update ttg life aku dlm seminggu dua nih.

Last 2 weeks, aku dpt panggilan telefon daripada uitm utk datang buat "mock teaching". Coz aku ada apply utk post lecturer semggu sblmnya. Walaupun anta application last minute, tp alhamdulillah, dpt peluang utk attend mock teaching session.

So aku telah prepared simple slide presentation. Dan pada hari tersebut, setelah berhempas pulas dgn rasa gelabah, aku bjaya tamatkan sesi mock teaching tersebut. :p

Dan pada pagi ni, sekali lagi aku dpt panggilan utk attend 2nd interview di cawangan yg sama.

Ada 2 peringkat interview utk post lecturer nih. Sekali lagi alhamdulillah utk peluang yg dtg ni. :) InsyaAllah i will do the best lah kan. If ada rezeki aku, x ke mana, insyaAllah.. Tp nervous tau, almaklumlah nak dpt peluang masuk govt sector nih kan agak susah. Heee..

Cuma satu je yg buat aku sedih. If ada rezeki aku di uitm nih, aku kena berpisah sementara dgn Mr Berry. Sob sob!

:(

Aku nih asik nangis je bila pk hal tu. Tapi, nak buat camne, kalau dah rezeki aku di situ kan.. Hmm, hrp2 aku bleh harungi sume ni, berkorban demi mencari rezeki. Huhu..

Kalau dpt post nih, aku akan masuk intake Julai, so aku ada masa 2 bln je nak tgk muka Mr Berry setiap hari.. **sigh**

Siang td, aku dpt sms dari Mr Berry, dia kena p outstation selama 10 hari. Uiiiii, lama nye tuu, apa aku nak buat dok sorg2 di rumah kan. Sedih lagi.. ;( Mr Berry suh aku blk kg, sepanjang ketiadaan dia nnt. Dan sbnrnya kitorg baru je smp dari kg isnin baru nih. Tak sangka lak tetiba dia kena outstation.. Haih..



P/S: Aku mesti bleh harungi semua ni kan..

Wednesday, March 31, 2010

Nak itu, nak itu!

Assalamualaikum

Salam 31 Mac, 15 Rabiulakhir..

Semalam aku p kompleks pkns Shah Alam.. Nak p settlekan pembayaran bil. Pastu aku terjumpa satu kedai letrik yg wat clearance stock.

Aku mmg dh lama target nak beli mixer tau. Skali, aku tgk mixer+bowl brand Pensonic baru RM49.90. Harga normalnya lebih kurang RM70-80. So agak cheaper la kan..

Teringin nak beli, dan dah hampir2 membeli, sbb aku masih belum ada mixer ni, even hand mixer pn..

Tapi Mr Berry tanya aku, dalam masa terdekat nih ada ke aku nak guna mixer tu, if x, better xyah beli lagi.. Huhuhu.. :( So aku x le beli. Tgk ar pas blk dari kg nxt week lah baru beli. ;)

Biar lah kalau clearance stock tuh dah xde pn.

Sedikit frust, tp bila pk2 blk, mmg aku xkan guna lagi kot dlm masa terdekat ni. So xpelah, lgpun bajet yg ada nak guna untuk kos balik kg lak.

Oh, aku dah remove music box aku, sbb bising sgt tiap kali buka blog.. Heee, msti rmai yg rimas kan tiap kali buka blog aku. Hohoho..



P/S: Nak buat kek lah pas dah beli mixer. Hoyyehh!

Wednesday, March 24, 2010

Blur

Assalamualaikum

Salam 24 Mac, 8 Rabiulakhir..

Lama-lama sekali baru keluar satu entry.. Walaupun hakikatnya aku tidaklah busy seperti org lain yg bekerja, tp entah la, rasa xtau nak menulis tentang apa.. Maybe sbb x buat apa2 la aku pun xde cite nak share kot kan. Uhuhu..

;(

Kalau mmg dah namanya takde rezeki kan, makanan dlm sudu yg hampir2 disuap ke mulut pun bleh terjatuh dari pegangan kan.. Same goes happened to me. Tapi bukan ketika makan la. Itu hanya perumpamaan saje.

Tak perlu lah aku huraikan dgn detail, cukup lah sekadar aku bgtau yg last week aku dah hampir mendapatkan satu keje, tp tanpa diduga, ada je halangan yang menyebabkan aku xdpt keje tu.. Itu le namanya bila takde rezeki.

Sedih tu ada la juga, tapi nak buat mcm mana kan, bila Allah dah tetapkan itu bukan rezeki aku, jadi ia bukan rezeki ku, no matter aku buat apa sekalipun. Uhuhu..

Perancangan Allah adalah yang terbaik buat hambaNya. Dia kurniakan aku rezeki baby dlm rahim ku skng ni, tp Dia belum berikan aku rezeki pekerjaan, so alhamdulillah.. Ada juga kan.. Tp who knows, adakah baby ini akan terus menjadi baby aku selepas 9 bulan? Hanya Allah tahu. Kita hanya boleh berdoa yg terbaik je kan.

Bukanlah niat aku nak bercerita yg sedih2 untuk entry ni, sekadar mengingati diri sendiri je. :)

Aku admit yg kali pertama pregnant ni, aku diduga dgn pelbagai ujian dan dugaan.. Sangat banyak. Harap2 baby aku ni nanti keluar je jadi seorg anak yg kuat dan tabah. Heee.. InsyaAllah.


Okelah, perut meminta diisi ni.. ;)



P/S: Saya sayangkan suami dan keluarga saya!


Saturday, March 13, 2010

Day by day

Assalamualaikum

Salam 13 Mac, 27 Rabiulawal.

Dalam pada bosan-bosan duduk rumah ni, cepat juga masa berlalu.. Tgk2 dah 3 bulan masuknya tahun 2010..

Aku pula, hari demi hari makin sensitif la.. ;)

Air mata ni cepat je nak meleleh.. Laju je kan. Kadang-kadang tgh baca newspaper pun bleh terjadinya adegan lelehan air mata ni. Ihik! Bukan setakat bila terbaca news yg sedih dan menyayat hati je aku akan secara automatiknya menitiskan air mata, baca news kejayaan org pun air mata aku bleh meleleh. Hahah..

Semalam nye case la ni.. Aku baca news kejayaan adik2 yg amek result SPM tau. Tup2 dalam dok membaca pengalaman dan kejayaan diorg, tetiba je air mata aku ni meleleh.. Konon-konon nye sharing happiness org la kot kan. :p

So emotional lah!

Apatah lagi bila tetiba tak dpt perhatian drpd Mr Berry. Haish.. Lagi mudah airmata ni nak meleleh.. Aku pn xmoh jadi gini, tapi jadi sendiri lah.. Heee..

Perubahan hormon dlm badan yg menyebabkan unstable emotions ni kot. So terima je la dgn redha. :) Cuma nasib baik aku belum lagi smp kepada emosi cpt marah ni. Kan org slalu sebut, ibu mengandung ni slalunya pembawakan budak, so senang moody kan.. Tapi, so far xde lah lg tiba2 nak mrh2 kan.

Dan apa yg aku notice, tahun ni ramai betul2 kawan-kawan aku yg turut pregnant. Semuanya due dlm tahun ni juga. ;) Maybe sbb tarikh kawin semua pn lebih kurg je, dekat2.. Dpt bby pn lebih kurg jg la time nya.

Penuh le hospital nanti dgn kwn2 aku. Heeeeeeeeeeeeeeeeeee..



P/S: Kawan-kawan aku yang sedang mengandung dan bakal melahirkan baby dalam tahun ni, kebanyakannya bakal melahirkan bby boy.. Hmmm.. Dan juga yang telah melahirkan bby dlm tahun ni pun juga mendapat bby boy.. **wondering** Tahun 2010, tahun bby boy ek?? ;p

Monday, March 8, 2010

Ujian Allah

Assalamualaikum

Salam 8 Mac, 22 Rabiulawal..

Entry utk update ttg diri sendiri.

So far aku masih belum terima even satu pun panggilan interview.. Hmmm, walaupun dh apply agak byk, tp dah termaktub belum ada rezeki aku lg..

Ujian demi ujian Allah berikan utk aku dan Mr Berry.

Psl keje ni, aku xtau nak komen mcm mana. Sbnrnya aku takde la stress sgt pd awalnya, tp bila mak ayah, sedara mara, rakan2 asik bertanyakan soalan yg sama je tiap kali terjumpa diorg, so muncul pulak sikit rasa sedih.. Huhu..

Tak sepatutnya aku rasa camtu kan.. Kalau kita betul2 yakin, percaya dan redha dgn ketentuan Allah, kita takkan sesekali berasa resah, gelisah, susah hati, sedih kerana belum dikurniakan apa2 rezeki kan..

Itulah, aku adalah manusia yg lemah, ada juga sedikit perasaan2 tu sume.

Konvo aku pulak dijangka diadakan pd bulan Mei. Hopefully paling lmbt pun, selepas aku konvo dan dpt skrol, aku akan dpt keje. Amin..

Suami kepada seorg kwn aku ada pesan, dia kata, buat apa kita nak kalut2 dan susah hati bila belum dpt keje, sedangkan Allah dah menetapkan rezeki buat setiap individu. Cuma kita je belum tau je rezeki kita tu ada di mana.. Kan.. That's why kta perlu berusaha..

Allah tu tahu apa yg terbaik buat setiap hambaNya. Allah dah tetapkan rezeki dan jalan yg teratur buat setiap hambaNya. Wallahualam.

Satu lagi faktor yg buat aku rasa mcm 'down' sket ni, adalah aku kesiankan Mr Berry.. Sian dia terpaksa keje siang dan mlm nak cari rezeki buat aku dan bby dlm perut ni.. Kalau aku keje, at least aku bleh tlg bantu meringankan beban dia.. Huhu. **Sabar ye B**

Semlm aku diuji pula dgn keta aku yg tetiba rosak. Pdahal baru je servis tau. Tup2 tgh elok2 bergerak atas jalan, enjin mati. Bila nak start blk, x boleh. Lampu, air-cond dan radio bleh je buka. So bukan mslh batt la kan..

Dan kitorg (aku + Mr Berry) stucked la kat Putrajaya. Menumpang le kami di rumah abg Mr Berry. :)

Pagi ni baru keta siap dibaiki dan melayang la RM200. Kata mekanik, distributor keta yg rosak.. Huhu, sian Mr Berry.

Kepada Mr Berry,

"B, insyaAllah kita sama2 teruskan berdoa supaya Allah teruskan memberi rezeki yg baik buat kita ek.. Dan semoga Allah memudahkan perjalanan kita."




P/S: Entry beremosi plak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...