Saturday, May 16, 2009

Jawab Tag Dari Cinta-Mai

Assalamualaikum

Salam 16 Mei, 21 Jamadilawal..

Entry kali ni adalah utk menjawab TAG dari Cinta-Mai


1)Upload gambar kegemaran anda?Kenapa anda suka gambar ini?



Byk je sbnrnya gmbr yg aku suka..tp nih one of them.. Gmbr nih aku suka sbb ada ada baby comel..(bleh x reason tuh?? huuu)

2)Bila kali terakhir makan pizza?
3 bulan lepas kot.. Lama sgt dah, so x brape igt. Esok nak p mkn pizza lah! Yummy..

3)Lagu terakhir yg anda dengar?
Pateri-Jimbara

4)Apa yg sedang anda buat selain dari selesaikan tag ini?
Tgh key in data dalam SPSS..

5)Selain nama sendiri, anda suka dipanggil dgn panggilan apa?
Uish, xde plak org panggil aku bukan dgn 'nama' aku sndri.. Yg ada pun "along" (family members je guna nama nih), dan "cyg" (my swithart la..;p)

6)Tag lagi 6 org *soalan seterusnya ada kaitan dgn org yg anda tag!hmph!
1. Dila
2. Mira
3. Intan
4. KakAdar
5. MissBelieve
6. Semua2 lah yg nak jwb.. (no idea, sbb rsnya sume dh penah kena TAG nih..hehe)

Siapa org No. 1 pada anda?
Roommate aku la.. ;p

Org No.3 ada hubungan dgn sesiapa?
Ada rasanya.. Cuma x berani nak komen sbb x berapa pasti la.. :)

Kata sesuatuh berkenaan org No.5?
Bride to be.. Dan less than 3 weeks dah..

Bagaimana dgn org No.4?
Juga seorg isteri sudah hampir setahun..

Siapa org No.2?
My classmate.. Bride to be juga.. Dan comel orgnya. ;)

Bagi pesanan pada org No.6
Eh, takde sesape la di No. 6..


P/S: Nak blk Jitra la.. :(

Wednesday, May 13, 2009

Permulaan

Assalamualaikum

Salam 13 Mei, 18 Jamadilawal..




Isnin lepas aku p jumpa supervisor thesis aku utk pertama kalinya..




Uhuk!



Igtkan kalau dah START jumpa supervisor ni, hati rasa lega la kan coz at least dah nak masuk mukadimah tesis..



Sekali.... Makin serabut kepala otak nih!




Sebabnya, 5 tajuk tesis yg aku proposed, 3 darinya dah di rejected! Uwaaaaaaaaaa... :(



Lagi 2 tuh dia xnak kasi komen, dia suh aku giatkan usaha membaca jurnal2 dan mencari LR supaya aku tidak silap memilih topik..



Kesimpulannya di sini, aku sudah mula sibukkkkkk!!!



P/S: Sangat takut sbb majoriti senior tidak grad on time!


Sunday, May 10, 2009

Adam + Hawa

Assalamualaikum

Salam 10hb Mei, 15 Jamadilawal..

Rasulullah pernah bersabda, mafhumnya;

"Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat di hatinya untuk dicintai"

Sabda Rasulullah tu menunjukkan bahawa pasangan suami isteri harus saling menyayangi. Isteri itu adalah amanah Allah utk suami. So, para suami kena lah menjaga, melindungi, mendidik, mengasihi dan menyayangi mereka seiring dgn ajaran agama.

Tiada istilah isteri itu adalah hamba utk suami.. :)

Sama juga kepada para isteri. Suami itu adalah pelindung, ketua keluarga, teman, kekasih kepada para isteri. So, kasihilah mereka, layani lah mereka, hormati lah mereka, patuhi la mereka selagi tidak melanggar syarak..

Alangkah baiknya kalau semua pasangan suami isteri menjadikan sabda Rasululullah itu sebagai asas pemahaman utk menjalani kehidupan bersama kan.. Maka takde lah istilah "queen qontrol", "kena dera suami", & lain-lain masalah rumah tangga.. :)

Apapun, manusia itu tidak sempurna, maka tiada pasangan yang sempurna di dunia ni.. Jadi apa yang boleh kita lakukan hanya lah mencuba utk menjadi pasangan yang lebih baik dari masa ke semasa.. :D


P/S: Sharing itu kan baik..

Friday, May 8, 2009

Mr. Right

Assalamualaikum

Salam 8hb Mei, 13 Jamadilawal..

Hari ni rasa nak sharing feeling je.. :D

Aku sembang2 dgn kwn tadi, dan kitorg berborak psl "masalah rumahtangga"..

Yela kan, asik pk sonok nak kawin je, tp realiti sebenar selepas berkahwin perlu juga pk dan bersiap sedia.. Bukan lah aku bermaksud nak menakutkan sume bakal2 pengantin (termasuk diri sndri) yang perkahwinan itu adalah tidak best.. ;p

Tapi, realitinya adalah kehidupan berumah tangga itu ada pasang surutnya.. Bukan la all the time senyum je smp telinga kan. :D

Betul tak??

So aku sempat mengelamun kejap tadi dan aku terfikir....



"Am i chose the right one to be my husband and partner till the end of my life?"




Puas juga aku berfikir tadi..

Kdg2 takut sgt bila dgr sogokan dr sesetgh org tentang kemungkinan2 masalah yang bakal berlaku selepas berkahwin ni.. Ouh...

Tapi, akhirnya aku mendapat jwpn yg kukira agak tepat. ;)

Sebenarnya dlm kehidupan ni, nobody is perfect! So jgn banyak berfikir tentang sesuatu yang belum terjadi atau sesuatu yang belum pasti (iaitu masa depan).. Yang paling penting adalah masa kini. Nikmati lah masa sekarang daripada membuang masa mengeluh tentang kisah lalu dan gundah gulana tentang masa depan.. ;p

Jadi, doa itu penting okay.. Selalulah berdoa moga pilihan hati kita adalah our MR RIGHT! InsyaAllah..

Selagi ada iman, insyaAllah kehidupan akan selamat dan bahagia..


P/S: Dan aku yakin pilihan aku adalah tepat dan aku akan terus berdoa utk kebahagian itu!

Tuesday, April 28, 2009

Love

Assalamualaikum

Salam 28 April, 3 Jamadilawal..



:)



Mulakan entry dgn senyuman..



Sbb sgt hepi spent these 2 days dgn Encik Tunang ku + adik ku..



Bila kehidupan sarat dgn LOVES, hati rasa sgt bahagia..



:D


Tadi jalan2 di Jusco Bukit Tinggi, dan juga tonton filem.. Apa tajuknya??



Paul Blart: Mall Cop


Boleh la thn, cite ringan saja.. Sekadar nak menonton dgn rileks boleh la.


Dan tetiba terlintas di fikiran...........


Rasa nak cpt kawin.. Heeeee.. (Gila!)



P/S: Ada satu sem lagi utk Master nih, selepas itu la kot kawin.. Okay x? ;p

Wednesday, April 22, 2009

Cerita Rojak

Assalamualaikum

Salam 22 April, 26 Rabiulakhir

Kali ni aku post entry ROJAK k.. Sbb ada 3 stories in one entry. :D


1st cite...

Ari Isnin baru ni aku telah alami satu kejadian yg menakutttkannnn!!!

Nak tau apa??? Bukan cite antu tau.. ;p


Citenyaaaaa...dapur umah aku terbakar!!! Huuuuuu, mcm x percaya je tau. Time tuh dekat nak magrib, around kul 7ptg. Aku & Zue (classmate), tgh goreng ayam, dan reneh sup ayam atas stove. Sbb kitorg puasa, so nak memasak utk berbuka la cdgnya..

Memula, plan asal, nak p bebuka luar je, tp tup2 last minute aku gediks sgt nak masak.. :(

So tgh dua2 belah stove tgh digunakan, aku plak tgh buat menda tah kat kabinet, aku 'ter'paling kat stove, tgk2 api menjulang smp siling umah.. Wahhhhhhhhhh!!!!!

Sgt terkejut & panik okay!


Sangatttttt tau!!

Aku nih menjerit2 panggil zue kwn aku......



"Zue, zue, api..api!!"



Itu je la yg aku mampu kata pun coz terlalu panik..

Yg part kelakarnya si Zue nih cepat2 lari masuk toilet n amek air sebaldi kononnya nak jirus kat api tuh la. Pdhal mana bleh jirus air kat api akibat minyak & gas kan.. Huhuhu, maybe sbb panik sgt.


Dan2 tu apa yg terlintas kat fikiran aku, aku takuttt tong gas meletup! Urghhhh, ngeri okay..

So aku jerit2 suh bebudak umah aku keluar dr umah. Time tu campur aku n Zue, cuma ada kami ber 4. Sambil jerit2 suh diorg kuar, aku sempat capai hp aku & call BOMBA..

Apa yg membuatkan aku bertmbah risau adalah, aku dok apartment, umah aku level bwh skali.. So, kalau umah aku terbkr, apa akan jadi dgn umah2 lain???


Masa kt luar umah, aku tgh call BOMBA, ada 2 org mamat ni lalu & nmpk
kepanikan kami sume, dan juga nmpk api oren2 kat tingkap dapur.. So diorg pun tnya la apa yg terjd. Smbil aku berckp dgn operator, aku smpt la bgtau mamat2 itu yg dapur umah kitorg terbkr..

So diorg pun sgt panik okay!

Diorg tanya sama ada kitorg tutup gas dan api?

Owh, baru la aku sedar yg kitorg x tutup pun, sbb sgt takut dan panik lalu terus melarikan diri.. Huhuhuhu..


Lagipun sape yg berani nak berusaha menutup gas di ketika api t
gh menjulang tinggi sehingga siling umah kan??

Then, dgn lagak hero nya, mamat2 bdua tu terus meluru masuk umah k
itorg, dan terus ke dapur.. Time tuh aku masih lagi menjwb segala pertanyaan operator tuh. Sgtt byk soalan dia tnya tau (maybe takut aku main2 kot)..

Dan belum sempat aku abes ckp dgn operator (byk sgt dia tnya), si mamat bedua tu berjaya menjadi HERO. Alhamdulillah ya Allah..

Diorg pun nmpk panik!

Menurut kwn aku Zue, memula mamat bdua tu juz tutup api stove, tp api yg menjulang naik tu masih x terpdm, then slh sorg tu memberanikan diri cabut kepala gas. Baru la api yg tgh menjulang tu terpdm.. Rupanya masa kitorg tgh masak, hos paip dari kepala gas ke stove tercabut.. Thats y api terus menjulang ke atas!!!

Huuuuuuuuuu...

Previous entry aku, aku dah penah cite psl incident yg sama tp time tu aku dah sudah msk.. Kali ni jadi masa aku sedang msk, thats y api menjulang tinggi tu..

Akibat drpd itu, dinding sehingga ke siling menjadi hitam.. Nasib baik lum smpt terbakar lagi. Takutttt..

Tu la pengalaman kebakaran yg pertama kali aku alami.. Rs mcm trauma sekejap! :(

Tp apapun syukur pd Allah sbb kami sume selamat & harta benda juga selamat. :)



Okeh abes cite pertama. Ini 2nd story.. Tadi cite menakutkan, kali ni cite meroyan plak. Hahaha..


Siang tadi aku p Metrojaya Warehouse kat stadium Melawati. Arini 1st day.. Actually last year pun aku p juga. Last year aku berjaya merembat satu perfume KENZO SUMMER 75ml dgn hrga RM80, satu lipstick Maybelline RM10.. Tp perfume tuh dah abes digunakan. Huhuhu.. Bak kata kwn aku, agaknya aku mandi kot dgn perfume tuh.. Uhuk!
This year, aku berjaya membeli 2 perfume.. Satu LOVELY SARAH JESSICA PARKER 100ml dgn harga RM100..


BURBERRY TOUCH FOR MEN 100mlm dgn harga RM100 juga.. (Ini utk Encik Tunang)..

Dan satu compact powder SILKYGIRL dgn harga RM20. Waahhhh, sgt meroyan tau. :D Sonok sgt bila dpt membeli perfumes itu dgn hrga yg murah!


Then, cite ketiga.. Aku nak sgt beli buku ni.. Coz buku2 yg ada sume dah habis dibaca.. ;p



P/S: Entry yg agak pjg.. Sila jgn bosan okeh. :)




Friday, April 17, 2009

PENSONIC Blender

Assalamualaikum

Salam 17 April, 21 Rabiulakhir..

Yeay, yeay!!

Pas breakfast dgn Encik Tunang tadi, aku terus p pasaraya Bintang, beli blender..

:D

Sonotnya dpt beli blender, hehehe..


So, skng aku dah beli 2 brg letrik, iron & blender. Dah jimat ar sbb pas kawin x perlu beli dah 2 menda tuh. ;p



P/S: teruih msk laksa..rasmi bkender baru tu..:D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...