Wednesday, October 29, 2008

Tak Sanggup Kehilangan mu

Assalamualaikum


Salam 29 Oktober 2008

Title entry aku kali ni cam "jiwang" aje kan. Hehe..



Actually ada cite di sebaliknya.. Mak called siang tadi. Dia ngadu2 kat aku yg dia bosan sgt.. Bosan serba serbi.. Bosan nak mkn, bosan nak buat keje, bosan nak g memana, pendek kata sume bosan..



Pastu dia kata, dia rasa sunyi sgt2.. Dia rasa dia keseorangan walaupun adik bongsu aku ada bersama dia. Dia rasa sayu dan sedih sgt. Mungkin itu yg menjadi punca dia bosan..



Aku pujuk2 la dia, aku ckp dlm hidup manusia ni, kdg kala ada juga hari yg kita akan rasa bosan.. Dia ckp tak.. Coz dh sebulan dia rasa bosan serba serbi.. Apa yg membuatkan hati aku sebak dan tersentuh, bila dia kata,



"Mungkin mak dah nak mati kot, sbb tu bosan tu, nak buat apa pun xleh sbb rasa bosan.."


Ya Allah, hampir menitis air mata aku bila mak ckp ttg "mati".. Sesungguhnya aku tak sanggup kehilangan mak dan aku belum bersedia nak menghadapi dugaan yg maha berat ni.





Aku masih perlukan seorg mak dlm hidup aku.. Sungguh.. Semoga Allah memanjangkan umur mak.. Amin..




Mak, long syg mak sgt2..



P/S: Entry kali ni sayu sket..







Curang

Assalamualaikum

Salam 28 Oktober 2008, 28 Syawal 1429..

Selepas tukar layout semlm, aku still xsiap decorate lg. Huhu.. Biar la.. Juz nice aje..

Kali ni aku nak cite psl "curang". Klu dulu2, kita mesti relate "curang" itu dgn lelaki. Tp skng ni dah xleh kira, lelaki or pompuan sama aje.

Kenapa aku ckp gini??

Coz aku ada pengalaman berdasarkan pemerhatian aku. Hehe..

Klu dulu aku akan classified kan "curang" tu juz bila seorg lelaki atau perempuan yg sudah berkahwin bermain cinta dgn org lain, yakni bukan pasangan mereka.. Tp skng ni perception aku agak meluas dah. Even for me, if someone yg dah bertunang, tp dia still keluar bdua2an (berlainan gender ye) tanpa reason yg dibolehkan, tnpa pengetahuan pasangan masing2, itu juga adalah "curang".

Antara reasons yg dibolehkan tu might be such as urusan keje, emergency case (accident ke), urusan study..

Zmn skng ni, isteri orang pun ramai yg curang dan bermain cinta, apatah lagi yg belum berkawin. Aku pantang betul la. Huhu.. Sbb bg aku, klu partner masing2 dah baik, apa lg yg kita nak?? Kan??

Ada seorg yg aku kenal, pompuan, dah bertunang baru ni & x lama lg akan kawin, dlm 2,3 bulan je lg..

Sblm bertunang, aku mmg tau yg dia ni suke bmain cinta. Tp time tu aku x amek serius sgt coz bagi aku itu hak dia utk wat pilihan terbaik.. Rupanya telahan aku slh, coz dia masih terbwk2 sikap buruk dia tu even dah bertunang pun. Huhu..

Skng ni makin menjadi pulak sikap dia..Coz dia suka keluar bdua dgn lelaki yg keje di tmpt yg sama dgn dia. For whatever reason sekalipun (except reason yg dibolehkan di atas), dia x boleh keluar dgn lelaki lain tanpa pengetahuan tunang dia.

Aku bukan nak busy body, tp aku sakit mata. Aku dah byk kali nasihat dia, tp dia degil. Lelaki yg keluar dgn dia tu pun bukannya xtau yg dia ni dah bertunang, tp nak gak cuba nasib. Gatai la tu kan. Tp aku xslhkan 100% lelaki tu coz klu ppuan ni x melayan, x jadi jugak kan.. Huhu..

Kdg2, bila dia stress dgn tunang dia, dia contact lelaki tu. Huh!

Dah bape kali aku mentioned dlm blog aku ni. Hidup ni ibarat roda.. Kalau hari ni dia buat gitu kat tunang dia, x mustahil satu hari nnti tunang dia buat menda yg sama kat dia.. Kan??

Nape la ada pompuan gini ye?? Memalukan kaum pompuan lain je.. Camne dia nak jd isteri yg solehah jika masih amalkan sikap gini.. Apa la nak jd ye? Manusia akhir zaman kot..

P/S: Ermp..Apapun aku harap sesiapa yg bersikap spt ini, sila lah berubah.. Kita ada pegangan agama, kita ada iman..

Monday, October 27, 2008

New Template

Assalamualaikum

Salam 27 Syawal bersamaan 27hb Oktober 2008.

Tenggelam timbul je aku ni kan.. Hehe.. Bz sgt seminggu dua ni..

Arini baru ada kesempatan nak tukar2 apa yg patut.. So for time being, aku nye blog nih akan kosong tnpa apa2 decoration.. Tgh godek2 blk menda apa yg patut diletakkan.. Hehe..

So, karang pas solat & settle sume, aku update apa yg patut k.


P/S: Benci la bile sume accessories n award2 yg penah diberikan hilang.. Huhu

Monday, October 13, 2008

Gambar Raya 2008

Assalamualaikum

Salam 15 Syawal 1429.
Lambat nya aku update gmbr raya kan.. Hehe.. X sempat sgt2 coz byk menda nak kena settle..




Ngah + baby + me (cute sgguh baby ni)


Kat Umah Tokcik (kami 4 beradik dgn anak2 sape tah, xkenai.hehe)


Only 3 of us (baju corak sama, kaler je lain)

Gambar raya tahun ni x byk sgt..Tah le nape..Gambar satu family pn xde, lupa nak amek. Huhu, sedey.. Apapun syukur sgt dpt meraikan sekali lg Aidilfitri. Alhamdulillah..



P/S: Baju raya kwn2 bape psg? Hihihi..







Tuesday, September 30, 2008

Menu Last utk Berbuka Puasa Tahun 2008

Assalamualaikum

Salam Syawal kepada semua..(",)


"Selamat berhari raya..Walau di mana kau berada.."

Antara petikan lirik lagu raya yg hangat berkumandang skrng.. Pasni next year la plak baru bleh dgr kan.. InsyaAllah, klu umo panjang..

Sebak plak rs coz Ramadhan dah pun berlalu sejurus selepas azan magrib td. Huhu.. Aku kurang berpuas hati dgn prestasi amalan aku utk Ramadhan kali ni.. Aku hrp umo panjang la nak sambut Ramadhan sekali lagi tahun depan.

Esok semua umat Islam akan menyambut Hari Raya. Mesti rmai di antara kita yg mabuk makanan sok. Hehe... Mabuk ketupat,lemang & rendang.. Termasuk lah aku. Dan yg paling aku risau, berat aku mesti naik.. Uwaaaaaaaa...

Oklah, td last la kita bbuka utk Ramadhan 2008. So menu family aku arini ala kadar je.. Antaranya:




Kek Coklat yg aku buat utk Raya (Dah jadi, hehe)


Rendang ayam mak masak utk Raya juga




Ayam KFC Spices yg baru tu..


Actually, last entry aku ada cite psl aku baked cake tp hangus.. Siang td aku buat lagi, tp dis time aku make sure yg aku set suhu yg tepat utk kek dulu. So, alhamdulillah, jadi le kek coklat aku utk raya tahun ni. Hehe..agak sedap la..



Wpun rupa kek ni x cantik, tp rasa dia bleh le thn..huhu

Taktau nape bhgian tgh kek aku jadi bintik2 gitu.. Tapi, xpelah, janji jadi, ye x.. Hehe, nnti dah potong, dah x nampak dah rupa gitu..

Tahun ni kuih raya yg paling byk kat umah aku adalah kuih Tart. Ngah aku pun beli, aku pun beli.. Aku je dah beli 200 biji. Ngah aku pun dah byk biji. Walaupun sama jenis, rupa + rasa nya lain2.. Hehe..

Oklah, nak pi tolong mak masak ketupat jap. Esok aku sambung cite psl Raya.. Hehe..

Apapun, aku ingin amek kesempatan ni utk mohon maaf di atas segala salah silap aku pada semua dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Jgn mkn byk sgt. Muahaha..

P/S: Mari lah kita bermohon maaf sesama kita sempena hari mulia ini.







Sunday, September 28, 2008

Kek Coklat

Assalamualaikum

Salam 28 Ramadhan 1429..
Ramadhan dah hampir sampai ke penghujungnya.. Sedih je rasa..

Aku dah selamat smpai kt Jitra. Dah 2 hari dah. (",)

Tadi aku konon2 nya nak le wat kek coklat. Kononnya kek pra-raya le kan. Lgpun nak try Oven baru yg mak beli.

Aku bahagi adunan kek tu jadi separuh. Juz wat separuh je. Tiba time baking, aku pun tggl la kan. Coz dah setting time sejam.. (Ikut resipi)..

Sekali baru 15minit bake, aku ter bau ssuatu yg hangit.. Tgk2 asap berkepul2 kuar dr oven. Huhu, rupanya kek aku hangus.. Sedey la...

First cake aku utk raya kali ni, x jadi.. Uwaaaaaaaaaaaaa...


P/S: Esok cuba lagi..Practice makes perfect..

Tuesday, September 16, 2008

Unexpected

Assalamualaikum

Salam 16 Ramadhan 1429
Dah lebih separuh bulan kita berpuasa, so means, kurang separuh bulan kita akan sambut Syawal. InsyaAllah..

Pagi 15 Ramadhan, terjadi nye ssuatu yg sepatutnya tak berlaku. Huh! Cite nye gini..

Dlm kul 12tghari, aku siap2 nak g fakulti la konon kan.. Siap punye siap, dlm kul 1ptg aku siap. Dgn galas beg laptop di bahu, handbag di tgn, aku pun dgn yakinnya kuar bilik dan menguncinya sblm tutup. Then kuar umah, kunci pintu umah plak..

Smp je kt keta, aku pun godek2 le handbag cari kunci kete.. Sekali baru aku perasan.. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... Kunci kete + kunci umah + kunci bilik sume tu dok dlm bilik.. Kat umah plak xde org. Aduss..

Lalainya aku. Buntu jap aku time tu. Hp plak dua2 xde kedit. Nsib baik ada duit dlm tgn.. Aku pun dgn bahu yg lenguh, berjalan le g kedai kt hujung nun di blok 4. Peluh gak le.. Pas je topup kedua2 hp, aku call le slh sorg housemate aku, igt nak mnta tlg dia blk jap antar kunci. Tgk2 dia bz, xleh kuar ofis. Huhu, sian aku..

Setelah puas pk, aku call le slh sorg classmate aku yg umahnye berhampiran umah aku. Tp nak jln tu penat jg le kan.. Nak jadi cite, kwn aku tu plak terkurung dlm bilik dia. Roommate dia terselak dr luar pintu bilik. Huhu, sadisnye. Camne la leh kebetulan dgn aku ni..

So, dia mnta tlg aku berjln g umah dia, n buka pintu umah (dia ada gtau tmpt rahsia letak kunci umah), dan naik atas ke bilik dia utk buka selak tuh. Nak tak nak terpaksa la aku berjln. Penat sungguh, klu xposa, leh gak minum sejag dua. Haha.. Dugaan le ni..

Bila dah berjaya 'rescue' kwn aku tuh, baru le dia tlg bwk aku gi amek kunci kat tmpt keje housemate aku. Dipendekkan cite, aku smp fakulti dlm kul 230ptg. Lewat dah.. Huhu..

____________________________________________________________________

Erm, ada lagi satu kes yg aku lum cite.. Kejadian ni jadi pd Khamis lepas, 11hb Sept baru nih. Time tuh aku baru sudah msk n kemas2 dapur. Msk utk adik aku bwk bekal blk UPM. Sbb aku nak antar dia blk UPM pastu. Pas settle msk, kemas & solat, aku mandi jap..

Tgh2 mandi, aku dgr adik aku jerit kuat gile panggil2 aku. Dia kata:

"Long..long..cpt keluaq, bau gas..bunyi kuat.."

Heran juga aku memula.. Aku siap sempat ckp gini lg:

"Laa..normal la tuh..bau gas pas masak.."

Tp adik aku still jerit2 separuh nangis kat luar pintu bilik air.. Aku pun keluar la.. Masa aku smp kt ruang tamu, aku dah terbau gas yg sgt busuk n dgr bunyi kuat dr dapur. Cepat2 le aku lari pi dapur..

Smp je dapur, lagi kuar bau dan bunyi.. Tgk2 paip dr kepala gas ke stove tu tercabut. Yg tercabutnye adalah dkt stove.. Kepala paip kat tong gas plak tgh ON, apa lg.. Gas kuar la. Nasib baik, dlm panik2 tuh aku bleh bertindak pantas dgn OFF kepala paip gas tuh n cabut. Kepala gas tu dah sejuk dah menandakan gas kuar byk dah tau.

Bau toksah ckp la. Hampir lemas aku & adik. Huhu.. Allah telah selamatkan kitorg berdua. Alhamdulillah.. Nak jadi cite, pas aku sudah msk, aku buka pintu dapur, tingkap dapur, sliding door ruang tamu.. Kalau x, mau pengsan aku n adik. Coz hidu byk gas..

Dan bersyukur juga coz xde org yg kebetulan nyalakan api ke, lighter ke, utk isap rokok.. Kalau x, leh meletup umah kitorg.. Camne la leh tertanggal paip kat stove tuh..

Menggeletar juga aku n adik time kejadian. Tp alhamdulillah coz Allah pjgkan umo kami berdua.. Mcm2 leh jadi tau. Ermp.. Byk iktibar yg aku dpt dr kejadian tu. Huhu..

P/S: Moral of the story, next time, everytime after cooking, make sure off the gas.. Huhu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...