Thursday, January 31, 2008

Doa

Assalamualaikum.

Salam hari Khamis.
Refer title kali ni, aku just nak share dgn kekwn tentang DOA. Aku ingin sekali mengajak semua kwn2 untuk selalu berdoa kepada Allah S.W.T.. Kerana Allah suka kepada hambaNya yang selalu berdoa dan memohon kepadaNya. Apa je yg kita ingin mohon, mengadu, bercerita, kita boleh lakukan dengan berdoa kepadaNya. Kerana hanya Dia yg Maha Agung.

Jikalau kita berdoa kepada Allah dengan sesungguh hati, ikhlas, rendah diri dan yakin dgn kekuasaanNya, insyaAllah doa kita akan termakbul. Yang paling penting, kita kena yakin. Kita kena bersangka baik dgn Allah. Kalau doa kita belum termakbul pasti ada sebabnya. Cuba kita kaji dari sudut diri kita dulu. Maybe kita ada buat dosa atau terkurang apa2. Atau mungkin juga Allah belum mahu memakbulkan doa kita utk kebaikan kita. Allah Maha Mengetahui, Dia tahu apa yg terbaik buat setiap hambaNya kerana Dia adalah Tuhan pencipta seluruh isi alam ni.

Aku selalu mengingatkan diri aku yg selalu terlupa. Kdg2 hati jahat aku mengeluh apabila doaku tidak termakbul. Itu tak patut terjadi. Aku tak boleh mengeluh. Pasti ada hikmah dan reason kenapa doa aku belum termakbul. Itu yg selalu aku igtkan.. Jangan sesekali kita bersangka buruk dgn Allah S.W.T..

Housemate aku ada bercerita tentang satu kisah berkenaan doa. Kwn kepada housemate aku ni, selalu buat solat hajat di waktu malam. Untuk memohon supaya hidupnya dipermudahkan oleh Allah. Dia selalu mohon supaya dia berjaya menghabiskan master & PhD dalam masa yg ditetapkan. Grad on time la.. Dan dia juga mohon supaya dia mendapat pekerjaan yg baik. Boleh kata setiap mlm dia melakukan solat hajat. Alhamdulillah, dgn izin Allah, apa yg dia kehendaki berjaya dicapai.

So, kat sini, apa yg aku boleh katakan, jika kita ikhlas dalam berdoa, disertai dgn rasa rendah diri kepada Allah, insyaAllah apa yg kita kehendaki akan dimakbulkan. Selalulah melakukan solat hajat, solat tahajud..


P/S: Post hari ni based on experience..:)

Thursday, January 3, 2008

Welcome back to Shah Alam

Assalamualaikum.


Selamat Menyambut Tahun Baru 2008.

Hari ni dah masuk hari ke 3 kita berada dalam Tahun Baru 2008. Apa azam kwn2 semua? Mungkin ada yg carry forward je azam tahun 2007 yg masih belum terlaksana.. Aku pun ada gak satu dua azam last year yg bring forward. hehe.. Hopefully tahun ni aku berjaya lah complete semua tu. Dan permulaan tahun ni juga, aku kembali bergelar seorg student. Postgraduate student. Erk, cam bangga lak kan.. Hehe, x salah kot kan..

Aku baru je berpindah balik ke S.alam setelah hampir 5 bulan stayed di Serdang. Masa aku memula keje di UPM dan stay di Serdang dulu, bleh kata everyday aku berdoa moga masa cepat berlalu dan aku bleh kembali ke S.alam. Maybe sbb masa tu, aku xleh adapt dgn Serdang lagi kot.. Tapi hari Isnin baru2 ni, hari last aku di Serdang, aku rasa sedih sgt.. Berat hati sgt aku nak tinggalkan Serdang, especially UPM. Aku sygkan jwtn aku di Research Management Centre tu, & aku berat hati nak lepaskan jwtn tu. Tapi aku x bleh tamak & amek kedua-duanya skali. I've to decide either stay with my career or further study.. So, setelah fikir pjg & minta pandangan a few friends, family members & colleagues, aku pilih utk sambung Master. Erm... To get something better in future, I have to sacrifice.. Maybe.. :(

Sehari sebelum hari last aku di UPM, bos & ofismate aku pujuk2 aku supaya jgn quit keje. Keje sambil belajar.. Ermm, mmg tu la pilihan aku sbnrnya. Kalau aku mampu, aku mmg nak keje situ & dalam masa yg sama further study. Tapi aku x boleh.. Mana sempat nak berulang g keje n kelas sebelah ptg setiap hari.. Huhu. So terpaksa la let go keje aku.. Once aku dah wat decision, aku x bleh patah blk dah. So aku kena optimis & yakin bahawa ada sesuatu yg baik menanti aku lepas aku complete Master nanti. InsyaAllah.. Cayok2 Sara..
From today, aku akan bersemangat tinggi utk habiskan Master aku & berdoa moga semuanya berjln lancar.. Amin..

Aku selitkan gambar2 aku masa Cuti AidilAdha lalu..(Kat Kuala Perlis, nak mkn Seafood)
Happy moment
Sooo chubby
Aku dgn Mummy (Sape lg muda?;p)

Angah, adik, aku
Adik & aku
Gambar Boboy tgh posing sakan





























Friday, December 14, 2007

Jauh atau Dekat?

Assalamualaikum

Rindu sgt nak tinjau2 blog kekwn yg lain mcm dulu2, tp memang betul2 x sempat. Aku tersgt le bz keje kat sini. Sape kata govt. servant byk rilek dari berkeje.. Coz sejak aku keje kat sini, jarang sekali aku dpt dok sesaje. Mesti ada je keje yg urgent nak kena buat. Huhu. Pejam celik, dah 4 bulan aku stay sini. Rasa mcm baru je lagi.

Tapi, mungkin jodoh aku dgn UPM ni tak lama, coz aku dpt offer utk sambung master. Alhamdulillah, rezeki aku. Registration 5hb Jan nanti. Aku akan bergelar student blk selepas setahun meninggalkan alam study. But, I'm still thinking about it. Masih dlm pertimbangan, sebab rasa syg pulak nak meninggalkan sini. Walaupun keje kat sini ada lot of pressure, tapi sayang juga. Takpelah, I still have a few time to think.. Kwn2, doakan aku supaya make right decision. :)

Berbalik kepada title aku, aku nak kupas ttg isu pasangan bercinta atau suami isteri yg hidup berjauhan atau berdekatan. Aku ada baca dlm salah satu magazine, berkenaan mslh yg dihadapi psgn yang hidup berjauhan. Tak kisah le sama ada psgn bercinta atau psgn suami isteri.. Org kata hidup berjauhan ni, menuntut sejuta pengorbanan dan kesabaran. Ermp, pendapat aku, apa juga jenis perhubungan dan jaraknya, semuanya perlu pengorbanan dan kesabaran.

Utk membina sesuatu perhubungan kita perlu invest byk perkara. Masa, duit, tenaga dan sebagainya.. (Aku pernah belajar dlm subjek Interpersonal Communication) :p Tapi, bila kita berjauhan dgn pasangan ni, lagi byk tuntutan yg perlu kita invest. Kalau kurang kesabaran, tu lah jadinya penceraian dan perpisahan.

Hanya org yg betul2 sabar je yg dpt bertahan dgn perhubungan jarak jauh ni. Bukan apa, bila jauh dari mata ni, mulalah nak syak wasangka, curiga, kurang kepercayaan, salah faham dan sebagainya. Walaupun teknologi sekarang membenarkan kita utk berhubung dgn pasangan setiap saat pun, ia tetap tak sama dgn tinggal berdekatan.

Aku ni mungkin termasuk dlm golongan yang kurang sbr dan x boleh tinggal berjauhan kot. Hehe, kalau dah kahwin nanti2, aku xnak le berjauhan dgn suami aku. Kang, nangis tiap2 ari plak. Haru betul! Mcm2 laaa.. Bila yep aku nak kahwin? Aku pun tak tau. Kwn2 makin ramai yang dah mendirikan masjid. Belum sampai jodoh aku..

12/12 baru ni genap le umur aku 24 tahun. :> Rasa teruja sgt tiap kali tiba besday aku coz aku share tarikh yg sama dgn kembar aku. Syukur kat Allah S.W.T. kerana memanjangkan usia aku. Utk besday kali ni, aku dpt hadiah gelang tgn, kerongsang dari housemate aku. Sooo sweet. Thanks a lot to my frens. Malam 12hb, aku celebrate dgn 3,4 org kwn2 & makan Flaki Chocolate Cake dari Cottage Bakery. Yummy sgt. Hehe.. Dan hari ni 14/12, besday adik bongsu aku. Besday ke 13. Actually, adik beradik aku, sumenya lahir pada bulan 12. So, selalunya kami akan celebrate sesama. Cuma skrng ni x dapat celebrate sesama coz masing2 ada komitmen lain.

Oklah, nak continue dgn keje yg melambak2 nih. C soon..

P/S: Rojak betul artikel ni, campur byk topik. Huhu

Sunday, December 2, 2007

Weekend yang Bosan

Assalamualaikum

Huh, tengok title pun dah tau apa yg aku nak cite, kan.. For the 1st time semenjak aku pindah Serdang ni, aku stay umah the whole day Sabtu & Ahad. :( No where to go.. Coz aku x balik S.Alam cam selalu. Kalau kat S.Alam leh gak gi tgk movie, or window shopping.

So, aktiviti aku pada hari Sabtu, masak & watched VCD korean drama. Cite 'My Girl'. Dah 4 kali aku ulang cite ni. X jugak bosan2.. Hehe. Sesape yg penah tgk cite ni, akan tau nape aku suka tgk cite ni. Really enjoy watchin' it! Superb! Dah tu, watak Gong Chan dalam cite ni encem gile. 4 kali tgk, 4 kali jatuh cinta. Haru betul!

Dong Wook & Lee Da Hee


Hari ni plak (Ahad), aktiviti aku adalah main game. Game faveret aku, Diner Dash. Hehe. Tu pun enjoy sgt. Dah byk kali aku main. Kira expert gak ar..(Poyo tul) Dah lama aku diperkenalkan dgn game ni. Masa tahun 2005 lagi. Sekarang dah ada version 2 dah. ('',)

Itu je lah aktiviti aku weekend ni. Oklah, stop dulu. Nanti update lagi..

P/S: Tah hape2 punye cite. Fahamilah bhw ini adlah hasil dari kebosanan yg melampau.

Thursday, November 29, 2007

Apa matlamat hidup kita?

Assalamualaikum

Aku dah makin jarang update blog..Memang sgt2 le bz. Weekend plak aku abeskan masa dgn window shopping & relaks kat umah. Xde plak aku g cc utk update cite2 terkini ttg aku. Ermp, aku tgk blog aku ni pun dah sunyi dari kunjungan reader. Silent reader tu aku x sure la kan, tp aku dpt tgk blog aku ni dah makin sunyi. Huhu, maybe sbb aku jrg update. Salah aku sendiri la...:(

Apapun aku still nak continue dgn aku punya topik kali ni.Hehe,syok sendiri plak. Bukan apa, sebelum tido tiap2 mlm (ye ke?), aku selalu pikir, dalam hidup kita ni, apakah matlamat sebenar yg kita nak kecapi? Mungkin certain org, nak family yg bahagia, nak suami beriman dan sebagainya la kan.

Aku plak mcm mana? Apa yg aku nak? Kalau ikutkan, manusia ni mmg dilahirkan tidak pernah puas dgn apa yg dimiliki. Tp as long as ia masih di atas batasan normal, ok la kan.. hehe.. Seiring dgn peningkatan usia, aku baru terfikir, apa yg aku nak dlm hidup aku? Adakah aku nak mkn gaji je seumur hidup aku, atau aku nak buat bisnes utk jadi kaya atau aku hnya nak dok rumah je menikmati hidup..? hehehehe, yg ketiga tu mmg xleh pakai..

Bukan apa, aku nak balance kehidupan aku ni. Aku nak balance kan kehidupan dunia akhirat aku. InsyaAllah.. Aku nak sepanjang hidup aku ni (Taktau bila ajal aku,erm), aku sempat membahagiakan family aku, aku sempat memajukan diri aku.. Walaupun aku keje & tinggal jauh dari family, aku harap aku bleh manage time utk jenguk diorg, & jaga diorg. Tu lah hasrat aku..

Aku xnak nyesal di kemudian hari.. Aku xnak jadi seperti org2 lain yg terlalu sibuk dgn kerjaya dan mengutamakan kerjaya daripada hal2 lain dan langsung tidak punya masa utk family.. Aku xnak nyesal apabila kita kehilangan family tersyg suatu hari nanti. Memang x salah kita fokus kat kerjaya, tapi biar bijak uruskan kerjaya tersebut. Kerja tu adalah satu ibadat juga. Kita cari rezeki halal utk menyara hidup kita, utk bantu family, dan sebagainya. Dapat pahala jika kita ikhlas.. Tapi dalam masa yg sama, kita wajib jaga family kita. 'Jaga' tu bermaksud kita concern ttg diorg, kita jaga kebajikan diorg, walaupun kita jauh dari diorg.

Jgn jadikan alasan kita jauh, kita sibuk utk mengabaikan diorg. Biar berkat hidup kita dengan menunaikan tanggungjawab kita terhadap family.. InsyaAllah.

Kita boleh lihat contoh2 org yg telah berjaya dalam kerjaya mereka, kebanyakannya tidak mengabaikan keluarga. Sape kata utk berjaya kita kena abaikan family kita, kita kena abaikan mak ayah kita, adik beradik kita.. Tu lah kesalahan yg dilakukan oleh masyarakat kita sekarang.. Dan yg paling penting, jgn abaikan tanggungjwab kita terhadap Allah S.W.T..

Jauh plak aku melalut.. Hehe.. So kepada kwn2 semua, marilah kita renung2 apakah matlamat hidup kita..


P/S : Kesimpulannya, matlamat hidup aku adalah dirahsiakan.. Hehe

Thursday, November 15, 2007

Gambar Family (Raya 2007)

Assalamualaikum,


Aku cuma sempat update gambar family aku (time raya) aritu. :) Nanti aku ada masa, aku update cite terkini k kwn2..

Gambar aku dgn angah (Raya Pertama)

Happy Family


Love u all..

P/S : Aku syg semua.....:)

Saturday, October 27, 2007

Kenapa saya suka pergi pasar?

Assalamualaikum
Selamat berjumpa lagi kekwn! Dah lama sgt rasanya x update cite panjang2. Xde free time + mls + xde idea best. Hehe..
Arini sabtu, lepas breakfast roti canai kat Khulafa' (feveret tuh), aku g le pasar. Plan awal, nak beli mangga muda je. Coz tingin sgt ni. Yum Yum.. Tapi bila dah smpai, aku sempat lg round2 & beli brg2 nak msk laksa. Pun tingin juga. Heheh..

Actually aku dah lama realize yg aku ni rasa hepy sgt bila g pasar. Pasar tu antara tmpt yg aku suka pergi. Pelik kan? Xtau le ada x di antara kwn2 yg punya sikap yg sama mcm aku ni. Ermp, kalau org tnya aku, nape aku suka g pasar, aku x dpt bagi jwpn yang tepat. Heran juga yep,nape aku suka gi pasar??

Bila diperah otak mikir nape aku suka ke pasar, maybe jwpn yg hampir tepat adalah, aku suka masak & mkn, thats y kot aku suka gi pasar.. Ada juga org suka mkn, suka msk, tp x pulak suka gi pasar kan.. Biarlah, dah aku suka nak buat camne kan. Janji aku bahagia. :p

Aku jadi khusyuk sgt klu dapat tgk2 brg kat pasar. X kisah la apa jenis pasar sekalipun. Pasar pagi ke, pasar mlm ke.. Kalau kat supermarket pun, aku mesti nak juga gi bahagian brg basah walaupun xde menda pun nak dibeli kat situ. Aku suka tgk2 ikan, ayam, udang, daging, sayur2 & apa2 lah yg ada di pasar. Kronik juga sikap pelik aku ni.. Pelik ke..? Huhu

Mcm tadi, aku gi pasar, aku jadi teruja sgt tau. Aku nak gi beli mangga muda je, tapi amek masa pulak. Kdg2 bleh amek masa berjam-jam kat pasar tu. Masa zaman study dulu2, bila kitorang plan nak share msk, aku mesti amek part g beli brg2. Hehehe,indahnya zaman tu..

So, aku rasa aku xkan hadapi mslh pas kawin & ada anak2 nanti. Coz aku akan jadi seorg isteri dan ibu yg suka gi pasar & msk. Hahaha.. Mesti aku bleh je gi beli brg2 sendiri tanpa mengharapkan suami aku. Eh2, ye ke? (",) Tetiba merapu plak ke future..

P/S: Walau apapun, apa yg aku tau, I love pasar sooo much.. Wahahahaha. (berapa jumlah pasar dlm teks aku?:p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...