Thursday, November 29, 2007

Apa matlamat hidup kita?

Assalamualaikum

Aku dah makin jarang update blog..Memang sgt2 le bz. Weekend plak aku abeskan masa dgn window shopping & relaks kat umah. Xde plak aku g cc utk update cite2 terkini ttg aku. Ermp, aku tgk blog aku ni pun dah sunyi dari kunjungan reader. Silent reader tu aku x sure la kan, tp aku dpt tgk blog aku ni dah makin sunyi. Huhu, maybe sbb aku jrg update. Salah aku sendiri la...:(

Apapun aku still nak continue dgn aku punya topik kali ni.Hehe,syok sendiri plak. Bukan apa, sebelum tido tiap2 mlm (ye ke?), aku selalu pikir, dalam hidup kita ni, apakah matlamat sebenar yg kita nak kecapi? Mungkin certain org, nak family yg bahagia, nak suami beriman dan sebagainya la kan.

Aku plak mcm mana? Apa yg aku nak? Kalau ikutkan, manusia ni mmg dilahirkan tidak pernah puas dgn apa yg dimiliki. Tp as long as ia masih di atas batasan normal, ok la kan.. hehe.. Seiring dgn peningkatan usia, aku baru terfikir, apa yg aku nak dlm hidup aku? Adakah aku nak mkn gaji je seumur hidup aku, atau aku nak buat bisnes utk jadi kaya atau aku hnya nak dok rumah je menikmati hidup..? hehehehe, yg ketiga tu mmg xleh pakai..

Bukan apa, aku nak balance kehidupan aku ni. Aku nak balance kan kehidupan dunia akhirat aku. InsyaAllah.. Aku nak sepanjang hidup aku ni (Taktau bila ajal aku,erm), aku sempat membahagiakan family aku, aku sempat memajukan diri aku.. Walaupun aku keje & tinggal jauh dari family, aku harap aku bleh manage time utk jenguk diorg, & jaga diorg. Tu lah hasrat aku..

Aku xnak nyesal di kemudian hari.. Aku xnak jadi seperti org2 lain yg terlalu sibuk dgn kerjaya dan mengutamakan kerjaya daripada hal2 lain dan langsung tidak punya masa utk family.. Aku xnak nyesal apabila kita kehilangan family tersyg suatu hari nanti. Memang x salah kita fokus kat kerjaya, tapi biar bijak uruskan kerjaya tersebut. Kerja tu adalah satu ibadat juga. Kita cari rezeki halal utk menyara hidup kita, utk bantu family, dan sebagainya. Dapat pahala jika kita ikhlas.. Tapi dalam masa yg sama, kita wajib jaga family kita. 'Jaga' tu bermaksud kita concern ttg diorg, kita jaga kebajikan diorg, walaupun kita jauh dari diorg.

Jgn jadikan alasan kita jauh, kita sibuk utk mengabaikan diorg. Biar berkat hidup kita dengan menunaikan tanggungjawab kita terhadap family.. InsyaAllah.

Kita boleh lihat contoh2 org yg telah berjaya dalam kerjaya mereka, kebanyakannya tidak mengabaikan keluarga. Sape kata utk berjaya kita kena abaikan family kita, kita kena abaikan mak ayah kita, adik beradik kita.. Tu lah kesalahan yg dilakukan oleh masyarakat kita sekarang.. Dan yg paling penting, jgn abaikan tanggungjwab kita terhadap Allah S.W.T..

Jauh plak aku melalut.. Hehe.. So kepada kwn2 semua, marilah kita renung2 apakah matlamat hidup kita..


P/S : Kesimpulannya, matlamat hidup aku adalah dirahsiakan.. Hehe

Thursday, November 15, 2007

Gambar Family (Raya 2007)

Assalamualaikum,


Aku cuma sempat update gambar family aku (time raya) aritu. :) Nanti aku ada masa, aku update cite terkini k kwn2..

Gambar aku dgn angah (Raya Pertama)

Happy Family


Love u all..

P/S : Aku syg semua.....:)

Saturday, October 27, 2007

Kenapa saya suka pergi pasar?

Assalamualaikum
Selamat berjumpa lagi kekwn! Dah lama sgt rasanya x update cite panjang2. Xde free time + mls + xde idea best. Hehe..
Arini sabtu, lepas breakfast roti canai kat Khulafa' (feveret tuh), aku g le pasar. Plan awal, nak beli mangga muda je. Coz tingin sgt ni. Yum Yum.. Tapi bila dah smpai, aku sempat lg round2 & beli brg2 nak msk laksa. Pun tingin juga. Heheh..

Actually aku dah lama realize yg aku ni rasa hepy sgt bila g pasar. Pasar tu antara tmpt yg aku suka pergi. Pelik kan? Xtau le ada x di antara kwn2 yg punya sikap yg sama mcm aku ni. Ermp, kalau org tnya aku, nape aku suka g pasar, aku x dpt bagi jwpn yang tepat. Heran juga yep,nape aku suka gi pasar??

Bila diperah otak mikir nape aku suka ke pasar, maybe jwpn yg hampir tepat adalah, aku suka masak & mkn, thats y kot aku suka gi pasar.. Ada juga org suka mkn, suka msk, tp x pulak suka gi pasar kan.. Biarlah, dah aku suka nak buat camne kan. Janji aku bahagia. :p

Aku jadi khusyuk sgt klu dapat tgk2 brg kat pasar. X kisah la apa jenis pasar sekalipun. Pasar pagi ke, pasar mlm ke.. Kalau kat supermarket pun, aku mesti nak juga gi bahagian brg basah walaupun xde menda pun nak dibeli kat situ. Aku suka tgk2 ikan, ayam, udang, daging, sayur2 & apa2 lah yg ada di pasar. Kronik juga sikap pelik aku ni.. Pelik ke..? Huhu

Mcm tadi, aku gi pasar, aku jadi teruja sgt tau. Aku nak gi beli mangga muda je, tapi amek masa pulak. Kdg2 bleh amek masa berjam-jam kat pasar tu. Masa zaman study dulu2, bila kitorang plan nak share msk, aku mesti amek part g beli brg2. Hehehe,indahnya zaman tu..

So, aku rasa aku xkan hadapi mslh pas kawin & ada anak2 nanti. Coz aku akan jadi seorg isteri dan ibu yg suka gi pasar & msk. Hahaha.. Mesti aku bleh je gi beli brg2 sendiri tanpa mengharapkan suami aku. Eh2, ye ke? (",) Tetiba merapu plak ke future..

P/S: Walau apapun, apa yg aku tau, I love pasar sooo much.. Wahahahaha. (berapa jumlah pasar dlm teks aku?:p

Monday, October 22, 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum

Salam Syawal. Harap belum terlambat wishing Salam Aidilfitri. Moga Syawal kali ni memberi seribu makna utk kwn2 sekalian..

P/S: Belum sempat & ada mood utk update cerita raya. Soon ok..

Thursday, October 4, 2007

Murah Rezeki

Assalamualaikum

Salam Ramadhan ke 21.
Jam dah hampir pukul 4.15petang. Sepanjang bulan puasa ni, ofis aku blk pukul 4.30petang. So, tak bape lama lagi dah aku akan punch out. Hehe. Oleh sebab dah hampir dgn cuti raya, mood keje pun makin kurang. Dok terbyg raya je kat ruang legar mata aku nih. Huish, camne ye gamaknye terbyg2 tu kan?!

Refer kat title hari ni, aku nak bercerita lah psl murah rezeki ni.. Betul kan bulan puasa ni bulan murah rezeki. Sepanjang bulan puasa dan bekerja kat sini, mcm2 dah aku dpt. Meh aku list down satu2 k.

1) Minggu pertama puasa, salah sorang boss sini bagi bubur lambuk utk setiap staff sorang setupperware (tul ke ejaan?). Sedap sgt tau. Sebelum ni aku xsuka bubur lambuk coz ada santan. Tapi yg boss ni bagi cedap oOoO.. (boss ni org Kelantan)

2) Minggu kedua puasa, aktiviti berbuka puasa selama 3 hari di hotel. Memang le aku ada bengkel kat hotel tu dari pagi sampai mlm, tapi xkisah le, janji mkn tu free.. Hehe,murah rezeki beb!

3) Minggu ketiga puasa, ada bekas boss kat sini sedekah buah kurma utk setiap sorang staff, sekotak. Aku x mkn lagipun, coz plan nak bwk blk kampung, bagi mak & adik2 rasa. Ofismate aku ckp kurma tuh sedap, yelah, kurma mahal. Huhuhu..

4) Masih lagi di minggu ketiga puasa, salah sorg Timbalan Pengarah kat sini bagi kordial 2liter utk setiap staff. Siap boleh pilih perisa sendiri tau. Sporting kan TP sini? Hehehe, alhamdulillah. Aku pilih Sarsi, & sama juga mcm buah kurma tu, aku nak bwk balik kg. Utk bancuh di hari raya. **sengih**

5) Dan pada hari ni, sekali lagi setiap staff diberi sekotak buah kurma dari Iran, oleh Timbalan pengarah yg lain pulak. Dan aku berniat nak bagi kat seseorg buah kurma tersebut. Daripada aku x mkn & membazir, baik aku sedekah kat org. Untung2 dapat pahala. Ye kan...

Sepanjang bulan puasa ni kalau kita perasan, makanan kat umah jadi byk walaupun kita tak membelinya. Contohnya, mcm aku, kdg2 x sempat aku nak gi membeli makanan, housemate aku dah sms gtau kata xpayah beli makanan coz dia dah msk byk. Alhamdulillah. Begitu byknya rezeki yg Allah beri di bulan mulia nih. Syukur kepada Allah S.W.T..

Sungguh nikmat rasanya berada di bulan puasa ni. Tapi hanya tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Sedih rasanya. Hopefully, amal ibadat yg kita lakukan sepanjang puasa ni akan berterusan dan bukanlah sekadar lakukannya mengikut musim.

Wallahualam.

P/S: Ucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas segala rezeki yang diberikan.



Sunday, September 30, 2007

Raya bakal tiba

Assalamualaikum

Salam Ramadhan ke 18. Lebih kurang 12 hari je lagi kita akan menyambut Syawal. Aku masih seperti biasa, sibuk dgn keje dan cuti raya belum apply lagi. Sekarang ni makin jarang aku update blog ni. Kalau memula tukar keje dulu, seminggu sekali aku update, sekarang ni makin jarang plak.

So, mcm mana dgn puasa kwn2? Aku ni so far lum lagi le tinggal (even 'terpaksa' tinggal pun) hehehe.. Hopefully sempat sampai raya. Then x perlulah aku nak menggantinya. InsyaAllah. Sejak dua tiga hari ni aku selalu je x jaga time sahur. Nak kata aku x set alarm, aku set je. Tapi aku x dengar pulak. Last2 subuh pun kul 7pagi. Huhu.. Apa tah nak jadi. Maybe sebab penat sgt kot kan.

Minggu lepas mmg aku tersgt le bz. 3 hari aku kena attend bengkel. Actually satu deparment kena g bengkel tuh. Kat Palm Garden Hotel Putrajaya. Dari pagi smpai le pas berbuka. Kiranya aku berbuka kat hotel le sepanjang 3 hari tuh. **wink2** Ada je antara ofismate aku yg excuse xnak attend bengkel coz keje byk sgt. Tapi, time bebuka ada je plak. Hehe.. Aku pun ada byk je keje, tapi kalau aku x g, makin kurang le peserta bengkel. So, dalam terpaksa aku g le juga.

Aku rasa berbuka di hotel 3 hari tu boleh wat bdn aku demok je. Yelah, buffet (RM80 seorang), makanan pulak pelbagai jenis. Sampai rambang mata aku tau. Tu nak amek, ni nak amek.. Last2 mkn x abes pun. Memang membazir betul. Tu 1st day la, masuk 2nd n 3rd day, aku dah x wat camtu coz aku rasa bersalah n berdosa sgt membazir. So aku amek ala kadar je. Cake2 n desert aku dah tak amek. Aku juz amek main course n buah2 sikit. Air pun minum air kosong atas meja tu je. hehehehe..

Sebab tu aku penah pk yg aku xnak saje2 berbuka di hotel. Rugi.. Mcm case ni xpelah, free, company bayar. Tapi almaklumlah, aku ni suka mkn, so bila tgk mcm2 jenis mkanan, aku jadi teruja. Tapi x semuanya kena dgn taste aku. Mcm daging kambing panggang, aku tgk cam sedap je, so aku amek le 2,3 slices, sekali x lalu aku nak telan. Hanyir. Huhu. Maybe cara msk x kena kot. Kwn aku la ckp camtu, coz dia ni penggemar daging kambing.

Pendek kata, mkn kat hotel x le sesedap n sebest seperti yg diperkatakan. Maybe org nak jaga standard kot yg ckp camtu. Ataupun hotel lain memang sedap2 mknnnya, xtau le plak kan. Bagi aku, mkn makanan yg dimasak sendiri kat umah lagi puas n sedap. Even kita masak sardin & goreng telur je pun sedap. Terliur plak. Hehehehe..

Oh ya, semalam aku g tgk tiket raya. Walaupun aku dah tau kata tiket raya abes, tapi aku g jugak tgk kot2 ada special case ke. Sekali mmg abes dari 8hb malam. Huhu, aku nak balik dgn apa nih? Ngah aku balik dgn keta 11hb malam. Dari Kuantan. Lambat tuh. Sehari je sempat puasa kat umah. Dia xpelah, dah sempat blk last weekend. Aku ni yg x rasa lagi puasa kat umah tahun ni. So nak le blk awal.. Maybe aku amek tiket tambahan kot. Blk pagi, best sikit..

Mcm2 planning aku utk raya tahun ni. Aku igt nak beli pelita buluh utk cucuk kat laman umah aku. Then, nak psg lampu lip lap. Bestnye. Excited sungguh ni. Mak aku pun asyik call je tanya nak blk bape hb.. Cam raya2 tahun sebelum ni, aku nak wat kek coklat. Walaupun x bape sedap, tapi best ah dapat wat sendiri. Leh letak coklat byk2..

Menda yg lain sikit pun raya tahun ni adalah ni 1st time aku raya sebagai seorg yg berkerjaya. So, aku kena le peruntukkan sikit duit utk duit raya.. X dapat dah le aku duit raya tahun ni. Mcm last year aku dpt lagi. Tokwan aku bagi rm50 sorang. Adik2 aku pun dpt rm50 jugak. Tapi tahun ni cam aku plak kena bagi kat depa. Hehehehe...

Yang paling bestnya raya ni, adalah dapat berkumpul satu family kat umah. Sume ada. Sebab slalunya bila aku blk kedah, mesti x cukup slh sorg. Dulu masing2 sibuk dgn study. Kali ni, aku dgn kembar aku dah keje. Tapi aku ni ada planning nak further lagi ni.. hehehehe... Mak aku plak mesti masak2 best2 bila sume ada kat umah. Time ni lah nak 'makan besar' pun. Adik bongsu aku la yg paling hepy coz dia suka mkn juga. Hehe, teruja plak.

Ada lagi 7 hari aku nak blk bercuti. Yey Yey. Minggu ni aku nak menyibukkan diri aku dgn keje, so rasa masa cpt berlalu.. Uish, x sabar tul aku.

Sebut psl raya ni, aku terigt satu hobi aku. Aku suka round2 area perumahan mlm2 juz nak tgk rumah yg pasang pelita atau lampu lip lap. Suka sgt tgk.. Tiap2 kali raya camtu. Heheheh..

Oklah, kat sini dulu lah aku stop. Next weekend insyaAllah aku update lagi cite2 terkini pasal menjelang hari raya ni.

Sekian.

P/S : Baju raya baru ada sepasang. Huhu

Thursday, September 20, 2007

Al-Fatihah

Assalamualaikum

Salam Ramadhan yg ke 8

Tengahari tadi kita dikejutkan dgn berita bahawa SAH DNA mayat kanak-kanak yang dijumpai kemarin adalah milik adik Nurin. Walaupun sukar untuk dipercayai oleh seluruh rakyat Malaysia berikutan wajah mayat kanak-kanak yg dijumpai itu tidak ada iras adik Nurin, namun kita terpaksa menerimanya kerana DNA sudah membuktikannya. Ibubapa adik Nurin sendiri tidak percaya bahawa mayat itu milik adik Nurin.

Sedih sgt berita ini. Sedangkan kita yg tiada kaitan dgn keluarga adik Nurin pun kita tersentap dan hati kita sebak, bagaimana pula perasaan keluarganya sendiri? Ya Allah, sedihnya.. Tapi, Allah lebih menyayanginya. Sama-sama lah kita mencurahkan berbanyak doa kepada allahyarham adik Nurin. Amin.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...