Assalamualaikum
Hari ni aku nak berkongsi satu pengalaman seseorang berkenaan kes pukau. Aku copy dari buletin friendster. Sila lah berhati-hati apabila berkunjung ke tempat yg dinyatakan....
Hari ni hari malang bagi aku.
Something xbest jd kat aku. Hopefully
citer ni bleh jadi pengajaran kat
kwn2, especially utk dak2 uitm yg baru
dpt loan br2 ni. Aku dak uitm gak.
T/hari td aku g jalan2 kat PKNS,
sorg2. Mase tu aku br je hbis kelas.
Nk blk trus, bosan lak sorg2 kat umah.
So, aku decide better aku g jalan2 kat
PKNS utk hbiskan masa. Dak2 umah aku
mostly hbis kelas waktu ptg. Aku ni
jnis xske klu duk sorg2 kat umah.
That’s why la aku gatal gi jalan
sorg2, walhal sblm ni jarang sgt aku
kuar sorg2 ni.
Destinasi pertama aku kat PKNS tu,
Pasaraya Sri Kota. Aku x plan nk bli
ape2 pn, tp sj je la jln2..kot2 ader
brg bkenan di hati. Dlm aku duk belek2
brg tu, tbe2 datang 1 guy ni. Dia sapa
aku, dia ckp “Adik ni, anak Pak
Rahman?”. Aku cpat2 geleng. Aku ckp,
dia salah org.
Then, aku smbg belek2 brg. Tp guy tu
follow. Then, dia ajak g minum. Aku
ckp la xpe la, xbminat. Tp dia ckp,
xpe la.. Bli la dlu brg, nnt dia tgu.
Aku ckp, ok. Padahal aku cpt2 pegi
blkg rak2 brg..smbunyi2 nk kuar. Takut
aku. Gilo apo nk kuar minum dgn
stranger.. Dah nk smpai pntu kuar,
tbe2 dia bdiri dpn aku! Makk!!
Dari ctu, tragedi bmula. Aku xtau mcm
mane aku leh follow guy tu. Then blh
bagi kad bank aku n henset aku kat
dia. Aku mcm sedar masa tu, tp aku
bleh tgk je dia pgg kad bank n henset
aku. Ble dia da jauh dr aku, br aku
mcm tsedar. On d spot, aku blh blari
kejar dia, walhal aku b’baju kurung ms
tu. Sume org tgk aku, tp aku dh xtau
malu dh ms tu. Dia jln mcm lipas
kudung. Sekelip mata da lesap. Cam nk
nangis je aku ms tu..
Then, aku g ngadu kat guard kt ctu.
Dia suh aku wat report kat pengurusan
PKNS yg kat tgh2 PKNS tu (dpn McDonald
tu). Aku pn pegi la. Sampai kt ctu,
aku wat la report. Aku ckp la aku kna
pukau. Henset dgn kad bank lesap. Akak
kat kaunter tu tkejut sbb smlm pn jd
kes yg same. Bezanya yg kna smlm, 2
org guy..agen insurans. Kna d tmpt yg
sme aku kna. Dorang hilg lbih kurang
RM1000++ n henset jg rsnya. Aku ni
plak, bnasib baik la jg..xhilang duit
pn. Alhamdulillah.. Henset je la. Kad
bank aku xde duit. Loan aku pblem. So,
xde la duitnya. Hee…
Moral of the story, utk kwn2 kat luar
sne especially girls.. jgn duk
konfiden sgt jln sorg2. Dunia skrg ni,
mcm2 leh jadik. Kte duk igt, “Eleh, x
jd nye kat aku..”. Nnt da kna btg
hidung sdr, br nk sedar. Org ckp
ape, “nnt da t’hantuk, br nk
t’ngadah..” Xde gune nya.. Hati2 la
sentiase n make sure klu nk kuar, biar
la rmai2. Korg byg kn, 2 org lelaki
jln sesame pn blh t’kena…ini kan plak
kte kaum yg lemah ni. Hee..
K la, akhir kalam..baik gals or guys…
hati2 la ble kuar especially klu anda
ke PKNS. Utk dak2 UiTM, jaga2 dgn kad
bank anda. FYI, setakat ptg td..that
guy masih blm d tangkap. So, masih
bkeliaran lg la kot. Orgnya kurus
tinggi, kulit gelap, rambut pendek
ala2 askar. Hati2 ye kwn2..
8.02pm, Khamis, 26/07/07
From Izza..
P/S: Aku pun naik seram tiap kali pi kompleks PKNS Shah Alam. Even berteman pun risau jugak...
I'm a wife for my luvly husband, a mama to the adorable daughter, a daughter to my parents, an eldest sister to my siblings, a friend, umat Nabi Muhammad S.A.W., and the most important, hamba Allah S.W.T.. Try to improve myself to be a good muslimah,insyaAllah..
Tuesday, July 31, 2007
Monday, July 30, 2007
Redha
Assalamualaikum
Agak lama aku tak update blog ni. Mungkin sebab takde idea dan juga sebab2 lain yg tak dpt dinyatakan di sini.
Aku tgh frust kerana tidak memperolehi sesuatu. Sedangkan aku dah give full effort & berdoa & tawakal. Tapi, aku mengingatkan diri aku sendiri, jika kita sudah berusaha, berdoa, memohon pada Allah S.W.T., kita perlu tawakal dan berserah kepadaNya. Kita kena redha menerima apa jua keputusan, sama ada baik atau buruk. Itu yg sepatutnya. So, aku sedang cuba setting diri aku supaya redha dgn keputusan ini. Allah tau apa yg terbaik buat diri kita. Kalau Allah xnak bagi rezeki itu utk kita, mesti bersebab. Setiap ujian Allah utk kita adalah tanda Allah menyayangi kita.
Salah satu perkara yg harus dititik beratkan selepas kita melakukan solat sunat hajat pun, kita kena redha dan berserah kepada Allah yg Maha Agung dan Mengetahui. Kita telah berusaha,berdoa, so kita kena tawakal. Ya Allah,ampunkanlah hambaMu ni, aku redha dgn segala keptusan yg Engkau tentukan.
P/S: Kita sebagai manusia hanya mampu merancang,tapi Allah yg menentukan..

Thursday, July 26, 2007
Rezeki Kembar ku
Assalamualaikum
Semalam, 25hb adalah hari yg menggembirakan buat kami satu family. Kembar aku,angah dah berjaya dlm permohonan utk menjadi tenaga pengajar Politeknik. X perlu lah aku mention politeknik mana. **sengih**
At last dia berjaya juga mendapatkan pekerjaan menggunakan ijazah yg dia miliki. Alhamdulillah,bersyukur di atas rezeki yg Allah kurniakan ni. Walaupun bukan aku sendiri yg berjaya,tapi aku cukup gembira dgn berita baik ni. Yelah, sepanjang dua tahun selepas dia grad, aku dpt tgk perit jerih dia mencari pekerjaan, tapi mungkin ketika itu rezeki masih tidak berpihak kepadanya, dia tidak berjaya. Sekarang,semua penat lelah itu dah dibalas dgn kejayaan permohonan ni. Mungkin bagi org lain, perkara ni adalah biasa je, tapi bagi kami satu family, sgt2 lah bersyukur...
Kepada angah aku, aku berdoa dia berjaya selalu dalam apa jua perkara yg dilakukan. Sayang sgt dia..

Monday, July 23, 2007
Ralat
Assalamualaikum
Merujuk kepada post aku ttg Bulan Rejab, ini adalah pembetulan yg diambil dari Utusan. Mohon maaf di atas segala kesilapan.
Hadis palsu Rejab, Syaaban
Oleh MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN
Agama wajib dipelihara ketulenannya supaya tidak berlaku campur aduk antara rekaan manusia dan perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika agama boleh direka cipta, maka wahyu sudah tentu tidak diperlukan, juga Rasul tidak perlu diutuskan. Oleh itu Islam mengharamkan pembohongan di atas nama agama.
Dalam persoalan hadis, ramai kalangan kita yang begitu tidak berdisiplin dalam memetik hadis-hadis Nabi s.a.w., begitu juga dalam menghuraikannya. Sebahagiannya langsung tidak mengambil berat persoalan kethabitan iaitu kepastian di atas ketulenan sesebuah hadis.
Apa sahaja yang dikatakan hadis terus sahaja dibacakan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadis terhadap kedudukannya.
Lebih malang ada yang menyangka apa sahaja yang dikatakan hadis maka pastinya sahih dan wajib diimani.
Dengan itu apa sahaja yang mereka temui daripada buku bacaan, yang dikatakan hadis maka mereka terus sandarkan kepada Nabi s.a.w. tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadis yang mutawatir: “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain).
“Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).
Berbohong menggunakan nama Nabi s.a.w. adalah satu jenayah yang dianggap sangat berat di dalam Islam. Perbohongan atau berdusta menggunakan Nabi s.a.w. adalah menyandar sesuatu perkataan, atau perbuatan, atau pengakuan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, yang mana baginda tidak ada kaitan dengannya.
Ini seperti menyebut Nabi s.a.w. bersabda sesuatu yang baginda tidak pernah bersabda, atau berbuat, atau mengakui sesuatu yang baginda tidak pernah melakukannya.
Maka sesuatu yang dikaitkan dengan Nabi s.a.w. sama ada perkataan, atau perbuatan atau pengakuan, maka ia disebut sebagai al-hadis.
Namun menyandar sesuatu kepada Nabi s.a.w. secara dusta, bukanlah hadis pada hakikatnya. Cuma ia disebut hadis berdasar apa yang didakwa oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu’, atau al-Mukhtalaq iaitu palsu, atau rekaan. Maka hadis palsu ialah: “Hadis yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, ia tidak ada hubungan dengan Nabi s.a.w.” (lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi ‘Ulum al-Hadis, m.s.301, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu‘asarah, Beirut).
Perbuatan ini adalah jenayah memalsu ciptakan agama, kerana Nabi adalah sumber pengambilan agama. Seperti seseorang yang memalsukan pasport di atas nama sesebuah kerajaan. Ia sebenarnya melakukan pembohongan dan jenayah terhadap kerajaan tersebut.
Kedudukan Nabi s.a.w. tentunya lebih besar dan agung untuk dibandingkan. Oleh itu dalam riwayat yang lain Nabi s.a.w. menyebut: “Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani (meninggal 852H) dalam mengulas hadis ini: “Ia merangkumi setiap pendusta ke atas Nabi s.a.w. dan semua jenis pendustaan ke atas baginda.”
Mendengar
Maksudnya: “Jangan kamu sandarkan pendustaan ke atasku (menggunakan namaku)” (rujukan: Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, jld 1, m.s. 270, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut).
Bukan sahaja membuat hadis palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ia adalah hadis palsu juga adalah sesuatu yang haram.
Kata al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H): “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ia hadis palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya.” (Ibn al-Salah,‘Ulum al-Hadis, m.s. 98)
Misalnya di tanah air kita, didapati apabila munculnya bulan Rejab dan Syaaban maka hadis-hadis palsu mengenai bulan-bulan tersebut akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya hadis: “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku.”
Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha‘if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah, Halab, Syria). Nama penuh Ibn Jahdam ialah Ali bin Abdillah bin Jahdam al-Zahid.
Ibn Jahdam meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada Jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-‘Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut).
Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi).
Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka.
Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. Alhamdulillah. (Ibn al-Salah, ‘Ulum al-Hadis, m.s. 99)
Golongan penceramah, imam, khatib, dan media massa pula, ada menjadi ejen menyebarkan hadis-hadis palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut.
Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w.
Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu).
Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).
Sebenarnya hadis sahih mengenai kebaikan malam Nisfu Syaaban itu memang ada, tetapi amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah palsu.
Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah: “Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).
Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. (jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh).
Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi s.a.w.
Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.
Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid.
Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ia satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan sunah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya.
Ibadat
Perhimpunan (malam Nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidaah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.
Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).
Inilah kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yang sederhana dan dihormati.
Namun dalam masalah ini beliau agak tegas kerana ia bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Justeru, hadis-hadis palsu mengenai Rejab dan Syaaban ini hendaklah dihentikan dari disebarkan ke dalam masyarakat. Kita perlu kembali kepada agama yang tulen.
Hasil dari memudah-mudahkan dalam hal seperti ini maka muncullah golongan agama yang suka mendakwa perkara yang bukan-bukan.
Dengan menggunakan nama agama segala rekaan baru dibuat untuk kepentingan diri dan kumpulan. Islam tidak pernah memberi kuasa kepada golongan agama, atau sesiapa sahaja untuk mendakwa apa yang dia suka kemudian menyandarkannya kepada agama.
Agama kita rujukannya ialah al-Quran dan al-sunah yang dipastikan kesabitannya mengikut yang diputuskan oleh para ulama hadis. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadis al-Azhar): “Masih ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadis, sama ada ilmu riwayat atau dirayah (mengenai teks hadis).
Mereka hanya membaca hadis apa yang mereka hafal dan dari tulisan-tulisan tanpa mengetahui kedudukan hadis tersebut.
Apa yang mereka pentingkan hanyalah reda orang ramai. Lalu mereka menyebut perkara yang berlebih-lebih, pelik dan ajaib yang Islam tiada kaitan dengannya.
Mereka ini sepatutnya dihalang dari berceramah, memberi nasihat dan bertazkirah. (Abu Syahbah, al-Wasit fi ‘Ulum wa al-Mustalah al-Hadis, m.s. 322, cetakan: Dar al-Fikr al-‘Arabi, Kaherah).
Saya menyeru diri sendiri, para penceramah, ustaz-ustaz, media elektronik dan cetak, bahkan semua pihak yang membaca sesuatu hadis memastikan kesahihannya dahulu. Semoga Rejab dan Syaaban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi s.a.w.
* MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN ialah Mufti Negeri Perlis.

Friday, July 20, 2007
I'm addicted with FOOD
Assalamualaikum
Pelik tak title aku? Haha, pelik gak kan.. Aku YM dgn bestfriend aku. Kami bersembang pasal weight loss. Yelah, aku risau dgn berat bdn aku yg makin lama makin bertambah ni. Bygkan lah last year berat aku cuma dlm area 45-48kg je. Tapi skrng dah cecah 50kg++. Waaaaaaaaa, so scared.
Tau tak kenapa aku jadi mcm ni. Aku ni sgt sukaaa mkn. Sebab masa zaman muda2 dulu (student), aku ni kuat sgt mkn, tapi berat maintain je. X pulak bertambah. Smpaikan kwn2 aku pun jeles. Aku pernah mkn ayam KFC 3 ketul sekali mkn. Yummy.. Hehe.. Aku juga penah mkn 2 pinggan nasi + 2 pinggan laksa masa berbuka puasa. Kagum tak?? Mak aku suka usik aku & kata aku bela hantu raya coz mkn byk sgt. Huhu..

So aku terbawak2 tabiat suka mkn tu sampai skrng. Dulu muda2, kadar metabolisme bdn aku tinggi. Pi kuliah berjalan kaki je dari kolej, dah tu suka sgt berjalan-jalan di KL.(memang jalan kaki). Sebab tu la kot berat aku susah nak naik. Tapi skrng aku sudah tidak seaktif dulu. Kat office, aku duduk je ngadap computer. Kalau berjalan pun, pi cafe, surau or toilet. Patut ar bdn aku makin demok. Waaa..
Aku cuba utk diet. Kurangkan mkn nasi & mknan berlemak lain seperti roti canai, fast food, chocolate & so on. Tapi susah. Coz aku akan rasa sedih sgt bila x dpt mkn. Pelik kan? Aku ni suka mkn, susah la camtu. Aku cuba balance kan dgn exercise. Weekend aku pi joging & skipping. Kdg2 aku buat aerobic. Sejak kerja ni, x larat nak ber aerobic di petang2 hari. Lagipun aku rajin puasa sejak dua menjak ni. Hope berat aku kurang sikit lah. Ptg ni nak pi timbang lah.. Hehe
P/S: Doa-doa lah berat aku turun ek.

Thursday, July 19, 2007
Ibu, Ibu, Engkau lah ratu hatiku
Assalamualaikum
Hari ni aku sgt2 rindu kat mak, sbb tu boleh tulis post ni.. Walaupun awal bulan ari tu aku baru jumpa dia, tapi rindu lagi. Aku rasa mcm nak balik dok Kedah je, jaga dia. Yg jadi mslhnya kat Kedah susah betul nak dpt keja. Lepas abis study bulan 11 last year, aku terus blk Kedah sebenarnya. Siap dah bwk blk semua brg2 kat sini. Kononnya nak blk stay sana terus la. Mmg camtu niat aku mulanya. At least kalau aku dok Kedah, boleh la tgk2kan mak & adik2 aku. Skrng ni alhamdulillah la mak aku sihat lagi, akan dtg ni xtau lagi la kan..
Oleh sebab aku tgh rindu kat dia, aku nak je cerita kt kwn2 semua serba sikit psl mak aku. Mak aku dah berusia 46 tahun. Muda lagi kan.. Sebab dia kahwin awal, masa umur dia 19 tahun. Aku & twin aku anak sulung. Mak aku ni sebatang kara. Mak ayah dia meninggal masa dia nak kahwin dgn ayah dulu2. Aku pun x sempat kenal tokwan belah mak aku tu. Dah tu, dia anak tunggal...
Mak aku ni aktif orgnya. Sampaikan umur dia dah mencecah 40 an ni pun, dia masih lagi aktif. Aku pun kalah dgn dia. Hehe.. Mak aku ni buat business MLM. Memang dia bersungguh2 betul dlm business ni. Dia dah pun berjaya sampaikan pangkat kedua tertinggi. Bangga tau aku sebagai anaknya. (Poyo betul) Selain tu dia adalah seorang instruktor aerobic daerah kubang pasu. Memang ramai le anak buah dia. Dia ada studio sendiri kat Jitra & sometimes ajar kat dewan Padang Sera.
Setiap kali cuti sem, aku memang akan jadi pengikut setia mak aku. Ke mana je mak aku pi aerobic, aku akan pi. Sampaikan anak buah mak aku pun kenal aku. Depa panggil aku 'anak cikgu'. Hehehe...Bangga juga tu pun. Dan of course la body mak aku masih maintain. Kalah juga aku. Huhu. Yelah, dah 8 tahun dia mengajar aerobic ni. Dan minat dia tu turun kat aku. Aku masa study dulu sanggup ponteng kelas semata2 nak pi kursus instruktor aerobik ni. Sampai berminggu juga lah.. Mana tau, susah2 sgt pasni, aku leh bukak studio sendiri ke... Hehehe...
Aku ni kalau pi mana2 kat area Jitra sorang2 pun, orang tau aku ni anak mak aku. Bukan sebab memang org kenal aku, tapi sebab muka aku dgn mak aku seiras. Orang le kata. Aku xtau le pulak... Siap ada yg kata mcm fotostat. Hehe.. Kalau camtu, aku lawa la kan, coz mak aku lawa....(sempat lagi perasan tuh) Pi mana2 pun, yg tu lah yg org perkatakan.. Dan dlm adik beradik aku yg 4 org tu (semua perempuan), 3 dari kami, muka iras mak. Adik aku yg ketiga je lain sikit muka dia. Sian dia.. Hehe.. Bwh ni gambar family aku -->(sama tak muka mak aku n kami??)

Mak aku ni ckp byk macam aku jugak lah. Bila excited nak cerita sesuatu, mesti makin kuat dan laju je dia ckp. Sebijik cam aku. **sengih** Tapi yg bezanya dia x suka bebel, tapi aku kuat gak membebel & berleter. Haha.. Yg tu xtau pulak aku ambik dari sapa. Makanan kegemaran pun aku byk terikut mak aku. Mak aku suka sup, aku pun suka sup. Dia suka sgt laksa, aku pun suka sgt laksa. Mak aku msk laksa, sedap wooooh. Dan aku dpt skill masak laksa dari dia. Since form 2 aku dah pandai masak kuah laksa sendiri. Kagum tak?????
Masa kami semua kecik2 dulu, kami takut sgt dgn mak. Dia jenis yg x berleter, so bila kami buat slh, dia terus je punish kami. Huhu. Igt lagi masa aku & twin aku darjah 4, kami pi main dgn kwn2 pg2 buta & blk umah pukul 2ptg camtu. Sekali sampai rumah, tgk2 baju2 kami dah dilonggokkan kat laman rumah. Atas reason, kami x kemas cadar katil lepas bangun tidur. Takpelah, tu sebagai pengajaran buat kami. Mengajar aku & adik2 aku supaya berdikari & menjaga kekemasan. Mak aku juga pantang sgt jika makan tapi x basuh pinggan atau pun basuh pinggan tapi sisa mknan penuh dalam sinki. Sampai skrng, aku pulak yg terikut2 dgn didikan mak aku tu, pantang betul bila ada org mkn tapi x basuh pinggan depa tu. hihi..
Walau apa pun, bagi aku, 'mak is the best'. Saaaaayang mak...
P/S: Actually plan nak blk Kedah hujung bulan ni, tapi mak nak dtg sini pulak..

Wednesday, July 18, 2007
Respect each other is very important in a relationship
Assalamualaikum
Title post aku hari ni agak dipengaruhi oleh emosi+mood. Tak salah kan sometimes aku nak share feeling aku. Mungkin dengan post aku ni ramai di antara kita dapat jadikan ia sebagai pengajaran, atau sekadar mengutip pengalaman dan dijadikan panduan di masa depan. Cewaaahh.. Hehe..
Actually, sejak dua tiga hari ni, emosi+mood aku tak berapa ok. Semuanya boleh di 'describe' kan berpunca dari satu perkara je, iaitu 'respect'. Setiap dari kita mesti mempunyai perception yg berbeza ttg 'respect'. Ada yg anggap 'respect' itu adalah mcm ni, ada yg anggap mcm tu.. So many perception & understanding. Perception kita ttg sesuatu perkara pula boleh dipengaruhi oleh byk faktor. Antaranya didikan family, environment, observation dan lain2.
Bagi aku 'respect each other' adalah sgt penting dalam sesuatu perhubungan. Tak kira lah apa jenis perhubungan sekalipun. Percintaan, kekeluargaan, persahabatan atau pun perniagaan. Ada statement yg mengatakan 'jika kita menghormati orang, orang pun akan menghormati kita'. Ye ke?? Bcoz apa yg aku alami, yg telah menyebabkan emosi aku terganggu tidak seperti statement tersebut.
Dari kecil lagi, mak ayah aku didik aku supaya menghormati semua org. Contohnya, jika org tua tgh bersembang, jgn menyampuk dan jgn juga pasang telinga. Itu menunjukkan kita tidak menghormati mereka sebagai orang tua. Contoh lain, jgn ambil barang orang tanpa meminta izin tuan empunya. Dan byk lagi lah. Semuanya ttg adab menghormati org. Aku juga pasti ramai di antara kita juga dididik seperti mana aku dididik.
Cuma bezanya, apabila kita sudah dewasa, sikap kita banyak dipengaruhi oleh environment, kwn2 dan lain2. Sebab tu ada di antara kita terlupa didikan yg telah diberikan sedari kecil. Apapun dlm sesuatu perhubungan, jika hilangnya rasa hormat menghormati, ketika tu perhubungan tersebut mungkin sudah tidak dpt diselamatkan. Itu lah yg menunjukkan betapa pentingnya respect each other.
Dalam family kita sebagai contoh, walaupun kita sgt rapat dgn mereka, tapi kita masih lagi perlu utk menghormati sesama sendiri. Ada yg berandaian, "mak ayah aku sporting, kelakar, diorang ok je.." adakah itu bermaksud kita x perlu menghormati diorang? TIDAK sama sekali. Hanya dgn panggilan 'mak, ayah' tu pun dah menunjukkan kita hormat diorang. Selain tu, adat dan budaya kita melarang sama sekali kita meninggikan suara kepada mak ayah kita. Malah agama turut melarang kita berbuat demikian. Sampaikan agama melarang kita menyebut 'huh' kepada mak kita. Itulah bukti betapa 'hormat' tu penting sgt.
Itu antara family, bagaimana pula dgn kwn2? Hubungan dgn kwn juga wajib ada rasa hormat menghormati. Ini lah yg menyebabkan aku agak beremosi hari ni. Walaupun kita sudah berkwn dgn kwn kita selama bertahun2 pun, kita masih lagi wajib menghormati mereka. Inikan pula kalau kita baru berkawan. Lagi lah byk perkara yg menjadi jurang dan kita perlu menghormatinya.
Ermp, agak panjang introduction post aku hari ni. (",) Selama hampir 6 tahun aku berada di Shah Alam, aku sudah ada 5 orang sahabat baik yg aku kenali sejak semester pertama di UiTM. Usia perkenalan kami juga hampir tuanya dgn usia aku menetap di Shah Alam ni. Walaupun kami rapat dan sudah lama kenal, tapi itu bukan tiket utk kami tidak menghormati sesama sendiri. Nak pinjam brg pun kami masih lagi meminta permission sebelum meminjamnya. Kami memang sering bergurau senda, berlawak jenaka, usik mengusik, tetapi semuanya masih berlandaskan rasa hormat menghormati. So, tak kan ada yg melampaui batas. Agama kita juga menyeru kita supaya tidak melampaui batas dalam apa jua perkara yg nak dilakukan. Bawah ni gambar best2 frens aku.. -->

Dan itu adalah salah satu jwpn mengapa kami masih lagi berkwn rapat walaupun sekarang ramai yg sudah berjauhan, membawa diri ke kampung halaman masing2. Salah satu teras perhubungan adalah 'hormat menghormati'. Dan jika kami terlajak bergurau sehinggakan ada yg berkecil hati, kami tidak akan biarkan. Mesti ada kata maaf yg menyusul selepas itu. Betapa hormatnya kami sesama sendiri.
Tetapi bukan semua orang mempunyai pendirian dan dididik sperti itu. Ada di antara kawan yang aku baru kenali, belum lagi 5 bulan usia perkenalan (bagi aku, masih lagi asing), tiada didikan utk menghormati rakannya. Tak perlu tunggu 5 bulan, baru kenal seminggu pun, dah mula tunjukkan sikap x respect tu. Reason aku ckp mcm tu adalah, kata-katanya, gurau sendanya, lawak jenakanya, usik mengusiknya terlalu melampaui batas. Hinggakan boleh dianggap hinaan. Selain itu, dia tidak reti utk menghormati perasaan org, brg2 org dan sebagainya. Kita semua patut bear in mind yg setiap org yg kita baru kenal, akan ada gap utk diri sendiri.
Tolong lah, setiap dari kita perlu ada kesedaran ini. Kita perlu belajar utk menghormati barang, perasaan, dan hak orang lain. Kita hidup di dunia ni berkongsi. Bukannya seorang diri. Dan Allah hanya pinjamkan kita semua nikmat2 dunia ni. (Ada relation nya, tp xtau nak kaitkan. hehehe)
Disebabkan itu je, post aku utk hari ni jadi panjang sgt.. Hehehehe..
P/S: harap kwn aku yg baru aku kenali itu menyedari kesilapannya supaya dia tidak mengulangi perkara yg sama

Subscribe to:
Posts (Atom)