Friday, August 3, 2012

Salah ke?

Assalamualaikum.

Salam 14 Ramadhan.

:)

Hari ni nak kupas satu isu. Isu ni bermula daripada status kawan2 di FB & Twitter. Ini sekadar pandangan peribadi saje, so sesiapa yg tidak bersetuju takde mslh. Masing2 ada pandangan masing2 kan..

Ada sesetgh org yg cpt melenting atau mrh apabila DJ mula putar lagu raya di radio. Kononnya puasa tak sampai 10 hari lagi, tp dah fikir nak raya. Sama juga dgn kesnya, apabila org ramai berpusu2 di shopping mall setiap weekend walaupun tak sampai separuh bulan Ramadhan. Kata mereka, baru puasa dah kalut nak shopping raya, sepatutnya time ni pulun beribadat.

Hmm, ramai kan yg mudah mengeluarkan statements mcm tu.

Ini yg dikatakan org kita mudah sgt buat penilaian.

For me, tak slh kalau nak dgr lagu raya di awal Ramadhan, tak slh juga if nak shopping raya awal Ramadhan atau sblm Ramadhan sekali pun.

Sbb apa?

Dgr lagu raya di awal Ramadhan, tidak bermakna tak sbr nak raya, smpai mengabaikan amalan2 yg sebaiknya dilakukan dlm bulan Ramadhan. Kan? Dgr lagu raya juga tidak bermaksud tidak menghayati Ramadhan. Ada sesetgh org, lagu raya tersebut sgt sinonim dgn bulan Ramadhan. Bila dgr lagu raya tersebut, feel sgt nak berpuasa. Kan ada penghayatan di situ.. Tak slh kan? Ada sesetgh org, hanya layan lagu raya dlm bln Ramadhan saje, masuk je 1 Syawal, dah x lalu nak dgr. So di sini menunjukkan bahawa dgn mendgr lagu raya di awal Ramadhan bknlah bermaksud hati tu melonjak x sbr nak tunggu raya sampai mengabaikan amalan2 ketika Ramadhan..

Kepada mereka yg suka kritik dan melenting hanya kerana lagu raya diputarkan di radio di awal Ramadhan tu, bawa2 lah bersbr. Hehe. Lebih baik kita fokus kpd amalan2 yg sepatutnya kita lakukan di bulan Ramadhan ni kan. Isu dgr lagu raya tu isu kecik saje. Tak menjejaskan akidah pun..

:)

Kes kedua, adalah shopping awal.

Tau kah mereka, apa tujuan org suka shopping awal?

Bukannya sbb kalut nak raya sgt, tapi lebih kepada buat persediaan awal. Bg org yg bekerja Isnin-Jumaat, waktu hujung minggu saje lah nak membeli brg2 persiapan. Tambahan pula bg mereka yg punya anak-anak kecil. Kalau kita yg dewasa ni takpela, takde baju baru utk raya pun oke. Tp bg kanak-kanak yg sudah mengerti dan memahami 'raya' tu, mesti excited nak berbaju baru. Lgpun sunat kan. Berbaju baru, bersih, wangi, cantik di pagi raya.

Sbb tu la ada sesetgh org suka shopping awal, ada yg sblm masuk Ramadhan lg pun dah mula buat preparation. Salah ke?

Dah kata hanya ada weekend saje utk berbuat demikian kan. Haruslah ramai berpusu2 di shopping mall pada hujung minggu.

:D

Lagipun tak salah pun kan, selagi mana tidak melanggar hukum syarak.

Shopping2 pun, mlm smpt pi terawikh di masjid, solat 5 waktu x tinggal, sempat membaca Al-Quran.. Oke pe.. Ada pulak, alang2 pi shopping mall, nampak kiosk utk byr zakat, terus bleh settle zakat kan.. Nampak pulak org minta derma, boleh plak buat amal jariah dgn bersedekah kpd yg memerlukan. Uish, besar pahalanya tu.

:)

Tapi tu la, mungkin itu pandangan dan pendapat peribadi mereka. Mungkin bagi mereka, menjadi kesalahan kalau dgr lagu raya dan shopping raya di awal Ramadhan ni. Apapun tanya diri sendiri, amalan kita tu dah cukup ke?



P/S: Kuih raya tak boleh buat & mkn sblm hari raya ke? Hehe

Wednesday, August 1, 2012

12 Ramadhan

Assalamualaikum.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN.

Agak terlewat ucapan ni, tp masih valid kan. Belum sampai half-month lagi. Hehe.

Skrng bz sgt, tak sempat nak update. Baca entries org lain sempat, nak update entries diri sendiri je tak sempat. Last entry pun bulan Jun. Kiranya Julai ni langsung tak berupdate. Alahai..

Sepanjang Julai ni bz menyiapkan research paper. Akhirnya alhamdulillah siap.

:)

Tapi, dlm pada bz dgn keja, alhamdulillah aku masih sempat masak utk berbuka. Sama niat mcm Ramadhan tahun lepas, nak kurangkan membeli makanan luar terutamanya dari Bazaar. Bukan apa, dah beberapa kali terkena makanan basi dan mahal. So rasa x berbaloi. Ataupun kdg2 tgk presentation makanan mcm sedap je, meleleh air liur. Tp bila rasa, hmmmm paham2 saje la. Mungkin x kena taste kot kan. Mana tau, org lain rasa sedap je. Huhuhu.

Kalau tahun lepas, seingat aku, 2,3 kali je aku pi bazaar. Selain daripada tu mmg mkn masakan sndiri je. Misi berjaya la.

Tahun ni, so far baru 2 kali pi bazaar. Tu pn hanya beli kuih saje. Main dish tetap masak. Walaupun menu masakan simple saje, tp puas hati sbb air tgn sendiri utk jamu suami dan anak.

Cuma ada sekali tu beli lauk saje. Ikan talapia msk 3 rasa. Ya Allah sgt hanyir.. Huhuhu terus serik nak beli. Lebih baik mkn ikan bilis goreng, lg sedap kan..

Menu hari ni adalah mee kari. Requested by Mr Berry. 1st time aku masak mee kari sendiri. Sblm ni mmg tak penah teringin nak masak, sbb tak suka makan sgt. Tapi dah husband teringin, so masak la. Ye la, besar pahalanya kan masak dan jamu suami mkn terutamanya ketika bulan Ramadhan ni. Jamu makan kpd org yg berpuasa. Tambah2 kalau masak tu dgn hati yg ikhlas dan sambil berzikir.

Ada satu hari tu, tgk Semanis Kurma, tajuk apa entah, dah tak igt. Kalau tak silap pasal bulan Ramadhan la. Panel jemputan, Ustazah (tak igt nama), pesan kepada para isteri, setiap kali masak, atau membasuh, cuba ringankan mulut utk berzikir. Mcm2 zikir kita boleh sebut, yg paling simple pun, sebut la Bismillah, bismillah, bismillah. Ataupun Allah, Allah, Allah..

:)

Mudahan-mudahan ada keberkatan dlm hidangan yg kita sediakan buat suami dan anak2 kita, insyaAllah.

So kpd semua, sama2 lah kita memperbanyakkan ibadat dlm bulan Ramadhan yg mulia ni.


P/S: Dah siap masak utk ptg ni. :D




Sunday, June 17, 2012

Bahagi Masa

Assalamualaikum.

Sementara tgh download notes, curi masa update secara ringkas sat.

Semester baru utk Diploma baru seminggu bermula. 1st week alhamdulillah berjalan lancar. Students pun nampaknya bg kerjasama yg baik. 

Cumanya sem ni, aku kena mengajar satu subjek yg aku x penah belajar sblm ni, apatah lg mengajar. Huhu. Agak risau di sini.. Bknnya risau apa, bila situasinya gini, preparation yg perlu dilakukan tu lebih sket la drpd subjek yg kita slalu mengajar kan.. Kalau penah belajar masa dip or degree dulu, boleh la tahan jg. Ni mmg totally blank!

Aduh, rasa mcm ada batu besar di atas kepala!

Kiranya tanggungjawab tu besar sikit la. Kalau sblm ni takde mslh besar sgt la utk lecture. Kali ni agak risau. 

Tapi, takpela, cuba sedaya upaya la kan. Selagi ikhlas utk curah ilmu kat students, insyaAllah akan dipermudahkanNya. Amin..


P/S: Stay up la nampaknya mlm ni. Kelas pagi2 esok plak tuh! 




Wednesday, June 13, 2012

Puasa Ganti

Assalamualaikum.

Bila dah masuk Rejab ni, mula la ramai kaum perempuan pakat2 menggantikan puasa. Hehe. Tu perkara biasa lah. Tak kurang juga ada yg berpuasa sunat memandangkan bulan Rejab adalah bulan haram, so pakat2 nak kutip extra pahala. 

:)

Aku pun x terkecuali. Kalut menggantikan puasa. Huhuhu. 

Bila dah puasa ni, time2 gini pulak, mula la fikir menu berbuka. Sementara tunggu kelas pukul 430petang, mood kerja pun dah hilang, apa lagi, dok menggoogle resepi la kan.. 

:P

Sungguh tak efisien kan!

Nih yg susah bila org yg suka & kuat makan mcm aku berpuasa. Baru pukul 1petang dah fikir nak makan apa. Hehehe. 

Rasa mcm teringin nak masak sesuatu yg manis la. Tapi masih belum decide sama ada nak masak kuih cara manis, puding karamel atau kek oren. Hmm sedapnya rasa. Kuih cara berlauk pun oke juga. 

:D

Okelah cukup2 lah sembang psl makanan, kang makruh plak. Nak sambung buat kerja.


P/S: Ada lagi 7 hari. Erk!

Friday, May 11, 2012

Tuala Wanita

Assalamualaikum.


Meh nak cerita.. dulu kan, pernah seorg kwn promote tuala wanita herba (tak pasti brand apa) kat aku, tp mentah2 aku reject. Entah pasai pa time tu tak terbuka pintu hati nak dgr explanation dia ttg produk tu. 

Tapi last 2 months, kembaq aku ada explain pasal pad herba brand AVAIL. Ttg keistimewaan produk ni, juga ttg keburukan dan risiko penggunaan pad biasa di pasaran. Takut & ngeri bila dgr risiko yg mungkin kita (para wanita) hadapi jika menggunakan pad biasa di pasaran dlm tempoh masa yg lama. 

gratefultobeme
Ni la pad & pantyliner herba (FC Biosanitary Pad): ada 3 jenis. Hijau-pantyliner, Biru-pad normal flow, Merah-pad heavy flow

Kenapa bahaya? Apa risikonya?

Kebanyakan pad biasa di pasaran diperbuat daripada recycle paper/serbuk kayu pulpa yang telah diputihkan menggunakan peluntur selama 30jam. Apabila haid, darah yg panas akan bertindakbalas dgn bahan peluntur yg ada dlm pad tersebut dan membebaskan 1 bahan kimia yg sgt bahaya. 130 kali ganda berbahaya daripada arsenik (racun pembunuh yang senyap) iaitu DIOKSIN

DIOKSIN ni akan diserap oleh faraj dan masuk ke dalam rahim kita dan risikonya, sel2 KANSER akan diaktifkan. Selain itu, risiko lain DIOKSIN ini adalah mengaktifkan sel FIBROID , menggalakkan pembiakan bakteria dan sebagainya. 

Semua wanita ada fibroid. Yg bezanya sama ada fibroid tersebut aktif atau tak. Tapi, tahu ke kita sama ada fibroid kita tu aktif ke tak aktif kan. Sehinggalah fibroid kita membesar dan terus membesar sehingga kita kelihatan seperti mengandung! Pernah dengar istilah "busung"? Ada segelintir wanita dikatakan mengalami busung disebabkan fibroidnya membesar dan sekaligus membengkak. 

Selain itu, masalah wanita lain yg majoriti mengalaminya adalah SENGGUGUT setiap kali datang bulan/haid. Memang setiap wanita di dunia ni ada mengalami masalah SENGGUGUT. Tetapi apa yg membezakan adalah dari segi kekuatan sakit SENGGUGUT setiap individu. SENGGUGUT yang normal tidak akan menjejaskan kehidupan harian. Tapi ia menjadi tidak normal jika, apabila datang bulan/haid, sakit SENGGUGUT yg dialami terlalu kuat sehingga wajah dan badan menjadi pucat, hampir pengsan dan yang paling teruk sehingga perlukan injection ubat tahan sakit. Ada juga di kalangan kita, apabila haid je, dia perlu tidur, baring sepanjang hari, sehinggakan yang dah bekerja, terpaksa mengambil cuti. 

Begitu juga dengan CYST. Cyst adalah salah satu penyebab sukarnya mengandung kerana dlm sesetengah kes, apabila dibedah dan dikeluarkan cyst, ada janin yang terhimpit di dalam cyst. Walaupun cyst berjaya dibuang, ianya akan tumbuh kembali kerana cyst ini ada 'ibu'nya. Dalam pemeriksaan kesihatan yg dibuat, cyst banyak menyerang wanita yang berusia 23 tahun ke atas. Tidak terkecuali wanita yang sudah berkahwin mahupun yg masih bujang. 

Banyak lagi masalah-masalah sakit puan yg lain. Faktor-faktornya mungkin kerana corak pemakanan yang tidak sihat, kehidupan seharian yg tidak aktif, tidak cergas, pendedahan kepadan bahan-bahan kimia sama ada daripada persekitaran, daripada kosmetik atau daripada bahan2 kegunaan seharian contohnya seperti PEMAKAIAN TUALA WANITA BIASA di pasaran. 

Dah banyak pendedahan dan kajian berkaitan yang menunjukkan bahayanya tuala wanita biasa. Dan igtlah bahawa sel kanser mengambil masa 1-14 tahun utk menampakkan diri. Lebih baik mencegah kan. 

So solutionnya, cari dan pakailah tuala wanita yg diperbuat daripada kapas kerana kapas mempunyai daya serapan yang baik. FC Biosanitary Pad daripada Avail Beauty memiliki ciri-ciri tuala wanita yg semua wanita perlukan, tambahan pula ada juga kandungan herba. 

Aku sendiri dah pakai pad ni, selesa je, rasa kering sepanjang hari (walaupun heavy flow), susah bocor (sebab saiznya yg panjang dan daya serapan yg baik), dan berangin (kerana ada mengandungi herba). Owh ye, pad ni juga sesuai digunakan untuk mereka dalam pantang. 

Boleh tgk kandungan dan bentuk FC Biosanitary Pad

Dari Hamnah binti Jahsy berkata:

"Wahai Rasulullah SAW, saya menderita darah penyakit yang banyak. Apakah saya tidak boleh mengerjakan solat dan puasa?" 

Baginda bersabda: "Aku sarankan kepadamu agar menggunakan TUALA YANG DIBUAT DARI KAPAS, KERANA KAPAS ITU PENYERAP DARAH YANG BAIK". 

(Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah..)


Entry hari ni bukanlah bermaksud nak menakut2kan semua wanita2 di luar sana, ataupun mendoakan yg buruk2,  tetapi lebih kepada sharing information yg ada. Sama je mcm  share resepi ke, share petua ke. Kan..

:)

Dan juga, betul kalau ada yg berpendapat, setiap apa yg terjadi tu Allah yg tentukan. Cthnya mcm sakit, bukan kita yg minta diri kita sakit, tp dah nak sakit. Ye, betul! 

Tapi, kita kena syg diri kita, bagi yg terbaik utk diri. Diri kita ni adalah pinjaman. Allah pinjamkan kita badan dan anggota bdn yg sempurna. Kalau ikut adab pinjam-meminjam ni, kita kena jaga elok2 lah apa juga yg dipinjamkan. Tu adalah amanah. Amanah sesama manusia pun wajib kita pegang. Apatah lagi amanah Allah. 

So, jaga dan sayangi lah diri kita ni, supaya sentiasa sihat dan cantik. Bila kita sihat, kita boleh terus beribadah dan tingkatkan amalan kita kepadaNya dan keranaNya. InsyaAllah. 



P/S: Sape nak stok, boleh tinggal komen ye! (Selain drpd tu, kita rajin2 la exercise & jaga pemakanan ye! :P) 




Monday, April 30, 2012

NewBorn Baby

Assalamualaikum.

Tajuk entry mcm best je kan.

:)

Last week, abg ipar dpt baby sulung.. Baby boy. So ptg smlm, kami gerak la ke Putrajaya. Melawat mak baby dan baby boy. 

Baby sgt cute, tenang je.. 

Bila tgk newborn baby, terus tetiba dtg perasaan NAK juga satu. Huhuhu igt mcm order brg ke kan.. Bila nak je, minta dan terus dpt. Hehe. Tetiba rasa mcm nak tambah anak. Tapi, dah bersediakah aku?? Dah la haritu ceasar kan. Auni belum lagi 2 tahun.. Doc nasihat suruh berehat at least 2 tahun. Maknanya bila Auni dah 2 tahun, baru lah start conceive kot!

Walaupun ada je kwn2 lain yg bersalin sama time dgn aku haritu, ceasar juga dan dah bersalin anak ke-2 pun.. 

:)

Murah rezeki depa kan, alhamdulillah.

Ermm, demi kesihatan, aku tunggu la juga kot at least sampai Auni cukup 2 tahun. Bila dpt adik dia nanti, mungkin dia dah 3 tahun kan. 

gratefultobeme
Berangan mcm baby sendiri ja kan. :)


P/S: Ada rezekinya nanti..





Monday, April 23, 2012

~ The busiest April ~

Assalamualaikum.

Sekarang ni dah jadi trend blog aku, 1 month - 1 entry saje. 

Wuwuwu.

Sgt malas nak update. 

Bulan nih, bulan April adalah bulan yg sgt bz utk aku. Weekend 1st week of April, aku, Mr Berry & Auni pi Putrajaya sbb mak mentua (mak Mr Berry) turun sana, so kami pun saje2 la pi sana. Sambil2 tu sempat juga pi jalan2 Alamanda. 

Then weekend of 2nd week, sekali lagi kami pi sana. Tapi kali ni balik hari. Pagi2 Sabtu bertolak, drop Mr Berry & Auni kat rumah abg Mr Berry, dan aku terus pecut ke S.Alam. Car pool dgn ex-mastermate utk ke reunion di Paddington Pancake, The Curve. 

Ahad sempat mengemas2 dan packing brg nak blk Jitra. 

Ptg Isnin lepas keja, terus gerak balik Kedah. Pukul 4ptg baru bertolak dari Melaka, so terpaksa la tempuh jem di lebuh Elite area USJ. Tapi takde laa teruk mana, jem sbb ramai2 pakat nak tgk kereta eksiden di bahu jalan je. 

Sampai Jitra pun dah pukul 1pagi. 

Hari Selasa tu spent times di kedua2 rumah (rumah mak + mertua). Pagi2 Rabu bertolak ke Jeti Kuala Perlis. Nak pi Langkawi. Hoyyyyehh!!


Excited sgt memandangkan last pi Langkawi adalah pada tahun 2009. 

:)

Sementara ada duit lebih sket nih, dan alang2 blk kg, terus plan ke sana. Bwk skali mak dan adik. Malam sblm bertolak dah siap booked family suite di Aseania Resort dan kereta sewa. Kitorg amek Avanza. 

Memandangkan bukan cuti sekolah, so takde la masalah in term of booking resort, tiket, kereta sewa or etc. Cumanya feri tu penuh juga la, mungkin sbb hari Rabu tu adalah cuti umum sempena pertabalan Agong. 

Sampai Jeti Kuah, Langkawi around 12pm. So lepas amek kereta, kami terus pi jalan2 di Makam Mahsuri. Sementara nak tggu pukul 3pm utk check-in. Sunyi sgt kat Makam Mahsuri tu, yelah, pengunjung x ramai, sbb bukannya cuti kan. Kalau time cuti sekolah, rasanya penuh dan padat dlm tu. 

Gratefutobeme
Bergambar dpn Makam Mahsuri

Last masuk situ tahun 2009, so ada beberapa area yg dah berubah.

Ada 1 gerai makanan berdekatan dgn rumah Mahsuri tu. Jual nasi campur, laksa, cucur pisang dan minuman. Aku try la mkn laksa. Seeeeeeeedaaaaaaaaapppppppppppp sgt! 

:P

Serius sedap! Aku ni jrg nak jumpa laksa yg sedap di tekak aku, tp laksa situ mmg kena la dgn taste aku nih. Mak & adik pun ckp sedap. Hmm terliur.

Kami tak lama dlm Makam Mahsuri tu, sbbnya rimas dgn Auni yg tak reti duduk diam. Berlari sana, berlari sini. Bila kita dukung, dia meronta2 dan menjerit2. 

Huhu, dugaan bila anak dah pandai berjalan dan berlari. 

Dari situ, kami gerak ke resort. Checked in, rest dan solat. 

Bg aku, Family Suite di Aseania tu agak memuaskan hati la. Berpatutan dgn harganya lah. Tak igt plak exact amount, tp antara RM480-RM500. Ada 2 bilik. Satu bilik queen bed, shower & bath tub. Satu lagi ada 2 single bed dan juga shower&bath tub. Then ada peti sejuk, meja mkn, kusyen, dan TV. Including breakfast for 4. 

:)

Lepas rest semua, kami pi ke Underwater World. Tiket RM28 (dewasa). 

Gratefultobeme
Masa mula2 masuk

Last aku masuk situ masa Darjah 6. Of course dah byk perubahan yg ada kan. 

Gratefultobeme
Comel2 je ikan nih

Tapi kami tak sempat nak menikmati semua pemandangan dlm tu, sbbnya tiba2 heboh psl tsunami. Huhuhu. Kan sblm tu around 4pm camtu, ada gegaran. Kami pun rasa juga masa di resort, tapi igtkan itu adalah disebabkan benda lain. Tak terlintas plak sbb gempa di Acheh tu. 

Tup2 masa dlm Underwater World, dpt call dari abg Mr Berry pasal kes tu. Dan ada plak 2 org mamat dlm Underwater World tu berlari-lari anak suruh kami lari sbb tsunami. 

Padahal baru rasa gegaran. 

Kami pun terus berjalan keluar lah dari Underwater World tuh. Adik aku la yg sgt panik sampaikan ajak lari ke atas bukit. Bunyi mcm kelakar, tp ye lah, sesiapa pun akan sedikit panik bila ada amaran mcm tu kan. 

Amaran tsunami pun dah dikeluarkan, dan semua tak dibenarkan berada berhampiran kawasan pantai. Memandangkan resort kami tu dekat juga dgn pantai, so kami semua tak berani balik ke resort. Terus meronda2 dgn kereta, singgah solat magrib di masjid kampung Itau.. Selepas mendapat confirmation dari pihak resort yg selamat utk berada di resort, barulah kami blk. Tu pun dlm pukul 930malam. 

Sepanjang berada dlm kereta tu, mmg dgr radio Langkawi utk dgr apa2 update terkini. 

Alhamdulillah dalam pukul 10malam, amaran tsunami ditarik blk.

Tapi masih tak boleh berada di kawasan berhampiran pantai.. 

Bila jadi perkara2 mcm ni kan, kita (rakyat Malaysia) mesti lah agak panik kan. Yelah, negara kita bebas dari ancaman gempa bumi. Cuma haritu je la terkena tempias tsunami tu kan. So kita takde apa2 persediaan mcm mana nak menghadapi gempa. sbb tu panik. 

Cumanya geram dgn segelintir pengguna laman sosial, yg suka menyebarkan perkara2 yg  belum pasti. Masa kes amaran tsunami tu, bila aku buka FB je, berlambak2 org yg keluarkan status bahawa tsunami bakal melanda sekian2 jam, siap ada jadual lagi, pukul berapa sampai Penang, pukul berapa sampai Langkawi. 

Haihh.

Benda2 camtu boleh menyebabkan chaos tau. Huru hara jadinya. Bertambah lah panik org ramai ni. Kang tak pasal2 ramai yg mati akibat daripada berebut2 nak lari dari gempa (panik sgt) daripada mati akibat gempa tu sendiri. Nauzubillah la kan. 

Oke back to the story. 

Pagi Khamis, lepas breakfast, kami semua lepak di kawasan swimming pool resort je la. Dah tak boleh pi pantai kan. Layan Auni mandi je. 

Gratefultobeme
Takmau guna pelampung. Mcm reti swimming je. 

Gratefultobeme
Ada swimming pool, dan beach (buatan)

Gratefultobeme
Budak lepas menangis sbb takmau keluaq dari swimming pool.


Pukul 11pagi checked out dan terus ke Jeti Kuah. Tak sempat nak shopping sbb kes panik tsunami kan. Masa kat jeti je sempat beli coklat sikit utk makan2. 

Tapi apapun happy sbb dapat spent times dgn family walaupun tak cukup korum. 

Hari Jumaat plak bz dgn kenduri kesyukuran sempena adik dpt result SPM yg cemerlang. Alhamdulillah. Mak msk mee kari, rendang ayam. Ketupat, bubur kacang tempah. Ada kuih2 lain sikit. 

:)
Gratefultobeme
My sis with her daughter, Aleesya

Gratefultobeme
Mak dgn kawan2nya. :)

Gratefultobeme
Bibik Pembantu kenduri (Tukang masak air gula) Huhu
Sabtu, Ahad spent kat rumah mertua. 

Gratefultobeme
1st time dpt permission papa utk gomol kucing. Mak baru bela. Namanya Baby. 

Ptg Isnin bertolak balik ke Melaka. 

Kemudian Jumaat, Sabtu, Ahad yg baru lepas ni aku sewa booth di Karnival Kolej Canselor UPM. Promote produk Avail, pad herba. 

Alhamdulillah walaupun tak ramai pengunjung, tapi jualan agak memberansangkan. Nanti aku buat special entry cerita ttg produk k. 

Hari ni sudah kembali bekerja. Mood masih takde, masih dok terbayang rumah Jitra, mak, adik2, Auni. 

Huhuhu.

Yelah, cuti pjg kan. Entry pun panjang, mcm laporan sekolah. Hehe. 

Oke, nak sambung buat kerja. 



P/S: 3 bln lagi Ramadhan, bila nak ganti puasa? :P 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...