Thursday, January 19, 2012

~ Entry ke-2 utk tahun 2012 ~

Assalamualaikum.

Ini baru entry ke-2 utk tahun ni. Dah pun 19hb Jan. Haihh sgt bz, mcm tak cukup je masa nak buat semua keja.

Perasan tak, makin lama, makin tak cukup je rasanya masa dlm sehari kan. Mana nak p ofis lagi, nak buat keja umah lagi, nak layan anak lagi.. Blk keja dah ptg, (kes mcm aku ni, kdg2 blk mlm sbb kelas mlm), kalut2 siapkan mkn mlm utk husband, utk anak, kemas2 dapur, tup2 dah pukul 11mlm kan. Then baru le nak mandi le, nak solat le, dan nak berileks2.

Tp kdg2 tak dpt nak rileks bila ada plak keja dr ofis yg dibawa blk. Haihh.

Dunia, dunia!

Aku perasan satu menda, kalau dulu masa study dulu, dan masa menganggur dulu, setiap hari mesti baca Al-Quran. Tp sejak dah keja ni, dah tak dpt buat mcm tu dah. Konon2 nya mcm tak sempat le, tak larat le. Sbnrnya tu semua alasan je kan!

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih..

Alahai..

Satu je tips utk membuatkan kita rasa masa dlm sehari tu sgt mencukupi. Iaitu bangun awal setiap hari. Bangun la sblm Subuh (paling afdal la kan). Mandi2, siap2 utk solat subuh dan sblm azan, boleh la baca Al-Quran kan (so takde alasan tak sempat baca kan). Then utk the whole day pada hari tu, kita akan rasa kita mempunyai masa yg cukup utk siapkan semua keja.

Tak percaya? Cuba lah! Hehehe..

Yg paling penting, jaga solat kita especially Subuh. Kalau kita terlepas atau tak solat Subuh pada hari tu, keseluruhan hari tersebut akan jadi kalut, mungkin rasa kurg happy, dan rasa masa x cukup.


:)

Aku pun tgh cuba nih, sbb setiap hari sblm tido, rasa mcm penat sgt dan tak cukup tido. Sume keja buat rushing2. Mcm mana nak tingkatkan kualiti amalan seharian klu setiap hari mcm tu kan. Hehehe..


P/S: Terkejar sana, terkejar sini..



Tuesday, January 3, 2012

~ Quick Update ~

Assalamualaikum.

Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi. :) Dah 2012 kan.

Kalau ikut kiraan tahun, masuknya tahun 2012 nih, umur aku pun meningkat la lg satu angka, jadi 29tahun.

Tapi kalau ikut kiraan bulan, bulan 12, 2011 yg baru je berlalu ni, umur aku baru je genap 28tahun. But what the difference kan. Sama je. Umur tu just angka je kan.

:D

Bila masuk tahun baru, semua pakat2 pasang azam itu dan ini. Hehe. Tu normal.. Sbnrnya kita ni nak berubah takpayah tungguh tahun baru, anytime pun boleh. Cumanya tahun baru ni menjadi punca, penyebab atau tanda aras utk kita mengubah diri kita menjadi lebih baik atau memasang apa2 target utk achieve tahun ni.

Aku pernah buat entry pasal azam tahun baru ni if tak silap, tapi mls nak cari dan paste link nya kat sini..

:P

Tapi tak kisah lah kan. Janji kita ada misi apa kita nak capai dlm tahun ni.. Dan kita ada azam yg baik2 je. Mungkin ingin berubah menjadi seorang muslim/muslimah yg lebih baik.

Apapun SELAMAT TAHUN BARU 2012!

;)

P/S: Semoga kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Monday, December 26, 2011

~ Roasted Chicken ~

Assalamualaikum.

Yeay, berjaya buat homemade roasted chicken for the 1st time.

Actually last 2 nights, tgk Jamie Oliver masak Roasted Turkey utk Christmas. Tp rasa mcm tingin plak nak buat jg tp ganti la dgn ayam kan.

So pagi2 pi Pasar Tani Alor Gajah, beli lah ayam seekor, takyah potong. Sbb nak roast segedebuk gitu. Baru la mcm roasted turkey kan. Hehehe.

Tapi aku x pakai resepi Jamie pun. Aku google je, cari resepi yg mana berkenan. Almaklum le, bila dah search gitu, byk betul resepinya kan. So try & error je la. Tgk mana yg sedap kan, kalau sedap, boleh buat lagi nanti.

:D

Last jumpa la satu resepi yg agak simple, bhn2 pun sikit dan mudah. Aku amek resepi tu di SINI. Tq ye owner sbb sharing resepi yang sedap nih. Skrng aku pun nak share dgn semua. Ada la sikit2 aku altered resepi.

:)

Bahan2:

1) Seekor ayam bersaiz sederhana (dibersihkan dan keluarkan organ dalamannya).
2) 2 sudu besar minyak zaitun (aku xmasukkan pun sbb takde. Huhu).
3) 2 inci halia.
4) 2 ulas bawang putih.
5) 1 biji bawang besar.
6) 1 sudu besar sos tiram.
7) 2 sudu besar madu.
8) 1 sudu besar gula.
9) 1/2 sudu kecil garam.
10) 1 sudu kecil serbuk lada hitam.
11) 1 sudu besar jus lemon.
12) 1 sudu kecil serbuk kunyit.
13) Sedikit marjerin atau mentega. (Aku guna mentega).
14) Sedikit lada sulah.

Cara2nya:

- Blend halia, bwg putih, bwg besar dgn sedikit air sehingga hancur. Kemudian tuangkan ke dalam bekas. Dan campurkan gula, lada hitam, garam, jus lemon, sos tiram, serbuk kunyit, madu dan lada sulah.

- Kemudian, cucuk2kan ayam tadi dgn garfu dan lumurkan semua bahan perapan tadi pada keseluruhan ayam. Perap ayam selama 3 jam atau lebih.

- Selepas diperap, panaskan oven 190 atau 200 darjah, dan bakar ayam selama sejam atau sehingga masak. (Aku bakar lebih kurg sejam setgh). Selepas 30minit dibakar, keluarkan ayam, dan sapukan mentega dan juga lebihan minyak yang tedapat dalam dulang pembakar di seluruh ayam. (Aku sapu mentega di bwh lapisan kulit ayam). Kemudian, teruskan pembakaran.

- Pastikan permukaan ayam keperang-perangan. Balik-balikkan ayam tersebutdan bakar sehingga garing dan masak.

- Kemudian, apabila siap dimasak, boleh dihidangkan bersama nasi, whipped potato, coselaw dan apa2 je la yg anda suka. :) Dgn pasta pun boleh, dgn mee pun boleh, nak ratah saje pun sedap!

Aku ratah je, then cicah dgn sos pencicah, beli yg readymade, from Kelantan.

Dan it's Yummy!

Cumanya next time if aku nak buat lagi, aku nak perap lama sikit supaya rasa perapan tu menyerap ke dalam setiap lapisan isi ayam. Keempukan ayam tu dah ada, cuma kurg rasa je. Silalah mencuba!



P/S: Mr Berry pun suka! ;)

Wednesday, December 21, 2011

~ Duhai Hati ~

Assalamualaikum.

Lately slalu je aku mengantuk awal, around 11-12mlm tu confirm dah tido. Kalau sebelum2 ni, smp pukul 1,2 pagi pun segar bugar je lagi.

Tapi mlm ni, rasa mcm tak mengantuk plak. Padahal jam dah pukul 12.30tgh malam. Alahai, kenapa la pulak kan..

Hmmm..

Mungkin sbb byk benda nak difikirkan. Ye la, kehidupan ni kalau takde masalah, bkn kehidupan la namanya kan. Aku penah buat entry psl hal ni.

:)

Kalau kita tak pujuk diri sendiri, sape lagi nak pujuk kan. Hehe.

Masalah hati ni kita boleh rawat, tp kena betul caranya. Kena selalu igt Allah, kerana Dia Pemilik semua yg wujud di alam semesta ni.. Then selalu2 lah baca Al-Quran (kena tau maknanya skali, seeloknya baca Al-Quran Tafsir), sbb baca ayat2 suci Al-Quran ni boleh menenangkan jiwa, mengubat hati yang kurang sihat. Berzikir pun salah satu caranya.

:)

If ada mslh ke, rasa serabut ke, kusut ke, cuba la amalkan perkara2 di atas (ingatan utk diri sendiri jg). InsyaAllah, Allah Maha Besar, Dia selalu bersama hambaNya.

Kadang2 bila manusia dilanda mslh, ujian dan dugaan, baru lah mereka akan bersegera mengingatiNya. Sbb tu lah kdg2 Allah turunkan ujian dan dugaan, supaya kita selalu igt padaNya. Wallahualam.


P/S: "Duhai hati, usahlah berduka utk perihal2 duniawi"

Thursday, December 15, 2011

~ 1 bulan ~

Assalamualaikum.


Dah sebulan rasanya aku x update blog nih. Last update aku pun masa 1st day induksi. Then sepanjang induksi langsung x sempat nak jengah blog. Mlm2 ada la jg masa senggang, tp bdn plak letih & mata x larat buka.


Rasa rindu juga la nak update sebenarnya. Tapi tu la, bila dah lama x mengarang, otak pun jadi lembab skit. Huhuhu.


Oke, aku nak cite sket ttg induksi aritu. Tempoh induksi aku kan 2 minggu. Masa 1st, 2nd, 3rd day tu asik nangis je rindukan auni. Kira kronik juga la. Asal tgk MMS gambar auni, Mr Berry sent, air mata ni terus je meleleh.


:P


Asal Mr Berry called je, dgr je suara auni, nangis lagi..


Mmg rasa suffered sungguh la berpisah dgn anak nih kan!


Last2 Mr Berry decided nak mai kat aku. Sbb auni pun nampak mcm sedih dan tak keruan sejak aku takde kat rumah. So aku pun cari2 la homestay utk sewa selama seminggu. Sbb Mr Berry & auni nak stay seminggu sampai aku abes kursus.


Last2 dpt la satu rumah ni, kira2 10min dari tmpt latihan. Asalnya owner homestay tu letak rm150 sehari. Kira mahai juga la, kalau dah 7 hari = RM1050. Tp masa aku called dia, dia kata dia bg murah sket, rm100 sehari.


So mengenangkan dah mls nak cari homestay lain dan rumah tu pun elok je luar dalam, aku pun setuju je. Dan masa berjumpa dgn owner homestay tu utk amek kunci, ttiba dia bgtau yg dia kira cincai, seminggu aku dok situ dia caj rm500 je.


Alhamdulillah!


Lega sket aku dgr. Ye la, klu ikutkan ramai je yg kata mahal la, x berbaloi la, sanggup plak perabes rm500 tu sesaje kan. Tapi nak buat mcm mana, dah tak terbendung rasa rindu kat auni & Mr Berry. Lgpun dorang berdua la 'semangat' aku. Kalau dorang ada, at least bleh la aku fokus kat kursus induksi ni. Kalau tak, asik teringat je. Apa penceramah ckp kat depan pun aku taktau!


So hari Jumaat, 18 Nov, Mr Berry & auni pun bertolak mai kat aku. 1st time Mr Berry travel jauh berdua dgn auni je. Kira pecah rekod la. Sepanjang perjalanan tu auni behave je. Bagus betui anak mama ni..


Then hari terakhir kursus cuma ada exam. Tghari dah settled. Lps tu aku bergegas blk homestay, packing brg, siapkan auni, byr duit homestay dan terus gerak menuju ke Lumut. Niat hati saje nak berjalan2 sblm blk melaka.


Mula2 kitorang pi Teluk Batik. Dah lama aku tak pi situ. Last pi masa sekolah rendah je. Lepak situ sat, then gerak ke Jeti Lumut. Konon2 nak p beli ikan kering, sotong2 je kat situ. Bila dah smpai Jeti Lumut tu, tetiba rasa excited semacam je. Time tu dah pukul 4ptg. Orang tak berapa ramai time tu sbb cuti sekolah baru nak bermula.


Tiba2 aku buat plan last minute. Rasa mcm nak pi ke Pulau Pangkor. Alang2 dah sampai kan.. So, terus amek tiket dan book hotel. Tiket feri kitorang pukul 7mlm.


Kitorang parking keta kat tmpt slmt, re-packing brg, amek yg penting2 je masuk dlm beg galas, dan terus naik feri.


Hehehehe.


Smp pulau pun dah gelap. Naik van pink ke resort dkt pasir bogak, 3km je dari jeti. Sampai je terus check-in, mandikan auni, dan pegi dinner. Jalan kaki je pun, sebelah resort je. Saje tak mkn kat kafe resort tu sbb xbyk pilihan.


Pagi2 esoknya breakfast di kafe resort, dan jalan2 tepi pantai.


Pastu introduced auni dgn swimming pool. 1st time nih. Siap beli pelampung dan swimming suit utk auni. Mula2 takut dia refuse nak masuk kolam, tup2 dia sgt sukaaaaa! Sampaikan takmau keluaq dari kolam walaupun mulut dah biru dan ketaq2.


Lepas mandi2 di swimming pool, aku & auni naik bilik, mandi2, siap2, then tido. Mr Berry je sambung mandi kat pantai plak. Yelah, rugi plak rasanya tak mandi pantai sbb air jernih sgt.


Dalam pukul 1230tghari kitorang check out dan naik van pink ke jeti. Dpt naik feri pukul 145ptg. Dalam pukul 3ptg gerak blk melaka dari jeti lumut. Sempat le beli2 sotong, dan kerepek2 sket.


Walaupun sat ja spent masa di Pulau Pangkor, tapi rasa happy sgt! Sbb konon2 dpt release tension lps 2minggu berkursus la kan.. Rasa mcm nak je pi lg situ nanti2. Next time nak p lama sket, 3hari 2 malam ke kan, baru puas main pantai.


:D


Pjgnya cerita aku kan.


Okelah shall stop here! Nanti cerita lain pula.



P/S: Mid-term break nih nak p mana plak??

Friday, November 11, 2011

~ Start Counting Days ~

Assalamualaikum.

Hari ni bermula lah episod kursus induksi selama 2minggu.

Dah kena start counting days lah ni. Tadi masa nak pisah dgn Auni & Mr Berry, airmata ni laju je mengalir. Cuba control, tapi tak bleh. Sedih yg amat.

Since beberapa hari lepas lagi, tiap kali mengenangkan nak kena pi induksi, terus je sebak.. Yela, mak mana yg tak sedih nak tinggal anak lama2 kan.

Mlm ni belum bermula aktiviti kursus, so mula lah dok melayan perasaan. Rasa rindu sgt2 kat Auni. Rasa rindu ni sakit sebenarnya. Rasa perit je kat hati. Ni baru beberapa jam pisah, belum cukup 24jam lagi.

1st time berjauhan dgn Auni. Aku kt Perak, dia kat Melaka. Beratus kilometer tau!

:((

Harap2 2 minggu ni berlalu dgn cepat. Nak balik peluk cium Auni setiap hari.


P/S: Nanti lepas 2 minggu, Auni dah tak kenai mama dia. Sob sob!

Tuesday, November 1, 2011

~ Panggilan WAJIB ~

Assalamualaikum.

Entry kali ni ditaip lewat2 malam. Dah 1130mlm dah ni. Huhuhu.

Tapi oleh kerana tak mengantuk lagi, dan satgi nak print journals, so singgah sat sini utk brief update.

:)

Jumaat ni aku start cuti. Amek cuti seminggu. Yelah, time students cuti, baru le kami2 ni dpt apply cuti juga. Annual leave dah le berbaki berbelas2 hari lagi. Tu pun setelah ditolak dgn cuti seminggu bermula Jumaat nih.

Nampaknya nak kena carry forward lah.

Nanti2 bila dah 5 tahun berkhidmat kat sini, rasanya cuti tahunan yg tak digunakan tu silap2 cecah berpuluh2 hari. Hehe bajet mcm rajin sgt la kan, smpai annual leave berlambak2 camtu.

:P

Bukan mcm tu, aku mmg le bleh je if nak apply cuti 2,3 minggu masa students cuti semester. Cumanya if aku cuti smpai 2,3 minggu pun, no point la if Mr Berry tak dpt cuti. Takkan le aku cuti lelama tp melepak rumah je. Baik tak payah kan.

Hehehe..

Tu la penyebab kenapa baki cuti aku byk lagi.

:D

Selepas seminggu bercuti sambut Aidil Adha nih, nak kena terus p kursus induksi.

Uwawawawa!!

Baru je dpt tawaran induksi ni Jumaat lepas. Haihh. Tak sangka nak dpt secepat nih. Dok bajet2 nak kena pi next year, bulan 3 or bulan 4.

Tup2 nak kena pi 12 Nov nih.

Wajib plak tu, slh satu kriteria utk pengesahan jwtn.

Dah tu clash plak dgn Kursus Asas Pengajaran. Yg juga wajib attend utk pengesahan jwtn. KAP nih dah le setahun skali je, ikut zon. Dari Januari awal tahun aritu aku booked utk dpt tmpt dlm KAP nih.

Aku dok igt elok dah le perancangan aku ni. Bln 11/2011 pegi KAP, bln 3/2012 p induksi. Tgk2 tak jadi plak. Ye la, kita hanya mampu merancang kan.

Huhuhu.

Antara induksi dan KAP, better aku pi induksi dlu, so bye2 la KAP. Hujung tahun 2012 plak le aku pi.

:(

So sebut pasai induksi ni, terus rasa sedih. 2minggu tuuuu nak kena berjauhan dgn Auni & Mr Berry. Paling lama la rekod berpisah nih. Alahai.. Induksi nih buat kat Perak.. Taktau le camne nanti aku nak harungi masa2 selama takde Auni & Mr Berry di sisi nih.

Penah sekali aku kursus kat S.Alam 2 hari. Tu pun dah sedih2. Padahal S.Alam-Melaka 2 jam je. Mcm le aku tak penah berulang Melaka-S.Alam dlm sehari.

:P

Ni nak pegi lagi jauh.. Tp apakan daya, dah tugas namanya kan. Nak bwk Mr Berry dan Auni skali pun, Mr Berry tak bleh cuti direct 2 minggu. So takde choice dah le, melainkan terpaksa berpisah selama 2 minggu nih.

Huhuhu.

Takpela, sekali je seumur hidup nak kena p induksi kan.. (Ayat memujuk diri).


P/S: Elok2 cuti seminggu, dpt spend masa setiap saat, setiap waktu, setiap hari dgn Auni, tup2 kena tinggal dia selama 2 minggu. :((

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...