Friday, February 26, 2010

La la la

Assalamualaikum

Salam 27 Februari, 13 Rabiulawal..

Belum terlambat nak wish "salam maulidur rasul" kepada semua.. :) Dalam pada kita sibuk dgn urusan seharian, jgn la lupa utk slalu mengingati pengorbanan Rasululullah terhadap kemajuan Islam sejagat.

:)

Oke, back to the point.

Hari ni kandungan aku dah 9 mggu 1 hari. Alhamdulillah ya Allah.. Buat masa skrng aku masih lagi alami mual2 dan pening2.. Paling kronik time malam hari.. Rasa nak letak kepala atas bantal je sepanjang masa. Mungkin inilah dugaan, ujian dan kemanisan utk menjadi seorg ibu. InsyaAllah.

Kalau refer kat buku ibu mengandung yg aku baca, usia kandungan aku skrng ni, si kecil dah mula bergerak dan jari kaki dan tangan mula terbentuk. Dlm buku tu juga tulis, bila kandungan dah cecah 11 mggu, si ibu akan mula merasai seolah2 ada butterfly dlm tgh bergerak dlm perut.

Tp, rsnya aku dh mula rs tau.. Sbb kdg2 syok2 tgk tv tetiba rasa geli2 di bawah pusat. Heee.. Kejap je rasa, mcm geli2 gitu.. Laju je gerak.. Maybe itu movement si kecil kot, sbb dia baru nak membesar kan.

3/3 nih aku 1st scan.. Tak sbr lak rasa.. :D

Oh, semalam kwn rapat aku, Ena, slmt melahirkan baby boy. Alhamdulillah.. Dan baby nya sgt la comel dgn lesung pipit di kedua2 belah pipi.. He is sooo cute.. Rasa terlebih excited plak aku! :p

Masih terlalu awal utk aku berangan psl bby, sbb kandungan ni pun kategori awal lg kan.. Heee.. Tp apapun aku berdoa semoga kandungan aku ni sihat dan selamat sehingga ke penghujungnya.. Amin..



P/S: Semua org mengimpikan yg terbaik dlm hidup.

Friday, February 12, 2010

Org kata aku tembam?!

Assalamualaikum

Salam 12 Februari..

Aku baru smp kampung ptg tadi.. Balik ni atas urusan pindah rumah, so Mr Berry x blk. Dia keja.. :(

Awal mlm xsat, ada anak buah aerobic mak aku mai umah, nampak je muka aku dia pun kata:

"Uish long, awatnya tembam.."

Huhu, tembam ada reason xpe kan, kan..

Org pregnant slalunya tembam kan.. ;(

Tapi, kisahkah aku? Sbnrnya kisahhh.. Aku ada baca buku PANDUAN IBU MENGANDUNG, antara masalah psikologi yg dihadapi ibu yg hamil adalah rasa diri sendiri gemuk.

Betul la kot, coz aku rasa mcm gemuk sgt, padahal baru 7mggu. Rasa perut nih buncit xmau surut2 dah.. Uhuk!

Tapi, bak kata Mr Berry, apa kisah org kata tembam pun, asal tembam ber'isi'.. :p Cuma risau lah, mampukah aku utk kurus semula slps bersalin?! (jauh lagi journey aku)

Berat aku dok maintain camtu ar, xleh nak turun dah, tmbah2 sedang pregnant ni kan, lagi la aku mkn ikut time.. Demi baby tercinta. ;-)

Nasi pun aku xpenah skip mkn dah. Hohoho.. Kalau ibu2 mengandung yg lain, slalunya di awal 1st trimester akan alahan2 spt muntah, dan xde selera mkn, aku plak mual2 (xmuntah), pening2 sket tp xde mslh selera mkn.. Alhamdulillah, kira boleh je mkn slalu. Huuuu..

Takpe2, oleh sbb ibu mengandung kena slalu positif dan ceria, so aku terima je la kata2 anak buah mak aku dgn redha.. :-p



P/S: Aku cuba amalkan diet seimbang supaya berat aku xnaik mendadak lah!

Sunday, February 7, 2010

~ Jika Itu Rezeki Dari Mu ~

Assalamualaikum

Salam 7 Feb, 22 Safar..


ALHAMDULILLAH!



Jika itu rezeki dari Mu ya Allah, aku sgt2 bersyukur.. Mungkin rezeki kerja aku akan menyusul kemudian, who knows kan.. :)



Aku hanya mampu berdoa yg terbaik je.. Semoga diriku dan dirinya dilindungi dan dirahmati Allah.




P/S: Sakit kepala dah beransur kurang.. :)



Monday, January 25, 2010

Multi-Purpose Sticker

Assalamualaikum

Salam 25 Januari, 9 Safar..

Dlm previous entry, aku ada sebut psl sticker kan.. So nak cite la utk entry kali ni. ;)

Masa aku p car boot dgn ayah last 2 weeks, ternmpk la ada 2,3 buah gerai jual mcm2 jenis sticker tau. Mcm2 bentuk.. Ada buah-buahan, bunga2, cartoons, & so on.

Ayah berkenan dan nak beli utk lekat kat bathroom rumah dia. So dia belikan aku sekeping. Dan harga sticker tuh murah je, sekeping Rm2. D.I.Y le ni.. Coz kalau cthnya kita beli bentuk bunga, dia dtg separately. I mean, dahan asing, daunnya asing, kelopak bunga nye asing. So pepandai la kita nak deco camne kan..

Ini la sticker pilihan aku..




Jadi esok harinya aku dan Mr Berry dok pk nak lekat kat ne, so we all decided nak lekat dlm bathroom juga.. Since aku pilih bentuk bunga2, lagi le sesuai kan. Kononnya, mcm mewujudkan suasana di taman la kan.. Hehehe..

Ini dinding bathroom aku sebelum di deco dgn bunga2 itu..


Oke, ini la hasilnya.. Taraaa.. :p







Aku dan Mr Berry mcm ter over excited plak tau sbb nmpk cntik.. So nnti next car boot, nak beli lagi la.. Boleh penuhkan dinding bathroom kami. Hehehe..

Best kan..

Boleh lekat di dinding bilik juga, ruang tamu juga.. Pendek kata suka ati lah lekat mana2 pn. :D

Tp aku prefer dinding bathroom sbb nnti kalau nak tanggal, lebih senang kot. Kan.. kan..




P/S: Hari ni rasa mcm perut membuncit semacam je. Adohai..

Wednesday, January 20, 2010

Aktiviti Hujung Minggu

Assalamualaikum

Salam 20 Januari, 4 Safar..

Weekend lepas aku tersgt la bz. Sbb ayah aku dtg tido rumah dgn family nya. So almaklum lah, kalau tetamu dtg rumah, tuan rumah mesti le sibuk menyediakan itu dan ini kan..


:)

Tambahan pulak, kebiasaannya, aku kebosanan dan keseorangan di rumah.. Bila tetiba ada org nak dtg, keterujaannya tu terlebih-lebih la kan. Hehe..

Ayah smp rumah petang Sabtu. Dia bwk ikan keli bersaiz kecil, ada kot dlm 20 ekor. Dan juga ikan jenahak dlm anggaran beratnya 4kg. Pastu tugas aku nak le kena siang dan cuci ikan2 t
u. Nak msk utk mkn mlm. Nasib baik le ikan keli tu dh siap siang, tinggal nak cuci bersih2 supaya x hanyir je.

Bygkan la, ini la pertama kali nya aku cuci ikan keli sebyk tuh. Huhu, smp sebati bau hanyir ikan tu kat tgn aku nih.. ;(

Dah tu ikan jenahak tu plak belum disiang dan dibuang perut.. Oleh sbb nak bkr ikan tu utk dinner kitorg, aku terpaksa le siang juga. Tu pn xpenah2 dibuat dek aku. Smp luka2 jari aku kena sisik dan insang ikan tu. Tajam oOoO..

Setelah berhempas pulas siang, last2 aku gave up, aku mnta Mr Berry sambung siangkan ikan tu. TQ Mr Berry.. :)

Aku start msk kul 8mlm, sudah masak 1030mlm.. Wahhh pecah re
kod masak lama sungguh. Sume gara2 ikan besaq tuh. Huh!


Gmbr bwh ni plak, udang goreng buncis.. Heheheh.. Menu tghari Ahad. Ada menu lain lagi, smbl ikan keli, tp entah le gmbr nye p mana.. Ter delete kot..

~ Nyam Nyam ~

~ Si kecik Yaya pretending like she's cooking the prawn..:p ~


Pagi ahad plak, aku bwk ayah pi Carboot sales di sect 13 shah alam. Sape penah pegi, tau le betapa luasnya tapak jualan situ.. Kan.. kan.. Kitorg pusing semua, smp sakit tumit dan burn kulit muka tau! Saje jln2 tgk brg2.. Syok juga coz dh lama aku x p situ. Last p pun maybe awal tahun lepas.


~ Betapa panasnya cuaca time ni, smp nmpk byg2 ~


~ Cantik nye hiasan pintu ni, nak beli gak lah mggu dpn.. ;) ~


~ Si kecik Yaya dgn Umbrella Hat nye.. huhu ~


Ayah bertolak blk Melaka lepas Asar. Dan aku + Mr Berry terus siap2 dan kuar pi rumah kwn di Taman Kinrara. Saje jln2 rumah org lak.. Heee..

Mlm blk rumah, kitorg pengsan, sbb penat sgt. Aku la yg lagi penat. Ye lah, memasak je dah bape round.. Hihi..

Itu lah aktiviti aku utk weekend aritu. Best sket sbb ada gak menda nak buat.. Huuu..



P/S: Aku beli sticker hiasan dan lekat di dinding bathroom. Cantik! Nanti aku post kat new entry.

Friday, January 15, 2010

Home Sweet Home

Assalamualaikum

Salam 15hb Jan, 29 Muharram..

Siang tadi aku p teman kwn ke Batu Tiga.. Then masa blk singgah JJ Bukit Raja. Dh lama x melakukan aktiviti shopping. ;)

So kat JJ tu hari ni ada byk sales dan clearance stock. Boleh kata semua brg2 ada offer.

Antaranya karpet panjang utk rumah. Aku amek la satu, utk letak hujung kaki katil.. Murah sgt. Then amek karpet kecik utk lap kaki, either nak letak dpn pintu rumah atau dkt sinki dpur. Pun murah.. Yeay!

Suka betul dpt tgk brg2 hiasan rumah sejak dok rumah berdua ni. Yelah, dlu masa bujang dok ramai2 so x best gak la nak hias itu dan ini kan. Walaupun rumah skrng bukan lah rumah sendiri lagi, rumah sewa je, tp mood utk hias cantik2 tuh tetap ada.. :)

Sebenarnya kalau dok rumah sendiri lagi best kan, boleh cat dinding sesuka hati, boleh letak perabot byk2.. Mcm rumah sewa ni nak letak byk2 pun ssh, ye la, mana tau kot nak kena pindah ke satu hari nnt, kang ke susah nak mengangkut. Tambahan apartment, bkn teres.

Aku sbnrnya tingin sgt nak cat dan design apa2 di dinding, tp almaklumlah ini BUKAN rumah aku, so xleh la.. Hihihi..

Selain tuh, aku tingin sgt nak collect magnet2 yg lekat kt peti sejuk tuh. Sbb aku jumpa satu kedai hiasan rumah ni, diorg ada jual magnet bentuk donut tau.. Kecik comel je. Wangi plak tuh. Tak le mahal sgt, 3 = RM10. Igt nak p sambar juga lah. Baru le rasa bersmgt nak buka peti sejuk. Kuang kuang..

Sbb rasa kepuasan bila rumah kita cantik kan.. Aku sure org lain pun akan rasa yg sama.. ;)

Skrng ni aku masih lagi pencari kerja, so xleh la nak membeli sewenang2 nya, nak x nak, kena la berjimat cermat.. Takleh le nak main beli je hiasan rumah memana yg berkenan.. Haish, xpe2.. Tggu la time aku dah keje nnt, akan ku borong segala bagai.. Hehehe..

Makin meningkat umur nih, minat tu dah cenderung ke arah rumahtangga la kan.. Mula minat nak collect pinggan mangkuk la, nak hias rumah dgn bunga-bungaan la, excited bila tgk karpet la, lagi syokkk bila tgk perabot.. Hahaha.. :D

Bila pegi rumah kwn2, mata ni mula la merayap tgk hiasan rumah diorg. :p Bukan nya iri hati, tp kagum dan kalau2 ada yg berkenan, leh la p beli jg. Hihi.. Curi idea je. ;)

Takpelah, apapun insyaAllah nanti dpt juga aku penuhi sume keinginan tu.. :)




P/S: Esok ayah nak mai tdoq sini!

Wednesday, January 13, 2010

Every cloud has a silver lining.. :)

Assalamualaikum

Salam 13 Januari, 27 Muharram..

Juz to update a lil bit abt me.. :)

Masih dlm proses mencari kerja.. Huhu.. Ada la dlm sepuluh company kot aku dh sent resume. Some of them mmg advertised vacancy, and the rest tuh aku gambled je pn.

Secara rasminya, lebih sebulan dah aku mencari kerja.. Haish.. So far, xde satu company pn lagi yg call aku utk interview session kan.. Tapi itu la, di side aku, aku sudah usaha dan akan meningkatkan lagi usaha.. Rezeki ada ke tak tuh Allah yg tentukan..

Seperti tajuk entry aku arini, maksudnya "be hopeful because difficult times always lead to better days".. :)

So tidak selamanya aku akan jobless kan, insyaAllah dah ada rezeki dari-Nya, berkerja kembali lah diri ku ni. Hihihi..

Mungkin usaha dan doa aku belum ckup kot.. Seperti entry aku tahun2 lepas, Allah suka hamba-Nya berdoa, kdg2 Allah lambat makbulkan doa itu mungkin kerana Dia nak kita selalu meminta dan berdoa kepada-Nya. Kan.. Kan..

So kepada diri sendiri, jgn lah merungut dan mengeluh jika doa atau hasrat belum termakbul, kerana itu hanya akan menimbulkan kurangnya keikhlasan kita terhadap Allah.. Bersangka baiklah terhadap Allah kerana Allah itu Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hamba2-Nya.

:)



P/S: Kena selalu remind dan muhasabah diri, then baru la keinsafan muncul dlm diri..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...