I'm a wife for my luvly husband, a mama to the adorable daughter, a daughter to my parents, an eldest sister to my siblings, a friend, umat Nabi Muhammad S.A.W., and the most important, hamba Allah S.W.T.. Try to improve myself to be a good muslimah,insyaAllah..
Tuesday, May 27, 2008
Panas Baran
Entry kali ni agak 'panas', sesuai sgt dgn topik aku yg aku ingin ceritakan.
Ceritanya bermula begini.. Pada pagi hari Sabtu yang lalu, bersamaan dengan 24hb Mei 2008, bertempat di sebuah restoran kecil di Jitra, berlaku satu perkara, yg aku rasa agak tidak bermoral.. Suspen aje bunyi nya kan. Hehe..
Nak dijadikan cerita, aku dah lama sgt tak pi membeli makanan kat restoran tu. Last aku pi kalau tak slh aku masa aku sek menengah dulu aje. Dalam 7 tahun lepas kot. Roti canai kat restoran tu sgt le sedap. Yummy.. Pagi2 sure ramai kat restoran tu. Masa aku pi pun customer ramai sgt. Aku order roti kosong 7 keping, bungkus. Coz ada tetamu kat umah. Oleh sbb ramai customer lain, aku pun dok le kat meja menantikan turn aku.
Setelah lebih kurang 30minit menunggu, roti aku siap. Mcm biasa la kan, bila beli makanan mesti le kena byr. Aku pi la kat kaunter. Harga roti tu + teh ais RM5.70. Aku bagi le sekeping RM10. Yg jaga kaunter tu adalah seorg lelaki muda dlm umur 20-an, anak kepada owner restoran. Si owner pompuan tgh membungkus makanan, dan si owner lelaki tgh menebar roti canai. So anak depa le yg kalut serve makanan & jaga kaunter. Aku dpt lihat garis2 ketegangan kat muka lelaki muda tu. Maybe penat..
Berbalik ke cerita aku bagi sekeping RM10 tu, rupanya depa takde duit kecik nak bagi baki kat aku. Si lelaki muda tu pun minta aku tunggu kejap & dia arahkan sorang pekerja dia utk pi tukar kat somewhere. Lebih kurang 10minit tunggu, pekerja tu dtg balik dgn tgn kosong. Dia tak berjaya tukar duit tu. Dengan rungutan si lelaki muda ni pun keluar la jap utk pi tukar duit.
Belakang aku ada lagi sorang customer lelaki lingkungan umur 40-an tgh tunggu turn juga nak byr. Kiranya dia baru tunggu dlm 10minit le utk byr. Baru 10minit tunggu, dia dah mula berleter dan mundar mandir sana sini. Tanda tidak puas hati sebab terpaksa tunggu utk byr. Aku yg tunggu lagi lama ni pun masih boleh bersabar. Antara bebelan dan rungutan customer tu :
"Ish, kalau dah takdak duit kecik, tak payah la berniaga dan bukak kedai. Nyusahkan org ja! Nak kena tunggu lama plak!"
Yg sadisnya dia pi bebel kat owner pompuan merangkap mak kepada lelaki muda tersebut. Mengikut pandangan aku, customer tu tak tau yg pompuan tu owner. Muka pompuan tu dah berubah.. Kesian sgt aku tgk. Si customer tu dah makin 'hot'. Dia keluar masuk kedai dengan suara meninggi. Mata dia menjadi merah. Utk pengetahuan semua, customer tu bersama dgn anak keciknya dlm lingkungan umur 9tahun.
Klimaks nya adalah apabila lelaki muda tadi balik dari menukar duit. Customer tu terus menyerbu lelaki muda tu dan mula menengking. Dah le dlm restoran tu ramai lagi customer lain yg tgh mkn. Jatuh le air muka owner restoran. Customer tu bertindak makin jauh, dia menghempuk meja dgn duit RM5 nya. Antara ayat keluar dari mulut dia:
"Barua!Kalau hang takdak duit kecik takpayah berniaga!Ada ka biaq customer dok tunggu lama mcm ni.Aku tak mai dah aih kedai hangpa ni!"
Si lelaki muda tu pun dok bagi explanation kat customer tu.. Kesian sgt aku tgk lelaki muda tu. Kalau diikutkan aku lagi berhak marah coz aku yg tunggu lagi lama. Tapi aku masih berfikiran rasional dan sabar. Takkan la small matter mcm tu pun kita nak melenting.
Aku simpati dgn anak si customer tu. Kecik lagi dah dgr perkataan carut yg ayah dia tuturkan. Tak mustahil anak kecil tu akan imitate apa yg ayah dia lakukan dan tuturkan. Panas baran sgt. Bagi aku customer tu taktau nak hormat org lain. Walau sebesar mana pun kesalahan org lain, he does not have any right utk tengking lelaki muda tersebut depan semua org. Jatuh air muka lelaki muda tu.
Erm, taktau la nak ckp mcm mana kan. Semakin maju negara, semakin ramai org yg kurang sabar dan panas baran. Seiring panas seperti pemanasan global yg terjadi sekarang. Hehe.. Merepek pulak aku nih!
Berbalik ke cerita tadi, kalau pun si customer ni nak tegur, ckp elok2. Say it properly.. Memang negara kita ada 'freedom of speech' tapi use it properly and in the right way. Betul tak?? Aku pun manusia yg selalu buat kesilapan, so aku selalu igtkan diri sendiri, jgn jadi seperti customer tersebut.
P/S: Semua lelaki mcm tu ke??? (",)
Friday, May 16, 2008
Vacation to Langkawi
Belum terlambat utk aku ucapkan SELAMAT HARI IBU, SELAMAT HARI GURU, dan SELAMAT HARI JURURAWAT buat semua ibu, guru dan jururawat di seluruh Malaysia ni. Moga kalian terus berjuang dan terus berjuang utk nusa, bangsa dan agama.
Hampir masuk minggu ke-3 aku bercuti di kampung (sambil nyanyi riang lagu Balik Kampung nyanyian arwah Sudirman). Hehe.. Dah pelbagai aktiviti aku buat. Antaranya yg best adalah percutian ke Langkawi. 1st May aku bertolak dari Shah Alam ke Kedah pada jam 10pagi dan sampai rumah jam 5.30petang. Walaupun byk kali berenti di hentian rehat, tapi kira laju juga la kitorg drive. (Aku, Ngah, dan kwn Ngah bergilir2 drive).
So pada 2hb May kitorg satu family bertolak ke Jeti Kuala Perlis. Jam 8.30pagi kitorg bertolak dgn kereta mak. Wah, we were very excited to start the vacation. Sebab kali terakhir ke Langkawi semata-mata utk bercuti pun masa aku Form 1. Long2 time ago.. And the rest aku pi Langkawi atas urusan rasmi. Ceeewaaah!
Mak planned nak stay one nite je kat sana. Tu pun dah memadai la buat kitorg. :)
Masa kat jeti lagi mak dah uruskan semuanya pasal tempat penginapan, kereta sewa, dan tiket feri. Asalnya kitorg planned nak stay kat chalet di Pantai Chenang yg terletak betul-betul tepi pantai. Yg syoknya, pagi-pagi boleh dgr desiran ombak memukul pantai (puitisnya bahasa). Malangnya, oleh sebab kitorg pi Langkawi pada hujung minggu, semua chalet yg terletak betul2 di tepi pantai full. Uwaaaa, frust la kejap. Cari punya cari, (ada agen tolong call & cari bilik kosong) akhirnya kitorg dpt chalet di Pantai Chenang juga, tapi across the beach. Ok lah juga. At least kitorg hanya perlu melintas jln & smp lah ke pantai..
Dipendekkan cerita, setelah hampir sejam berada di dalam feri (mujur laut x gelora), sampai la kitorg di bumi Langkawi. Alhamdulillah. Lepas amek kereta sewa yg awal2 tadi dah booked,(mak sewa Waja, harganya RM90 sehari) kitorg terus pi Makam Mahsuri. Tmpt wajib tuh. Pi pekena laksa Langkawi dulu. Hehe. Yummy, tapi sedap lagi aku masak..(Perasan plak)
Puas bergambar kat situ. Mcm-macam gaya..(",)
Then, kitorg terus gi chalet dulu, check in. Not bad..Agak memuaskan condition bilik tu. Ada 2 king bed, meja solek, peti sejuk mini, cupboard besar, 4 helai towel....dan mcm2 lah. Kitorg solat dan rest kejap. Pastu mak ajak gi shopping kat Kuah. Mcm-mcm kitorg beli. Sotong keping2 yg byk perasa juga dijual. Sedap pulak..Yummy.. Adik-adik aku borong coklat le, x sah kalau x beli coklat kalau gi Langkawi. Padahal harganya xde la murah sgt berbanding tmpt lain. Maybe sebab dah jadi trademark Langkawi kot.
Mkn mlm kitorg, mak bwk kitorg pi mkn kat satu restoran kampung tepi muara. Ikan-ikan segar naik je terus masak. Apa yg perlu kita buat hanya lah pilih ikan-ikan, udang or apa-apa je lah makanan laut yg ada kat situ dan kita decide apa jenis masakan yg kita nak. Pastu tunggu je kat meja. Hoho.. Tempat mkn tu kecik aje, tapi ramai sgt org. Sampaikan x cukup meja.
Sebelah blk chalet, kitorg singgah di bazar berhampiran yg menjual pelbagai jenis cenderamata, baju-baju, minyak gamat.. Shopping lagi.Huhu.. Aku asik makan aje sepanjang berada di Langkawi. Masa pun rasa cepat je berlalu. Pagi2 esoknya baru lah kitrog lepak tepi pantai. Tapi x mandi pun.. Rugi kan.. Hehehehe..Saje lepak2 tepi pantai melihat keindahan ciptaan Allah. Pepasir yg putih bersih, air yg biru dan awan berkepul2 di udara.. Sgt mengkagumkan.
Sebab tu dlm Islam pun kita diseru supaya keluar melihat ciptaan Allah supaya kita sedar dan tau kebesaran dan keagungan Allah.
Kitorg bertolak balik tengahari. Sebab mak ada hal. Walaupun kejap je vacation kitorg, tapi sgt bermakna buat kami sekeluarga. Apa yg penting, kami dpt berkumpul dan spent time together. Sharing sweet moment together is very meaningful..
Gambar-gambar vacation aku akan update utk next entry..
P/S: We got to know each other better..
Saturday, April 26, 2008
No manners!
Selamat berhujung minggu.
Dlm entry aku kali ni, aku ingin sekali sebut psl 'manners'..Something was happened to me last wednesday. Aku was driving nak gi psr mlm. Biasa la, bila ada psl mlm, sure le keta byk. So, masa nak kuar simpang tu, aku n kwn2 yg berada dlm keta aku time tu sume pastikan yg keta lain jauh lg supaya aku bleh kuar. Then masa dah kuar simpang, ada keta hitam juga buatan malaysia (sama mcm keta aku), meluncur laju sambil hon kuat sgt. Ermp, maybe the driver (male) mls nak brek keta dia kot & dia mrhkan aku coz aku kuar simpang. Ok2, aku bleh admit kalau dia rasa tu slh aku, tp yg x bestnya, lepas je dia memintas keta aku, dia menunjukkan jari tengahnye (u know what i meant) kat aku. Konon2nya nak mrh sgt le tuh. Melayu plak tu driver tuh.
Kalau dah nama melayu, of course le Islam kan. Dlm Islam, wajarkah kita bersikap sebegitu? Uh, sakitnya hati aku. Yelah, aku fhm, kalau pun dia nk mrhkan aku, jgn le smpai tidak beradab camtu. Sign yg dia tunjuk tu, sape punya? Dia juga kan? (sorry for saying this)..
That's why le aku kata dia no manners! Time tuh aku puasa, so aku mls nak pjg2 kan cite. Aku sabar & istighfar bebanyak je. Moga2 Allah memberi petunjuk kepada dia. Huhu..
Apa yg membuatkan dia berani wat mcm tu? Aku rasa sebab aku perempuan. Jadi bleh le dia bersikap kurang ajar camtu.. :( Aku tumpang sedih bagi pihak isteri dia (kalau dia dh kawin) or family dia. Nak ke kita (perempuan) bersuamikan lelaki seperti tu? Kita kena tau adab kita dgn org. Mungkin dia rasa dia sgt hebat dan dia sorg je nak hidup di dunia ni.. Fikir2 lah, kita semua hidup sementara je, & menumpang nikmat yg Allah bagi kat kita..
Smbil aku teruskan perjalanan ke psr mlm tu, otak aku ligat berfikir. Alangkah sedihnya menjadi seorang manusia yg no manners..:(
P/S: I'm not perfect, but I will never do that!
Friday, April 18, 2008
Surah Al-Waqi'ah
Baru-baru ni aku ada tgk USRAH kat channel 9. Ustazah ape ntah yg arabian, tp pndai berckp melayu tuh. Aku terlupa plak nama dia. Usrah tu setiap hari Jumaat, ari ni laaa.. Time2 tghari. Kul 1230tgh klu xslh.
Nak kata aku slalu tgk, x jugak. Coz aku slalu terlupa n usually aku tgk rancangan Al-Hidayah aje kt TV3. Tapi yg menarik & berkaitan dgn mslh yg org kita selalu alami iaitu 'xde duit', aku rasa surah yg diperbincangkan pd usrah episod tersebut sgt bagus utk diamalkan.
Surah Al-Waqi'ah. Xtau nak spell out camne. Huhu..
Surah tu kalau diamalkan setiap mlm, insyaAllah kita akan rasa kaya JIWA walaupn kita sbnrnya miskin HARTA. Kwn aku ada cite kat aku yg rmai org salah anggap. Diorg igt kalau kita selalu amalkan surah tu, kita akan jadi kaya. Yeeeesss, mmg kita akan jadi kaya, tapi bukan kaya HARTA, tapi kaya JIWA.
Thats mean, walaupun kita miskin atau kekurangan harta duniawi, kita takkan rasa susah. Kita takkan susah hati, kita takkan rasa serabut dan tensen2. Amalkan membaca surah tersebut, insyaAllah kita akan selalu rasa senang dan tenang.
Bukan apa, saje nak share dgn kwn2 semua. Msyrkt kita skng ni rmai yg jadi gila, rmai yg jadi selfish, semuanya gara2 mengejar harta duniawi. Tak slh kita keje kuat utk kumpul harta. Tapi, make sure balance dgn akhirat. Sebab tu kita disuruh "berkerja lah kamu seperti kamu akan hidup selama-lamanya, dan beribadat la kamu seolah kamu akan mati keesokan hari"..
Kita ni, kalau kurang duit sket je, mula la tensen2, serabut2.. Tu yg mendorong kita jadi GILA tu. Huhu..
So, amalkan la membaca surah ini setiap mlm. Aku pun dah mula membacanya. Sebab aku adalah slh seorg yg slalu tensen bila xde duit (pengakuan ikhlas). hehehehe.. Mudah-mudahan kita mendpt berkat atas amalan tersebut. Amin..
P/S: Alhamdulillah, dah nampak kesan
Tuesday, April 15, 2008
Nak keje ke?
Buat semua student UiTM, selamat menyambut musim exam. (",)
Tak terkecuali buat diri sendiri. Master student memang le xde final exam, tp kitorg ada final test and assesement yg berlambak2. Uwaaaa...
Oklah, tinggal kejap bab2 exam & assesment nih. Aku skng dlm dilema sama ada nak keje masa cuti sem nih or blk kampung je.. Kalau ikut ckp mak aku, dia suruh blk kampung aje, blk tlg dia kat umah (jadi bibik). Tapi lama tuh 2 bulan. Duit keta, sewa umah sape yg nak byrkan?? Mak willing je nk byrkan kalau aku blk tlg dia kt kampung. Konon2 nya duit 'gaji' aku la tu. Huhu..
So I'm in dillema..
Byk faktor yg membuatkan aku berbelah bg nak blk lepak kampung lelama. Tp bila difikirkan 2,3 kali, syok juga dok kampung. Aku bleh ikut mak aku gi kelas aerobik setiap hari. Dan mungkin juga impian aku utk mengurangkan berat badan aku dlm masa setahun ni tercapai. hehe..
Mcm mana yep???
Thursday, April 3, 2008
Day for Joging, joging and joging
Uwaaa, sape candid gambar aku tgh jog ni....
Aku bagi masa kt diri sendiri setahun, utk kembalikan berat bdn aku seperti dulu (zaman muda2 dulu).. Hopefully bleh achieved la. Dah tu aku skrng ni, rajin amek herba and supplemen utk kesihatan diri. Preparation to my future. :) Semua org nak kawin kan....
Aku kena tambah effort utk kurus, cayok go2.. Every weekend kena g jog, klu xnak, wat skipping. Takpun aerobik je dalam umah. Nak seribu daya, xnak seribu dalih (Nasihat utk diri sendiri). Aku jadi makin stress bila ke mana je aku pegi & terjumpa coursemates yg dah setahun lebih tak jumpa, semua akan tegur nape aku makin chubby. Uwaaaaaa....
P/S: Nak kurus....