Friday, October 27, 2017

I am back!

Assalamualaikum.

Ya Allah, lamanya tak update kat sini. Dah hujung tahun 2017 dah.

Busy dengan hal duniawi, manakan kerja, anak-anak..

Saya, alhamdulillah sihat, syukur pada Allah, masih diberi pinjam untuk menikmati kehidupan di dunia. Cepatnya masa berlalu. Usia blog ni pun dah 10 tahun rasanya. Daripada muda remaja, single mingle, hinggalah skrg mama beranak dua. Lagi dua bulan genaplah 34 tahun. Writing style pun makin berubah seiring dengan kematangan usia. Hahaha. Malah saiz badan pun telah bertambah. 😛

Anak-anak masih lagi dua orang. Si kakak dah darjah 1, adik pula dah 4 tahun. Pasangan hidup pun alhamdulillah masih orang yang sama sejak dari awal-awal menulis blog dulu.

Kerjaya pun masih dalam bidang pendidikan. Tahun ni 7 tahun berkhidmat, career development pun alhamdulillah went smooth. Cuma PhD je tak nampak baying lagi. Taktau bila nak sampai seru.

Okaylah, cukup la intro utk comeback ni. Nanti saya update apa-apa yang lebih bermanfaat.





Friday, April 17, 2015

Sambal Bilis Garing

Assalamualaikum. 


Lama x berupdate. Kekangan masa la puncanya. Dan juga mungkin momentum berblogging tu dah makin takde. Hehe. Saja nak share resepi sambal bilis garing.  


SAMBAL BILIS GARING





Bahan-bahan:

- Cili kering 20 batang (gunting dan buang biji, rendam dalam air panas)
- Bawang kecil 7 biji (atau boleh ganti dengan bawang besar/merah 2 biji)
- Bawang putih 3 ulas
- Ikan bilis 200gm (goreng garing)
- Segenggam bilis (mentah)

Cara-caranya:

1) Blend cili kering + bawang kecil + bawang putih + segenggam bilis + sedikit minyak (tujuan utk lumatkan cili)
2) Tumis hasil blend tadi. Tips dapatkan sambal yang sedap, pastikan minyak masak untuk tumisan agak banyak supaya cili blend tadi garing dan cukup masak. 
3) Bila dah pecah minyak atau cili tadi nampak garing dan berbau wangi, masukkan gula, garam, sedikit serbuk perasa (optional) secukup rasa. 
4) Masukkan juga asam keping (kalau nak masam, masuk 2/3 keping. Tapi saya letak sekeping saja)
5) Biarkan seketika, dan tutup api. Bila sambal dah kurang panas, baru masukkan bilis goreng tadi untuk maintain kerangupannya. 

Sebenarnya, nak dapatkan sambal yang sedap dan tahan lama, memang ambil masa sikit untuk memasaknya.

SELAMAT MENCUBA!


P/S: Sebab kawan-kawan suka minta resepi, so alang-alang share sini.

Thursday, May 8, 2014

Bengkel LucidPress & HTML

Assalamualaikum.

Kali ni updating dari lab, dalam sesi bengkel. Tapi memang bengkel hari ni ada kena mengena dgn blog. So sementara Instructor tengah ajar org lain mcm mana nak creating personal blog, so saya ambil peluang buat entry baru memandangkan last entry pun 3bln lepas. Hehe.

Bengkel hari ni kami diajar untuk guna LucidPress utk come out dengan e-book atau e-bulletin. Pandangan saya, ia agak menarik dan convenience utk digunakan, cumanya it's really depend on Internet connection when using it. So kalau internet connection lembap, kerja-kerja kita pun terbatas la.

So nanti slps siap dgn e-book or e-bulletin, kami akan post di blog. That's y Instructor minta sesiapa yg belum ada blog utk create their own blog. Tu tujuannya.

Kalau japg ada entry pelik dari saya tu, tu hanyalah utk purpose bengkel hari ni je.

:)

Nanti bila-bila free, saya update lagi!

Thursday, January 30, 2014

Zakat

Assalamualaikum.


Bila sebut 'zakat' je, semua laju je cakap dah bayar zakat kan. Tanya zakat apa, zakat fitrah jwpnnya. Tapi, kita bukan sekadar wajib menunaikan zakat fitrah saje, tapi ada lagi beberapa zakat yang wajib kita tunaikan sekiranya mampu.

Senarai zakat yang ada adalah, zakat fitrah, zakat pendapatan, zakat pengeluaran kwsp, zakat wang simpanan, zakat emas, zakat harta. Hari ni rasa nak share tentang dua jenis zakat yang kita mungkin terlupa, iaitu zakat pendapatan dan zakat pengeluaran kwsp.
 
Zakat pendapatan tu sama ada daripada duit gaji bulanan kita atau ada yang pendapatannya daripada sumber-sumber lain. Selagi mana jumlah pendapatan kita tu melayakkan kita untuk mengeluarkan zakat, kita mmg kena buat (boleh rujuk Pusat Zakat tentang pengiraan sama ada layak mengeluarkan zakat atau tak). 

Kita kena ingat ye, zakat itu WAJIB kepada yg mampu, so bila dah namanya wajib, kena la buat ye kawan-kawan. Ada sebab dan faedahnya kenapa Islam menyeru kita mengeluarkan zakat. Pendapatan kita tu bukan 100% milik kita, ada bahagian org lain di dlmnya. Bahagian untuk keluarga, untuk org susah dan memerlukan dan sebagainya. Bahagian kita hanyalah amal sedekah, dan segalanya yang fisabilillah.
 
 
Firman Allah Ta'ala: "Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (yakni keluarkanlah zakatnya) sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu." (QS. Al Baqoroh:267)
 
Firman Allah Ta'ala: "Dan pada harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bagian." (QS. Adz-Dzariyat : 19)

 

Ada juga yang kata zakat ni boleh mensucikan pendapatan yang kita dpt bulan-bulan tu, supaya ada keberkatannya. Almaklum la, kita pergi kerja hari-hari, adakah 100% masa tu betul-betul diperuntukkan untuk buat kerja? Kadang-kadang mengelat juga kejap, buka Facebook, pergi tido surau, makan lama-lama dan lain-lain. Tapi kena ingat, keluarkan zakat daripada pendapatan yg halal. Kalau pendapatan kita dari sumber yang haram, tak boleh.
 

Firman Allah Ta'ala: "Ambillah zakat dari sebagian harta mereka dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka." (QS. At-Taubah:103)
 

Lagi satu yang selalu diabaikan adalah zakat pengeluaran kwsp. Contohnya kepada penjawat awam. Apabila sudah disahkan jawatan, dan memilih option pekerja berpencen, mereka boleh menutup akaun kwsp sekaligus mengeluarkan wang mereka. Pengeluaran kwsp tu hanya sekali dilakukan, dan ia juga WAJIB dibayar zakat. Pengiraannya adalah begini:


Jumlah pengeluaran KWSP x 2.5% = zakat pengeluaran kwsp
 
Sebagai contoh: 30, 000 x 2.5% = RM750.


Actually, saya pun baru tau tentang zakat pengeluaran kwsp ni. Sebelum ni memang pernah belajar tapi dah lupa sbb tak buat kan. Huhu. So now, rasa macam perlu share dgn kwn2 semua. Ingat ye kawan-kawan, berdosa kepada sesiapa yang tidak membayar zakat walaupun mampu berbuat demikian. Tapi kalau tak mampu sampai perkara wajib pun tak lepas, itu takpela. Jangan tak mampu dek kerana suka beli barang-barang yang tak perlu/tak penting, contohnya suka bertukar-tukar kereta, handphone, shopping sana sini dan lain-lain.
 
Sehinggakan org yang sengaja tidak membayar zakat digelar sebagai pencuri dalam Islam. Nak ke kita digelar pencuri?
 
 
Firman Allah Ta'ala: "Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah maka beritahukanlah kepada mereka (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih. Pada hari dipanaskan emas dan perak itu dalam neraka jahanam lalu dibakar dengannya dahi mereka lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka :"Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang akibat dari apa yang kamu simpan itu" (QS. At Taubah : 34-35).
 
 
Apapun dari segi pengiraan dan kelayakan, boleh rujuk kepada mana-mana pusat zakat di setiap negeri. Semoga dapat memberi faedah kepada semua. Wallahualam.
 
 
P/S: Biar lambat tahu daripada sengaja buat-buat taktahu.

Friday, November 22, 2013

LOVE

Assalamualaikum.

Saya suka menulis. Tapi, sekadar menulis suka-suka mcm dlm blog ni je. Pernah ada impian nak tulis sesuatu yg lebih serius, tapi tu la, mcm banyak kekangan. Mungkin sebab, saya rasa menulis sesuatu yg serius ni memerlukan tumpuan dan apa yg kita tulis tu kena berfakta. Kalau dah namanya fakta, tak boleh la tulis sebarangan, perlukan kajian. Mungkin juga sbb background pekerjaan saya membuatkan saya lebih berhati-hati kalau nak menulis sesuatu yang berfakta. 

Oleh itu, saya prefer menulis sekadar untuk suka-suka. Sharing life, atau kdgkala sharing ilmu yang saya dpt dari source lain. Saya anggap menulis dlm blog ni sebagai hobi atau cara utk release stress. Saya kurang concern sama ada blog saya ni ada follower ke tak, ada org baca ke tak. Sbb saya mmg suka menulis dan bagi saya blog ini spt e-diary. Tapi sudah semestinya saya tau, tak semua kita boleh share di alam maya ni.

Saya join blogger ni dah lama. Sejak tahun 2007. Kalau siapa yg pernah baca entries dulu-dulu mesti akan perasan style penulisan saya sudah berubah. Tu normal, manusia mmg akan berubah. Seiring dgn peningkatan umur, pengalaman hidup, status diri dan sebagainya.

:)

Cuma kadangkala terdetik juga dlm hati ni, alang-alang dah mmg suka menulis dalam blog ni, why not tulis sesuatu yang boleh dijadikan saham ke akhirat kan. Oleh sbb itu, saya kalau boleh memang akan cuba untuk menulis sesuatu yang boleh memberi faedah kepada org lain. Mungkin kadangkala kita share life atau pengalaman kita, secara tak langsung dpt memberi motivation atau pengajaran kpd org lain. Untung-untung dpt 'bonus' di situ.  

InsyaAllah. 

Semoga saya dpt mencuri sedikit masa untuk sharing sesuatu di sini slps ni. 





Wednesday, October 23, 2013

4TH ANNIVERSARY

Assalamualaikum.

Hari ni our wedding anniversary yg ke 4. Saya & MrB disatukan pada 23hb Okt 2009. 

Alhamdulillah ya Allah.

Syukur sbb masih dipanjangkan usia sehingga ke hari ini. Masih diberikan peluang bersama dgn MrB. Kalau diimbau blk cerita lalu, masih ada sekelumit rasa tak percaya yg kini kami berdua sudah 4 tahun bergelar suami isteri dan alhamdulilllah dikurniakan sepasang cahayamata. 

:)

Itulah ketentuan Allah. 

Alam perkahwinan sudah semestinya 100% berbeza berbanding semasa bercinta dulu. Selain drpd perhubungan menjadi halal dan sah di sisi agama, segala-gala yg lain juga turut berbeza. Kalau dulu masa bercinta, saya rasa saya sudah cukup kenal MrB, almaklum la bercinta bertahun2 lamanya. Tapi rupanya selepas kahwin, lagi byk perihal ttg MrB yg baru saya ketahui dan pelajari. Malah sehingga ke hari ini pun, rasanya saya belum sepenuhnya kenal MrB. Saya masih dlm fasa pembelajaran. Sebab, manusia berubah dari hari ke hari. 

So 1st lesson, kita jgn sesekali mengandaikan bahawa pasangan kita akan tetap sama perangai & sikapnya semasa sebelum kahwin dan selepas kahwin. Atas sebab yg saya dah maklumkan tadi, manusia akan berubah hari ke hari. 

Walaupun saya & MrB bercinta hampir 6 tahun sebelum bernikah, apabila sudah bernikah, saya seolah-olah bermula blk dari 0, segalanya perlu bermula semula. Mungkin sbb masa bercinta, kita masih lagi tak punya tanggungjawab terhadap masing2. Once dah berkahwin, suami pikul tanggungjawab besar utk memimpin, mendidik dan menjaga isteri ke arah jalan yg diredhaiNya. Isteri pula kena menjaga amanah suami dan taat selagi tidak melanggar syarak. 

Pendek kata, marriage life is not about perfection, but it is about complement each other. Saling melengkapi. Itulah gunanya hidup berpasang-pasang. Kalau kesempurnaan yang kita cari, mmg smp bila2 lah kita takkan jumpa 'bahagia'. Allah dah catur elok dah. Tujuannya utk saling melengkapi utk menuju destinasi yg sama, ke syurga, insyaAllah. 

Kami berdua pun masih dalam fasa 'improvement'. Improving dari segala sudut. 

Pernah dgr tak, org kata, the most crucial time in marriage is within 1-5 years. Sbb di antara waktu itu, kita struggling utk sesuaikan hidup berpasangan, nak stablekan bab kewangan especially bila berlakunya penambahan ahli keluarga (anak-anak). Tu belum masuk bab nak strengthen emotions, understanding, trust dan so on. Statistik pun menunjukkan penceraian banyak berlaku kpd perkahwinan di antara 1-5tahun. Tak dinafikan lah, jodoh maut ketentuanNya. Tapi, salah satu faktor penyebab mungkin kurang kesabaran utk 'invest' dan berkorban segalanya demi mempertahankan rumahtangga. Wallahualam.

Bila relate blk dgn marriage life kami, ye ada betulnya. Tempoh 1-5 tahun ni betul2 utk kami berdua kukuhkan perhubungan kami. Dah namanya kehidupan, of course ada up & down kan. Tapi tu lah, kena tolerate byk2, alam rumahtangga ni takde la indah selalu mcm kita baca dlm novel melayu kan. 

Hehe.

Tugas kita lah utk tukar yang tak indah tu menjadi indah. 

Kebahagiaan tu perlu dicari, bknnya tunggu saje ia datang. Dan kebahagiaan itu subjektif kan. Atas kita sendiri lah nak corakkan kebahagiaan tu.

Saya pun masih byk perlu belajar, terutamanya mcm mana nak jadi isteri solehah. Susah tu. Mulut boleh la cakap yang baik2 saje, hati ni susah. Penyakit hati la paling susah dirawat. Kena byk2 istigfar, memohon keampunanNya, baca Al-Quran.

:)

Apapun syukur kerana dipinjamkan Allah seorang suami yg baik (ye, no one is perfect!), tapi dia sempurna utk saya (of course sy pun tak perfect kan), dia melengkapi hidup saya, dan dia adalah ayah utk anak2 syurga saya. Tq MrB for everything u've done to me & kids. Semoga Allah melindungi perhubungan kita ni dgn rahmatNya. 


P/S: Tiada sebab utk tidak bersyukur di atas setiap kurniaan dariNya.


Monday, September 23, 2013

Kembali

Assalamualaikum.

Akhirnya kembali ke ofis selepas 3bulan bercuti. Hari ni 1st day. Semalam kemain susah nak lelap mata, gara2 nervous nk back to office (ala-ala back to school la). Mengalahkan hari pertama lapor diri 3 tahun lps. 

;)

Masuk je kerja, 25hb ni dah dpt task invigilate exam. Total kekerapan invigilating utk sem ni, 4 kali. 2 kali jadi ketua. Hmm, alahai, rasa mcm baru nak warming-up je. Tapi, takpela dah kerja namanya kan. Buat je la sehabis baik. 

Dan hari ni jg 1st time hantar Aysar ke nursery. Takde dah test2 hantar seminggu sblm kerja mcm Auni dulu2. Terus je hantar hari mula kerja. Sama nursery dgn Auni je, senang. Auni sbb toddler, so duduk tingkat atas, Aysar baby so duduk bwh. 

Mmg sedih & sebak masa hantar anak2 pagi tadi. Tak tergambar rasa. Nak kiss & hug pun dah tak mampu, sebab menahan airmata drpd mengalir. Huhu. Sadis sungguh jadi working-mom ni. Aysar pula mcm tau2 je nak kena p nursery. Smlm kemain baik je tdo awal. Tak susah la kiranya nak tidokan dia semlm. Klu tak, sblm2 ni punya ssh. Then pagi td pun dia bgn minum susu around 7am, sengih2 je dia. Happy je nampak. 

:)

Alhamdulillah la kan. Hrp2 kat nursery spjg hari ni pun dia oke la. 

Auni pula sbb 2bln dah cuti tak ke nursery, so hari ni nampak mcm excited sket la. Dah lama x jmp kawan2 kot gamaknya. 

Tak sbr rasa nak blk ptg ni, nak tgk mcm mana la permulaan hari pertama ni. Mmg ada kerisauan kat hati, bila byk kes melibatkan kematian di nursery, tapi tu la, tawakkal je pada Allah. Tinggalkan anak2 di bwh lindungan-Nya. 

Bersyukur for those yg ada peluang membesarkan anak sendiri, anak dpn mata 24/7. Saya, buat masa skrg belum diberi peluang itu, saya bekerja bkn hanya utk diri sendiri, tapi saya ada byk komitmen dan tanggungjawab. InsyaAllah jika niat saya ikhlas, segalanya akan dipermudahkan-Nya, amin. 

:')


P/S: Dah namanya manusia, kerapkali alpa & leka.

Friday, September 13, 2013

25hb Jun 2013

Assalamualaikum.

Byk kali buka blog ni tapi takde rasa nak update. Last entry pun berbulan2 dah. 

Alhamdulillah 25hb Jun lalu saya sudah selamat melahirkan anak ke-2, Muhammad Aysar Bin Mohammad Dzulhisham. Lahir awal seminggu dari due date, sepatutnya 3hb Julai. 

Kesnya bermula dgn turun tanda lendir darah pada 23hb Jun (Ahad) around pukul 3 petang. Besar plak tu lendir darah tu. Terkejut juga la masa keluar tanda tu sbbnya anak sulung dulu kan overdue so takde pengalaman bab2 turun tanda ni. 

Time tu memang tak rasa sakit langsung lg. Around 7ptg masa mandi pun masih lagi turun lendir darah yg banyak. Makin cuak jadinya. Tapi sabar lagi, sbb masih takde sakit. 

Malam tu masih ada lendir sikit. Niat nak tido awal sbb kononnya kalau tiba2 nak bersalin, ada tenaga nak push. so dalam pukul 10mlm dah landing atas bed. Nak jadi cerita, tak bleh nak tido, sbb nervous sgt kan. Huhu. Dgn bercampur2 rasa x selesa la, lenguh2 la. Tapi tak sure sama ada mmg lenguh betul atau nervous sgt yg membuatkan rasa mcm lenguh. Dah tu, mmg dlm sehari dua ni susah nak buang air besar walaupun perut sakit. 

Dlm pukul 330pg (Isnin), rasa nak buang air kecil. Masuk je toilet, keluar lendir darah lagi. So time tu rasa mcm tak bleh jadi ni, terus ajak MrB p hospital. Cadangnya nak check 'jalan' je, kalau belum buka, bleh rilek2 kan. Auni tgh tdo, tinggalkan dia kat rumah dgn adik. Adik yg study di UPM dtg rumah utk standby if saya admit ward kan..

Smp hospital dalam pukul 5pagi. Kena la melalui prosedur demi prosedur. Siap disuruh salin baju pink tu kan. Bila tiba masa utk doctor check jalan, kena doctor cina perempuan, muda lagi. Lembut & baik sgt. Check punya check, rupanya baru buka 1cm. Huhuhu. Doctor pun suruh admit ward. Time tu try pujuk doc minta nak blk je sbb belum sakit dan jalan pun baru 1cm kan. Malangnya doc x bagi. Dan2 rasa nyesal p hospital awal. 

:P

Mula2 try positif la, igtkan akan stay kejap je kt wad tu memandangkan tak sakit lagi kan. Dan due pun seminggu lagi. 

Pukul 8pagi lebih settle urusan pendaftaran admitted. Dalam pukul 11pg rasa sakit sikit2. Tapi tak konsisten. Sakitnya pun tak kuat. Mild je.. Tghari tu MrB bawak Auni dtg melawat. Meleleh airmata ni bila dia ajak balik. Huhuhu sedih tau. 

Waktu melawat ptg MrB tak dtg sbb Auni tido, so kebosanan la di wad. Sakit makin kerap. Tapi biasa2 je. Smpt solat Mgrib dan baca yaasin lagi time tu. Mula2 masuk wad pagi tu terus ke kelas 3, dok ramai2. Lepas MrB bagi GL tengahari tu, dpt pindah dok kelas ke 2, bilik berdua je. Lepas magrib tu sakit makin kuat, dan konsisten. Asyik rasa sakit perut tapi bila ke toilet tak boleh nak membuang. Malam pun tak boleh nak tido sbb sakit, beberapa kali minta nurse check jalan, tapi belum buka. Masih 1cm. Saya siap minta kat doctor ubat utk membuang, doc kata nak bg, tapi smp ke sudah tak bg pun. Huhu. Perut dah la tak selesa kan. 

Bertahan je la smp subuh sbb nurse janji nanti dalam pukul 6pagi (Selasa) doctor akan check lagi bukaan berapa. Dalam pukul 6pagi lebih, doc dtg check bukaan. baru 1.5cm. Rasa nak nangis time tu sbb sakit makin kuat dan kerap, smp tak boleh tido. Doc cakap, nanti tghari dorang akan check jalan lagi. 

Sementara nak tunggu ke tengahari tu seksa sgt, sakit smp dah menggigil badan. Dgn penat tak tido langsung since ahad mlm. Nurse pun kesian gamaknya sbb asyik mengadu kat dorg je kata sakit, so nurse offer ubat tahan sakit. Inject kat pinggul. Sbnrnya ubat tu bkn menghilangkan sakit contraction tu pun, tapi ubat tu buat kita jadi sedar tak sedar, mcm lalok sikit. So boleh la rest. Tapi setiap 10min akan terjaga jg sbb sakit contraction tu. 

Saya siap suruh MrB standby tghari tu kot kena masuk labor room dah, memandangkan rasa sakit sgt smp bdn menggigil dan berpeluh. 

Bila smp masanya, doc pun check lagi bukaan, baru 2cm. Ya Allah. Time tu dah tak thn sgt dah, siap ckp kat doc minta utk czer terus je. Tapi of course doc x bagi kan. Doc suh tunggu kejap lagi sampai pkul 2ptg. Nanti dia check lagi. Kata doc, if buka 4cm je, dorang terus hantar ke labor room. 

Dalam pukul 3ptg, doc check lagi, dah buka 4cm, so dkt situ juga doc pecahkan ketuban supaya jalan cpt buka. Masalah ketika tu CTG baby x cantik sbb baby tido. Byk kali nurse kejutkan baby, tapi tak berjaya. Lps ke ketuban dipecahkan, bertambah2 la sakit smp kaki dah tak boleh nak lurus. Masa ditolak ke labor room pun dah jadi separa sedar sbb terlampau sakit. 

Masuk labor room dlm pukul 330ptg. Sakitnya hanya Allah je tau. Doc pakar offer utk pasang epidural. Memandangkan kelahiran pertama dlu czer, so utk kelahiran ke-2, boleh amek epidural utk elak tekanan yg berlebihan pada rahim. Doc kata boleh kurangkan 80% rasa sakit. So saya setuju je la sbb dah rasa tak mampu nk bertahan. 

Proses nak pasang epidural pun ambil masa lama juga. Yela, nak kira spine la, nak cucuk la. Dah la bergelut dgn contraction lagi kan. Selang 5min dah sakitnya. 

Nak jadi cerita, lepas siap pasang epidural, bahagian pinggul, pinggang sebelah kanan langsung tak rasa apa. Tapi, sebelah kiri sakit mcm pinggul dan pinggang tu nak terpisah. Sakitnyaaa lah. Bila sebelah kiri je yg sakit, rasa tak balance tau. Sakitnya mengalahkan rasa contraction sblm tu. Padahal doc pakar ckp 80% sakit akan hilang.  Ni bertambah2 sakit ada la. Masa nak lahirkan Auni dlu tu, kena induce tau. Tu pun tak boleh lawan sakit kali ni. Org ckp sakit induce lebih sket dari sakit contraction normal. Terbalik plak saya rasa. Sakit contraction normal + dah psg epidural lebih menyakitkan. Huhuhu. Mungkin epidural tu tak menjadi kat saya. Kawan saya ckp, ada kebarangkalian salah kira spine. Entahlah kan wallahualam.

Setelah bertahan (menangis oke, time induced 1st baby dlu tak nangis pun tahan sakit contractionnya) sehingga pukul 8malam, last2 saya mengalah bila doc check jalan, masih remain 4cm sahaja. Sejak pukul 3ptg smp 8mlm bukaan masih 4cm! Mengenangkan taknak jadi spt kelahiran pertama dlu, dimana dari pukul 9pagi smp 9mlm, jalan stucked kat 5cm dan ketuban pun dipecahkan, last2 kena emergency czer jg, so sata request utk terus ke czer. 

Mula2 doc x bagi, dia pujuk2 utk terus bertahan dan dorang akan naikkan dos epidural, tapi saya taknak. Sbb epidural tu tak berkesan utk saya. Sakitnya hilang langsung di sebelah kanan, tp sebelah kiri sakit teramat. Saya tak sangka saya akan menangis2 merayu minta terus dibedah!! Akhirnya stlh doc pasti yg bukaan saya sgt la poor progress, so pukul 9mlm saya terus dimasukkan ke OT untuk czer. Dan saya kena bius penuh memandangkan sblm tu dah dipasang epidural dan tak menjadi. Tu la penerangan yg saya terima oleh doc pakar bius. 

Auni dlu saya cuma dibius separuh badan, dan saya sedar ketika proses mengeluarkan baby. Kali ni lepas sedut ubat beberapa kali, terus saya tak sedar. Terjaga je bila nurse kejutkan slps ubat bius habis, dan dorang nak hantar saya kembali ke wad. 

Tupun masih lalok dek penangan morfin yg disuntik. 

Mmg pengalaman kali ni berganda2 getir compared than masa Auni dulu. Yela, setiap kelahiran berbeza2 pengalamannya kan. Apapun alhamdulillah saya dan baby selamat. Biarpun cara melahirkannya bukan secara normal, tapi syukur. 

:)

Panjang kan pengalaman bersalin kali ni. Nanti rajin2 saya update lagi. Gambar pun nanti lah saya letak, mls godek. Hehehe.



P/S: Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. 


Friday, June 7, 2013

Kurang Sebulan

Assalamualaikum.

Kurang sebulan lagi nak smp EDD. Cptnya rasa masa berlalu 2nd pregnancy ni. Sgt cpt. Mungkin sbb bz kot. Time preggy si Auni dulu, 6bln pertama menganggur. 4 bln berikutnya br mula kerja, so time tu takde la bz mana.. Sbb tu kot rasa mcm lama je nak tggu Auni keluar.

:)

2nd pregnancy ni juga lebih sikit cabarannya. Tapi, takpela, redha saje. Pengalaman lain2 kan. 

36weeks ni berat dah mencecah 68kg. Huhu, berat tuh. Hopefully smp ke saat bersalin, berat tak melebihi 70kg lah. Supaya tak seksa sgt nak reduce nanti lps pantang. 

Owh, mengimbau blk kenangan bersalinkan si Auni, time tu overdue, so kena serah diri kat hosp dan induced. Tp after having contraction selama hampir 12jam, dan ketuban jg telah dipecahkan seawal masuk ke labor room, last2 emergency czer due to poor progress. Strong contraction tp jln xmau buka. 

Mmg sakit sgt2 masa bertarung dgn contraction tu. Huhu..

Tapi Allah dah kurniakan satu keistimewaan buat semua ibu2, mereka mudah melupakan rasa sakit yg dialami ketika nak bersalin. Kalau tak, semua family akan ada anak sorg je la kan. Hehe. Cumanya part yg saya ssh nak lupa, hari ke 12 wound infected. Then kena buka semula, dressing selama 3 hari, baru jahit semula. :((

Itu yg agak menakutkan sebenarnya!

Kali ni doa sgt moga2 dipermudahkan urusan melahirkan. Semua org kalau ditanya, mesti prefer bersalin secara normal kan, walaupun sgt sakit, tp insyaAllah cpt sembuhnya. Saya pun mmg nak sgt bersalin secara normal, cumanya kita manusia ni hanya mampu berdoa dan memohon padaNya. Sama ada makbul ke x tu, pilihanNya lah kan. Takpe, saya yakin Dia tau apa yg terbaik buat saya. 

:)

Skrng di fasa2 terakhir ni, apa yg boleh dilakukan hanya lah terus berdoa & memohon supaya semuanya selamat dan baik2 je. Amin.. 



P/S: Kali ni mungkin bersalin di sini saje, tak blk kg.

Friday, April 19, 2013

29 Weeks

Assalamualaikum.

Semalam, 18 April 2013 genaplah sudah 29 minggu kandungan baby#2. Alhamdulillah.

Syukur sgt sbb sekali lagi diberi peluang utk merasai moment2 indah, ada insan lain dlm rahim. Dapat rasa pergerakan baby#2 yg sgt aktif smpkan setiap malam mengalami kesukaran utk tidur. 

:)

Berat terkini pun dah 65.9kg.

Pregnant kali ni tak tinggi sgt selera makan mcm mengandungkan si Auni. Selalu tangguh2 makan sbb rasa x berselera. Tapi last2 bila dah terlalu lapar, baru la mkn je apa yg ada. Huhu, tak elok sebenarnya. Sbb ibu mengandung sepatutnya kena makan ikut time.

Kali ni juga, saya sgt addicted dgn susu strawberry. Tiap2 hari mesti minum. Kalau sblm pregnant, jarang sgt minum susu perisa strawberry sbb tak suka rasanya yg manis. Apa yg menjadi pilihan dlu adalah susu perisa coklat. Skrg ni terbalik plak. Susu coklat langsung takmau. 

Tapi, milo masih lagi minum. Time mengandung Auni, mmg dlm sehari boleh kata 3,4 kali minum milo. Bancuh sendiri. Tak suka minum milo ais restoran. Kali ni pun minum juga, tp selalunya minum campur nestum. 

Laksa pun dah jarang makan. Sama mcm pengalaman 1st pregnancy. Asal pregnant je, tak suka mkn laksa. Klu sebelum ni seminggu sekali masak laksa, kali ni dah berbulan-bulan tak masak laksa. Kalau masak pun, sbb Auni request nak makan laksa. Huhu, anak mama tu dah pandai request menu. Dan apa yg slalu diminta adalah laksa (spageti, mee, bihun pun masuk dlm kategori ni), ayam goreng dan kek. Layankan je sementara dia ada selera kan.. 

Owh, kembar saya pun dah selamat melahirkan baby#2 17hb malam. Alhamdulillah. Dia dah lepas dah saat2 yg dinantikan tu. Tunggu turn sndiri plak awal Julai nanti. Nervous! 



P/S: Less than 3months till the due date. Tapi ada 4 tasks besar perlu disiapkan!

Wednesday, March 6, 2013

Baby Boy

Assalamualaikum.

Last week berkesempatan nak scan kandungan. Tak bajet nak scan 4D pun, tp oleh sebab klinik tu offer perkhidmatan scan 4D je, so Doctor pun tanpa tanya terus proceed dgn scan 4D. Tapi dugaan sebelum dapat jumpa Doctor tu, me & MrB kena tunggu almost sejam. 30min pertama tu Doc belum sampai klinik. 30min kedua tu Doc sdg rawat sorang patient yg dtg sebelum kitorg.
 
Alahai.
 
Hampir2 nak give-up dah sebenarnya. Dah la lapar sbb tak sempat breakfast & lunch sebelum tu. Waktu tu plak dah jam 3ptg. Tapi taktau la mcm mana, punggung masih lagi melekat kat kerusi tak juga bgn & balik.
 
Hehe.
 
Nak kata rezeki nak dpt tgk baby kot.
 
Masa scan tu, agak teruja sbb tak penah lagi scan kandungan guna teknologi 4D. Time Auni dlu pun tak berkesempatan sbb tak byk lagi klinik guna teknologi 4D. Kebykannya guna 2D je. Kandungan masa scan baru 22weeks, so baby x fully-developed lagi. Belum ada 'isi' lagi. Nampak kurus kering je. Hehe.
 
Alhamdulillah keadaan baby nampak baik. Tulang belakang baby pun dah nampak. Jari jemarinya pun dah nampak. Baby siap tutup muka lagi masa Doc nak suluh muka. Selalunya 4D org nak tgk muka la kan. Mcm my case, smp ke sudah tak dpt tgk muka baby. Huhu. Asyik2 tutup muka dgn tangan, bila Doc berjaya alihkan tgn, baby pekup muka kat dinding perut mom. Haha.
 
Setelah Doc godek2 around 15-3-minutes, Doc pun terus je bgtau yg insyaAllah kemungkinan besar baby boy.
 
Alhamdulillah. Klu betul keluar nanti baby boy, sepasang la sudah. Tapi kalau keluar baby girl juga, pun takpe. Syukur.
 
:)
 
 


Thursday, February 21, 2013

Keinginan Mau Bercuti

Assalamualaikum.
 
Di kala tgh sibuk di akhir2 semester ni, rasa nak sgt p bercuti. Bdn pula mudah betul rasa letih. Pregnant kedua ni mencabar sungguh. Mungkin kesan daripada ceasar dlu dan juga faktor umur. Sbb tu sape yg kawin muda tu untung sgt. Cpt2 la mengandung dan dptkan anak sementara umur muda, bdn kuat dan sihat.
 
Baru 5bulan lebih tapi tido malam pun terganggu. Rasa sengal dan lenguh seluruh bdn. Nak bertukar posisi ketika tido tu la part paling menyakitkan.
 
Kena sabar byk2 dan redha dgn ujian Allah bagi ni.
 
Sbb tu slalu je terfikir pasal nak pergi bercuti ke mana2. Tak kisah la pulau ke, kawasan tanah tinggi ke.. Yg bermain kat fikiran skrng ni, rasa nak sgt p Cameron Highland. Walaupun tiap kali nak balik Kedah, sejalan je nak p ke Cameron, tapi tak penah pun singgah. Baca blog org lain, dah berkali2 update pasal p situ. 
 
Entah le bila nak sampainya. Hehe belum rezeki kot.
 
Kdg2 ckp juga kat MrBerry, kalau gamaknya mls nak p bercuti jauh2 atas sbb kekangan cuti, nak je p tido hotel kat bandar melaka. Hee. Takpela dekat dgn rumah pun, janji boleh manjakan diri dan rileks badan kat situ. Dasat sungguh penangan mau cuti tu.
 
Apapun yg paling penting, tak sbr nak habiskan sem ni, then cuti sem boleh la rileks2 sket walaupun ada je beberapa tugasan menanti.
 
 
 
P/S: Nak scan gender baby..  
 
 
 
 

Wednesday, February 6, 2013

Work, work, work.. Never end!

Assalamualaikum.
 
Bulan Julai tahun ni insyaAllah genaplah 3 tahun saya lapor diri sbg staff di sini.
 
Alhamdulillah!
 
Rasa mcm dah lama je berkhidmat, tp bila kira2 blk baru je nak cukup 3 tahun. Hehe. Mungkin sebab perubahan setiap semester baru tu yg membuatkan seolah2 mcm dah lama berkhidmat. Terutamanya apabila students bersilih ganti, bertukar setiap semester. Bila diingat balik, kelompok students pertama yg saya ajar adalah students part 4, Julai, 2010. Students ni pun skrng dah sambung degree. Tu yg rasa mcm eh2 dah lama mengajar, padahal baru setahun jagung. Byk lagi benda nak kena belajar.
 
Skrng ni saya dlm proses pengesahan jawatan. Probation period yg diberikan adalah 3 tahun. So insyaAllah takde aral, cukup 3 tahun ni, sahlah jawatan. Tinggal tunggu result salah satu kursus wajib attend keluar, then terus boleh apply for confirmation, insyaAllah. Mudah-mudahan dipermudahkan.
 
Mungkin ada yg terdetik, lamanya nak confirm, ambil masa smp 3 tahun.
 
Sbnrnya proses pengesahan jawatan di sini (digunapakai untuk semua kampus, termasuk induk dan cawangan), adalah kami (staf akademik) perlu memenuhi 3 kriteria. Yg pertama, mesti hasilkan satu research paper dan bentangkan di mana2 conference. Kedua, mesti attend kursus induksi selama 2 minggu (ini pakai sistem tunggu giliran, dan management yg akan invite to attend). Ketiga, mesti attend kursus asas pengajaran, selama 5 hari (ini kena apply, siapa cpt dia dpt) yg cuma dianjurkan sekali setahun mengikut zon.
 
See! Agak complicated kan nak sah jwtn. Kalau staf pentadbiran, mungkin prosesnya agak mudah, berbanding staf akademik. Sangkut kat research paper tu la selalunya.
 
Tapi mcm kes saya, alhamdulillah Allah permudahkan urusan utk siapkan research paper. Tahun pertama settle kursus induksi. Tahun kedua dah pun settle publish & present. Tapi, yg sangkutnya hanyalah kat part kursus asas pengajaran. Utk zon selatan, kursus di anjurkan bulan Sept tahun 2012. So result nya lambat sket, mungkin hujung bln Feb 2013, which means, hujung bln ni.
 
Saya hanya menunggu result kursus tu sahaja utk melengkapkan permohonan.
 
:)
 
Takpe, biar lambat asal selamat. Selagi tak melebihi tempoh 3 tahun berkhidmat pun saya dah bersyukur.
 
Agenda/misi selepas ni dalam tempoh lagi 4 tahun adalah sambung PhD. Huhu, tu la yg paling susah sbb seru x mai lagi. Tak nampak potential pun yg diri sendiri boleh dpt PhD.
 
:(
 
Kalau ikutkan, dalam tempoh 7tahun berkhidmat DM45, staff perlu dptkan PhD.
 
Tapi takpela, konsep yg saya pegang adalah, go with the flow. Satu persatu. Taknak pulak yg dikejar tak dpt, yg dikendong berciciran. Sbb saya kenal diri saya. Saya jenis yg tak boleh nak cope dgn byk perkara dlm satu masa. Cthnya, saya tak boleh belajar sambil bekerja. So dah nampak jelas kat sini, nanti bila sampai masanya saya sambung PhD nanti2 (insyaAllah), saya mmg kena cuti belajar. Supaya dpt fokus. Huhuhu..
 
Untuk tahun ni, saya perlu sah jawatan dulu. The rest akan dtg juga, insyaAllah.
 
:)
 
Mana tau, lps dah sah jwtn, cukup 5 tahun, kita apply KANAN plak kan. Hehe amin..
 
 
 
P/S: Panjang entry psl karier. ;)
 
 

 
 

Tuesday, February 5, 2013

Muhasabah

Assalamualaikum.
 
Masa dok belek2 FB kwn2, tiba-tiba jmp gambarajah ni. Bagus kalau sharing2 ni kan, utk peringatan kpd diri sendri juga kan. 
 
 
 
 
Nak update entry panjang, selalu je tak cukup masa.
 
:)
 
 
 
P/S: Dah almost 20weeks pregnancy. Dah rasa baby's movement. Alhamdulillah. 

Monday, January 14, 2013

1st Entry of 2013

Assalamualaikum.
 
Setelah beberapa kali cuba utk menaip entri baru, akhirnya harini terlaksana, alhamdulillah.
 
:)
 
Kondisi sekarang adalah mengalami batuk2 dan selsema. Musim kot kan. Selsema tu boleh tahan lagi, tapi bila disertai batuk tu yg agak parah. Tidur malam pun asyik berjaga dek kerana batuk2 ni la. Bab paling parah bila nak masuk kelas dan mengajar. Bayangkan la, baru bercakap sepatah dua, dah batuk. So akhirnya boleh kata satu ayat diselang seli dgn bunyi batuk 2, 3 kali. Huhuhu..
 
Dugaan semua ni..
 
Aku consume juga ubat batuk, khas utk preggy women. Tak tahan sgt weh! Bulan Nov lepas ada pergi klinik atas sebab yg sama iaitu batuk2 dan selsema. Awal2 dah ckp kat Doctor yg aku preggy. So dia kasi ubat batuk yg dibenarkan. Kiranya sejak pregnant, ini kali ke 2 kena serangan selsema dan batuk. Antibodi badan kurang kuat la ni.
 
Sebut psl pregnancy, now i'm already 16weeks. Alhamdulillah segala morning sickness aritu dah takde. Dah boleh dah buat semua kerja2 rumah cuma bergantung kepada kerajinan atau kemalasan je la. Hehe.. Tapi, satu je simptom ibu mengandung yg masih kekal, kuat emosi.
 
Skrng ni MrBerry takde, dia outstation Cambodia, so pantang sunyi sikit nangis. Haaa tu penangan emosi la tu. Sgt emosional! Ni nak menunggu lagi 2 hari ni, taktau la mcm mana kan. Sampaikan Auni pun kata "mama crying.." Bila dgr dia cakap mcm tu, lagi berjurai la airmata ni. Hehehe.
 
Pregnant #2 ni, aku akui kurang jaga la bab2 makan ni. Haih, kenapa jd mcm ni.. Kalau time preggy si Auni, segala jeruk2 semua aku avoid. Ye la tak baik utk baby. Lagipun ada org kata boleh buat baby jaundice. Tapi this time, asyik makan jeruk je. Sorry baby #2. Mama cuba avoid oke! Auni dulu alhamdulillah lahir tak kena jaundice. Aku sempat consume susu kambing masa saratkan dia dulu. Kali ni pun sepatutnya buat la benda yg sama ye dak. Haih..
 
Masih belum terlambat ni, nak kena betulkan balik pola pemakanan.
 
 
P/S: Mudah-mudahan baby#2 baik mcm kakak ye. Amin..

Thursday, December 6, 2012

Kisah Terkini

Assalamualaikum.
 
Akhirnya pagi ni dtg seru utk update blog ni. Hehe.
 
Selama 'hilang' ni, selalu je blogwalking, cuma takde smgt nak update kisah sendiri je. Tapi, tiba2 lepas kelas taksat ni, rasa mcm teringin plak nak update. So here we go..
 
Alhamdulillah, aku sihat je. Mr Berry & Auni pun sihat.. Tp musim demam, batuk, selsema kan skrng. Auni pun baru je baik dari demam. Dan mcm previous entry ttg nak dptkan adik utk Auni tu, alhamdulillah 'ongoing'. I'm 11 weeks pregnant. InsyaAllah minggu dpn cukup 3 bulan.
 
:)
 
Pregnant kali ni agak mencabar. Di mana 1st trimester ni betul2 menguji kesabaran.. Klu dulu time pregnant kan si Auni, seigt aku, takde la teruk sgt morning sickness. Paling kuat pun menjelang mlm rasa sakit kepala dan mual sikit2. Pastu tak lama sgt tempoh morning sickness tu.
 
Kali ni morning sickness nya lebih sket dr hari tu. Sakit kepala dan mual yg agak teruk. Tapi, alhamdulillah muntahnya baru skali je. Part yg paling ketara adalah bdn mudah sgt letih dan akibatnya slalu lah melepek di atas sofa. Kerja2 dapur semua Mr Berry yg uruskan. Huhuhu. Terima kasih B!
 
Asal malam je tido awal, kiranya Auni pun agak terabai lah.
 
Skrng sejak 2,3 hari lepas, bdn dah mula rasa sihat dan kurg letih. Blk kerja ptg2 dah tak melepek atas sofa dah. Dah boleh uruskan kerja2 rumah. Walaupun tak efisien seperti sblm ni, tapi oke la kan. Mlm2 pun dah tak tido awal, sempat main dgn Auni dulu. Alhamdulillah mungkin sbb dah nak masuk 2nd trimester kot.
 
:)
 
Apapun, doa aku moga kandungan ni baik2 saja.. Dan moga aku diberikan kesihatan yg baik dan kekuatan bdn utk mengharungi sehingga ke akhirnya. Amin.
 
 
P/S: Baru 11 weeks, bdn dah naik 4kg. :(

Wednesday, September 12, 2012

Minggu Akhir Syawal

Assalamualaikum.

Pejam celik dah pun nak berakhir Syawal. Sepanjang cuti raya hari tu langsung tak berupdate. Padahal online je, cuma prefer baca blog org drpd update blog sendiri.
 
:)
 
Syawal kali ni alhamdulillah sgt happy. Spent times dgn family cukup membahagiakan. Syukur ya Allah, kerana masih diberi peluang menikmati masa2 bersama mak & adik2. Dan juga dgn kehadiran suami & anak.
 
Konon sblm raya hari tu ada plan nak buat open house, tp last2 mcm tak jadi je. Ye la, lg 2,3 hari berakhirlah Syawal utk tahun ni. Takpela, tunggu next month je, insyaAllah plan nak buat makan2 kat rumah sempena birthday Auni yg ke-2. Tahun lps juz beli kek dan bg kat nursery je. So kiranya Auni celebrated dgn kwn2 dan teachers je la. Mama & papa time tu keje.
 
So hrp sgt tahun ni dpt buat kenduri kesyukuran kecil-kecilan.
 
Dan bila Auni dah ckup 2 tahun ni, rasanya mcm nak plan tambah anak. Hehe, insyaAllah kalau ada rezeki kan. Umur pun dah nak menjangkau 30tahun next year.



P/S: InsyaAllah bulan April 2013, akan bertambah la seorg lg anak saudara. :)

Wednesday, August 15, 2012

Esok Cuti

Assalamualaikum.

Kita dah hampir sampai ke penghujung Ramadhan. Alahai sayunya hati. Dah la Ramadhan kali ni aku paling tak puas hati dari segi amal ibadah. Hmm Ramadhan kali ni aku bz sgt dgn kerja, so byk benda tak boleh nak buat. Haihh, satu kerugian besar. 

:'(

Owh, esok aku dah start cuti raya. Cuti sampai 26hb. Alhamdulillah Mr Berry pun dpt cuti sampai 26hb jg. So lama jg la stay kg kali ni. 

:)

Last aku blk kg pun bulan 4. Time tu cuti seminggu je, siap sempat p Langkawi lagi. Bila dikira2 blk, dlm setahun aku cuma blk kg dlm 4 kali je. Alahai, teruknya lah kan. Sejak kawin dan dah ada anak ni, jrg sgt blk kg. Dah tu dok jauh plak. Dulu KL-Kedah dlm 6,7 jam je. Skrng Melaka-Kedah dlm 8,9 jam jg. Tambahan plak ada anak kecik ni paham2 la kan.. 

Selain tu faktor lain sbb nak synchronize kan cuti aku & Mr Berry, tu yg agak payah. Kang aku boleh cuti, dia plak tak boleh. 

Hmm nasib baik le mak & family mertua rajin juga la dtg sini. 

Raya tahun ni pun mcm tahun lps, aku nak buat kuih raya sendiri. Dah takde kuih tunjuk2. Hehe. Tapinya smp saat ni pun sejenis kuih pun belum siap. 

:P

Tak sempat lah, byk kerja!

Tapi gigih nak juga buat kan.. Huhuhu.. Takpela hopefully time kat kg nanti, sempat la siapkan sebalang dua. Kuih raya wajib ada mestilah semperit & choc oat cookies. Mak pun dah siap2 pesan suruh buat kek oren & kek coklat. Wuwuwu, tu tugas wajib setiap tahun.

Tiap kali seblm blk kg (xkisah la bila pun), sure byk halangan dan cabaran. Ni setimbun baju nak kena lipat, sebakul penuh baju menanti utk dibasuh, pastu nak kena siapkan order kek coklat 5 biji. Haihh. Sbnrnya mls dah nak amek order memandangkan diri sendiri pun x lepas lg. Tapi sbb xsampai hati nak tolak, so terima la jg. Kira mcm ala2 menjerat diri jg la ni. 

Esok pg nak bertolak, seblm tu kena pi antar kek tu dlu. Maksudnya mlm ni kena bersengkang mata siapkan order tu. 

:(

Hari ni akan menjadi hari paling penat lah. Nak kena pi ofis mcm biasa, then blk ofis nak singgah kedai jual bahan kek, nak beli brg2 sikit, kemudian nak cuci kereta lg. Dah la dlm list terselit aktiviti ke saloon. 

;)

Igt nak gunting rambut raya. Hehehehe. 

Apapun tgk la mcm mana satg. Skg tgh tunggu baju dlm mesin. Nasib baik la skrng zaman teknologi, masukkan je baju dlm mesin, then tinggal. Boleh buat kerja lain jg kan. 

Okelah, di kesempatan ni, aku ingin ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN. Berhati2 memandu ke destinasi!



P/S: Terujanya nak blk kedah!

Friday, August 3, 2012

Salah ke?

Assalamualaikum.

Salam 14 Ramadhan.

:)

Hari ni nak kupas satu isu. Isu ni bermula daripada status kawan2 di FB & Twitter. Ini sekadar pandangan peribadi saje, so sesiapa yg tidak bersetuju takde mslh. Masing2 ada pandangan masing2 kan..

Ada sesetgh org yg cpt melenting atau mrh apabila DJ mula putar lagu raya di radio. Kononnya puasa tak sampai 10 hari lagi, tp dah fikir nak raya. Sama juga dgn kesnya, apabila org ramai berpusu2 di shopping mall setiap weekend walaupun tak sampai separuh bulan Ramadhan. Kata mereka, baru puasa dah kalut nak shopping raya, sepatutnya time ni pulun beribadat.

Hmm, ramai kan yg mudah mengeluarkan statements mcm tu.

Ini yg dikatakan org kita mudah sgt buat penilaian.

For me, tak slh kalau nak dgr lagu raya di awal Ramadhan, tak slh juga if nak shopping raya awal Ramadhan atau sblm Ramadhan sekali pun.

Sbb apa?

Dgr lagu raya di awal Ramadhan, tidak bermakna tak sbr nak raya, smpai mengabaikan amalan2 yg sebaiknya dilakukan dlm bulan Ramadhan. Kan? Dgr lagu raya juga tidak bermaksud tidak menghayati Ramadhan. Ada sesetgh org, lagu raya tersebut sgt sinonim dgn bulan Ramadhan. Bila dgr lagu raya tersebut, feel sgt nak berpuasa. Kan ada penghayatan di situ.. Tak slh kan? Ada sesetgh org, hanya layan lagu raya dlm bln Ramadhan saje, masuk je 1 Syawal, dah x lalu nak dgr. So di sini menunjukkan bahawa dgn mendgr lagu raya di awal Ramadhan bknlah bermaksud hati tu melonjak x sbr nak tunggu raya sampai mengabaikan amalan2 ketika Ramadhan..

Kepada mereka yg suka kritik dan melenting hanya kerana lagu raya diputarkan di radio di awal Ramadhan tu, bawa2 lah bersbr. Hehe. Lebih baik kita fokus kpd amalan2 yg sepatutnya kita lakukan di bulan Ramadhan ni kan. Isu dgr lagu raya tu isu kecik saje. Tak menjejaskan akidah pun..

:)

Kes kedua, adalah shopping awal.

Tau kah mereka, apa tujuan org suka shopping awal?

Bukannya sbb kalut nak raya sgt, tapi lebih kepada buat persediaan awal. Bg org yg bekerja Isnin-Jumaat, waktu hujung minggu saje lah nak membeli brg2 persiapan. Tambahan pula bg mereka yg punya anak-anak kecil. Kalau kita yg dewasa ni takpela, takde baju baru utk raya pun oke. Tp bg kanak-kanak yg sudah mengerti dan memahami 'raya' tu, mesti excited nak berbaju baru. Lgpun sunat kan. Berbaju baru, bersih, wangi, cantik di pagi raya.

Sbb tu la ada sesetgh org suka shopping awal, ada yg sblm masuk Ramadhan lg pun dah mula buat preparation. Salah ke?

Dah kata hanya ada weekend saje utk berbuat demikian kan. Haruslah ramai berpusu2 di shopping mall pada hujung minggu.

:D

Lagipun tak salah pun kan, selagi mana tidak melanggar hukum syarak.

Shopping2 pun, mlm smpt pi terawikh di masjid, solat 5 waktu x tinggal, sempat membaca Al-Quran.. Oke pe.. Ada pulak, alang2 pi shopping mall, nampak kiosk utk byr zakat, terus bleh settle zakat kan.. Nampak pulak org minta derma, boleh plak buat amal jariah dgn bersedekah kpd yg memerlukan. Uish, besar pahalanya tu.

:)

Tapi tu la, mungkin itu pandangan dan pendapat peribadi mereka. Mungkin bagi mereka, menjadi kesalahan kalau dgr lagu raya dan shopping raya di awal Ramadhan ni. Apapun tanya diri sendiri, amalan kita tu dah cukup ke?



P/S: Kuih raya tak boleh buat & mkn sblm hari raya ke? Hehe

Wednesday, August 1, 2012

12 Ramadhan

Assalamualaikum.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN.

Agak terlewat ucapan ni, tp masih valid kan. Belum sampai half-month lagi. Hehe.

Skrng bz sgt, tak sempat nak update. Baca entries org lain sempat, nak update entries diri sendiri je tak sempat. Last entry pun bulan Jun. Kiranya Julai ni langsung tak berupdate. Alahai..

Sepanjang Julai ni bz menyiapkan research paper. Akhirnya alhamdulillah siap.

:)

Tapi, dlm pada bz dgn keja, alhamdulillah aku masih sempat masak utk berbuka. Sama niat mcm Ramadhan tahun lepas, nak kurangkan membeli makanan luar terutamanya dari Bazaar. Bukan apa, dah beberapa kali terkena makanan basi dan mahal. So rasa x berbaloi. Ataupun kdg2 tgk presentation makanan mcm sedap je, meleleh air liur. Tp bila rasa, hmmmm paham2 saje la. Mungkin x kena taste kot kan. Mana tau, org lain rasa sedap je. Huhuhu.

Kalau tahun lepas, seingat aku, 2,3 kali je aku pi bazaar. Selain daripada tu mmg mkn masakan sndiri je. Misi berjaya la.

Tahun ni, so far baru 2 kali pi bazaar. Tu pn hanya beli kuih saje. Main dish tetap masak. Walaupun menu masakan simple saje, tp puas hati sbb air tgn sendiri utk jamu suami dan anak.

Cuma ada sekali tu beli lauk saje. Ikan talapia msk 3 rasa. Ya Allah sgt hanyir.. Huhuhu terus serik nak beli. Lebih baik mkn ikan bilis goreng, lg sedap kan..

Menu hari ni adalah mee kari. Requested by Mr Berry. 1st time aku masak mee kari sendiri. Sblm ni mmg tak penah teringin nak masak, sbb tak suka makan sgt. Tapi dah husband teringin, so masak la. Ye la, besar pahalanya kan masak dan jamu suami mkn terutamanya ketika bulan Ramadhan ni. Jamu makan kpd org yg berpuasa. Tambah2 kalau masak tu dgn hati yg ikhlas dan sambil berzikir.

Ada satu hari tu, tgk Semanis Kurma, tajuk apa entah, dah tak igt. Kalau tak silap pasal bulan Ramadhan la. Panel jemputan, Ustazah (tak igt nama), pesan kepada para isteri, setiap kali masak, atau membasuh, cuba ringankan mulut utk berzikir. Mcm2 zikir kita boleh sebut, yg paling simple pun, sebut la Bismillah, bismillah, bismillah. Ataupun Allah, Allah, Allah..

:)

Mudahan-mudahan ada keberkatan dlm hidangan yg kita sediakan buat suami dan anak2 kita, insyaAllah.

So kpd semua, sama2 lah kita memperbanyakkan ibadat dlm bulan Ramadhan yg mulia ni.


P/S: Dah siap masak utk ptg ni. :D




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...